

Dr. Azhar Ibrahim Alwee Penceramah CAB ke-17
Encik Suratman Markasan Penceramah CAB ke-19
Dr. Imran Tajudeen Penceramah CAB ke-18
Encik Yatiman Yusof Penceramah CAB ke-20
e-Penerbitan Julai 2024
Hak cipta terpelihara @ 2024 Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura. Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pemilik hak cipta e-buku ini.
ISBN: 978-981-94-0197-0
Diterbitkan oleh
Pusat Bahasa Melayu Singapura Akademi Guru Singapura Kementerian Pendidikan Singapura
Direka bentuk oleh:
Oxford Graphic Printers Pte Ltd Tel: 6748 3898 www.oxfordgraphic.com.sg
Catatan
Pendapat dan pandangan yang terkandung dalam kumpulan teks ceramah ini merupakan pendapat dan pandangan penceramah masing-masing dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pandangan Pusat Bahasa Melayu Singapura.
Pusat
Akademi
Salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Syukur Alhamdullillah, Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Akademi Guru Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura telah berjaya menerbitkan sebuah lagi bahan penerbitan ‘Siri Ceramah Arif Budiman Jilid 5’ berbentuk digital untuk kegunaan dan rujukan para guru, pelajar dan pengguna bahasa Melayu di Singapura. Buku digital ini merupakan penerbitan siri ceramah yang kelima dalam usaha MLCS untuk memperkenalkan tokohtokoh setempat atau pun dari luar negara untuk berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dari segi bahasa, sastera, sejarah dan budaya Melayu di Singapura.
Siri Ceramah Arif Budiman merupakan salah satu program tukikan MLCS. Dalam penerbitan kali ini, MLCS menampilkan empat tokoh dan pakar tempatan yang telah diundang untuk menjadi penceramah dalam Ceramah Arif Budiman ke-17 sehingga Ceramah Arif Budiman ke-20. Mereka merupakan ilmuwan tersohor bidang pendidikan, bahasa, budaya, peradaban dan sejarah Melayu. Bagi pihak rakan-rakan setugas di MLCS, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap penceramah atas kesudian mereka untuk bekerjasama dengan MLCS dalam berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing.
Himpunan teks Ceramah Arif Budiman Jilid 5 ini memberi perspektif yang pelbagai tentang penggunaan, pembelajaran dan perkembangan bahasa serta peradaban Melayu. Dr. Azhar Ibrahim Alwee mengupas alur sejarah perkembangan bahasa liberatif dalam alam Melayu. Dr. Imran Tajudeen menelusuri sejarah awal dan perubahan peranan bahasa Melayu melalui penamaan dan peristilahan di Singapura. Encik Suratman mengupas peranan dan sumbangan penulis-penulis setempat yang mewarnai perkembangan sastera di Singapura. Encik Yatiman Yusof pula, meneliti pemikiran dan jati diri masyarakat Melayu melalui sorotan tajam dan perspektif seorang pemerhati dan penggiat masyarakat yang pernah bertugas sebagai seorang guru, wartawan dan pemimpin masyarakat yang kritis, peka dan cinta akan kemajuan masyarakatnya. Hal ini pastinya relevan untuk difahami, dihargai dan diteladani dalam kita mempersiap diri bagi berdepan dengan arus globalisasi yang tidak menentu pada masa kini dan mendatang.
Semoga penerbitan buku digital ini menjadi hadiah pemangkin kepada para guru dan para pelajar memperluas dan memperdalam pengetahuan dan rasa cinta pada bahasa, sastera, sejarah dan budaya Melayu yang kita cintai bersama.
Seulas Pinang i
Puan Norhayati Awang
Pengarah Pusat
Pusat Bahasa Melayu Singapura
Kandungan iv
Objektif Ceramah Arif Budiman v
Ceramah Arif Budiman ke-17 1
Dr. Azhar Ibrahim Alwee
Menjejaki Bahasa Liberatif dalam Lingkungan dan Sejarah: Potensi dan Hambatan
Ceramah Arif Budiman ke-18 39
Dr. Imran Tajudeen
Yang Terbilang dan Yang Hilang: Menelusuri Sejarah Awal dan Perubahan Peranan
Bahasa Melayu Melalui Penamaan dan Peristilahan di Singapura
Ceramah Arif Budiman ke-19 93
Encik Suratman Markasan
Naratif Sastera Melayu Singapura dari Lensa Penelaah Sastera
Ceramah Arif Budiman ke-20
Encik Yatiman Yusof
Menyelami Pemikiran dan Jati Diri Masyarakat Melayu Singapura: Cabaran dan Aspirasi
Meningkatkan pengetahuan guru, pelajar dan penggiat bahasa dan budaya Melayu tentang perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu;
Memperkaya ilmu dan memperkasakan guru, pelajar dan penggiat bahasa dan budaya Melayu dalam menggunakan dan melestari bahasa, sastera dan budaya Melayu; dan
Menyediakan ruang dan peluang bagi guru, pelajar dan penggiat bahasa dan budaya Melayu untuk mendapatkan
pengetahuan daripada pakar tentang kajian perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu.
Dr. Azhar Ibrahim Alwee
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Nasional Singapura
Video Ucaptama
Dr. Azhar Ibrahim bin Alwee lahir pada 1971. Beliau merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura. Beliau telah menerima ijazah falsafah kedoktoran (PhD) dan ijazah sarjana (MA), dari Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008.
Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam.
Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pascakedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Abbasi Islamic Studies Program, Stanford University (2011). Kajian beliau berfokus pada Teologi Sosial dalam Muslim Asia
Tenggara: Trend dan Cabaran, dan Teologi Dialog dalam Masyarakat MelayuIndonesia: Prospek dan Halangan. Beliau telah menulis banyak makalah dan buku dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sangat aktif memberikan syarahan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Selain menerbitkan pandangan dan kajian beliau di pelbagai makalah di luar dan di dalam negara, beliau turut aktif menyumbangkan idea dan pemikiran beliau dalam media dan suratkhabar setempat.
Beliau juga merupakan pemenang anugerah Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) bagi Karya Sastera Bukan Kreatif 2016.
‘If thought corrupts language, language can also corrupt thought.’
George Orwell
Perkembangan sesuatu bahasa bukan setakat bergantung pada pembangunan struktur nahu, tatabahasa, ejaan, dan sistem bunyinya serta cara penggunaannya dalam sfera pendidikan mahupun awam. Satu lagi komponen yang sama pentingnya ialah sisi pemikiran yang terbangun dalam sesebuah bahasa itu sehingga ia memperluas istilah, konsep dan tingkat penggunaannya, serta terpadat sebanyak mungkin pada setiap ranah kehidupan masyarakat. Namun perkembangan ini tidak dapat berlangsungan sekiranya pemikiran kita masih dibelenggu oleh minda yang tertawan, terjajah dan terkerdil oleh jenis isme-isme pemikiran yang menjadi dominan dalam masyarakat. Proses pemodenan atau pemantapan bahasa belum lengkap, sekiranya tidak seiringan dengan pemodenan dan pemantapan idea yang berkembang dalam masyarakat. Bahasa liberatif lahir dari persekitaran idea yang membenarkan pembebasan dari belenggu idea dan cengkaman kekuasaan tertentu. Namun bahasa liberatif terhenti perkembangannya kerana medan idea dalam masyarakat sering digempur oleh arus idea yang tidak progresif, malah melumpuhkan. Contohnya, gelombang sayap kanan yang kian membiak, melumpuhkan terus keupayaan institusi bahasa yang seharusnya menjadi agen bahasa/pemikiran yang maju. Malah kita harus akur bahawa wacana bahasa sendiri menjadi medan penguatkuasaan rejim bahasa yang bersehaluan dengan kepentingan tertentu.
Inilah antara penyebab terhentinya perkembangan bahasa liberatif. Hayat keintelektualan yang bebas, membumi, dan responsif dalam masyarakat, datang dari punca dan gagasan bahasa liberatif. Menjejaki unsur bahasa liberatif yang terungkap dalam sejarah perkembangan di rantau ini sekaligus memerlukan kita peka akan trend intelektualisme yang digunakan dalam kalangan cerdik pandai kita dalam masyarakat, selain dominasi kuasa, yakni dimensi politik, yang terdapat dalam sesebuah masyarakat.
Penting untuk menggariskan makna liberatif yang tercantum dalam ceramah ini. Apa yang pernah disebut oleh sejarawan Filipina, Renato Constantino tentang philosophy of liberation (falsafah pemerdekaan) mungkin sesuai dikaitkan di sini. Menurut beliau:
“philosophy of liberation is not a body of thought and for all time. It is itself a grossing thin, given once depending on accretions of consciousness. It is merely a systematization of goals and action. It is really more of a programme than a philosophy. It is not contemplative; it is active and dynamic and encompasses the objective situation as well as the subjective reaction of the people involved.”
Dalam dunia ilmu, kekata pembebasan dan pemerdekaan telah banyak digunakan. Contohnya, dalam wacana teologi pembebasan, mahupun seni pembebasan dan sosiologi pembebasan. Dalam konteks pembicaraan ini, kekata liberatif dipilih demi memperlihatkan suatu proses, dan bukan gagasan atau konsep yang tersiap dipakai langsung.
Etika liberatif ini bersifat anjal, kontekstual dan manifestasinya multi-dimensional. Ia bukan sekadar di awang-awangan, tetapi terlafaz dalam tindak dan nilai. Ia menghormati dua sisi utama, yakni autoriti dan kebebasan, malah perimbangan ini sangat penting. Kekata liberatif menandakan sebuah proses malah bukan sesuatu yang sudah tersiap konsepnya tinggal digunakan, atau dikemaskan dalam sebuah pedagogi atau kurikulum. Dimensi liberatif ini memerlukan pewacanaan yang subur bergerak secara organik dalam masyarakat.
Etika liberatif ini ialah kesedaran dan keupayaan untuk menyanggah apa jua bentuk idea, nilai dan pemikiran yang autoritarian, membelenggu, memaksa, memukau dan menyempitkan. Ia boleh sahaja dalam bentuk feudalisme, kolonialisme, nasionalisme sempit, fundamentalisme dan eksklusivisme agama, ekonomi neoliberalisme, malah beberapa kecenderungan akademisme.
Dalam membicarakan bahasa liberatif sebaiknya disebutkan pendekatan penelitian yang diambil. Sosiologi ilmu menyebut bahawa di sebalik setiap sesuatu idea, terkait kelompok di belakang yang mendukung atau yang berkepentingan. Idea tidak pernah wujud dalam kekosongan dan persaingan idea (dan kelompok) berlangsungan dengan ideologi atau kepentingan masing-masing dengan setiap satu menegaskan bahawa idea dan gagasan merekalah yang paling benar. Sosiologi ilmu lantas membawa kita berdepan untuk memahami dinamika ideologi dan persaingan antara kelompok.
Sekiranya kita mengaitkan ini dengan persoalan bahasa liberatif, makanya kita diajak untuk memahami latar ideologi yang mendominasi masyarakat kita, merungkai: (a) Apakah dan mengapakah ada kecenderungan tertentu dalam persoalan bahasa? (b) Apakah pula rintangan yang menghalang pertumbuhan orientasi berbahasa yang kritis dan progresif? dan (c) Mengapakah kita harus berusaha membangun langgam bahasa yang liberatif ini?
Pendekatan yang sedia ada digunakan pastinya telah menyumbang kepada pembangunan bahasa Melayu moden yang lebih tersusun. Kita maklum betapa kajian, wacana dan pendidikan bahasa kita sudah berkembang pesat dengan terbangunnya kajian bahasa dari sisi ketatabahasaan atau nahu, sejarah bahasa, falsafah bahasa, sosiologi bahasa, linguistik murni dan terapan, sosiolinguistik, pedagogi bahasa, analisis wacana dan literasi kritis. Antara kajian-kajian ini, mungkin literasi kritis (ada disebut pedagogi kritis) yang belum berkembang baik, khasnya yang diformulasikan oleh Paulo Freire dan temantemannya.
Makanya, menggagaskan konsep dan isu bahasa liberatif ini diharapkan dapat memperluas wacana bahasa untuk merangkul konsep-konsep kritis demi menjana wacana yang emansipatif, transformatif, pluralis, dan demokratis dalam masyarakat. Memandang ke hadapan, dengan pengguna bahasa yang semakin canggih, serta demografinya terdiri daripada golongan muda yang terdedah dengan idea-idea dari luar yang canggih, maka ranah bahasa kita tidak boleh lagi dalam mod yang sedia ada ini.
Sayangnya, kita sering terdengar akan kegusaran dan kebimbangan bahawa bahasa kita kian terancam dengan unsur dari luar, dan seolah-olah “kemurnian” bahasa boleh menjadikan keautentikan budaya kita. Pandangan ini cenderung mempertahankan apa yang disifatkan “tradisional” demi memastikan budaya dan bahasa tidak tercemar.
Sebaliknya, kita tahu bahawa proses perubahan sosial tidak boleh kita hentikan, dan perkembangan idea dan pemikiran terus berkembang di sekeliling kita. Bukan sahaja kita berdepan dengan produk baharu, tetapi juga konsep, idea dan pengalaman baharu memerlukan kita “menamakannya”. Mungkin mencipta istilah yang terbuku dalam glosari agak mudah, tetapi ini belum menjamin penggunaan dan pemikiran seterusnya. Di sinilah letak pentingnya membawa bahasa kita kepada moda yang anjal, berdaya-serap, berdayaadun dan berdaya-kreatif/kritis kerana majunya bahasa ialah landasan untuk kemajuan masyarakat dan negara.
Antara dua inti yang ditekankan dalam literasi kritis adalah pada hakikatnya bahasa tidak pernah neutral sifatnya. Penjelasan berikut memadai: “Language is not neutral, and words transport and express concepts and ways of thinking. They can consolidate and perpetuate hierarchies, domination, and control just as they can underline equality and strengthen consciousness.”1
Pendidikan dan kajian bahasa kita banyak tertumpu pada kajian bahasa dan ilmu linguistik, tetapi jarang melibatkan ranah politik bahasa, khasnya bagaimana ideologi dominan (negara dan pasar) menetapkan perkembangan bahasa. Ilmu linguistik yang terpisah daripada pengamatan sains sosial, tentu tidak dapat menjelaskan permasalahan bahasa secara menyeluruh.2
Yakni, pertalian soal bahasa dan ideologi agak langka. Maka Haig Bosmajian berpendapat pentingnya kita memperluaskan kajian bahasa secara kritis sehingga dapat menilai kesan dan impaknya:
“We have before us the task of doing more research into the effects of language in defining humans into subhumans and the consequences of allowing such language to be expressed; we have before us the task of seeing to it that educator, legislators, the media, publishers, and others become aware of racist and sexist language which has damaged and is damaging the reputations and lives of minorities. Much harm and pain has already resulted from our ignorance of the effects of sexist and racist language.”3
Membicarakan topik ini, kita sebenarnya bergerak dalam wacana yang mahu memperjelas peranan bahasa dalam masyarakat secara umumnya. Dalam hal ini, empat perkara utama harus dapat kita kaitkan dengan peranan bahasa, yakni sebelum kita masuk dan mula mengupas persoalan peri pentingnya bahasa liberatif. Tinjauan ini penting dalam rangka mengajukan persoalan bahasa liberatif yang kita bezakan daripada bahasa dominatif, yang akan dihuraikan nanti.
1 Marina Sitrin dan Dario Azzelini, “An Invitation to A Global Conversation,” Occupying Language: The Secret Rendezvous with History and the Present, New York: First Zuccotti Park Press, 2012, h. 9.
2 Ditegaskan Sutan Takdir: “ It is clear that modern linguistics as it is present is not prepared for this broad, allinclusive task. Its approach to the problems of language has been based too much on knowledge for knowledge’s sake. ....seldom has there been realized the close interrelationships between a language and the whole complicated fabric of social life, culture and thought.” Sutan Takdir Alisjahbana., Language Planning for Modernization: The Case of Indonesian and Malaysian. The Hague: Mouton, 1976.
3 Haig Bosmajian, “Freedom of Speech and the Language of Oppression,” Western Journal of Speech Communication, Volume 42, Isssue 4, 1978, h. 221.
Empat peranan itu boleh kita rangkumkan sedemikian: yakni (a) bahasa yang memberi makna hidup; (b) bahasa sebagai tunggak jati diri etnik/bangsa; (c) bahasa sebagai wadah perhubungan; dan (d) pertalian bahasa dan tradisi pemikiran yang membawa pembangunan dalam pengertian seluasnya.
Sebaiknya, kita menyelusuri beberapa pendapat ahli fikir dari beberapa tradisi ilmu. Ngugi wa Thiong’o seorang ilmuan dan penulis asal Kenya, menyebut pertalian antara bahasa dan budaya sedemikian:
“Language carries culture, and culture carries, particularly through orature and literature, the entire body of values by which we come to perceive ourselves and our place in the world. How people perceive themselves affects how they look at their culture, at their politics and at the social productions of wealth, at their entire relationship to nature and to other things. Language is thus inseparable from ourselves as a community of human beings with a specific form and character, a specific history, a specific relationship to the world.”4
Adonis (Ali Ahmed Said), seorang pemikir Syria, menyebut bahasa bukan saja sebagai wadah pengungkapan, tetapi juga cara berfikir. Bahasa yang terpakai hari ini mencerminkan keadaan sebenar sesuatu bangsa itu. Dalam konteks bangsa Arab, inilah yang beliau keluhkan kerana perkembangan bahasa itu sudah sekian lama terbantut, sehingga mengheret sama kemajuan masyarakat Arab:
“It is the language of rhetoric, artifice and ornament, and in this case, society consumes words as an individualistic pleasure, as if they were consumer goods. Thus, our language has lost the vitality on innovation and the intensity of life….It glorifies the moment of speech, not the moment of action; the moment of consumption, not the moment of production.”5
Richard Poirier, seorang pengkritik sastera Amerika, menyebut bahasa sebagai bukan sahaja alat untuk kita menyalurkan sanggahan dan kritikan, malahan hanya dengan bahasa jugalah yang dapat mengeluarkan ia daripada sekatan-sekatan dari dalam bahasa itu sendiri.6 Mihailo Markovic, ahli fikir Yugoslavia melihat peranan bahasa yang membenarkan kita menamakan pengalaman dan tindakan kita, hasil dari interpretasi kita ke atas pengalaman
4 Ngugi wa Thiong’o, Decolonising the Mind, London: James Currey, 1994, h. 16
5 Adonis, “Language, Culture and Reality,” Alif: Journal of Comparative Poetics, No.7, 1987, h. 114.
6 Menurut beliau: “the most potent and unavoidable instrument of inherited culture was language itself…language is also the place wherein we can most effectively register our dissent from our fate by means of our troping, punning, parodistic echoings, and by letting vernacular energies play against revered terminologies … Language is the only way to get around the obstruction of language..” Renewal of Literature. New York: Random House, 1987, h. 72.
yang kita lalui.7 Betapa bahasa itu ialah anugerah dan pencapaian manusia, namun tidak boleh kita ketepikan hakikat bahawa dari bahasalah, alienasi (keterasingan) berlangsung, yakni menerusi bahasa itu sendiri. Ini dijelaskan tuntas oleh Erich Fromm:
“Among the many forms of alienation, the most frequent one is alienation in language…Language is one of the most precious human achievements; to avoid alienation by not speaking would be foolish—yet one must be always aware of the danger of the spoken word, that it threatens to substitute itself for the living experience. The same holds true for all other achievements of man: ideas, art, any kind of man-made objects. They are man’s creations; they are valuable aids for life, yet each one of them is also a trap, a temptation to confuse life with things, experience with artifacts, feeling with surrender and submission.”8
Bertolak dari apa yang diajukan oleh beberapa pemikir di atas, maka penting kita melihat fenomena bahasa dalam konteks yang saling terkait, dan bukan hanya sebagai sistem bahasa yang berdiri sendiri. Itulah yang diberatkan dalam wacana literasi kritis.
Itulah pendirian Paulo Freire berkenaan bahasa, yakni perkataan harus dipadatkan dengan makna pengalaman kehidupan manusia, dan bukan pula dipaksa makna itu dari luar, sama ada oleh guru mahupun rejim ilmu. Maka itu, hubungan bahasa tidak boleh dipisahkan dari hubungan kelas sosial serta kondisi ekonomi dan aturan kuasa/politik. Bahasa apa yang digunakan bergantung dari latar kekuasaan ini.9 Menariknya, dalam pertembungan kekuasaan dalam era moden ini, dengan kekuasaan sumber dan ideologi (dalam bahasa) yang ada di tangan penguasa, sama bergerak dengan ungkapan rakyat biasa, maka terjadilah,
“a sort of dialectical synthesis of the two, a transcending of the domination of one language over the other and of one syntax over the other, in short, a rediscovery of language. As we come to realize that both the dominant language and the dominated language do not come into being in a vacuum, in a void, but on the contrary, in the concrete setting of a social system, while at the same time implying a power relationship and a field of struggle…”10
7 Mihailo Markovic, Dialectical Theory of Meaning. Boston: Kluwer Academic Publishers, MA, 1984.
8 Erich Fromm, Marx’s Concept of Man. New York: Frederick Unger Publishing Co., 1961.
9 Paulo Freire & Antonio Faudez, Learning to Question: A Pedagogy of Liberation. New York: Continuum, 1992, h. 81.
10 Ibid., h. 81.
Azhar Ibrahim Alwee
Apabila membicarakan bahasa, sepatutnya bukan soal pemilihan antara Bahasa A atau Bahasa B. Naif sungguh bila mengatakan kalau menggunakan bahasa Inggeris terus menjadikan seseorang itu kritis dan cerdas. Yang lebih penting, jenis bahasa itu yang mengarah kepada orientasi pemikiran. Bahasa yang membangun atau bahasa yang mencerut itu boleh sahaja ada dalam semua bahasa.
Hari ini kita saksikan betapa bahasa Melayu luas digunakan dalam pelbagai ranah. Antaranya paling luas adalah dalam (a) pendidikan; (b) keilmuan dan penyelidikan; (c) kesusasteraan; (d) kesenian dan ketukangan; (e) kebudayaan dan tradisi; (f) keagamaan; (g) sains dan teknologi; (h) ekonomi dan perdagangan; (i) perundangan; (j) media massa dan kewartawanan; (k) politik dan pentadbiran, serta (i) riadah, gaya hidup dan sukan.
Sepertimana Arundhati Roy, pernah mengatakan bahawa “language can never be given. It has to be made…”11, ini jelas membawa persoalan perancangan dan pembangunan bahasa. Setelah menulis karya pertama beliau The God of Small Things, Arundhati (1997) menyifatkan karya itu memberinya “bahasa baharu”.
“…that I felt the blood in my veins flows more freely. It was an unimaginable relief to have finally found a language that tasted like mine. A language in which I could write the way I think. A language that freed me…”12
Itulah bahasa yang liberatif sifatnya, bahasa yang menggerakkan akal sihat untuk terus berani menyanggah kerancuan dalam masyarakat. Dalam masyarakat membangun, pembangunan bahasa juga diperhatikan oleh inteligensianya adalah sangat penting untuk merangkul tradisi berfikir yang kritis dan kreatif demi pembangunan negara-bangsanya. Ini pernah diutarakan oleh Kassim Ahmad:
“Kita bukan sahaja memerlukan bahasa kita sebagai alat komunikasi, tetapi lebih-lebih lagi kita perlu menggunakan alat itu sebagai saluran kreatif bangsa untuk membangunkan bangsa dan tamadun kita. Ini bermakna golongan cendekiawan kita mestilah menggunakan bahasa kita sepenuhnya untuk menulis karya-karya yang bermutu dalam bidang-bidang sastera, falsafah, agama, sejarah, politik, ekonomi, perundangan dan sains. Masyarakat dan kerajaan mestilah memberi sokongan dan galakan yang penuh dan yang lebih tegas dan berkesan kepada aktiviti-
11 Arundhati Roy, Azadi, Freedom, Fascism, Fiction. London: Penguin, 2020, h.23.
12 Ibid., h. 23.
aktiviti kreatif ini. Anasir-anasir yang ingin menghalang perkembangan kreativiti yang sihat harus dikritik, dilawan dan dikalahkan.”13
Dalam sejarah intelektual Nusantara, boleh kita jejaki beberapa peristiwa dan tokoh yang bergerak dalam lapangan idea dan pemikiran, dengan menggunakan bahasa Melayu demi menyampaikan gagasan mereka. Yang terawal sedar akan pentingnya peranan bahasa untuk menggerakkan manusia menyempurnakan kehidupannya. Munshi Abdullah, wajar kita sebut sebagai manusia Nusantara yang pertama melafazkan peri penting bahasa kepada peradaban dan kemajuan manusia, namun berani menegur keterabaian kepada mempelajari dan menguasai bahasa yang terdapat dalam masyarakat Melayu, baik dalam kalangan pemimpin dan rakyat umum.
Kalau ditinjau dari nilai dan kesedaran yang menjelma daripada Munshi Abdullah, maka kita lihat sikap yang mahu bebas daripada kongkongan pemikiran yang jumud dan authoritarian. Bagi Abdullah, bahasa itu harus jangan dibebankan dengan ungkapan melantur. Bahasa yang dibebaskan daripada bebanan ungkapan yang sudah tidak sesuai dipakai lagi.14 Kebebasan berfikir dan bertindak, kebebasan yang tidak ditekan oleh penguasa, yang akan menerbitkan rasa kepedulian dan kemampuan untuk mendakap ilmu baharu.
Pada penghujung abad kesembilan belas, Raden Kartini tampil dengan suara dan tekad untuk membangun masyarakat Jawa dari segala macam pembelengguan pemikiran sama ada datang dari tradisi adat yang lapuk, sistem patriaki yang menekan, pemahaman agama yang belum terbangun, sikap terhadap peradaban Barat, dasar kolonial yang diskriminatif terhadap peribumi. Dari surat-surat peribadi dan esei beliau, dapat kita jejaki suara liberatif yang inginkan pencerahan, pemberdayaan dan kemajuan serta keadilan gender dalam masyarakatnya.
13 Kassim Ahmad, “Bahasa: Saluran Kreativiti dan Batasannya,” Dewan Sastera, Nov. 1986, h. 48-9.
14 Bagi Abdullah pengungkapan bahasa manusia itu tidak boleh jatuh ke dalam hal-hal yang sia-sia dan membazirkan waktu dan tenaga. Ditulisnya: “Pertama-pertama adapun bahasa itu diberi Allah kepada kita manusia ini terlebih mulia dan berguna adanya daripada segala perkakas kita dan kuasa kita. Maka sebab itu, sekali-sekali tiada patut kita menjalankan dia (dalam) perkara yang sia-sia. Adapun gunanya bahasa itu kepada kita manusia ini akan menyampaikan barang suatu kehendak kita kepada orang lain. Bermula jikalau (di) jalankan dia dalam perkara yang sia-sia seperti puji-pujian itu [dalam surat] maka adalah iaitu seolah-olah menghinakan perkara yang dimuliakan Allah adanya.” Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, “Kebodohan puji-pujian yang tersebut dalam surat-surat kiriman orang Melayu,” dlm. Warisan Warkah Melayu, Published by the British Library for the National Archives of Malaysia, 1994, h. 233-4.
Dr. Azhar Ibrahim Alwee
Pada waktu yang hampir sama, Syed Sheikh Al-Hadi bergerak di Singapura dan Semenanjung dengan penerbitan majalah Al-Iman, sebagai wadah seruan pembaharuan. Penerbitan ini walaupun tidak berpanjangan, namun menampilkan suara kritis akan kelesuan yang berlangsungan dalam masyarakat, dengan penegasan cara fikir yang bertunjang kepada akal, keihsanan, emansipasi wanita dan mengejar kemajuan menerusi ilmu, sebagai syarat untuk masyarakat Melayu keluar daripada kejumudan. Seruan-seruan pembaharuan ini tidak dapat dan bukan sebahagian dari gagasan liberatif untuk keluar daripada pasungan idea dan praktik, khasnya yang didominasi oleh kelompok tradisionalis agama.
Sekiranya suara penentangan pembaharuan kuat terlaung di Semenjang, dengan AlHadi sukar meneruskan majalah dan madrasahnya, di Jawa pula gerakan kesedaran dipimpin oleh para intelektual berwibawa. Dalam konteks Hindia Belanda, gerakan bersuara hanya dapat digembleng sekiranya ia bergerak secara massa dengan penerbitan akhbar. Di sinilah kita melihat tampil Tirto Ardhi Soerjo. Seperti intelektual Jawa sezamannya, beliau menggunakan bahasa Melayu untuk menggerakkan kesedaran politik, ekonomi dan hak peribumi. Kritik-kritik beliau tajam terhadap penguasa kolonial dan kepentingan ekonominya.
Selain Tirto, terdapat juga Haji Misbach, Haji Fachruddin, Mas Marco Kartodikromo yang bergiat dalam penulisan dan penerbitan akhbar. Omar Said Cokraminoto adalah antara tokoh unggul di Jawa yang menggerakkan Sarekat Islam, yang kemudiannya menjadi wadah semangat kebangsaan dan reformasi Islam. Apa yang paling jelas, inteligensia dan intelektual Jawa menemukan, menerusi bahasa Melayu, suara liberatif yang membolehkan mereka sama berbicara dengan penguasa Belanda. Dasar Belanda yang tidak mahu peribumi menggunakan bahasa Belanda dengan mereka, malah memberikan kesan besar sehingga terpilihnya bahasa Melayu menjadi pengantar utama dalam kalangan mereka. Yang penting, bahasa inilah yang menjadi bahasa perlawanan terhadap Belanda. Inilah segi bahasa liberatif.
Bahasa Melayu yang sifatnya egaliter dianggap lebih sesuai sebagai bahasa pengantar berbanding dengan bahasa Jawa yang kompleks tata penggunaannya. Makanya tidak hairan mengapa bahasa Melayu telah diangkat menjadi Bahasa Indonesia dalam Sumpah Pemuda pada 1928. Bukan saja ia diiktiraf menjadi bahasa pemersatu tetapi akan menjadi bahasa ilmu, pendidikan, kebudayaan dan perhubungan dalam pembentukan negara bangsa Indonesia.
Perlu dicatatkan juga pada hujung abad kesembilan belas dan awal kedua puluh, komuniti Cina Peranakan, baik di negeri-negeri Selat, ataupun khasnya di Betawi dan Jawa, juga melalui proses penyuguhan budaya dan intelektual. Beberapa intelektual Cina Peranakan mulai aktif menulis dalam akhbar, sastera dan buku-buku ilmu dalam bahasa MelayuPeranakan. Yang penting, sisi bahasa liberatif timbul apabila bahasa ini menjadi ungkapan bagi pemikiran baharu yang menolak pemikiran usang. Idea-idea pembaharuan yang
bergerak dari Tanah Besar China, diterjemah ke dalam bahasa Melayu-Peranakan ini. Kesedaran mengangkat martabat wanita, penting ilmu moden, pentingnya peduli pada tempat tumpah darah mereka, adalah antara yang diseru. Bahasa memberikan mereka identiti yang lebih kukuh selain berani berdepan dengan zaman moden ini. Itulah juga sisi bahasa yang liberatif.
Dunia sastera Melayu-Indonesia moden terbangun sama dengan perkembangan bahasa Melayu. Malah bahasa Melayu melalui proses pemodenan menerusi jalur sastera, di saat ranah ilmu dan pemikiran belum terbangun baik, yakni pada zaman sebelum merdeka.
Penulis utama sebelum Perang Dunia Kedua seperti Sutan Takdir Alisjahbana di Indonesia
dan Harun Aminurrashid di Malaya/Singapura, adalah antara beberapa contoh. Dalam karya sastera mereka, termuat gagasan emansipatif, mengaju bebas merdeka dan pentingnya didakap ilmu baharu untuk kemajuan bangsa.
Selepas Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu/Indonesia memasuki fasa yang cergas, dengan pendidikan, kajian dan penyusunan bahasa menjadi lebih mantap dengan perancangan baik. Tumbuhnya kumpulan penulis seperti ASAS ‘50 dengan para penulis tampil berbicara lantang membidas cengkaman kolonialisme, feudalisme dan tradisionalisme berfikir, maka bahasa Melayu bergerak pantas, yakni mengikuti perubahan zaman waktu itu. Bahasa Melayu bukan lagi menjadi bahasa untuk pendidikan sekolah Melayu, tetapi menjadi bahasa pemersatu sebagai bahasa kebangsaan. Sisi bahasa yang liberatif timbul pada saat bahasa ini kuat melaungkan keadilan, kesamarataan, kesejahteraan dan kemerdekaan dalam setiap sudut kehidupan. Hari ini, ranah bahasa melalui proses pemantapan, keilmiahan dan sangat memberatkan persoalan pendidikan formal.
Ujar-ujaran liberatif pastinya masih berdenyut cuma semakin hari luahan dan ungkapan liberatif ini lebih sering dan mudah terungkap dalam bahasa lain (khasnya Inggeris) yang digunakan juga oleh kalangan pengguna bahasa Melayu. Trend ini dapat kita lihat apabila hal-hal yang kritis dan mencabar dilafazkan dalam bahasa Inggeris (walaupun di depan khalayak Melayu), sedangkan bahasa Melayu terpakai umumnya untuk membicara hal-hal seperti keagamaan, kebudayaan dan kelaziman kehidupan seharian. Semangat membangun pemikiran liberatif pastinya dapat kita kesan, namun apakah kesannya sekiranya sentimen dan gagasan liberatif ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Inilah persoalan yang mengundang kita untuk membicarakannya secara tuntas.
Persoalan utama yang harus diajukan adalah mengapakah bahasa liberatif itu penting? Untuk menjadikan bahasa kita berdaya saing, sebagai bahasa berkemajuan, bahasa yang bersifat intelektual - mahu atau tidak, harus menjadi bahasa liberatif terlebih dulu. Makanya, penting untuk kita menghuraikan apakah ciri bahasa liberatif itu. Bagaimana untuk membentuk dan membangunnya? Apakah rintangan yang akan dihadapi dalam kita mengusahakan bahasa liberatif itu?
Bagi mereka yang mendukung bahasa liberatif, pasti sudah menerima pakai idea bahawa adanya pertalian antara bahasa dan pemikiran. Makanya, wajar apabila disebut Arundhati Roy “the heart of language …to minimize, if not eliminate, the distance between language and thought.” – Language is the skin on my thought.”15
Inilah juga pendukung bahasa liberatif akan rasa lebih cenderung, berbanding dengan gaya bahasa dominatif yang mana bahasa sering menjadi topeng atau tunggangan kepentingan dan niat tertentu. Dalam erti kata yang lain, dari bahasa juga kita boleh menyingkap tabir niat dan kepentingan tertentu.
Ada beberapa faktor untuk menjelaskan peri pentingnya membicarakan bahasa liberatif. Pertama, pada hakikatnya, bahasa pemikiran kita masih tersendat dengan belenggu minda tertawan atau terjajah. Kedua, proses pemodenan bahasa belum terpenuh, dan tidak sejalan dengan pemodenan idea sehingga kita melihat jurang antara kemajuan idea (yang datang dalam sebuah bahasa dominan) tidak pula terangkul dalam bahasa kita. Ketiga, wacana bahasa sendiri menjadi medan penguatkuasaan rejim bahasa yang bersimpul dengan kepentingan politik. Keempat, gelombang sayap kanan yang kian membiak, melumpuhkan terus keupayaan institusi yang seharusnya menjadi agen bahasa/pemikiran yang maju. Kelima, rentak dan ayunan idea dari luar pun, yang terpilih masuk, masih dalam dataran konsumptif dan popular dan bukan yang membenarkan cara fikir yang kritis.
Menjelaskan peri penting bahasa liberatif ini tidak dapat kita kedepankan dengan lebih kukuh sekiranya kita tidak memerhatikan persekitaran masyarakat, khasnya berkaitan bagaimana bahasa berdamping sama dengan relasi kuasa, atau politik.
15 Arundhati, Azadi, h. 55.
Paling ketara yang dapat kita perhatikan dari masa ke semasa adalah berlantunnya bahasa politik yang bersifat mahu merangkul kekuasaan penuh dan/ataupun yang bernada elitis dan keangkuhan yang sering bergema. Bahasa yang bergema ini sering dalam bentuk amaran, mendabik hak keistimewaan sendiri. Bahasa kekuasaan ini sering dilantun oleh politik etnosentrik, dan sering kali yang tenggelam dan terkorban apabila sentimen ini berleluasa ialah idealisme demokratis, keadilan sosial, dan kesamarataan. Ertinya, bahasa liberatif akan tersudut.
Selain itu, berleluasanya bahasa teologis yang melebihi daripada bahasa sivik, atau bahasa yang tidak sarat dengan konsepsi dan nuansa keagamaan. Bahasa teologis atau bahasa dakwah ini rata-rata muncul semenjak dekad 1970-an sehingga kita melihat kecederungan penggunaan istilah, konsep malah dalam gaya dan sebutan kata. Ciri utama bahasa teologis ialah sisi absolutis, bukan setakat penakrifan akidah, tetapi juga berkenaan penjelasan tentang pesan dan hukum agama. Ini ditambah lagi apabila penguasa agama menetapkan monopoli mutlak tentang apa jua wacana dan pengajaran agama. Absolutisme yang mulanya dari keyakinan akidah diperpanjangkan ke ranah-ranah lain, sehingga perbezaan pendapat segera dikecam, dihukum dan dimusuhi. Dalam keadaan sebegini bahasa liberatif tersenyap.
Pada dekad 1980-an sehingga 1990-an ketika bahasa “dakwah revivalis” asyik dengan bahasa menegakkan Syariah, masuk kepada penolakan terhadap sekularisme, yang sebelumnya tidak pernah terlafaz atau dipermasalahkan, kemudian menjulang gagasan Islamisasi ilmu, dengan deretan kekata “tauhidik”, “tasawur”, “manhaj”, dan “ad-din” selain banyak kekata seharian biasa diganti “musolla” (untuk surau), Eid (untuk Hari Raya), “Iftar” (untuk buka puasa), “khinzir” (untuk babi) dan lain-lain. Mungkin sahaja secara sosiolinguistik, boleh dijelaskan perkembangannya, tanpa mengaitkan dengan dominasi aliran ideologi tertentu yang membawa kesan kepada kefahaman dan pemikiran dalam masyarakat, pastinya naif.
Malah, yang sedikit tercerah dalam kalangan mereka yang melaungkan peri penting maqasid syariah, belum dapat keluar dari pola fikir ini kerana setelah lebih sedekad, perbicaraannya masih dalam pola yang sama, tanpa dapat mengaitkan dengan bahasa yang dekat dengan public reasoning.
Ini dibezakan daripada wacana Islam kontemporari seperti yang dihasilkan oleh beberapa tokoh pemikiran Islam dengan menampilkan bahasa yang baharu, jelas dan mengungkap gagasan yang moden dan universal. Contohnya oleh Asghar Ali Engineer, Nurcholish Madjid, Abdullahi an-Naim, dan Khaled Abou el-Fadl, iaitu bahasa teologis sama bergabung baik dengan bahasa ilmu kemasyarakatan, sehingga mengeluarkan gagasan bahasa yang reformistik. Daripada penulisan mereka, sisi liberatif jelas terungkap dengan usulan mengesahkan demokrasi, keadilan sosial dan gender, pluralisme, hak asasi manusia, pembangunan yang mesra alam, pemihakan terhadap yang tertindas, pembasmian kemiskinan, dan penyanggahan terhadap segala bentuk rasisme, fasisme, dan ekstremisme.
Begitulah juga di tempat kita, terdapat beberapa ilmuan seperti Syed Hussein Alatas, Chandra Muzaffar, Shaharuddin Maaruf, dan Zainah Anwar yang menulis dari kaca mata ilmu kemasyarakatan tetapi prihatin kepada tradisi keagamaan yang universal, akhirnya menjadikan wacana ilmu mereka bersifat ilmiah yang berterlibat dan pada masa yang sama memperlihatkan semangat keagamaan yang membumi.
Dalam erti kata lain, rata-rata kita tersendat dengan bahasa teologis-absolutis (religious language) dalam sfera publik, yang kian menjadi nada kuasa (kerana agama dipegang penguasa) dan semakin eksklusif perakuannya. Masalahnya, bukan religious language itu sahaja, tetapi orientasi yang melatarinya. Justeru, bahasa seperti ini bukan bahasa pemersatu, malah jauh dari nilai universal, ia eksklusif dan tidak mesra untuk bersolidariti kepada semua manusia/warga/insan, betapa mereka sering mendabik akur akan rahmatan alamin.
Kenyataannya, hari ini di tempat kita tinjau sekilas pandang ialah (a) penguasaan idea sama lemahnya dengan penguasaan bahasa, sehingga (b) kosa kata/konsep yang terbatas dan pembakuan bahasa yang belum beres; (c) walaupun terdapat wacana yang kritis tetapi ia tidak menjadi arus perdana, atau tidak boleh kuat berakar dan menyebar luas; (d) ragam bahasa politik/kuasa mendominasi, bukan saja dalam kalangan pemerintahan, media massa, tetapi juga dalam kalangan agamawan, belia dan lain-lain. Ertinya, bahasa politik/kuasa/ teologis lebih mendominan daripada bahasa sivik16; (e) berleluasanya mitos keneutralan
16 Contoh dalam penggunaan kekata seperti berikut:
a. Pilihanraya lawan demokrasi
b. Pemerkasaan lawan Pemberdayaan
c. Rakyat lawan Warga
d. Penguatkuasaan lawan pendidikan
e. Persaingan lawan kooperasi
f. Neraka dan azabnya lawan nurani dan potensi manusia
g. Kenegeraan lawan kemasyarakatan
h. Kesejagatan lawan kemandirian
bahasa—malah dipegang oleh ramai pendidik dan ilmuan bahasa, sama ada secara sedar mahupun tidak.17
Secara lebih konkrit, kita harus dapat mengenal pasti beberapa tantangan terhadap pengukuhan bahasa liberatif. Disebabkan keterbatasan ruang, kita akan membutirkan seperti berikut (a-m), dan diikuti penjelasan tentang hambatan-hambatan lain yang memerlukan lebih penjelasan:
(a) Ilmu kemasyarakatan dan ilmu kemanusiaan umumnya tidak terbangun dan terpinggir – hanya pakar dan pelajar tertentu yang menggunakan;
(b) Terdapat suasana intelektual yang malap – terbelenggu dengan ungkapan dan pola fikir yang tradisionalis dan revivalis;
(c) Kalaupun ada yang sedikit ‘kritis’ – ia terungkap dalam laras falsafah yang tidak mendunia;
(d) Dominasi kesusasteraan dengan penekanan kepada kehalusan bahasa, estetika pengungkapan dan simbolisme;
(e) Dominasi wacana keagamaan dengan istilah dan konsep terpakai bersumber dari ranah ini;
(f) Ruang wacana masyarakat masih dalam gaya jurnalistik, bukan analitik utuh;
(g) Dua sfera bahasa dalam ranah wacana Melayu/Malaysia – yang Melayu dan Inggeris berbeza mutunya – golongan berpendidikan Inggeris lebih terdedah pada korpus ilmu yang lebih luas, namun tidak aktif masuk dalam wilayah wacana berbahasa Melayu;
(h) Terjemahan yang lembab, dan jika ada, lebih cenderung kepada aliran fikiran tertentu – (bandingkan terjemahan di Malaysia dan Indonesia)
(i) Berpandangan serong terhadap Bahasa Indonesia, kononnya banyak menyimpang dan merosakkan kemurnian bahasa Melayu;
(j) Sistem pendidikan bahasa sendiri sudah mencapai tingkat pendataran – tidak ada intellectual boost, malahan kosa kata dan mutu wacana tidak meningkat sepatutnya, malah kadang kala lebih rendah daripada yang sebelumnya;
17 Perkara ini pernah dipermasalahkan oleh beberapa sarjana: “In their blind embrace of linguistic neutrality, most language educators and sociologuistics allow their programs to be plagued by the constant debate over scientific rigor and methodological refinements, a debate that often hides language issues of a more serious nature. Hence, it makes sense that language specialists and educators are discouraged from linking linguistic supremacy with cultural hegemony, and this keeps other issues of dominance and subordination hidden.” Donaldo Macedo et.al. The Hegemony of English, London: Pluto, 2004, h. 17.
(k) Dunia pendidikan tidak melalui proses ilmu yang padat dan deras. Korpus pendidikan bahasa tidak banyak berubah, malah korpus semakin mencerut sepanjang dekad. Literasi kritik tidak diperkenalkan; (l) Wacana sosial, penggunaan seharian – dilambakkan oleh klise-klise – contoh “Melayu lemah sebab tak bersatu hati,” “Islam agama syumul”, “Dunia, dunia, Akhirat, akhirat”, “Kafir yang ingin musnah Islam,” “Melayu, bangsa yang paling lembut dan berbudi,” “Islam terancam hari ini” dll; dan
(m) Pemodenan bahasa yang tidak terancang dan berlangsung dengan baik. Ketidakmampuan sesuatu masyarakat itu memodenkan bahasanya sebagai bahasa sains, ia merupakan satu halangan besar kepada pembangunan yang bermakna kepada kebudayaan dan masyarakat itu.18
Hambatan-hambatan lain yang berikutnya ialah halangan yang tidak kurang pengaruhnya kepada pembentukan bahasa liberatif untuk berkembang dalam masyarakat.
Selain itu, terdapat juga hambatan psikologi dan politik yang harus dipertikaikan. Antaranya adalah menepis beberapa andaian negatif. Kita sudah lama membenarkan andaian serong bahawa bahasa kita belum lagi sampai untuk menjadi wadah ilmu dan teknologi. Ertinya, potensi sebuah bahasa terbenam kerana sudah ada pandangan ini sejak dari awal. Ini harus kita perbetulkan.
Kita rasa kerdil, seolah-olah bila menggunakan bahasa kita sendiri, orang lain tidak dapat memahami kita. Namun dalam kenyataan sebenarnya, bukanlah sama ada orang lain mahu memahami bahasa kita atau sebaliknya, tetapi bagaimana hierarki bahasa sudah diletakkan ke atas bahasa kita, sama ada oleh kita sendiri ataupun daripada masyarakat luar. Bibit pemikiran seperti ini sudah awal ditanamkan semenjak zaman kolonial. Pernah disebut Ngugi:
18 Menurut Sutan Takdir Alisjahbana:”Since the vocabulary of a language represents the totality of concepts and since the structure of the grammar of a language channels the expression of thoughts, ideas and feelings of a culture and thus mirrors the whole way of life and worldview of its users, there is a dialectical interplay between modernization of the languages and the modernization of the concepts of thought in Asian and African societies and cultures. The modern concepts which are accepted by the Asian and African mind need adequate expression in their languages, and at the same time the modern grammar and vocabulary mold the Asian and African mind into the framework of modern concepts and ideas.”
“What colonialism did was to make us think of English as somehow the language and make us think less of our own languages. In other words, it was colonialism which gave us this hierarchical arrangement of languages where some languages seemed higher than the others or some languages seemed lower than the others”19
Berkaitan dengan tanggapan sama ada sesebuah bahasa itu maju atau tidak, persoalan realitas sama juga penting dipertimbangkan dengan andaian prejudis yang terlekat pada bahasa itu tadi, terutama apabila bahasa itu dikaitkan dengan kelompok atau etnik yang menggunakannya.
Namun, jika kita tinjau dari aspek sejarah, tidak ada bahasa itu yang tiba-tiba dilahirkan semajunya. Dalam sejarah, bahasa Arab pernah menjadi bahasa ilmu pengetahuan sehingga karya-karya Arab yang telah mengadun ilmu dari dunia Yunani, Parsi dan India telah menjadi bahasa ilmu sehingga sampai ke Eropah. Malah Renaisans Eropah banyak memanfaat khazanah ilmu dari korpus bahasa Arab. Hari ini kita mendengar keluhan intelektual Arab yang mengatakan pemikiran Arab terbeku, antaranya disebabkan oleh bahasa Arab yang tidak lagi anjal berubah dan membangun serentak dengan perkembangan ilmu moden.
Dalam sejarah Eropah, Latin pernah menjadi bahasa utamanya, sehingga pada abad kesembilan, Latin masih diajar dalam kalangan cerdik pandai. Tetapi ia sudah hampir pupus kini. Sewaktu Latin menjadi lingua franca di benua itu, bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa rendah, dianggap “this rude language,” malah tidak pernah dibayangkan bahasa yang boleh menampung falsafah, ilmu, teknologi sehingga menjadi antara bahasa dunia hari ini.
Begitu juga bahasa Rusia. Sebelumnya, intelektual Rusia menganggap bahasa Jerman sahaja sebagai layaknya bahasa yang beradab. Namun siapa sangka bahasa Rusia pada abad kedua puluh menjadi bahasa sains, teknologi dan sastera. 20
Begitupun bahasa Melayu induk tidak semena-mena menjadi bahasa Indonesia, bukan setakat kerana ia lingua franca, melainkan ia diperjuangkan dan diperkembangkan. Dari sebuah bahasa yang asalnya terpakai di persekitaran Selat Melaka, hari ini ia menjadi bahasa keenam terbesar di dunia, lewat bahasa Indonesia yang jumlah penduduknya yang mencecah 300 juta orang.
19 Trivedi, Harish, Ngugi wa Thiong’o in conversation, Wasafiri, 12/2003, Volume 18, Issue 40, h. 6
20 Ngugi wa Thiong’o “Beyond Nativism: An Interview with Ngugi wa Thiong’o,” Research in African literatures,” Volume 35, Issue 3 , 10/2004, h. 163
Apa yang dibicarakan di atas menjurus kepada soal tanggapan negatif terhadap sesebuah bahasa yang memberi kesan kepada keupayaannya menjadi bahasa yang liberatif. Ini kerana andaian dan pendapat yang negatif terhadap bahasa sekaligus meletakkan ia dalam kategori rendah, tidak sesuai dan semacamnya itu. Bila pandangan ini sudah tertanam di benak fikiran, maka di situlah terkesannya penghargaan dan pengiktirafan kita pada bahasa kita sendiri.
Sekiranya tanggapan secara psikologi memandang rendah kepada keupayaan sesebuah bahasa, maka penting juga melihat bagaimana ideologi dalam masyarakat itu sendiri telah meletakkan sesebuah bahasa itu sebagai penting/tinggi atau sebaliknya. Inilah yang dapat kita kesan daripada apa yang disebut Ngugi sebagai “Linguistic Feudalism” ataupun feudalisme linguistik/bahasa. Ngugi menjelaskan:
“Linguistic feudalism sees languages arranged in order of the nobility of being, the noblest occupying the higher realm and the lesser ones occupying lower positions in a descending order down to the menial/barbaric languages. In the globe today, European languages form the linguistic aristocracy — witness the place they occupy in the structure and functioning of, say, the United Nations and its organs. Four out of the five languages of the Security Council are European. This pattern of language relationships is reproduced also within nations, with a certain language or even accent occupying room at the top. We have seen governments/states trying to enforce what they see as the order of nature. (This was particularly the case under the colonial systems but the same is true under any system of the dominating and dominated.)”21
Sukar untuk kita menafikan wujudnya feudalisme linguistik ini. Kita tahu intensitinya berbeza dalam sesebuah masyarakat. Ngugi juga mengingatkan feudalisme linguistik ini akhirnya berhujung dengan “linguistic Darwinism” iaitu bahasa yang kuat saja yang boleh bertahan riwayatnya. Ini makin parah dalam sebuah negara atau bangsa, apabila adanya bahasa kebangsaan yang terpilih, yang akhirnya mematikan bahasa-bahasa yang lain. Bahasa terpisah dari gelombang pembangunan politik, ekonomi dan kebudayaan. Dengan terkesampingnya bahasa itu, ia makin tertinggal dan ditinggalkan. Bayangkan korpus ilmu yang terdapat dalam sesebuah bahasa itu akan sama terpadam dengan kepunahan bahasa itu.22
21 Thiong’o, Ngũgĩ wa Language in Everything to Declare: Celebrating the Piligrim’s Twenty-Fifth Birthday,” Wasafiri, Volume 25, Issue, 309/2010.
22 Ibid.
Satu hambatan yang jelas ialah tradisionalisme pemikiran yang juga memberi kesan kepada wujudnya tradisionalisme bahasa, yang menolak perubahan, serta kecenderungan berpaut kepada tradisi hanya kerana dianggap penting sehingga menolak apa juga perubahan yang sudah menderas berlaku di sekeliling.
Dalam konteks pemikiran tradisionalisme wujud dalam budaya dan agama, maka tidak hairan bahasa pun terjerat menjadi tradisionalisme bahasa, yang mana pembekuan bahasa timbul dan bertahan. Ini dapat kita lihat dari golongan cerdik pandai yang terbelenggu tradisionalisme memperlihatkan pola pemikiran yang menganggap perubahan sebagai satu kerosakan.
Dalam bukunya 1984, George Orwell membicarakan rejim pemerintahan yang sewenangwenangnya mengatur penggunaan kekata/bahasa sebagai salah satu cara untuk mengawal negara dan rakyat. Negara mencipta bahasa standardnya – sehingga digubal Newspeak sebagai bahasa standard iaitu pemahaman kebebasan atau perlawanan itu telah dicabut dari bahasa itu. (contoh lihat bagaimana media kawalan negara tidak melafazkan kekata “miskin”)
Dasar bahasa oleh penguasa authoritarian ini jelas menyekat kemampuan orang ramai untuk berfikir dengan bebas dan kritis. Cara pemerintahan yang menekan disampaikan dalam bentuk propaganda, pengharaman dan pembangkangan. Sesiapa yang menentang akan disebut sebagai subversif, pengkhianat dan penjahat. Yang dilaungkan pula “kedaulatan rakyat/agama/bangsa”, “pemersatuan bangsa” dan lain-lain.
Pemikiran autoritarian jelas mahu dan mampu menyepikan dan “membisukan” suara penyanggahan dalam masyarakat. Bosmajian menyebut hal ini sebagai bahasa yang menindas (“the language of oppression.”)
«While names, words, and language can be, and are, used to inspire us, to motivate us to humane acts, to liberate us, they can also be used to dehumanize human beings and to ‹justify› their suppression and even their extermination.»
Bosmajian lantas mengingatkan bahawa penindasan bahasa membawa kesan yang lebih parah:
“we must not forget that the linguistic dehumanisation of persons and groups has been partly responsible for the subjugation, tortures, and deaths of human beings.”23
Perlu diingat bahawa bahasa liberatif tidak harus dianggap sebagai sebuah konsep yang ideal. Membina dan memupuk persekitaran masyarakat yang menghargai kebebasan berfikir, bersuara dan bertindak, melahirkan kondisi yang baik untuk tumbuhnya bahasa liberatif. Itu berkemungkinan dan mempunyai potensi yang besar. Umumnya, bahasa yang liberatif harus memiliki potensi-potensi berikut, yakni ciri-ciri: (a) mencipta; (b) merasa; (c) mengkritis; (d) memperduli; (e) melawan korupsi makna; (f) mengharap serta bervisi.
Persoalan yang wajar ditanya adalah bagaimana kita dapat membangunkan bahasa liberatif? Paling penting ia boleh diterjemahkan dalam budaya berbahasa kita, yakni antara lain dengan:
Pertama, mempertingkatkan penggunaan idea dan konsep kritis dalam istilah, ungkapan dan gaya, sama ada dalam bentuk tulisan, ucapan dan simbol.
Kedua, menggunakan bahasa secara optimum dan terpakai luas dalam semua ranah kehidupan.
Ketiga, kesedaran tentang kepentingan standard bahasa yang formal tanpa menjadikan Bahasa itu kaku, yakni mengikut kepiawaian tanpa menjadi beku.
Keempat, pemakaian bahasa yang bebas dari pemujaan kekata. Ia juga terlepas daripada tanggapan bahawa dengan kekata, semua boleh berubah. Sebaliknya hanya dengan perilaku/aksi yang boleh membuat perubahan dan bukan kekata semata.
Kelima, ragam bahasa yang mampu menampung kelas atas dan bawah yang terdapat dalam masyarakat. Yakni bersifat inklusif dan digunakan secara merata.
Keenam, bahasa yang kuat dengan nada pemberdayaan, digunakan secara kolektif, kooperasi, bebas, mandiri dan berupaya mendepani segala bentuk isme yang mendominasi atau hegemonik – yakni nafas pembebasan, dan bukan nada magis dan naif.
23 Bosmajian “Freedom of Speech and the Language of Oppression,” h.220.
Ketujuh, korpus bahasa itu memiliki unsur moral dan etika dalam kepeduliannya. Inilah unsur yang harus diterapkan dalam pendidikan bahasa.24
Kelapan, bahasa memiliki dimensi keberanian moral intelektual selain menawarkan kejelasan pemikiran dan gagasan yang ditunjukkan dalam bentuk lisan dan tindakan. Aronowitz dan Giroux menyebut sedemikian:
“developing a language that can question public forms, address social injustices, and break the tyranny of the present….teachers need a language of imagination, one that insists on consideration of the critical means for developing those aspects of public life that point to its best and as yet unrealized possibilities, and acts to enable such consideration.”25
Jelasnya, matlamat membangun bahasa liberatif – kepada kumpulan yang dikuasai dan yang berkuasa atau mendominasi. Khasnya bagi kelompok yang didominasi, mereka harus mempunyai kesedaran bagi memastikan kemampuan mereka untuk memberikan respons yang sewajarnya. Makanya Freire menyebut:
“Because of the political problem of power, you need to learn how to command the dominant language, in order for you to survive in the struggle to transform society.”26
Membutirkan skop bahasa liberatif dan potensinya untuk dibangunkan mungkin akan lebih baik sekiranya kita meninjau apakah saingannya. Inilah yang perlu kita fahami mengenai dimensi bahasa dominatif.
Bahasa dominatif merupakan keterbalikan daripada bahasa liberatif. Ia membenarkan ungkapan terpakai dengan segala bentuk pemikiran yang authoritarian seperti fasisme, rasisme, cauvinisme, patriakisme, seksisme, elitisme dan lain-lain. Pernah kita mendengar ungkapan menyebut “Dalam bahasa sambungan jiwa, tiada bahasa bangsapun hilang.” Pastinya itu sebuah pesanan yang harus kita sanjung.
24 Pernah ini disebut Henry Giroux: “In other words, student needs to be introduced to a language of morality that allows them to think about how community life should be constructed. What is of fundamental importance here is our conception of humanity and human capacities and our recognition of those ideological and material constraints that restrict human life for all. …”Henry A Giroux, “Reading Texts, Literacy, and Textual Authority,” Journal of Education, Vol. 172, No.1, 1990, h. 99.
25 Stanley Aronowitz & Henry A Giroux, Postmodern Education: Politics, Culture, and Social Criticism. Minneapolis: University of Minnesota Press, 1990, h. 109.
26 Ira Shor and Paulo Freire, “What is the ‘Dialogical Method’ of Teaching’, Journal of Education, Vol. 169, No.3, 1987, h. 73.
Namun bagaimana kalau disebut -- “Dalam bahasa terbit perhambaan. Ada bahasa namun hidup terhumban”? Pasti ini tragis. Yakni, bahasa tidak membebaskan kita daripada perhambaaan dalaman dan luaran. Sekiranya kita sepakat menyakini bahawa ini merupakan masalah, terpanggil pula untuk menyiasat apakah punca dan manifestasinya?
Sebaiknya kita perhatikan ciri-ciri bahasa dominatif ini:
1. Bahasa yang tergubal, terpakai, oleh penguasa dominan; dengan nada laras khas untuk golongan atasan, contohnya dalam bahasa feudal;
2. Laras, kosa kata yang terbatas pada rumpun idea dan pemikiran yang berlegar dalam hal-hal berkenaan kekuasaan;
3. Cenderung menetapkan pembakuan sehingga akhirnya sistem nahu menjadi beku dan kaku;
4. Sehingga adanya pemantauan istilah, ejaan dan nahu yang dipakai;
5. Menidakkan variasi ketidakbakuan yang terdapat dalam masyarakat; mahupun hanya mengiktiraf ekspresi bahasa dalam wadah formal, contohnya; sastera dan bahasa arus perdana, tetapi bukan dalam bentuk non-konvensional seperti muzik popular dan lain-lain;
6. Cenderung memilih jenis wacana yang mampu terungkap dalam sesuatu bahasa itu tetapi bukan dalam wacana yang tidak diguna pakai oleh pemegang kunci wacana; contohnya, wacana falsafah, reformis, mahupun dari agama lain, sukar masuk dalam bahasa Melayu, kerana ada penyempitan fikiran dan penerimaan;
7. Sikap yang beranggapan bahawa cara berbahasa yang terdahulu dan dari golongan pendahulu lebih autentik, baik dan halus daripada pemakai bahasa hari ini;
8. Sikap keformalan bahasa yang dikonsepsikan secara tegar, contoh, kalau tidak ada dalam kamus, sesuatu istilah itu tidak dianggap sebagai bahasa yang layak dan boleh diterima, sehingga banyak ungkapan lisan “seperti bercinta aku nak keluar” tidak diterima sebagai bahasa yang standard;
9. Sehingga bahasa yang terpakai dari kelas bawah, terpinggir ditanggapi sebagai rendah, tidak bermutu dan malah merosakkan;
10. Malah adanya sikap ketertutupan, termasuk dari kelas bawah yang enggan menerima masukan dan perkembangan baharu. Golongan kelas bawahan merasakan bahasa standard sebagai terlalu menekan atau sangat asing kepada mereka.
Makanya meninjau persoalan dominatif ini, menarik kita mempertimbangkan dinamika pengaruh kelas sosial dan kepentingan kelompok.
Bahasa dominatif juga boleh terjadi apabila kuasa yang dominan bukan sahaja mempolitikkannya, tetapi dengan mengikis dan mengosongkan kesedaran dan dimensi politik dalam pemakaian sesebuah bahasa. Yakni, penguasa cuba memastikan medan berfikir menjadi depoliticized – memandulkan ruang fikir, membataskan konsep dan imaginasi yang masuk ke dalam sebuah wilayah pemikiran.
Sebaliknya, sama parah, apabila bahasa dipolitikkan dengan suara-suara golongan kanan dan fasis yang semakin galak. Kita bukan saja berdepan dengan hate-speech, tetapi propaganda prejudis yang sering dibuat atas nama agama, bangsa, bahasa dan tanah air.
Lama-kelamaan, kita terbiasa dengan ungkapan yang prejudis dan tidak pula kita lihat itu sebagai suatu masalah. 27 Inilah yang terjadi apabila kecenderungan ideologi tertentu masuk meluas dalam ranah bahasa dan percakapan harian. Harold Pinter, seorang dramawan tersohor pernah mengatakan segi-segi distortif atas penyelewengan yang ada dalam bahasa politik, berdenyut sama dengan bahasa menindas:
“Political language, as used by politicians…are interested not in truth but in power. To maintain that power it is essential that people remain in ignorance, that they live in ignorance of truth, even the truth of their own lives. What surrounds us therefore is a vast tapestry of lies, upon which we feed.”28
Sekiranya latar politik sudah disebut, seperkara lagi yang sangat penting harus ditinjau ialah bahasa dominatif yang dikondisi oleh kuasa pasar. Atau lebih tepat lagi, pasaran kapitalisme neo-liberal yang menandai sektor ekonomi global. Doktrin neoliberal atas nama efisiensi, produktiviti dan kos terendah, mengutamakan sektor ekonomi dikendalikan oleh pihak swasta, malah pemerintah harus melepaskan penyediaan kemudahan sosial kepada swasta. Pola fikiran ini yang masuk sekitar 1980-an, kian menjalar masuk dalam ranah pemikiran lewat media massa, seni, sastera, agama dan lain-lain. Antara yang diberatkan ialah hak individual yang harus ditunjang utama, dan persaingan menjadi teras dalam setiap segala ranah kehidupan. Budaya korporat diungguli sehingga disandarkan sebagai aturan standard yang harus diikuti.
27 Contohnya saya perhatikan di Malaysia lewat-lewat ini menyebut dan mengeja “biadap”, dan bukan “biadab” kerana sentimen politik anti-DAP dalam politik semasa. Begitu juga sewenang saja menggunakan kekata “pendatang” kepada golongan bukan bumiputra, yakni jelas terkandung pandangan negatif terhadap minoriti.
28 Harold Pinter, “Art, Truth and Politics,” The Essential Pinter. New York: Grove Press, 2006, h. 3
Dr. Azhar Ibrahim Alwee
Tidak dapat dielakkan, ranah bahasa terkena tempias dengan kecenderungan neoliberal. Bahasa atau ungkapan terdahulu seperti kooperasi, keadilan sosial, kesamarataan, kolektiviti, semakin terhakis. Henri Giroux, yang merungkai dominasi neoliberal yang mempengaruhi pemakaian bahasa dan pemikiran, di Amerika Syarikat, menyebut wujudnya “language of pollution and disposability” ataupun bahasa pencemaran dan pembuangan.
Dengan semaraknya kepopularan yang menderu laungan sentimen ketuanan serta neoliberalisme yang menular, jenis bahasa yang bersifat dominatif mengambil tempat. Dalam sejarah bahasa yang galak menyebut hal-hal pencemaran kepada sesuatu “keautentikan” bangsa, akan dibuang segera. Ini dapat kita kaitkan dengan bahasa dominatif hari ini yang memandang kepada minoriti, pelarian, pekerja asing dan mereka yang dianggap “ancaman keselamatan negara”. Laungan seperti ini pernah diperhatikan berkumandang pada era Nazi, dan hal ini mengundang perhatian cermat kita yang lebih kritis.29
Bahasa dominatif mengkehendakkan pensenyapan. Sedangkan bahasa liberatif mengajukan keberanian melafaz, yakni menolak pembungkaman. Yang pastinya, tidak wajar kita terus beria-ia mahukan bahasa yang liberatif, selagi kita belum faham segi-segi yang menjadikan bahasa itu menindas dan membungkam. Pembungkaman dan penyenyapan tidak boleh dibiarkan lama. Freire dalam gerakan menyuburkan kesedaran kritis, melihat dimensi kesedaran, lantas menegaskan ideanya secara sedemikian:
“Awareness of the world, which makes awareness of my self viable, makes unviable the immutability of the world. Awareness of the world and awareness of myself makes me not only a being in the world, but one with the world and with others. It makes me a being capable of intervening in, the world and not only of adapting to it. It is in this sense that women and men can interfere in the world while other animals can only touch it. That is why not only do we have a history, but we make our history, which equally makes us, and thus makes us historic.”30
29 Dijelaskan beliau: “The language of pollution is used to treat some groups as not simply inferior but also as a threat to the body politic. This language of pollution and disposability functions as a performative language designed to dramatise and re-enact national identity, one that defines itself in white nationalist assumptions. Assigned to the dumping ground of social and political abandonment, those individuals or families considered noxious and superfluous are now associated with a rootlessness that bears a close resemblance to the Nazi notion of blood and soil. Looking back at the Nazi era, the dangers of the language of disposability and pollution become terrifying given how they were deployed in the interest of unimaginable horrors.” Henry A Giroux, “Neoliberalism and the weaponising of language and education,” Race & class, Volume 61, Issue 1, 07/2019, h. 29-30.
30 Paulo Freire, Pedagogy of Indignation. London: Paradigm Publisher, 2004, h. 15.
Yakni manusia yang sedar itu ialah manusia yang tidak boleh senyap, malahan melawan penyenyapan. Mesti tahu siapa yang menyenyapkan dan wadah/wacana apa yang mereka gunakan demi melangsungkan pembungkaman itu. Makanya penting untuk mengenali dan mengetahui segi-segi bahasa dominatif demi kemampuan kita untuk mendepaninya dengan berani dan jelas:
“Because of the political problem of power, you need to learn how to command the dominant language, in order for you to survive in the struggle to transform society.”31
Bahasa dominatif akan memaksa dan mengarahkan kepada penyenyapan, baik dari lafaz mahupun keberanian berfikir dan menyanggah. Bila bahasa dominatif makin mapan, maka yang sering hilang atau langka ialah kekata dan konsep kritis, dan ini semakin genting apabila golongan terbesar dari kelompok yang terdidik dan pakar ilmuan, sudah terpaku atau acuh tidak acuh, malah tidak berminat dan menjadi pasrah akan keadaan yang sedia ada.
Bila hal ini berleluasa, maka hilanglah semangat solidaritas atau rasa kebersamaan – kepada sisi politik, moral, intelektual. Kejayaan bahasa dominatif dalam era dominasi neoliberal yang terus mengukuhkan penyenyapan, sehingga kita sudah putus asa, rasa kerdil dan malah tak peduli lagi untuk menyanggahnya.
Maka itu, harus difikirkan teori atau gagasan untuk menyanggah idea dominan dalam masyarakat. Pandangan Giroux menyatakan:
“At the heart of any viable theory of resistance is the need to develop a language of critique that makes visible neoliberalism’s largely unchallenged narrative about how social life should be governed by market relations. Those concerned about education in a time of tyranny need a language that exposes neoliberalism’s celebration of a disembodied individualism, its elevation of the ethos of competition to a national ideal, and also its war against the welfare state, the environment and social bonds. This anti-democratic narrative cannot be simply written out of political struggles. At the very least, educators need to create new stories that become integral to how we imagine our society, enabling us to open up rather than close down the future.”32
Makanya, penting bagi kita untuk memastikan bahawa bahasa itu sebagai pengungkapan manusia yang membolehkan kita untuk menyedari bahawa dari wahana bahasa itu, bukan sahaja terselindung ideologi yang memerangkap, namun dapat juga membebaskan kita daripada situasi yang membelenggu itu. Sahutan oleh Aronowitz dan Giroux menyatakan:
31 Shor and Freire, “What is the ‘Dialogical Method’ of Teaching,’ h. 73.
32 Henry A Giroux, “Neoliberalism and the weaponising of language and education,” Race & class, Volume 61, Issue 1, 07/2019, .h 43.
“developing a language that can question public forms, address social injustices, and break the tyranny of the present….teachers need a language of imagination, one that insists on consideration of the critical means for developing those aspects of public life that point to its best and as yet unrealized possibilities, and acts to enable such consideration.”33
Freire pula menghuraikan lebih panjang, strategi program literasi yang boleh disusun dalam sistem pendidikan.
“Educators and political leaders must recognize that ‘language is inevitably one of the major preoccupations of a society which, liberating itself from colonialism and refusing to be drawn into neo-colonialism, searches for its own recreation. In the struggle to re-create a society, the reconquest by the people pf their won world becomes important’. It is tantamount importance that the incorporation of the students’ language as the primary language of instruction in literacy be given top priority. It is through their own language that they will be able to reconstruct their history and culture.”34
Keterjalinan lafaz kata dengan aksi usaha sangat asas. Jelasnya, kita harus ada rasa terpanggil dan berharap untuk sama memupuk bahasa liberatif.
Membicarakan bahasa liberatif membuka kita kepada satu lagi ruang untuk memikirkan agensi (faktor peranan manusia) yang menyemarakkan penggunaan bahasa, ataupun yang telah membenarkan pemerudumannya. Pertama, ialah kesedaran akan golongan cendekia dalam pemilihan bahasa yang digunakan untuk menghasilkan korpus ilmu, berwacana, menyampaikan pengetahuan dan mendidik. Ngugi menegaskan bahawa pemilihan bahasa oleh para cendekia akan menentukan kejayaan gerakan pembebasan dan pembangunan dalam masyarakat mereka. Dalam konteks benua Afrika, beliau menyebutnya sedemikian:
“And it is necessary for an intellectual who really wants to contribute to the liberation of the African people - that is, the liberation of their productive forces and their genius - to put his intellectual resources at the service of the people; to make sure that whatever he articulates, in writing, in lectures, in essays, everywhere is in harmony with the needs of the struggling classes in Africa - that is, their struggle for the liberation of their productive forces so that he who produces is he who controls that which he produces.”35
33 Stanley Aronowitz & Henry A Giroux, Postmodern Education: Politics, Culture, and Social Criticism. Minneapolis: University of Minnesota Press, 1990, h. 109.
34 Paulo Freire, Literacy: Reading the Word and the World, South Hadley, Mass.: Bergin & Garvey Publishers, 1987, h. 151.
35 Thiong’o, Ngugi wa, The commitment of the intellectual, Review of African political economy, 04/1985, Volume 12, Issue 32, h. 20.
Rasanya keperluan di rantau ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebut Ngugi tentang Afrika. Walaupun dalam konteks Nusantara, persoalannya bukanlah pemilihan antara bahasa Melayu/Indonesia atau bahasa Inggeris, tetapi adanya kesedaran bahawa pencerahan tidak akan dapat terangkul sekiranya tidak terlafaz dalam bahasa yang digunakan oleh majoriti rakyat. Pastinya bukan sahaja cendekia yang harus memikul tanggungjawab ini, tetapi juga semua pemakai bahasa dalam masyarakat. Lantas wajar Ngugi mengingatkan:
“The peasants and the workers, all men and women, are agents of social change. When you impoverish their language or do not let it be the language of knowledge production, you impoverish the capacity of that social group to meaningfully represent themselves. The language question cannot be divorced from the class question and from politics. The basic question is: how are we going to transform the world or become effective transformers of the world when people are denied the knowledge about that world?”36
Malah, aneh menurut beliau apabila golongan cendekia hanya teruja untuk berbicara dan menghasikan ilmu dalam bahasa asing tetapi tidak dalam bahasanya sendiri.37 Dengan semaraknya hierarki penerbitan yang bertaraf global, sayangnya mereka yang tidak menghasilkan ilmu dalam bahasa utama dunia, kajian dan penulisan mereka tidak dapat menembusi jurnal dan penerbitan yang ditetapkan. Pastilah imperialisme akademik ini memberi kesan jangka panjang kepada kemajuan sesebuah bahasa dalam lapangan penghasilan ilmu.
Jelasnya, ketandusan sesebuah bahasa untuk menjadi bahasa ilmu datang bukan kerana takdir sejarah, tetapi kerana bahasa itu telah dipersempit dan dibataskan penggunaannya. Walau bagaimanapun, perlu dicatatkan di sini bahawa apabila cendekia sudah memilih bahasa ibundanya, bukan bererti itu sudah sempurna kerana kita tidak boleh menafikan adanya gejala minda tertawan yang sudah menyusup masuk dalam jalur pemikiran para cendekia, termasuk orang awam.
36 Rodrigues, Angela Lamas, “Beyond Nativism: An Interview with Ngugi wa Thiong’o: Document View,” Research in African literatures, 2004, Volume 35, Issue 3, h.164.
37 Ngugi menambah: “Something is wrong when you have an entire intellectual elite producing knowledge in a foreign language that is not accessible to the ordinary men and women. My argument is that we are going to really develop if there is disconnection. Although we base ourselves on African cultures and African history, the moment we acquire certain conclusions, we put them in English. To me, it is a challenge to the elite of every linguistic community in Africa, or Asia for that matter, to produce that knowledge in its own language.” Beyond Nativism: An Interview with Ngugi wa Thiong’o, h. 164.
Dr. Azhar Ibrahim Alwee
Wacana bahasa tidak boleh lagi terpencil dalam tampuk yang hanya mengurus hal-hal bahasa semata. Pola fikir yang alergik membicarakan hal tantangan ideologi ke dalam ranah bahasa makanya harus mendapat perhatian bagi kita yang tidak mahu bahasa kita hanya kian tersudut dalam hal-hal yang formal belaka, ataupun sekadar digunakan seharian dalam domain domestik sahaja. Maksudnya “orang-orang bahasa” tidak boleh selamanya terlindung dan terpisah daripada hal-hal ini seolah ia tiada kaitan dengan bahasa. Itu merupakan tanggapan yang sangat salah. Tantangan hari ini, bukan saja dengan ideologi kanan yang masuk dalam pemikiran. Termasuk hari ini, ideologi neoliberal yang kian berbau fasis, yang tidak mempedulikan kesan kepada rakyat umum.
Bahasa yang liberatif akan tumbuh mekar dan tersebar sekiranya pemikiran, nilai dan pandangan yang membebas turut sama subur dan berakar dalam masyarakat. Bahasa liberatif merupakan keterbalikan dari bahasa dominatif yang mampu dimanifestasi dalam pelbagai bentuk. Apa yang penting ialah bahasa liberatif memberikan kesan besar terhadap pembangunan sahsiah kita, pandang sarwa jagat kita terhadap perubahan sosial masyarakat, cara kita berdepan dengan ideologi yang mencengkam atau hegemoni yang kian lama bertahan dalam masyarakat. Yang paling jelas, penghasilan ilmu pengetahuan kita, sama ada ia maju ataupun tidak, bertitik tolak dari dominasi bahasa dominatif dan bahasa liberatif yang berdenyut dalam dunia bahasa kita.
Makanya, siapakah yang harus tampil menanganinya? Tidak lain ialah kelompok inteligensia dan intelektual dalam sesebuah masyarakat. Peranan golongan inteligensia harus memastikan akal sihat dalam sfera awam terus terjaga. Kemampuan menyanggah klise, ungkapan prejudis, authoritarian, fasis, patriak dan lain-lain harus tampil teguh:
“The particular problem of the intellectual, however, is that a language community in each society that is dominated by habits of expression already exists, one of whose main functions is to preserve the status quo, and to make certain things go smoothly, unchanged and unchallenged….Cliches, tired metaphors, lazy writing…are instances of “the decay of language,” The result is that the mind is numbed and remains inactive….” 38
Bahasa yang dilemahkan oleh unsur-unsur yang disebut di atas ini pasti tidak akan menjadi bahasa liberatif. Yang boleh menyanggah dan berdepan dengan berkesan ialah para intelektual dan inteligensia yang berfungsi dalam masyarakat. Intelektual ataupun kepimpinan masyarakat itu ialah standard-setters. Keprihatinan mereka dalam menggunakan bahasa
38 Edward Said, Representations of the Intellectual, London : Vintage, 1994, h.27-8
yang tidak bersifat dominatif, sebaliknya yang terisi dengan nilai dan aspirasi liberatif, pluralis, demokratis dan humanis.
Tampungan yang boleh menggerakkan bahasa liberatif ini, adalah terwujudnya lingkaran budaya atau cultural circles yang pernah dikonsepsikan oleh Freire.39 Menerusi wadah ini, budaya berdialog, perbincangan lanjut mengenai masalah ini dapat dikupas tinjau. Ini semua memerlukan lafaz bahasa, dan untuk menggerakkan ini secara kritis dan transformatif, tidak dapat tidak bahasa liberatif sangat diperlukan. Ini semua tidak mustahil, kerana sebagaimana Edward Said pernah menyimpulkan: “All language exists to be revitalized by change”. Bahasa kita harus menuju ke arah sisi yang liberatif.
Bahasa yang liberatif pernah muncul dalam sejarah. Potensi ini harus terlebih dahulu kita kenal pasti, sekaligus hambatan yang menggagalkan tumbuhnya bahasa liberatif harus dikupas dan ditangani. Persoalan dasar yang wajar kita kemukakan --- mampukah kita membangun bahasa yang maju dan dinamik, sekiranya kita mengelakkan atau menangguhkan perkembangan bahasa liberatif ini?
Selagi bahasa kita belum dilandas ke jalur liberatif, maka pemikiran dan imaginasi kita akan terus berdominatif sifatnya. Meleburkan bahasa dominatif adalah dengan sanggahan yang konsisten, yang bahannya datang dari bahasa itu sendiri, yakni unsur-unsur yang liberatif di dalamnya. Selain itu unsur luar, termasuk ilmu-ilmu bantu sangat penting untuk menyuguhkan sesebuah bahasa liberatif. Namun, selagi bahasa masih diruang tradisionalisme, dengan ungkapan indah gemawan terus dijulangi, dan jati diri budaya etnik terus ditekankan berkali-kali, selagi itu bahasa ini akan menjadi bahasa yang tidak dapat berkembang pesat kerana korpus katanya semakin mengecil dan tersorot, lenggang liuk bahasa itu semakin terus kaku, dan penggunaannya terbatas kepada pendidikan bahasa sekolahannya. Maka di situlah diperlukan bahasa liberatif demi menjana alam bahasa dan pemikiran yang emansipatif, produktif, transformatif dan rekonstruktif.
39 Menurut Giroux, “A culture circle is a group of individuals involved in learning….as well as in the political analysis of their immediate reality and national interests. In culture circles, reading demands, more than decodification of linguistic symbols. It is viewed as political “reading” of the world, Giroux, “Introduction” Paulo Freire, The Politcis of Education: Culture, power, and liberation. Westport, CT: Bergin & Garvin, 1985, h. viii
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, “Kebodohan puji-pujian yang tersebut dalam surat-surat kiriman orang Melayu,” in Warisan Warkah Melayu. Library for the National Archives of Malaysia, 1994.
Adonis, “Language, Culture and Reality,” Alif: Journal of Comparative Poetics, No.7, 1987.
Aronowitz, Stanley & Giroux, Henry A Postmodern Education: Politics, Culture, and Social Criticism. Minneapolis: University of Minnesota Press, 1990.
Bosmajian, Haig, “Freedom of Speech and the Language of Oppression,” Western Journal of Speech Communication, Volume 42, Isssue 4, 1978.
Freire, Paulo & Faudez, Antonio, Learning to Question: A Pedagogy of Liberation. New York: Continuum, 1992.
Freire, Paulo, Literacy: Reading the Word and the World, South Hadley, Mass.: Bergin & Garvey Publishers, 1987.
Freire, Paulo, Pedagogy of Indignation. London: Paradigm Publisher, 2004.
Freire, Paulo, The Politcis of Education: Culture, power, and liberation. Westport, CT: Bergin & Garvin, 1985.
Fromm, Erich, Marx’s Concept of Man. New York: Frederick Unger Publishing Co., 1961.
Giroux, Henry A, “Neoliberalism and the weaponising of language and education,” Race & class, Volume 61, Issue 1, 07/2019.
Giroux, Henry A, “Reading Texts, Literacy, and Textual Authority,” Journal of Education, Vol. 172, No.1, 1990.
Kassim Ahmad, “Bahasa: Saluran Kreativiti dan Batasannya,” Dewan Sastera, Nov. 1986.
Macedo, Donaldo et.al. The Hegemony of English, London: Pluto, 2004.
Markovic, Mihailo, Dialectical Theory of Meaning. Boston: Kluwer Academic Publishers, MA, 1984.
Ngũgĩ wa Thiong›o, “Language in Everything to Declare: Celebrating the Piligrim’s TwentyFifth Birthday,” Wasafiri, Volume 25, Issue, 309/2010.
Ngũgĩ wa Thiong›o, “The commitment of the intellectual,” Review of African political economy, Volume 12, Issue 32, 04/1985.
Ngũgĩ wa Thiong›o, “Beyond Nativism: An Interview with Ngugi wa Thiong›o,” Research in African literatures, Volume 35, Issue 3, 10/2004.
Ngũgĩ wa Thiong›o, Decolonising the Mind, London: James Currey, 1994.
Pinter, Harold, “Art, Truth and Politics,” The Essential Pinter. New York: Grove Press, 2006.
Rodrigues, Lamas, Angela, “Beyond Nativism: An Interview with Ngugi wa Thiong›o: Document View,” Research in African literatures, Volume 35, Issue 3, 2004.
Roy, Arundhati, Azadi, Freedom, Fascism, Fiction. London: Penguin, 2020.
Said, Edward, Representations of the Intellectual, London: Vintage, 1994.
Shor, Ira and Freire, Paulo, “What is the ‘Dialogical Method’ of Teaching” Journal of Education, Vol. 169, No.3, 1987.
Sitrin, Marina and Azzelini, Dario, “An Invitation to A Global Conversation,” Occupying Language: The Secret Rendezvous with History and the Present, New York: First Zuccotti Park Press, 2012.
Sutan Takdir Alisjahbana, Language Planning for Modernization: The Case of Indonesian and Malaysian. The Hague: Mouton, 1976.
Trivedi, Harish, “Ngugi wa Thiong›o in conversation” Wasafiri, Volume 18, Issue 40, 12/2003.
Rafaat Haji Hamzah seorang pelukis, penyajak, pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbit yang terlatih dalam bidang Seni Halus dari RMIT. Rafaat pernah memenangi 3 anugerah Pelakon Terbaik sebagai pemegang Peranan Utama dalam Pesta Perdana Suria pada 2000, 2007 dan 2011. Rafaat telah berlakon dalam lebih 50 pentas drama, drama TV dan filem.
Yang Terbilang dan Yang
Hilang:
Awal dan Perubahan Peranan
Bahasa Melayu Melalui
Penamaan dan Peristilahan di Singapura
Dr. Imran Tajudeen
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Nasional Singapura
Dr. Imran Tajudeen menerima pendidikan awalnya di dua buah sekolah rendah. Dari tahun 1985 hingga 1987, Dr. Imran bersekolah di Sekolah Rendah Damai. Kemudian, dari tahun 1988 hingga 1990, beliau bersekolah di Sekolah Rendah Junyuan. Dengan keputusan cemerlang yang diraihnya dalam Peperiksaan PSLE, beliau melanjutkan pelajarannya di Institut Raffles dari tahun 1991 hingga 1994.
Dari tahun 2005 hingga tahun 2009, Dr. Imran Tajudeen telah menamatkan pengajian beliau di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Nasional Singapura dalam jurusan seni bina. Disertasi peringkat kedoktoran Dr. Imran (dari NUS pada tahun 2009) berkaitan dengan seni bina dan sejarah bandar-bandar di Asia Tenggara memenangi
Hadiah Buku International Convention of Asia Scholars (ICAS Book Prize) bagi PhD terbaik (Sains Kemasyarakatan) pada April 2011.
Setelah meraih gelaran Doktor, Dr. Imran sering diundang dan giat menyampaikan ceramah hasil kajian beliau tentang seni bina dan sejarah di Singapura dan juga rantau ini. Kajian-kajian beliau memberi harapan dan perspektif baharu untuk membetulkan tanggapan yang kurang tepat tentang sejarah masa lampau Singapura dan rantau Asia Tenggara. Dr. Imran terlibat aktif dalam beberapa projek pendokumentasian warisan dan sejarah kawasan perbandaran termasuklah sebagai konsultan utama bagi pemulihan dan pendokumentasian tapak perkuburan di Jalan Kubor, Kampung Gelam Bersama Nusantara Consultancy.
Pada tahun 2014 dan 2015, Dr. Imran Tajudeen telah menerajui sebuah projek penyelidikan yang besar yang ditauliahkan oleh National Heritage Board (NHB) untuk melaksanakan kajian dan pendokumentasian seluruh tapak bersejarah di Jalan Kubor.
Pada tahun 2019 hingga tahun 2021, Dr. Imran Tajudeen menerajui projek yang dinamakan Singapura Stories. Dr. Imran telah menyampaikan beberapa siri ceramah mengenai perkara ini. Projek kajian ini memberi tumpuan pada perspektif dari bawah atau rakyat iaitu satu pendekatan baharu untuk mengenali dan memahami sejarah tempat dan seni bina di Singapura. Pada tahun 2009, Dr. Imran Tajudeen dan Dr. Jiat Hwee Chang telah mengedit buku berjudul Southeast Asia Modern Architecture: Questions of Translation, Epistemology and Power dan kemudiannya diterbitkan.
Dr. Imran Tajudeen giat berkongsi hasil kajian beliau dengan masyarakat. Kajiankajian Dr. Imran Tajudeen meliputi tempat-tempat bersejarah termasuk juga proses, motivasi dan jangkaan bagaimana sesuatu warisan dibentuk, dan bagaimana ia diceritakan dan disampaikan semula pada masa kini.
Pulau Singapura menduduki tempat yang begitu penting dalam perjalanan sejarah kebudayaan dan perkembangan bahasa Melayu. Di samping posisinya di tengah-tengah perairan kawasan masyarakat penutur Bahasa Melayu di Sumatera, Semenanjung, kepulauan Karimun-Riau-Lingga-Natuna Tujuh dan pesisir Kalimantan/Borneo, Singapura juga menjadi paksi sejarah dalam kitab Sulalatus Salatin mengenai perjalanan kerajaan Melayu dari Srivijaya-Palembang/ Melayu Jambi dengan tempoh di Temasek-Singapura pada abad ke-14 sebelum berpindah lagi ke Melaka. Ketiga-tiga babak ini terkait dengan peranan orang Melayu dalam mewujudkan pusat-pusat perdagangan sedunia. Peranan
Orang Selat atau orang suku laut juga perlu diambil kira. Pada zaman penjajahan Inggeris, orang Melayu, Jawa dan Bugis membuka ladang kelapa, getah dan perkebunan. Kawasan kota berperanan sebagai pusat perdagangan, perniagaan, percetakan dan perhubungan seNusantara, mulai dari perkembangan abad ke-19 yang dipelopori orang Jawa pesisir yang begitu ramai bermastautin di Kampung Gelam hinggalah ke pertengahan abad ke-20, selepas Perang Dunia Kedua, di saat sekian ramai penggiat bahasa, persuratan dan pergerakan kebangsaan Melayu dari Semenanjung dan Sumatera berpindah ke Singapura.
Di manakah kesan sejarah panjang ini dan bagaimanakah ia dapat diteliti? Kajian toponimi menawarkan kaedah penelitian yang menggabungkan perspektif sejarah, ilmu alam budaya dan ilmu bahasa. Nama tempat mengetengahkan jati diri sesebuah lokasi. Selanjutnya, penamaan semula dan penamaan baru juga berlaku, akibat penjajahan serta dasar budaya (cultural policies) sesebuah negara bangsa (nation state). Pemetaan kritikal (critical cartography) sebagai agenda penelitian menyorot kedua-dua jenis perkembangan terakhir ini dan kaitannya dengan politik budaya yang membentuk bagaimana sesuatu tempat dinamakan. Justeru, perbincangan sejarah nama tempat dapat dibahagi tiga: nama asli, nama zaman penjajahan dan nama pasca-kemerdekaan.
Di samping itu, penelitian nama tempat terkait erat juga dengan sejarah penggunaan bahasa, kelompok penutur, dasar bahasa serta dasar pendidikan bahasa. Dalam konteks Singapura, empat perkembangan dapat dijadikan tumpuan: berperanannya Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam masyarakat majmuk kota jajahan Inggeris; diangkatnya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; berubahnya kedudukan bahasa Melayu menjadi ‘bahasa ibunda’ dalam dasar dwibahasa yang menobatkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama; dan tergubalnya dasar pengajaran dan penuturan sebutan baku.
Pembentangan ini menyingkap peranan bahasa Melayu di Singapura melalui dua sudut. Bentuk peranan pertama ialah penamaan tempat, manakala bentuk kedua terkait dengan berubahnya penakrifan dan pengajaran bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk Singapura dan kesannya terhadap peranan budayanya. Bahagian ketiga menutup perbincangan ini dengan memantau rangka penamaan pascakemerdekaan dan terkini di Singapura.
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
MenelusurisejarahawaldanperubahanperananbahasaMelayu melaluipenamaandanperistilahandi Singapura
Siri Ceramah Arif Budiman, Pusat Bahasa Melayu Singapura
Dr Imran bin Tajudeen, Universiti Kebangsaan Singapura imran.tjdn@gmail.com | imran.tajideen@nus.edu.sg 1
Nama tempatmengikutpolalama danbaru -1-
Kajianlanskapdantoponimi| pemetaankritikal
Nama tempatSingapura Lama
• Nama tempatOrang Selat
• Kekayaanperbendaharaankosakatanama
Nama tempatdi kotaSingapura abadke-19
• Istilah‘kampong’ sebagainamabahagiankota
• Nama-namajalan
Landscape and toponymicresearch | critical cartography 2
Antara penjajahan danjaringanlama
PensejarahanSingapura darisudutnamaMelayu
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022) Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Nama tempat
Nama tempat
Singapura Lama
Singapura Lama
• Nama tempat
• Nama tempat
Orang Selat
Orang Selat
• Kekayaan
• Kekayaan
perbendaharaan
perbendaharaan
Pancur Singapura at the back of the royal hill (Bukit Larangan) Singapura’s city wall, or “Old Malay Lines”
Perbandingan
Perbandingan
denganBatu
denganBatu
Prasasti
Prasasti
Sangguran (JawaTimur)
dalambahasa
JawaKuno, 928
Sangguran (JawaTimur) dalambahasa JawaKuno, 928
• SerpihanBatu
• SerpihanBatu
Prasasti
Prasasti
Singapura
Singapura
• Antara perhiasanemas
• Antara perhiasanemas
yang dijumpai
di Bukit
Singapura
Cheryl-Ann Low Mei Gek, Singapore from the 14th to 19th century’, 2004
AD
Singapore Stone, fragments of 3mx3m inscription at Calcutta Museum and in Singapore
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Nama tempat
Singapura Lama
• Nama tempat
Orang Selat
• Kekayaan perbendaharaan
SINGAPORE up to1400
Based on Wang Dayuan, the SejarahMelayu account, and archaeological evidence
Nama tempat
Singapura Lama
• Nama tempat
Orang Selat
© Imran bin Tajudeen
SINGAPORE 1400-1511 and 1511-1699
Based on the SejarahMelayu, Portuguese & Dutch accounts, and archaeological evidence
• Kekayaan perbendaharaan kosakatanama 6
5
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Nama tempat Singapura Lama
• Nama tempat Orang Selat
• Kekayaan perbendaharaan kosakatanama
SINGAPORE 1604 De Erediamap
Changi Point (Tanjong R usa)
Tanah Me rah
Sungei Be dok
Sungei Rochor
Sungei Singapura
Tanjong Rhu
anjong R u
Xabandaria Syahbandar
aba daria yahb nd r
Tanjong Pagar
Singapura –Peta 1650 8
Xebandaria yahbandar
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Nama tempatsekitarSingapura
Penjajahandanpenggantian / penghapusannama
TgSingapura –Fort Fullerton
BtLarangan–Fort Canning
Istana –BtSeligi–Mt Emily
Sri Temasek–Bukit Kawah–Mt Sophia
Sungai Bras Basah–Stamford Canal
KampungRochordankampong dalamannya–Crawford Estate
Nama Orang Sĕlat–pemetaanpribumikepulauanSingapura
Sarimbun
Sĕmbawang
Sĕnoko
Sĕletar
Sĕlangin
[Sĕkudai]
[Sĕnai]
Sĕranggong
Saryah[Sĕria?]
BĕrhalaRĕping(P BĕlakangMati)
Siloso
Sĕrapong
Sĕlĕgu
Sĕking
Sĕmakau
Nama tempat kotaSingapura abadke-19 hinggake-20
• Istilah‘kampong’ sebagainama bahagiankota
• Nama-namajalan
Opening Case Study
Recalling shared frameworks and the etymology and circulation of Malay terms
Shared kampung ward names translated or transliterated across languages: Malay to Hokkien, Malay to Tamil Clues to nuances and diversity at the fine grain within and beyond the racialised framing of the city
Sĕlarang
Sĕlarang
Sĕminei(PulauTĕkong)
Sĕmechek(PulauTĕkong)
Salabin(PulauTĕkong)
Sanyongkong(PulauTĕkong)
Sajahat(PulauTĕkong)
Malang Siajar(PulauTĕkong)
Siglap?
Sĕduyong
Sĕligi
Sĕbarok
Sĕbarok
SĕkijangPĕlĕpahdanBĕndera
Sĕraya
Sĕburus
Samulun
Sakunyet
Sĕlolo
Ayer Bajau
TgBĕrhalaKuda(PulauPawai)
9
Shared place names: Singapore’s forgotten rooted cosmopolitanism
Kampong Susu| Kit LengKuay| Cross Street “Singaporeana”, The Straits Times 30 Sep 1950, p.6
Haughton (1891)
newspaperSg (NLB)
10
Shared names for town neighbourhood divisions and shared architectural forms KAMPUNG / CAMPONG & COMPOUND
Kampung(kampong): Campong&Compound (English)
Rural kampung: A village or hamlet Kampung ( Campong) in urban form and architecture
D Definition of kampung: A morphological unit
Urban kampung: A ward or sub-ward / a quarter
efinition rb n or ampung rchitecture: ampung
Architecture: Kampung house C Compound House
Takrifistilah‘kampung’: Unit pemukiman
•luarbandar: pedesaan
• dalambandar: wards, sub-wards
Malays take but little notice of streets, and, as a rule, only describe places by Kampongs, which are of course well known in the case of Singapore.
-H. T. Haughton (1905)
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Nama tempat kotaSingapura abadke-19 hinggake-20
• Istilah‘kampong’ sebagainama bahagiankota
• Nama-namajalan
KAMPUNG / CAMPONG & COMPOUND
Looking at the cosmopolitanism of older port cities in the Malay World
KAMPUNG BENDAHARA (Campon Bendara)
AMPUNG
KAMPUNG KELING (Campon Chelin)
KAMPUNG JAWA (Campon Jaos) wi th Pasar Ja wa
KAMPUNG CINA (Campon Chi na)
Kampung’
‘Kampung’ as urban quarter / town di vision ( original usage)
This pre-colonial framework was continued in colonial Melaka
ELAK 160 me chants’ w rd
as town di visions – the merchants’ ward of Upeh / Tranqueira
Malay pre-colonial town division structure (kampung) adopted into Portuguese usage: –petayang menunjukkankeadaanhampir100 tahunsetelahpenjajahanPortugisdi Melaka (1511-1641)
13
Singapore’scolonial town plan and the term “Campong”, Town, 1822
1822 planned cantonment and the Bencoolencommunity
Actual names
Kampong Kapor Kampong Kerbau
Campong Glam
Campong Bengkulu
European Town
Kampong Temenggongas Singapore Town (1820 Bute)
Campong Malacca
Kampong Susu
Chinese Campong
Campong China
14
Jackson Plan, 1822
Nama tempat kotaSingapura abadke-19 hinggake-20
• Istilah‘kampong’ sebagainama bahagiankota
Kampong Serani?
Bugis Village Bugis Town Demolished area today
Sultan’s House / Mosque Kampong Glam Conservation District today
Panglima Prang’s Campong Campong Glam Demolished area today [New European Town] Kampung Bengkulu
• Nama-namajalan 15
Nama tempat kotaSingapura abadke-19 hinggake-20
• Istilah‘kampong’ sebagainama bahagiankota
Campong as Town Divisions in Singapore’s Colonial Town Plan of 1822
STB ‘Ethnic District’ and URA Conservation Plan
Old Lines of Singapore Parade (Padang)
Singapore Town (Temenggong)
TOWN MAP of SINGAPORE 1825 Raja I Village
• Nama-namajalan 16
Nama tempat kotaSingapura abadke-19 hinggake-20
• Istilah‘kampong’ sebagainama bahagiankota
• Nama-namajalan
Nama-nama j alan terawal di Kampung Ge lam dan Kampung Rochor
1829 and 1830an
17
Nama tempat kotaSingapura abadke-19 hinggake-20
• Istilah‘kampong’ sebagainama bahagiankota
• Nama-namajalan
18 ama- ama j alan di Kampung Gelam dan Kampung Rochor
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
1960s: Precinct N1 expunged in its entirety except Hajjah
KAMPUNG ROCHOR DAN BUGIS: SETELAH PENGHANCURAN
1920an: Pemukiman Kampung Bugis terhapus (industri dan lapangan terbang Kallang)
1960an: Precinct N1 dirobohkan seluruhnya kecuali Masjid Hajjah Fatimah
1960an-70an: Golden Mile, pembangunan semula hartanah
1980an: Kampung Bahru dan Kampung Intan dirobohkan, termasuk masjid 1870an (Jawa)
1989: Kawasan tersisa diwarta sbg kawasan bersejarah ‘masyarakat Melayu’
(2022)
KAMPUNG ROCHOR: prior to expunction, 1950s
KampungBahru& Kampung Intan
KampungGelamConservation District today
The largest expunction scheme in Singapore’s historic town area
KampungRochor “Precinct N1”
Lane as lone survivor
Demolished 1980s: Masjid Maarof Kg Bahru (built 1870s) Jeddah Street
Demolished 1980s: Theatres at Kampung Intan Bangsawan performance
KAMPUNG JAWA & KAMPUNG BAHRU
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022) Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Kampong Glam Conservation District
KAMPUNG ROCHOR “Precinct N1”
Kampong Rochor (B ugis Town)
esudahannya: ampong Town)
Kesudahannya: keadaan hari ini di sekitar Kampung Gelam
Nama tempat kotaSingapura abadke-19 hinggake-20
• Istilah‘kampong’ sebagainama bahagiankota
• Nama-namajalan
(2022)
TOPONYMS as clues beyond the ‘C-M-I-O’ Race-Place Frame
The idea of ethnic enclaves in colonial cities What were the sociocultural complexities in Singapore Town?
What are the sources we can use?
What has been racially framed, and what has been discarded?
BugisCampong / BugisTown (KampungRochor)
demolished
Shophouses/Compound Houses of Kg Bengkulu, Kg Hailam, Kg Serani(Manila St/Victoria St), Kg Dobi
Middle Rd Jewish Mahala Japan Town
High Street
Chulia Campong and Kg Melaka (Campong Malacca)
Chinese Campong / China Town and Kg Susu (Pal Kampam)
Malay Town at & towards Palmer Rd (Kg Sambau)
“Kampong” place names SINGAPORE 1842
SINGAPORE 1878 [1896]
KAMPUNG / CAMPONG & COMPOUND
Shared names for town neighbourhood divisions
Inter-ethnic links and shared names for kampung wards
Malay and Hokkien: shared kampung ward names in S ingapore: a sampling
Kampung
Bengkulu
Kampung
Melaka
Hokkiennames affirm the Malay toponyms consistently
Chinese person in the colonial street name “Hong Lim Quay” is not used for the Hokkienstreet name
Kampung
Kerbau
Online public lecture: HistoriaSG: Recovering the Complex Legacies of Kampong Melaka and Kampong Bengkulu 29 Jul 2020. National Museum of Singapore. 29
Shared neighbourhood toponyms
(Kampong BoyanLama) KAMPUNG /
Shared place names and terms: Kampung, Pasar
(Kampong Susu)
(another Kampung Susu)
(Kampong Ayer)
(2022)
KAMPUNG / CAMPONG & COMPOUND
Shared place names (Kampung as street)
Shared neighbourhood toponyms
(Kampung Tembaga)
(Kampung Jawa)
(Kampung Serani)
(Jalan MasakArak)
•Nama tempatvernakulartidakdiakuidantidaktercatatdalampenamaanrasmi
•Penamaanvernakularmenunjukkanketerkaitanantarakaum
KAMPUNG / CAMPONG & COMPOUND
Shared names for town neighbourhood divisions and shared architectural forms
Waterloo Street is/was …
Kampung Be ngkulu
hared ampung
A sampling: Shophouses, Compound Houses
Chesed-El Synagogue in the Compound House form
HOUSING
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
(2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
SHARED FORMS
The connection between /across Kampunghouses and Compound houses
The connection between /across Kampunghouses and Compound houses
C ompound Ho use:
C ompound Ho use:
Two-storeykampung house with walled-in kolong space, set in a compound
Two-storeykampung house with walled-in kolong space, set in a compound
Malay-type Limas Houses / kampung ho uses:
Malay-type Limas Houses / kampung ho uses:
Single-storeyraised floor (panggung) with undercroft (kolong) and the ‘Malay Plan’ layout
Single-storeyraised floor (panggung) with undercroft (kolong) and the ‘Malay Plan’ layout
Kampung
Kampung
Kapor
Kapor
Kam-kongKa-poh (Hokkien)
Kam-kongKa-poh (Hokkien)
Kam-pong Ka-pok (Cantonese)
Kam-pong Ka-pok (Cantonese)
‘Kampong Kapor’ denoted the area of Weld Road, Dunlop Street, Kampong Kapor Road and the surroundings
‘Kampong Kapor’ denoted the area of Weld Road, Dunlop Street, Kampong Kapor Road and the surroundings
Multi-ethnic histories in “ LITTLE INDIA”
Multi-ethnic histories in “ LITTLE INDIA”
House for Inche Nakiah, architect Md Amin, Dunlop Street, 1892
Examples in Kampung Kapor: A raised-floor Limashouse (left) and a surviving Compound House (right)
Examples in Kampung Kapor: A raised-floor Limashouse (left) and a surviving Compound House (right)
Recapitulation from Archives Invites Lecture Sep
and HistoriaSGLecture
TOPONYMS as clues beyond the ‘C-M-I-O’ Race-Place Frame
What has been racially framed, and what has been discarded
Bugis Campong / Bugis Town (Kampung Rochor) demolished
Shophouses/Compound Houses of Kg Bengkulu, (incl. Middle Road’s Jewish Mahala and Japan Town) Kg Hailam, Kg Serani (Manila St/Victoria St), Kg Dobix2
High Street
Kg Melaka (Campong Malacca), orig. planned as ChuliaCampong
Chinese Campong / China Town with Kg Susu (Pal Kampam)
Malay Town at & towards Palmer Rd (Kg Sambau)
Off Bencoolen Street:
LorongSerai
Lorong Seget? (illegible)
Lorong Sakai
NoordinLane Lorong Pantai
Lorong Mandai
Lorong Pangkor
Chandu Court
Lorong Paya[Payah]
Off Bras Basah Road: LorongPulai
Kim Seng Place BengSweePlace
Off Middle Road: LorongSepang
Off SelegieRoad:
LorongLunas? (illegible)
Nagapah[Nagapa]Lane
V.M. VeerapahChitty Lane
Annamalai Chitty Lane
Off PrinsepStreet: LorongPandan
Cheah Jim ChwanPlace (PrinsepCourt today)
SĕngkangatauSéng-Kang?
TĕngahatauTéng-Ah?
‘Jurong’ –jerongataujorong?
Off Queen Street: LorongKranji
LorongSidin Off Albert Street: LorongSilat
Off RochorRoad: LorongTambun
Bukit Batok–bukanbatuk. (batok= istilahJawauntuktempurung)
ApakahBenoidanBenoiYantu?
ApakahBukom?
ApakahMingski?
Ayer Bajau
Dari bahasakebangsaan menjadi‘bahasaibunda’
Contohpenggantiannama
Dari namaaslidalamPelanKonsep (Concept Plan) Singapura, 1963: Ulu PandanmenjadiClementi
Nama Melayuyang diganti namaHokkien: namaKelabMasyarakat TasekUtara PekKio
“RING CITY SINGAPORE” UN Team’s Concept Plan 1963
(Koenigsberger, Abrams, and Kobe Plan)
Nama Melayuyang telahdigantidengannamaInggeris:
PesiaranKeliling, 1966 dan1969 Circuit Road, 1972
JalanChai Chee, 1972 Chai Chee Road, 1975
LorongdalamBandar BaruToa Payoh Street dan Avenue untukBedok, AngMo Kio, Clementi danseterusnya
PanggongNegara National Theatre padatahun1975
Tanah MerahmenjadiSimei 40
(2022)
Panggong Negara
Panggong Negara
Panggong Negara
The connection between /across ethnicity and class in the construction of modern forms of the Malay-type kampung house
Malay influence on Mock Tudor style
Beroti system+ traditionalinfill panels of kajang matting Stud and rail framework visible
“Could have influenced the British architects who introduced the Mock Tudor style” (Lee Kip Lin, 1988, 89)
Mock Tudor framing observed in colonial houses in Singaporeis considerably different from Tudor-style timber framing, derived from England’smedieval construction methods.
JacquesDumarçay, TheHouseinSoutheastAsia (1987:30-32),refersto “aparticularkindofMalayarchitecture”which“spreadthroughoutmainland SoutheastAsiaandSumatra”,anarchitecturewhichwas“underthe inspirationofcolonialarchitecturethoughseparatefromit”.
Modern forms of the
form
Traditional form of the Malay-type house
Modern form of the Malay-type house:
JacquesDumarçay, TheHouseinSoutheastAsia (1987:3032): Thereis “aparticularkindofMalayarchitecture” which “spreadthroughoutmainlandSoutheastAsiaand Sumatra”,anarchitecturewhichwas “underthe inspirationofcolonialarchitecturethoughseparate fromit”.
The connection between: Malay and Chinese kampung houses Inter-ethnic links and shared forms: Building practices and forms
Chinese Opera Stage or ‘PanggungWayang’ RochorTuaPeh Kong, 1906, Singapore
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Kosakatanamatempatdanasaspemahamandanpenghargaanbudayasetempat
JatidiriSingapura yang lama terjejasdengantertimbusnyaperbendaharaannama. Kehilanganinimenimbulkansatucabaranterhadappenakatanbudayadankesedaransejarah.
Rasa kehilanganinidirasakandenganbegitugetirolehtokohsasteraPak SuratmanMarkasan, yang mengungkapnyadengankata-kata berikut:
Akukehilanganlautku
Akukehilanganbukitku
Akukehilangandiriku
[…] Singapuraku
Akumengertisekali
Di sinitempatku
Tapiakutidaktahubila
Akuakanmenemuisegalakehilanganku
-JalanPermukaan(SuratmanMarkasan, 1971)
Antara penjajahandanjaringanlama PensejarahanSingapura darisudutnamaMelayu
Penjajahandanpenggantian / penghapusannama
TgSingapura –Fort Fullerton
BtLarangan–Fort Canning
Istana –BtSeligi–Mt Emily
Sri Temasek–Bukit Kawah–Mt Sophia
Sungai Bras Basah–Stamford Canal
KampungRochordankampong dalamannya–Crawford Estate
Sebaliknya…
Nama-namagabungan
HokkiendanMelayu:
Tiong Lama & Tiong Bahru
Toa Payoh(Paya)
Pasat (Pasar)
Toko; camca, teko, kekwa…
1.Kedudukan orang Melayu-Nusantara (majmuk), a.Orang Selatdanorang laut b.Suku-sukudanpertebarantempat c.Tempat: tanah, pinggiran& air/perairan
2.MasyarakatMelayudanperanannyadi kota a.persatuandankegiatan selainKMS (KesatuanMelayuSingapura), khairat kematian, percetakandanhiburan b.perniagaan danbudayabenda(material culture) dantak-benda(intangible) c.pemilikan hartanahdanbangunan
3.Perspektiflanskapbudaya: Alamdan kebudayaanmelaluisejarahtempatdi Singapura
Universiti Kebangsaan Singapura
Antara akarumbidankosmopolitanismeserantau Dari 'bahasakebangsaan' menjadi'bahasaibunda' dengan‘sebutanbaku’
JatidirikosmopolitanbahasaMelayuyang terhakis?
Bahasa keagamaan–kaya kosakata
• Zaman kerajaanMelayuBuddha
• Zaman kesultananMelayuIslam
Bahasa Kebangsaandankeadaannyasekarang
• Zaman pengembangan
• Dasardwibahasa: Menjadi‘bahasaibunda’
• Sebutanbakudankesannya
Rumi baru, sebutanbaku?
Bapa(k) borek, anak… rintik?
KelompokbahasaMalayik: Yang ‘serumpun’ itutidak semuanyasama, sebetulnya
Maritime context: the Austronesian (Malayo-Polynesian) groups and Indic literacy
–10th Century
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Sulalatus-Salatin [“Sejarah Melayu” or “Malay Annals”]
Malay cultural memory in the longue durée, and a record of historical geography
Sejarah Melayu or Sulālatal-salāṭin, also named here HikayatMelayu
A copy of the ‘long’ version, ending with the defeat of Johor by Jambi.
Copied in Singapore on 16 Rejab(no year given), by Husain bin Ismail of Tanah Merah from a MS owned by a person of Melaka.
n t n bud ya
Ingatan budaya dan geografi sejarah di dalam Sulalat us-Salatin
ul ral emory ogr ph
Cultural memory and historical ge ography in the “Sejarah Melayu” [Sulalatus-Salatin]
Alkisahmakatersebutlahperkataanadasebuahnegeridi tanahAndalas, Palembang namanya, DemangLebarDaun na(ma) rajanya. Asalnyadaripadacucuraja Syulanjuga.
MuaraTatang namasungainya.
Makadi huluMuara Tatangituadasebuahsungai, Melayu namanya.
TunSeri Lanang, Sulalatus-Salatin [writing in Old Johor, c.1612]
49
ditemukanpada1920 di Sungai Tatang
KedukanBukit inscription in Old Malay, Palembang 11/02/604 Saka (1/05/682 AD)
Boulder H 45 cm W 80 cm
Ditemukan pada 29 Nov 1920 di tebing Sungai Tatang** ** Sulalatus-Salatin menyebut Muara Tatang yang menembus ke Sungai Melayu... “... dapunta hiyang nayik di | samvau mangalap siddhayatra...”
“mamāvayang valadualakşadanganko-<..> | duaratuscāradi sāmvau dangan jālansarivu| tlurātussapuluduavañakña”
50
ke-18 (2022)
Prasasti Melayu Kuno te ntang pe nubuhan taman, Parlak Śrīksetra
Paharpur, Bangladesh
Prasasti Talang Tuwo dalam B ahasa M elayu
Kuno (Old M alay), Palembang 606 Saka (23/03/684 AD)
Stone H 50 cm W 80 cm
Ditemukan semula 17 Nov 1920 di kaki B Bukit Seguntang, Palembang
“... Parlak Śrīksetra...” “sāna tatkālāña parlak Śrīksetra ini niparvuat | parvān-da puntahyang Sri Jayanāśa ini pranidhānān-dapuntahyang savañakña yang nitānamdi sini | ñiyurpinang hanāuru|mviya dngan samisrāñayangkāyunimākan vuahña tathāpi hāurvuluhpattung …”
Nyiur| Pinang | Enau| Rumbia| Aur| BuluhBetung
“…tathāpinityakālatyāga marśilaksānti marvvangun vīryya rājintāhu di samiśrāña śilpakalā parāvis…” […] “vajrasarira”
BatangHari Sembilan – Jalurpengangkutankepedalamanyang padatpendudukMelayuUlu (BesemahLebar)
51
Candi Prambanan, C Java, Indonesia
Malayu’sMuara Jambi core site in comparative scale perspective
Angkor Wat, Cambodia
Kompleks candi kerajaan Malayu di Muara Jambi
ompleks uara 8 12 h e ury, souther
Muara Jambi complex, 8th-12th century, southern S umatra, Indonesia
52 ra a t Tu o ukit
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Kompleks candi
ompleks
kerajaan Malayu di Muara Jambi
Muara Jambi complex, 8th-12th century, southern S umatra, Indonesia 53
Contoh Candi
ontoh
Kerajaan Malayu (agama Buddha) di Muara Jambi, Sumatera
century
di Muara Jambi, Sumatera
(2022)
Śrīvijaya-Malāyu artefacts along t he St raits region
Reconstruction proffered by Soekmono(1987) and discussed by HarianiSantiko(2006) 55
Candi Gumpung, 8th century MuaraJambi complex, southern Sumatra
Single remaining Makara Damaged, headless Prajnamparamita (white andesite)
Makara from Melaka, found at the base of the royal hill (St Paul’s hill)
hill
Makarafrom Melaka, now on display in the Melaka History Museum 56
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Contoh Candi Kerajaan Malayu (agama Buddha) di Muara Takus Sumatera ontoh
Riau province, Sumatra, 11th –12th century
(2022)
bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Rajah Peta: Perkembangan Islam dan datangnya orang Barat (Muhammad Yamin, Atlas Sedjarah, 1956)
am n u uf is la a
gutra barubasa mpu hāk kedahpase ma-| tāruk tāsiḥ tanaḥ samuhā (H. Djajadiningratand W.F. Stutterheim, 1936) Disputed by Willem vdMolen
Arabic script and language Date: 7/9 Dzulhijjah791AH (26 Nov
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Zaman pe ralihan: Ke senian Nusantara Islam awal di Se menanjung
Zaman pe ralihan: Ke senian Nusantara Islam awal di Se menanjung
TERENGGANU 1303/1308: UNDANG-UNDANG ISLAM & ADAT, PAHATAN BATU
Kawi da n huruf J awi
Warisan lisan Melayu dan kesan prinsip ‘sebutan baku’
Sewajarnya i kut li san atau i kut ejaan?
Sewajarnya i kut li san atau i kut ejaan?
Ejaanrumimengikutlafaz s sebutan loghat Johor-Riau: bapak borek, anak rintek
Ejaanrumimengikutlafaz sebutan loghat Johor-Riau:
bapak borek, anak rintek
Ejaan rumi baru: lafaz mengikut ejaan?
bapa borek, anak rintik
Ejaan rumi baru: lafaz mengikut ejaan?
bapa borek, anak rintik
Batu Nisan Ahmad Majnun, zaman Kesultanan Melaka
MELAKA 1463, 1467: BATU NISANDI PENGKALAN KEMPAS
Aksara Kawi da n huruf J awi 61
–HURUF KAWIDAN JAWI
Bahasa-bahasakelompokMalayik Bellwood (1993)
Matlamatpendidikanbahasa: untukmendalamipemahamanbudayadanmendekatkanpelajardenganmasyarakat Matlamatpengajaransebutanbaku: ikutejaanrumibarusupayaselarasdenganhurufLatin supaya…
Bahasa-bahasakelompokMalayik Bellwood (1993)
Matlamatpendidikanbahasa: untukmendalamipemahamanbudayadanmendekatkanpelajardenganmasyarakat Matlamatpengajaransebutanbaku: ikutejaanrumibarusupayaselarasdenganhurufLatin supaya…
Warisan lisan Melayu dan kesan prinsip 62
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Warisan lisan Melayu dan kesan prinsip ‘sebutan baku’ ejaan rumi baru
EjaanRumi mengunakanhurufLatin dantidaksepenuhnya bersesuaiandenganwarisanlisan/ lafazlidahMelayu
Bagaimanakahsebutanbakudenganlafaz‘ikutejaan’ untuk:
• Britain? London?
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
• Ireland? Wales?
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Warisan lisan Melayu dan kesan prinsip ‘sebutan baku’ ejaan rumi baru
Serumpun:
Ke pelbagaian dan kekayaan
Bahasa Me layu
EjaanRumi mengunakanhurufLatin dantidaksepenuhnya bersesuaiandenganwarisanlisan/ lafazlidahMelayu
ve rnakular dan lin gua f ranca serantau (Adelaar2005)
Bagaimanakahsebutanbakudenganlafaz‘ikutejaan’ untuk:
• Britain? London?
• Ireland? Wales?
Seiras buka be rerti haru diselaraska atau disam ratakan 64
Bahasa Melayu vernakulardalam kelompokMalayik
• Kelantan
• Sambas
• Palembang
• Minangkabau
• Kerinci
• Pasemah/Serawai
• Brunei
• Banjar
• Kutai
• Makassar
• Kupang
• Larantuka
Lingua franca bukanMalayic
• Ternate
• Bacan
• Ambon
• Bangka
• Jakarta
• Berau
• Manado
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022) Dr
bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Kekayaanperbendaharaannamatempat: pengetahuanbudayayang berakar
Kosakatanamatempatdanpengetahuanbudayayang berakarumbi
Nama-namaistimewa
BĕtingKusa
Ayer Gĕmuroh
TanjongKatong
TĕrumbuRĕtanLaut
PĕngkalanPuding, Pĕtai, Pakau, danPaku
BelerekSudong
Pinang Rawang(PulauUbin)
Unum
LebongAcheh(PulauTekong)
Jenishaiwan
Bĕronok–beberapajenisteripang
Pĕropok[Perupuk] –sejenisikanlaut
Jurong[Jĕrong], ataujorong?
Tĕritip
Jenistumbuhanataupohontempatan
[Tanjong] Ru, Mĕngkuang, Changi [Chĕngai/Chĕngal], Merawang, Gul
[Sungai] Tĕmpinis,Kĕtapang, Kranji, Jĕlutong, Pinang, Latoh, Nipah, Mandai
[Pulau] Merambong, Merbau, Seraya
Kusa
RĕtanLaut
[Pengkalan] Puding, Pĕtai, Pakau, danPaku
[Ayer] Nipah, Samak, danMĕrbau,
[Selat] Pandan, Tĕbrau
Nama alatdanlain-lain
Jorong[Jurong] yaknitempatsirihataucorong; atausebaliknya‘jĕrong’?
Tuas
Kadut–sejeniskarungataukainkasar
Jĕmba–ukuran8 hasta 65
Antara penggantian, penghapusandanpengembaliannama -3-
Keadaanmasakini: beberapacontoh
PenamaanperhentianMRT
• Nama Melayutidakturuthadir
• Kedudukanbahasakebangsaan/ibunda
Nama masjid lama danbaru
• Bentuklama: Nama tokohdantempat
• Bentukbaru: Nama Arab tanpakaitansetempat
• Mencarijalantengah?
Lima Saranan: Penamaan, bahasa danpendidikan
Heritageisation: Mengenaldan menamaiwarisan
(2022)
bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
1. Sejarah yang hilang: SekolahKota Raja
2 Sumber sejarah di lapangan: JalanKubor
3. Kaitan sastera, budaya dan tempat: KampungSoopoo, KampungBugisdan Kg Rochordalamnovel danhikayat; kolofondannama2 tempatdi Singapura
kolofondannama
4 4. Nama yang nyaris dilupakan: Onan Road
5 Usaha pelestarian yang dapatditerapkanmelaluipendidikandanmelibatkan kegiatanmasyarakat
Contoh 1: SEKOLAH MELAYU KOTA RAJA
ontoh
Nama tokohpadanamatempat
Ada beberapagelar: Wak, Bang, Inche, Che, Chik, Pak danMak, selainnamasahaja
•Kampong: WakSumang, WakTanjong, Wak Hassan, LorongFatimah
•Kg & TgMakBaok(P. A. Merbau)
•Kg WakSekak, Sg & Kg MakBechik, TgMakAerik, TgBang Beng(P. A. Chawan, 1949)
•Sg WakBachok, Sg WakAbu, Kg WakBechik, Kg WakSekakdanKg WakJiling(P Ayer Chawan^)
•Bukit Sungai MahMidah
•Sg IncheHassan (anaksungaiBenoi)
•Sg SimpangPak Bono, Sg SimpangPak Chalang (anaksungaiPerupok)
•Sg CheMat Gun (anaksungaiTuas)
•Sg CheSubon(anaksungaiTengeh)
•Sg CheUris, Sg CheAli, Sg CheAmat, Sg Che Kakim(AnaksungaiJurong)^
•Sg Khatib(Jurong)
•Sg Wan Chi^ (anaksungaiBerih)
•Kg Dulah^ (muaraSg Berih)
•Sg SimpangMakWai^ (anaksungaiKranji)
•[ChikAbu*, [ChikManya*] (anaksungaiSeletar)
•Sg KhatibBongsu(Sembawang)
Apakahcontohnama2 masjid di Singapura yang mengandunginamatokohdannamatempat? 68
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura 1938
Contoh 1: SEKOLAH
Contoh 1: SEKOLAH
MELAYU KOTA RAJA
MELAYU KOTA RAJA
Contoh 2: JALAN KUBOR
Contoh 2: JALAN KUBOR
Padang Jeringau
Padang Jeringau
Contoh 1: SEKOLAH
Contoh 1: SEKOLAH
MELAYU KOTA RAJA
MELAYU KOTA RAJA
Contoh 2: JALAN KUBOR
Contoh 2: JALAN KUBOR
The graves’ connections to KampungGelam-Rochorport town history
Be ntuk-bentuk
batu nisan ya ng jarang ditemui, di J alan Kubor
e di J alan Kubor
Be ntuk batu nisan dari tradisi J awa di J alan Kubor
Contoh 2:
AksaraLontara Bugis atauBatak? (kurangjelas)
Contoh 2:
ontoh ontoh
AksaraLontara Bugis(batukaki) | HurufArab (batukepala) AksaraLontara Bugis
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Contoh 1: SEKOLAH KOTA RAJA
Contoh 2: JALAN KUBOR
Kota Raja Malay School
Jalan Kubor
Kampung ontoh ont h
Contoh 3: Kampung Soo Poo ( Nakhoda Supuk), Kampung Bugis, Kampung Rochor
KampungSoo Poo (NakhodaSupuk), Kallang Basin
PerahuPinisi SukmaAngin dibina 1928 di Kallang Bay, Singapura, menurutAlm. Arenawati
Padang Jeringau
KampungBugis MuaraSungai Rochor
KawasanKampungRochor: Java Road, Palembang Road, Minto Road, Sumbawa Road
Singapura, 1957
Contoh 3: Kampung Bugis
KAMPUNG BUGIS & KALLANG BAY: Bugis Houses and Pinisi schooners
Kallang Bay: Views, 1950s and 1975
KAMPUNG BUGIS & KALLANG BAY: Bugis Houses and Pinisi schooners
dwellings (
and variety of ship types,1890s
ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Kallang Bay: Golekkan and Madura boats, 1950s
Bandar Singapura yang dilupakan: KampungGelam, KampungRochor danTelukKallang
Survei tahun 1829 ( diterbitkan 1836) andar
bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Bandar Singapura yang dilupakan: KampungGelam, KampungRochor danTelukKallang
J Jalan bernama ‘Kampung Bugis’ masih tersisa
Belum jelas apakah ia akan kekal setelah pembangunan
ont h
Contoh 4: Onan Road
andar alan Onam…
PernyataanpadaSep 2012
DiperbetulpadaMar 2013 atasmasukanEnJaafarkepadaNLB (thn2009)
KeterangantentangEncikOnan tertundahinggaayatke-7: “It is likely that Onan Road was named after Onan bin Rajidin,
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
ont h
Contoh 4: Onan Road
ont h
Contoh 4: Onan Road
PernyataansdraJaafar, cicitOnan bin Rajidin, Disember2009 (InfopediaTalk)
“So Onan was not named after Onam…”
Ihsan sdra Mazelan bin Anuar
Kampong MelayuJalanEunos Nama-namayang hilang:
1.JalanHassan
2.JalanJumat
3.JalanAmbo’ Sooloh
4.JalanAbdullah
5.JalanOmar Samad
6.JalanYahya
7.JalanAdam
8.JalanPagak
9.JalanSudin
10.JalanAbdul Aziz
11.JalanAbdul Manan
12.JalanEngku Kadir
Masjid Onan Rd Berita Harian, 8 Jul 1985
Contoh 4: Siapakah Encik Onan?
Contoh 4: Siapakah Encik Onan?
ONAN BIN RAJIDIN, PEMAJU & PELABUR HARTANAH JAWA
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Contoh 4: Siapakah Encik Onan? 85
ont h ont h
1904: Onan bin Rajidin, 3 shophouses at Dickson Rd (Architect: Yeo Hock Siang)
1901: Onan bin Rajidin, house at Dickson Rd (Architect: Yeo Hock Siang)
Contoh 4: Siapakah Encik Onan?
ONAN BIN RAJIDIN, PEMAJU & PELABUR HARTANAH JAWA
JAVA PERANAKAN CLUB (No 17 BussorahSt)
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 7 April 1933
Anak-anakEncikOnan bin Rajidin:
Hon Sec: Mr Haron bin Onan Rajidin
Hon Sec “Pancharagam”: Mr MdSahatbin Onan Rajidin
Committee Member “Pancharagam”: Mr Yusofbin Onan Rajidin Mr Jaafarbin Onan Rajidin
(2022)
Contoh 5:
ont h
Usaha Pelestarian dan penglibatan masyarakat
Singapura Stories Seminar 1 (2013)
PulauSudong-AsnidaDaud13 Sep 2015
Buku-bukusejarahtempatantentangkampung-kampungyang telahhilang
• HadijahRahmat(2005), Kilat senja : sejarah sosial dan budaya kampung-kampung di Singapura •HafizaTalib(2013), Nostalgia KampungPadang Terbakar •MohdAnisTairan(2010), KampungkuSiglap: memoir MohdAnisTairan
Singapura Stories Seminar 6 (2015) 87
Contoh 5:
ont h
Usaha Pelestarian dan penglibatan masyarakat Kampung Sambau ( ‘Malay Town’) dan Makam Habib Nuh
Singapura Stories Seminar 7 (2016)
Wed 23 Mar 2016 7-9pm
Possibility Room National Library
Supported by:
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Ceramah Arif Budiman ke-18 (2022)
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Dr Imran bin Tajudeen, Jabatan Kajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura
Siri Seminar Singapura Stories
Siri Seminar Singapura Stories
Lima Saranan: Penamaan, bahasadanpendidikan
Lima Saranan: Penamaan, bahasadanpendidikan
1.Melengkapkanpemahamandan penggunaan istilah ‘kampung ’
1.Melengkapkanpemahamandan penggunaan i istilah ‘kampung ’
2.Nama Melayuperlu t urut dihadirkan
2.Nama Melayuperlu turut dihadirkan
3.Mengingat kepelbagaian dan keterkaitan
3.Mengingat k kepelbagaian dan keterkaitan
4.Tindaklanjut: lanskap budaya
4.Tindaklanjut: l lanskap budaya
5.Tingkatkan pemahaman sejarah budaya
Sebuahlukisanyang dianggapikonik, menunjukkankelasBahasa Melayudi mana kebanyakanpelajarnyaberbangsaCina
Sebuahlukisanyang dianggapikonik, menunjukkankelasBahasa Melayudi mana kebanyakanpelajarnyaberbangsaCina
Pada papan tulis te rtera: Siapa nama kamu – identity diri Di mana awak tinggal? – tempat tinggal ke kitaan
Pada papan tulis te rtera: Siapa nama kamu – identity diri Di mana awak tinggal? – tempat tinggal ke kitaan
5.Tingkatkan p pemahaman sejarah budaya 90
Daniel Goh. 2007. “Interpreting National Language Class.” s/pores [web]
Daniel Goh. 2007. “Interpreting National Language Class.” s/pores [wweb]
Dr. Imran Tajudeen dan Cikgu Rahmat Subadah selaku Moderator, sedang mendengarkan pertanyaan yang ditanyakan oleh seorang peserta Ceramah Arif Budiman ke-18.
Dr. Imran Tajudeen sedang memberikan penjelasan mengenai hubungan nama-nama tempat dengan penggunaan bahasa Melayu dalam liputan sejarah.
Suratman Markasan dilahirkan pada 29 Disember 1930 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau menerima pendidikan sekolah rendah di Sekolah Rendah Sepoy Lines. Beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Kota Raja. Setelah itu, beliau meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Perak, Malaysia. Selepas menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Perak (Malaysia) pada tahun 1950, beliau menyertai perkhidmatan mengajar dan pada tahun 1968 mendaftar di Universiti Nanyang, lulus tiga tahun kemudian dengan ijazah dalam Kajian Melayu dan Indonesia. Beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah untuk kajian Melayu dan Tamil di Kementerian Pendidikan dan selepas itu, mengajar di Institut Pendidikan sehingga tahun 1995. Kerjaya sasteranya bermula dari awal tahun 1950-an hingga kini. Pada tahun 1989, Suratman menerima Anugerah SEA Write daripada raja Thailand dan pada tahun 2010, beliau dianugerahkan Pingat Budaya Singapura yang berprestij untuk Kesenian Sastera. Pada tahun 2022, beliau dianugerahi Hadiah Sastera Singapura.
Suratman merupakan tokoh yang dihormati dalam sejarah sastera Melayu moden. Beliau ialah seorang penulis Singapura sejati, yang tergambar dalam banyak karyanya, sama ada dalam bentuk puisi mahupun prosa. Repertoir sasteranya merangkumi tiga bidang utama: kritik sosial, dengan moraliti dan etika sebagai kriteria utama untuk menilai idea, nilai dan amalan; pemerhatian terhadap perubahan sosial, budaya dan politik yang telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu; dan tuntutan untuk reformasi agama dan kembali kepada agama di tengah-tengah perubahan besar yang berlaku dalam masyarakat moden. Bagi Suratman, agama dan etika ialah alat penting untuk menangani pemerosotan pemikiran dan amalan dalam masyarakat.
Suratman merupakan penulis Singapura pertama yang menjadi penulis jemputan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Malaysia pada tahun 1991. Selain menulis, beliau mengedit penerbitan seperti: Majalah Sasterawan (1971–1973); Majalah Sekata (1984–1988); Warita Suara, penerbitan Mendaki (1985–1987); Warita, penerbitan MUIS (1989–1992); Ikhwan Darussalam (1993–1996); serta Khalifah Muda (1998).
Dikatakan sebagai seorang penulis moden dengan kecenderungan reformis, idea dan gaya Suratman telah berkembang sepanjang tahun. Beliau bukanlah seorang yang bereksperimen dengan teknik penulisan baharu semata-mata untuk mengekalkan keadaan semasa. Walaupun absurdisme, realisme magis atau posmodenisme jarang terlihat dalam karyanya, kebimbangannya sangat berkait rapat dengan komuniti Melayu dalam masyarakat moden yang berbilang budaya.
Naratif Sastera Singapura merupakan satu dokumentasi sosial yang telah dicorak oleh pelbagai peredaran zaman. Zaman yang menyaksikan pergolakan masyarakat, perubahan tampuk pemerintahan, pencarian dan pembinaan jati diri. Perkembangan inilah yang mencorak naratif sastera Singapura. Melalui perkembangan ini juga, lahir pendukung-pendukung yang telah mewarnai dan memeta hala tuju dunia sastera Melayu Singapura hingga ke hari ini. Naratif Sastera Singapura ini akan dilihat melalui lensa tujuh dekad seorang penelaah sastera yang masih lagi aktif dan gigih berkarya. Dari lensa penelaah sastera ini juga kita akan dapat melihat bagaimana beberapa pendidik dan penulis yang telah sama-sama berganding bahu, berjuang dan melestarikan bukan hanya sastera tetapi juga bahasa dan budaya Melayu di Singapura.
Naratif Sastera Singapura ini akan membincangkan dua fasa penting yang dilalui oleh Singapura iaitu fasa sebelum negara Singapura mencapai kemerdekaannya yang dinamakan (1) Angkatan Pramerdeka. Fasa kedua pula ialah fasa dan liku-liku kehidupan selepas Singapura mencapai kemerdekaannya yang dinamakan (2) Angkatan Pascamerdeka. Pergolakan kehidupan yang dilalui masyarakat dalam membangun harapan yang melalui pelbagai cabaran dan liku-liku kehidupan inilah yang dipaparkan menerusi hasil karya penulis-penulis yang muncul mewakili Angkatan Pramerdeka dan Pascamerdeka yang adakalanya menyuarakan suarasuara lantang mewakili masyarakat jembel dan marhaen dalam pelbagai genre karya sastera yang mewarnai landskap Naratif Sastera Singapura. Apakah naratif sastera yang pernah dianggap patah akan tumbuh dan naratif yang pernah dianggap hilang akan berganti? Inilah yang akan dikongsi dalam pembentangan kali ini.
Tradisi penulisan sastera fiksyen moden di Singapura sudah bermula kira-kira pada tahun 1930-an, apabila Harun Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), menulis puisi sulungnya berjudul “Seloka Harapan” yang terbit di Temasik, pada 1 Mei 1930. Roman pertama beliau berjudul “Melur Kuala Lumpur” dan diterbitkan pada tahun yang sama. Kemudian diikuti oleh
Cikgu Mahmud Ahmad, dengan romannya berjudul “Sandiwara Hidup” pada tahun 1937, “Iblis Rumah Tangga” (1939) dan “Gadis Hulu Muar” (Abdullah Sidek); “Puteri Gunung Tahan” (1937) dan “Anak Mat Laila Gila” (1941). Pada ketika itu, istilah novel belum lagi digunakan. Istilah ‘roman’ digunakan untuk buku atau cerita yang dihasilkan oleh penulis.
Selepas Perang Dunia Kedua (1938-45), bermula kira-kira pada tahun 1948, muncul roman-roman mengenai rosaknya moral bangsa; antara novel-novel tersebut ialah “Bilik 69” (1949); “Geylang Serai Karam” (1949) dan “Pelayan” (1949). Semua roman ini dihasilkan oleh Ahmad Lutfi, dari golongan penulis yang dinamakan golongan Angkatan Sebelum Perang. Kemudian dalam gejolak politik untuk membebaskan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura dari cengkaman penjajah Inggeris, pada 6 Ogos 1950, lahirlah sebuah pertubuhan penulis muda yang dinamakan “Angkatan Sasterawan ‘50” yang digagasi oleh Muhammad Ariff Ahmad (Mas); Masuri S.N., Hamzah, Munir Ali (Rosmerah), Kamaluddin Muhamad (Keris Mas) dan beberapa nama lain. Penulis-penulis muda golongan ini, menggunakan bahasa dan kesusasteraan Melayu sebagai alat menyedarkan bangsa untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Penulis-penulis dari golongan ini dinamakan sebagai “Angkatan 50”. Dari mereka lahir novelnovel antaranya “Rumah Itu Dunia Aku” (1951); “Di Mana Terbitnya Si Matahari” (1958); “Samseng” (1965) yang semuanya ditulis oleh Hamzah. “Kisah Semalam” (1958); “Melati Korban Cinta Suci” (1949); “Perempuan Baju Hijau” (1949) yang kedua-duanya ditulis oleh Rosmera (Munir bin Ali). “Sarah Pengarang Kecil” (1962); “Mail Mau Kawin” (1973) dihasilkan oleh Mas (Muhammad Ariff Ahmad); “Tak Ada Jalan Keluar” (1979); “Subuh Hilang Senja” (1989) “Di Bumi Mana” (1996) dihasilkan oleh Suratman Markasan. Dari Masuri S.N., lahir kumpulan puisi, antaranya: “Awan Putih” (1958); “Warna Suasana” (1962); dan “Bunga Pahit” (1967).
Kemudian dalam perkembangan suasana politik di Singapura, pada tahun 1960, Singapura menuju ke arah “Self-government” atau Berpemerintahan Sendiri. Selepas itu, Singapura dengan keputusan referendum yang dilakukan oleh rakyat Singapura, bersetuju untuk negara Singapura masuk bergabung ke dalam Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun
akhirnya pada tahun 1964, Singapura keluar atau dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia dan dengan itu Singapura merdeka sebagai negara bebas mulai pada 9 Ogos 1964.
Pada 1 Disember 1977, Prof Ismail Hussein, Ketua 1 GAPENA telah meminta saya selaku Ketua 1 ASAS ’50 menulis sebuah kertas kerja (KK) berjudul “Kesusasteraan Melayu Singapura Dulu, Sekarang dan Masa Depan” untuk dibentangkan dalam Persidangan Penulispenulis ASEAN 1977, di Kuala Lumpur dari 1-3 Disember 1977. Maka dengan itu, pertama kali, istilah ‘Kesusasteraan Melayu Singapura’ digunakan di pertemuan antarabangsa dan sekaligus di negara Singapura hingga sekarang.
Untuk menunjukkan moto ASAS ’50, dalam muka buku “Memoranda” (1962) yang diedit oleh Asraf A.Wahab, tercatat tulisan yang begini bunyinya:
“Perjuangan Angkatan Sasterawan ’50 ialah perjuangan peminat-peminat bahasa dan kesusasteraan Melayu yang dilancarkan dengan kesedaran politik dan sosial, kesedaran bahawa perpaduan kebangsaan adalah perlu untuk mencapai kemerdekaan, dan kemerdekaan adalah jambatan ke arah keadilan masyarakat, kemakmuran rakyat, keamanan dan perdamaian hidup manusia...”.
Untuk menunjukkan perjuangan itu, tersemat dalam puisi Masuri S.N., dalam sajaknya “Tiada Peduli” (1949).
“Biar desar desir angin bertiup
Ketahuan ‘rang mati tiada kawan
Atau ada lagi yang mengerikan
Sekali ini aku tiada peduli
Di atas dasar yang satu aku berdiri”.
Demikian pula tekanan dan gambaran daripada penyair Usman Awang, rakan seangkatan Masuri.S.N., yang menyatakan fikirannya dalam sajaknya berjudul “Tanah Melayu” (1950), yang menyebut:
Kita diminta membuat semua bakti, Dari titik peluh sampai merah darah, Memburu kematian di padang maut terdedah, Saudara sama sendiri saling bunuh-membunuh,
Ketika penekanan jauh sampai ke tulang, Dengarlah jeritan keras tani di ladang, Dengarlah teriakan gemuruh buruh kilang, Sama bersatu sederap barisan bangun berjuang.
Selepas itu muncul penulis-penulis muda yang lahir antara tahun 1941 hingga 1960. Mereka menjadi anggota ASAS ‘50. Umpamanya Megadona atau Mohd Ghani Ahmad (1941); Md Taha Jamil (1943); A.Wahab Hamzah (1947); A.Jalil Kadir atau Ajaki (1948); Mohamed Latiff Mohamed (1950); Mohamed Naim Daipi (1950); Suraidi Sipan (1950); Jamal Ismail (1952); Shamsidah Sulaiman (1952); Abdul Samat Salimin (1955). Ketika itu muncul juga satu kumpulan yang menamakan dirinya “Gelorasa”. Antara anggotanya ialah Muhammad Ismail Abdullah atau MIA (1945); Djamal Tukimin (1946); Eunosasah atau Eunos bin Asah (1946); Haron Abdul Majid (1950); dan Abdul Kadir Pandi (1951); atau mereka yang bebas tidak dalam mana-mana ikatan, antaranya Basiran Hj Hamzah (1942); Fatimah Jaludin (1946); Yatiman Yusof (1946); Al-Mahdi Al Mashor (Nadiputra) (1946); Noor Hidayat (Ibrahim Haji Mohamad) (1947); Sumadi Sarkawi (1948); Hamed Ismail (1948); Muhammad Yusof A. Rahman atau Mibarzo (1951); Sapiee Ahmad Razaly (1952); Goh Mey Teck atau Peter Augustine Goh (1953); Rohman Munasip (1954); Norulashikin Jamain (1955); Rasiah Halil (1956); Anuar Othman (1957); Johar Buang (1958); Sharifah Yatiman (1959); dan beberapa nama lain. Mereka ini saya namakan sebagai Angkatan Pramerdeka, sebab mereka mula menulis sekitaran tahun 1960-an, iaitu tahun Singapura mendapat kemerdekaannya, selepas Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.
Selepas itu mula timbul penulis-penulis yang lebih muda daripada mereka, iaitu yang lahir antara tahun 1960 hingga 1980. Penulis muda yang saya namakan sebagai generasi Angkatan Pascamerdeka ialah penulis-penulis yang lahir antara tahun-tahun 1960 hingga 1980, dan mereka mula menulis sekitar tahun 1980 hingga 1990. Antara mereka ialah penulis-penulis dari ASAS ’50 umpamanya Nordita Taib (1960); Syamsudin Said (1960); Kamariah Buang (1958); Hadijah Rahmat (1958); Isa Kamari (1960), Faridah Taib (1964); Muhd Salihin Sulaiman (1966); Mohamed Pitchay Gani Abdul Aziz (1967); dan Yazid Hussein (1967). Dari KAMUS ialah Jamilah Anuar (1960); Mustapha Mohamad (1962); Mohd Yani Hussain (1966); Ahmad Jaafar Munasip (1967); Ahmad Md Tahir (1967); Musafir Lara (1969); Shafiq Selamat (Shasel) (1969); Chairul Fahmy Hussaini (Alang Budiman) (1973). Mereka yang tidak terikat dengan mana-mana pertubuhan adalah seperti Norzehan Awang (1962); Sa’eda Buang (1958); Osman Adun (Juki) (1965); Sukiman Nordin (1965); Rafaat Haji Hamzah (RHH) (1966); Mohd Khair Mohd Yassin (1966); Juffri Supa’at (1967); Noor Hasnah Adam (1973); Farihan Badron (1973); Nor Aisya Buang (1974); Noridah Kamari (1980); dan beberapa nama lainnya. Mereka ini saya golongkan sebagai Angkatan Pascamerdeka kerana mereka mula menulis selepas Singapura merdeka. Saya melihat dari golongan penulis muda yang saya namakan sebagai Angkatan Pascamerdeka, yakni mereka yang mula menulis antara 1984 hingga 2001. Setakat
ini, ada dua orang penulis yang lantang menyuarakan kaum marhaen dan jembel. Mereka ialah Rafaat Haji Hamzah (RHH) dan Noor Hasnah Adam. RHH telah menerbitkan tiga kumpulan puisinya; pertama “Detik Kini” (2001); “Yang Bilang” (2007) dan “Prasasti Cinta” (2018).
Dari golongan Angkatan Pramerdeka dan Angkatan Pascamerdeka ini, saya melihat bahawa ada 11 penyair/penulis yang menunjukkan ciri-ciri kepenyairan dan kepengarangan mereka yang mengandungi motif yang jelas membela rakyat marhaen dan jembel yang masih tertekan dan terkais-kais tertinggal di belakang. Mereka dengan tegas bersuara dan mengetengahkan kepahitan hidup mereka dalam tulisan-tulisan mereka. Selain itu, sebahagian daripada mereka membawakan kelainan bentuk dan gaya dalam tulisan-tulisan mereka. Pertama penyair Muhamad Ismail Abdullah (1945) atau teman-teman akrab beliau sering memanggilnya dengan singkatan MIA sahaja dan seterusnya menurut urutan tanggal lahir mereka yang lebih muda, ternyata tulisan mereka mempunyai imej dan sikap yang tegas dan mempunyai kelainan bentuk dan imej-imej yang dibawanya. Mereka ialah Nadiputra (Okt 1946), Hamed Ismail (Mei 1948), Mohamed Latiff Mohamed (Mac 1950), Suraidi Sipan, (Nov 1950), Jamal Ismail (Mei 1952), Abdul Samad Salimin (Dis 1955), Johar Buang (Jan 1958), Hadijah Rahmat (Feb 1958), Isa Kamari (Mei 1960) dan Rafaat Hamzah (Mei 1966).
Daripada penulis/penyair yang saya deretkan di atas, tidak akan saya kritik baik buruknya tulisan mereka, akan tetapi saya hanya akan mengapresiasi tulisan-tulisan mereka. Menurut Dr. Budi Darma:
“... Kritik sastera dibekali suatu sikap terhadap objek. Dan konsep-konsep mengenai sikap-sikap inilah yang menimbulkan sekian banyak aliran dalam kritik sastera. Sebaliknya apresiasi sastera diantar oleh enjoyment.”
Begitupun apa yang saya paparkan nanti, merupakan satu bentuk makalah yang baru saya ceburi, ibarat “pisau belati tua” yang diasah oleh seorang tua renta, yang mencuba dan mencuba serta belajar bagaimana mengasah “belati tua itu”. Maka itu, jika ada yang tinggi ilmunya dan warak tentang apa yang akan saya bicarakan nanti, mendapati ada bengkok di sana dan bengkok sini, sila luruskan. Insya-Allah saya akan menerimanya.
Dalam bahagian pengantar, saya telah menjelaskan secara umum perkembangan sastera Singapura dengan munculnya penulis-penulis yang dilahirkan di Singapura dari zaman Angkatan Sasterawan ‘50 atau ASAS ‘50 dan kemunculan para penulis yang lebih muda yang mewakili Angkatan Pramerdeka dan Angkatan Pascamerdeka.
Seterusnya, saya akan menjelaskan dan mengupas naratif sastera Singapura dengan meneliti 11 penulis/penyair dan karya-karya yang dihasilkan terkait dengan dua zaman yang saya namakan Angkatan Pramerdeka dan Angkatan Pascamerdeka. Dengan mengupas karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis atau penyair ini, dapatlah kita meneliti isu dan motif yang diperjuangkan oleh penulis-penulis Angkatan Pramerdeka dan Angkatan Pascamerdeka serta meneliti adanya prinsip-prinsip teori teksdealisme termasuk pelanggaran dan pembaharuan yang diketengahkan dalam karya-karya yang mereka hasilkan.
Dari golongan Angkatan Pramerdeka dan Angkatan Pascamerdeka ini, saya akan menunjukkan ciri-ciri kepenyairan dan kepengarangan mereka yang mengandungi motif dan tema yang jelas membela rakyat marhaen dan jembel. Penulis-penulis ini memainkan peranan mereka sebagai mata, telinga dan fikiran mewakili suara masyarakat biasa, masyarakat jembel dan marhaen yang tertinggal di belakang dan membela kehidupan, perjuangan, masalah dan kepahitan hidup yang dialami dan dirasai oleh golongan ini. Keberanian dan kebenaran yang diperjuangkan oleh penulis-penulis inilah yang menjadi sorotan saya dalam mengupas naratif sastera Singapura dari kaca mata seorang penelaah sastera.
Sebelas penulis yang menjadi tumpuan dalam penelaahan saya ialah:
1. Muhamad Ismail Abdullah (1945);
2. Nadiputra (Okt 1946);
3. Hamed Ismail (Mei 1948);
4. Mohamed Latiff Mohamed (Mac 1950);
5. Suraidi Sipan, (Nov 1950);
6. Jamal Ismail (Mei 1952);
7. Abdul Samad Salimin (Dis 1955);
8. Johar Buang (Jan 1958);
9. Hadijah Rahmat (Feb 1958);
10. Isa Kamari (Mei 1960); dan
11. Rafaat Hamzah (Mei 1966).
Dalam penelaahan tulisan dan hasil pena 11 penulis Singapura ini, saya cuba mengamatinya menggunakan teori teksdealisme yang digagaskan oleh Abdul Rahman Napiah yang lebih dikenali sebagai Mana Sikana (1996). Falsafah teori teksdealisme menganjurkan agar setiap pengarang mempunyai hasrat untuk meletakkan teksnya untuk mencapai tahap keunggulan. Dalam usahanya menghasilkan sebuah teks yang unggul, seseorang pengarang itu harus memiliki sifat-sifat keberanian dan kebijaksanaan. Keberanian membawa erti usaha berani pengarang dalam mengemukakan kepada khalayak satu idea dan pemikiran baharu. Ia juga merujuk kepada kesediaan pengarang dalam melakukan inovasi dan pembaharuan dalam karya sasteranya. Kebijaksanaan pula merupakan sifat yang mendorong pengarang melakukan pekerjaan teks itu dengan penuh kesedaran dan bergerak dalam landasan keilmuan. Maka itu, pengarang seharusnya sudah memperlengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan pengkajian dalam pelbagai bidang. Teks-teks yang dihasilkan tidak akan berjaya untuk sampai ke taraf yang unggul jika sifat-sifat keberanian dan kebijaksanaan tidak dimiliki oleh seseorang pengarang. Sebaliknya, teks-teks yang dihasilkan itu hanya akan bergerak dalam lingkungan tradisinya dan dianggap sebagai teksteks yang biasa sahaja.
Teori sastera teksdealisme menyediakan 4 prinsip sebagai garis panduan untuk mencapai tahap keunggulan. Keempat-empat prinsip tersebut ialah kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan individualisme. Individualisme pula dapat dikesan melalui empat kriteria iaitu dari sudut stail individu, rekacipta individu, kendirian individu dan tindakan individu.
Kehadiran Berdasarkan karya yang diteliti memaparkan bahawa sumber idea yang dipaparkan oleh penulis-penulis ini jelas berdasarkan pengalaman dan pengamatan penulis tentang masalah kehidupan yang dialami oleh masyarakat biasa, masyarakat marhaen dan jembel menjalani kehidupan sehari-hari. Pembaca pula pasti akan tertanya-tanya lantas akan cuba mencari apakah sinonimnya peristiwa atau gambaran yang dipaparkan oleh penulis. Adakah isu atau perkara yang dipaparkan oleh penulis merupakan satu realiti ataupun telah diadun dengan imaginasi kreatif penulis. Di sinilah pembaca akan cuba mencari makna sesebuah teks. “…pemaknaan sesebuah teks itu berlaku suatu proses apa yang diistilahkan sebagai kehadiran…” ( Mana Sikana, 2003 )
Pelanggaran Terdapat inovasi dan perubahan-perubahan yang diperkenalkan.
• “Pelanggaran ialah konsep yang membawa konsep revolusi dalam sastera. Penciptaan yang membawa unsur-unsur revolusi dalam sastera” (Mana Sikana, 2003). Pelanggaran memerlukan nilai pertimbangan antara proses perubahan dengan sifat-sifat pengekalan.
• Pelanggaran dapat didefinisikan sebagai “Proses penciptaan dinamik untuk mencapai pembaharuan dalam berkarya, kaedah untuk mencapai keunggulan.” (Mana Sikana, 2003)
• Kaedah yang dapat digunakan dalam menganalisis prinsip pelanggaran ini merangkumi tiga perkara.
1. Apakah aspek pengekalan/ perubahan yang dilakukan pengarang?
2. Bagaimana prinsip pelanggaran itu dilakukan pengarang?
3. Apakah fungsi dan kesan terhadap pelanggaran?
Pengukuhan Pengukuhan membawa maksud usaha pendewasaan pengarang untuk menghasilkan teks yang unggul. Dalam usahanya menghasilkan karya sastera, seseorang pengarang akan berikhtiar untuk memperbaiki dan menyempurnakan teks yang dihasilkannya itu agar ia menjadi lebih baik dan lebih sempurna daripada teks-teks yang telah dihasilkan sebelumnya.
Individualisme Individualisme dapat dikesan melalui empat kriteria iaitu daripada sudut stail individu, rekacipta individu, kedirian individu dan tindakan individu.
• Stail individu banyak merujuk kepada aspek bahasa yang digunakan oleh pengarang.
• Rekacipta individu merujuk kepada teknik, metode dan mekanisme penciptaan pengarang. Cara pengarang menyusun teksnya akan menggambarkan keperibadiannya.
• Kedirian individu mengidentifikasikan watak pengarang. Setiap penulis itu mempunyai ciri dan sifat watak yang tersendiri dan cara membinanya pun tersendiri juga (Mana Sikana, 2002: 295).
• Tindakan individu memperkatakan cara bagaimana seseorang pengarang itu melakukan tindakan-tindakan dalam penulisannya untuk mengubah pandangan atau pendirian pembaca. Dalam melakukan tindakan-tindakan ini, pengarang memerlukan ilmu, renungan dan keberanian.
Dalam penelahaan yang saya lakukan, ada semacam kesatuan dan persamaan di samping perbezaan dari segi motif/tema atau isu yang diperjuangkan oleh penulis-penulis ini. Selain itu, terdapat juga unsur yang berkaitan dengan empat prinsip teksdealisme termasuklah prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan individualisme yang menyebabkan lahirnya kelainan-kelainan tersendiri yang ditonjolkan dalam karya-karya yang dihasilkan oleh 11 penulis/penyair ini. Oleh hal yang demikian, saya tidak akan membicarakan tentang penulis-penulis ini mengikut urutan tarikh lahir mereka tetapi saya akan mengkategorikan penulis-penulis ini kepada 4 kelompok berdasarkan pengamatan saya berteraskan prinsip teori teksdealisme.
Berikut merupakan kumpulan penulis yang saya maksudkan.
Kelompok
Penulis
1 1. Mohamed Ismail bin Abdullah (MIA)
2. Mohamed Latiff Mohamed
3. Abdul Samad Salimin (Asmin)
4. Suraidi Sipan
5. Rafaat Haji Hamzah
2 6. Hadijah Rahmat
7. Hamed Ismail
3 8. Nadiputra
9. Jamal Ismail
4 10. Johar Buang
11. Isa Kamari
Penulis-penulis yang saya kategorikan dalam kelompok atau kumpulan pertama ialah Mohamed Ismail bin Abdullah (MIA), Mohamed Latiff Mohamed, Abdul Samad Salimin (Asmin), Suraidi Sipan dan Rafaat Haji Hamzah.
Secara umumnya penulis-penulis ini memainkan peranan mereka dengan menghasilkan karya berdasarkan mata, telinga dan fikiran mereka dalam menggambarkan kedaifan masyarakat Melayu menjalani kehidupan sehari-hari. Perkara dominan yang menjadi persoalan dalam karya-karya penulis ini adalah mengenai masalah kehidupan orang Melayu jembel dan marhaen baik secara individu mahupun kehidupan secara keseluruhannya.
Dengan lantang, suara-suara masyarakat marhaen dan jembel ini dipaparkan dalam karya-karya yang mereka hasilkan. Selain itu, terdapat juga unsur sindiran yang ditujukan kepada pihak berkuasa atau pemerintah. Isu-isu yang dialami dan dihadapi oleh masyarakat menjadi sorotan dalam karya yang mereka hasilkan. Antara motif dan tema yang dikupas termasuklah ciri-ciri kehidupan bangsa Melayu yang dirundung kesusahan, kesedihan dan kesengsaraan yang merupakan cerminan kehidupan bangsa Melayu itu sendiri.
Jika ditinjau dari teori Teksdealisme Mana Sikana, rasanya amat jelas bahawa penyairpenyair ini telah melakukan beberapa pelanggaran. Pertama dari segi isinya yang terang dan lantang menyuarakan kebenaran. Kedua, dari segi pelanggaran bentuk-bentuk atau gaya tulisnya yang sangat individualistik dan ketiga dari segi penggunaan kata-kata yang membentuk menjadi frasa dan ayat-ayatnya. Dengan demikian penyair-penyair ini mengukuhkan diri mereka sebagai penyair yang invidualis.
Contoh pelanggaran atau pembaharuan menurut teori Mana Sikana yang jelas terpapar adalah pelanggaran dari segi bentuk penulisan sajak yang dihasilkan oleh penulis-penulis ini. Kelainan dari segi bentuk ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam naratif sastera Singapura. Bentuk penulisan yang dihasilkan misalnya mengikut bentuk tipografi. Selain itu, para penulis ini mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan puisi-puisi bebas. Bentuk yang ditunjukkan dalam sajak-sajak seperti “Tanjung Irau” dan “Matahari Pagi di Langit Jalan Eunos” oleh Asmin sangat bebas dan keluar dari gaya asalnya, akan tetapi dari segi isi dan maksud beliau tetap menggambarkan kenyataan yang dihadapi masyarakat jembel dan marhaen. Masyarakat tidak dapat menolak pembangunan negara akan tetapi pada masa yang sama, sejarah lepas dan emosi tidak dapat dibuang begitu saja. Hal ini, digambarkan dengan gaya realisme secara total.
Dalam karya-karya yang dihasilkan ada usaha atau motif untuk mewujudkan Melayu Baru, bahawa orang Melayu harus keluar dari kepompong lama yang lemah, menyerah, bukan penjilat maruah, bukan pandai bermuka, tetapi menjadi intelek bangsa, berbudi bahasa dan mengenal derita bangsa tetapi pejuang bangsa dan mahu berkorban. Ciri-ciri perwatakan Melayu Baru yang mengubah senario lama didobrak oleh penulis dengan sangat lantang oleh penulis-penulis ini.
Menurut teori teksdealisme Mana Sikana, jelaslah sudah bahawa penyair-penyair ini telah melakukan beberapa pelanggaran dari kebiasaan yang dilakukan oleh penyair lainnya. Kelantangan mereka menyuarakan bagaimana kaum marhaen dan jembel, harus hadapi
supaya jangan tidur terlalu lena dengan tidak menghiraukan kehidupan masa depan mereka. Bentuk yang ditunjukkan dalam sajak-sajak yang dihasilkan sangat bebas dan keluar dari gaya asalnya, akan tetapi dari segi isi maksud yang ingin disampaikan tetap menggambarkan kenyataan yang dihadapi rakyat jembel dan marhaen.
Saya akan mulakan dengan menyatakan pengamatan saya tentang Mohamed Ismail bin Abdullah (MIA).
Sedikit Bersuara Pedas Maknanya
Mohamed Ismail bin Abdullah atau lebih dikenal dengan panggilan singkat MIA dalam kalangan teman rapatnya, menjadi panggilan semua orang yang mengenalinya. Beliau lahir pada 20 Mei 1945, di Singapura. MIA menerima pendidikan di Telok Kurau English Primary School dan Siglap Secondary School, sehingga Senior Cambridge. Beliau mula menulis pada tahun 1965 dalam bidang skrip drama radio, sajak, cerpen dan esei.
MIA pernah bertugas sepenuh masa di Unit Sarikata, Televisyen Singapura, merangkap juruhebah sambilan siaran Melayu Radio Singapura; pengarang Majalah Panorama; Timbalan Pengarang akhbar Mingguan Arena (1973); Sub-Editor akhbar Berita Harian Singapura (1976-1984) ; Editor Berita Harian (1948-1991); Editor Hujung Minggu (Berita Minggu) 19911994).
Orangnya peramah, suaranya perlahan lembut, dan apabila mula bertutur dengan seseorang, dia akan memandang kita dengan sedikit menundukkan wajahnya tanda hormat kepada orang di hadapannya. MIA adalah salah seorang penggerak utama kumpulan “Gelorasa”, iaitu kumpulan penulis-penulis muda zaman tahun 50-an. MIA seangkatan dengan Djamal Tukimin, Eunosasa, Elfy Runianto, A.Kadir Pandi, Noryusman Abdulmajid dan penulis-penulis yang lain yang di luar kumpulan “Gelorasa” seperti Mohamed Latiff Mohamed, Noor Hidayat, Suraidi Sipan dan beberapa yang lain. Mereka lahir antara 1941 hingga 1960, dan mula menulis sekitaran tahun 1960-an berakhir sekitaran 1980-an. Saya kategorikan mereka sebagai penulis Angkatan Pramerdeka, kerana ketika mereka mula menulis, ketika itu Singapura masuk ke dalam era “Berpemerintahan Sendiri” atau Self-Government dan selepas Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. MIA bersama Mohamed Latiff Mohamed dan segelintir daripada penulis golongannya dan Angkatan ’50 yang terdiri daripada Masuri S.N., Mas, A. Ghani Hamid, Noor S.I. dan beberapa yang lain,
yang terus menampakkan imej-imej perjuangan Angkatan ‘50 yang memperjuangkan kemerdekaan negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Ketika era selepas Perang Dunia Kedua, 1946 hingga 1960. Sekarang ini beliau ingin dikenali hanya sebagai “Penyiar Tahun 60-an” saja.
MIA merupakan seorang yang sangat teliti akan apa yang ditulisnya dan apa yang ingin disampaikannya. Beliau sering menyebut bahawa; “Jangan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan masa hadapan”. Biarpun sajaknya sedikit, akan tetapi setiap sebuah sajaknya membawakan motif yang kental mengenai suasana ketika zaman sajaknya ditulis. Demikian pula, tiap pilihan kata, frasa dan ayat yang dibentuk padat, tepat dan memberi makna yang dalam serta sangat sinis. Dari bahan inti yang dicerna ialah perkara-perkara yang nyata dan real dalam kehidupan zamannya. Oleh sebab itu MIA, menurut saya, ialah penyair “realisme magis”, kerana pengolahannya menjurus ke bentuk mencampurkan yang real dengan yang tidak real. Perhatikan puisi-puisi yang beliau hasilkan. Rasa kepedulian terhadap bangsanya terutama mereka yang tertekan dan ditindas hidupnya amat jelas. Beliau juga dikenali sebagai “Penyiar radio 60-an” yang digemari dan disayangi oleh pendengar-pendengarnya baik di Singapura mahupun di Persekutuan Tanah Melayu pada zaman “kugiran” (kumpulan gitar rancak) dan akronim “kugiran” itu pun, menurut teman rapatnya Enosasa ialah ciptaan beliau sendiri.
Saya ingin membicarakan puisi-puisi MIA dari sudut “Kehidupan pada zaman Singapura merdeka dengan sindirannya yang sangat sinikal”. Menurut saya, MIA menggunakan lambang, ikon indeksikal untuk menyampaikan maksudnya yang terhimpun dalam kumpulan puisinya yang berjudul “Debu-debu Sandiwara” (2015). Sajak-sajak yang dihasilkan menggambarkan fikiran dan semangat MIA. Yakni mengenai apa yang berlaku dan yang dialami oleh masyarakat ketika itu, disampaikan oleh beliau dalam bentuk realisme magis. Umpamanya sajak berjudul “Belalang” yang terdapat pada halaman 19 (DDS: 2015). Sajak ini dipaparkan dalam bentuk tipografi. Dalam sajak ini terdapat suara luapan MIA, mengenai situasi sosio-politik Singapura yang tidak menyenangkan beliau.
Belalang aku
yang me
nyisih dari
kelompokan lembu
mengejar mentari lari
dalam rimba monyet-monyetan
tanpa kompas, adalah belalang yang diterjang dari teratai kembang
ke pucuk pelamin, ketika bulan berpa ling muka dan langit biru menutup pintunya. Dan aku yang bermandi
dalam hujan di mulut anginan
harus meronta keluar dari tanjung duri yang tak ada siang lagi ini.
1972
Masa-masa subur MIA menghasilkan sajak-sajaknya ialah sekitar tahun 1971 hingga 1975. Ada 14 buah sajak semuanya, yang tercatat tanggal ditulisnya. Bagaimanapun ada 18 buah sajak lagi, yang tidak tercatat tanggal ditulisnya. Kemungkinan besar, sajak-sajak itu juga ditulis pada waktu yang sama, kerana tema dan fikiran yang ingin disampaikannya, adalah mengenai tema dan fikiran yang senada; iaitu mengenai situasi kehidupan yang tidak selesa dan tertekan ketika itu. Sajak “Belalang” di atas, menurut pemerhatian saya, bahawa MIA menyuarakan motifnya dengan mengambil watak-watak haiwan dan cakerawala dalamnya sebagai lambang kepelbagaian watak manusia Singapura pada ketika itu.
Sajak ini merupakan sajak tipografi, yang jika direnung dalam-dalam walaupun tidak tergambar nyata sebagai bentuk “belalang” sepenuhnya, akan tetapi dapat dilihat dan dikesan sebagai mulut belalang yang sedang terbuka menganga. MIA menggambarkan “Aku” yakni dirinya sebagai belalang, iaitu rakyat jembel yang lemah, tertekan tetapi masih berdaya tahan, mahu berfikir untuk keluar daripada kehidupan yang menekan. Sajak ini mengandungi unsurunsur satira. Haiwan lembu, monyet dan belalang menjadi tokoh-tokohnya. Ditambah pula dengan tokoh cakerawala; bulan dan langit. Kita tahu bahawa dalam prosa novel atau cerpen ada tulisan bentuk satira; umpamanya yang sangat terkenal dalam sastera Inggeris ialah novel satira “Animal Farm” (1943); karangan George Orwell dan dalam sastera Malaysia ialah novel “Tikus Rahmat” (1963) tulisan Hassan Ibrahim. Dalam sajak “Belalang” ini, jelas sekali MIA, mahu motif tulisannya berbentuk satira juga. Haiwan lembu dapat dianggapnya
sebagai manusia dungu bangsanya yang tertekan hidupnya, akan tetapi tidak ada daya keinginan untuk berfikir keluar dari keadaan buruk itu, sehingga “aku” yang sangat peduli akan situasi tertekan dan mencengkam itu, menyisihkan dirinya daripada terus berada dalam lingkungan hidup yang dianggapnya sebagai manusia yang tidak mahu berfikir atau mereka manusia bodoh yang menyerah total kepada keadaan.
Oleh sebab itu, manusia dungu yang tidak mahu berfikir akan membiarkan diri mereka menjadi mangsa keadaan. MIA selaku rakyat lemah, yang menyifatkan dirinya sebagai belalang mencuba dan berusaha mengejar mentari, yang dapat disifatkan sebagai kumpulan “manusia” dalam satu badan atau kumpulan yang diharap boleh membantunya, akan tetapi mentari lari. Subjek itu saya kira diidentitikan sebagai manusia yang takut terjebak sama. Dalam usahanya itu, sekali lagi, aku sebagai belalang atau manusia yang lemah tadi, tetapi masih mempunyai semangat berjuang terserempak pula dengan kumpulan “manusia yang bersifat monyet-monyetan”. Yakni “manusia monyet” yang dapat kita andaikan sebagai manusia yang “berani-berani takut” atau manusia yang banyak bising, tetapi cadangannya kosong atau nihil. Itulah gambaran dalam rangkap pertama. Kemudian MIA, menyatakan dia sebagai belalang yakni manusia yang lemah terperangkap, tanpa kompas atau tanpa panduan, menjadi ibarat belalang yang terkeluar atau terasing daripada tempat yang indah dan baik. Itulah gambarannya, yang dijelaskan oleh MIA dalam rangkap pertama, yang berbentuk rahang atas belalang!
Dalam rangkap kedua, gambaran daripada rahang bawah mulut belalang, penyair MIA sudah siap menggambarkan sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Bahawa belalang terhumban daripada “puncak pelamin” ketika itu, satu harapannya untuk mendapat pertolongan daripada satu kumpulan yang lain yang boleh diharap-harapkan, iaitu bulan, tetapi “bulan berpaling muka”. Kumpulan ini dapat diumpamakan sebagai kumpulan manusia yang “natural” yang adil, tetapi harapannya juga meleset. Kumpulan ini juga menjauhkan dirinya, takut terperangkap sama. Selepas itu MIA menggambarkan pula “langit biru menutup pintunya”. Nasib “aku” sebagai belalang, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, apabila satu kumpulan watak manusia yang diibarat sebagai “langit biru” yang juga tidak mahu membantunya, hanya yang diharapkan boleh memberi jalan kepadanya, tetapi jalan itu ditutup pula. Selepas itu MIA, menggambarkan penderitaan “aku” sebagai belalang yang lemah itu, kedinginan ditimpa hujan. Derita paling akhir digambarkan pula oleh penyair MIA, bahawa manusia yang bersifat belalang yang lemah itu, terus berusaha meronta-ronta untuk keluar dari tempat yang diberi nama “tanjung duri” akan tetapi tidak ada siang lagi, yang bermakna sudah malam, dan dapat ditafsirkan, dalam keadaan kehidupan yang payah, sengsara, merana dan gelap tiada panduan tiada pertolongan di tempat yang bernama “Tanjung Duri”. Yang tentu sekali digambarkan olehnya suasana di Singapura ketika itu, dalam keadaan yang serba sulit dan menekan-nekan kehidupan rakyat jembel.
Sajak atau teks ini, saya kira menggambarkan betapa jelas MIA menunjukkan, bahawa beliau sebagai penyair yang menggunakan “mata” dan “telinga”nya, benar-benar melihat dan mendengar apa yang dideritai rakyat marhaen yang begitu tertekan dan tidak selesa sekali, lalu dicernakannya dalam sajaknya “Belalang”.
Teks sajak ini jika diterapkan menurut teori sastera teksdealisme Mana Sikana, cukup jelas banyak sekali pelanggaran yang dilakukan oleh MIA. Pertama, dari sudut sajak tipografi berlambangkan kepala seekor belalang. Belalang itu serangga kecil dengan daya mempertahan diri yang terbatas; jika dibanding daya lawan yang tinggi dan cekap yang dipunyai oleh burung-burung yang tangkas umpamanya; menyebabkan belalang sentiasa menjadi mangsa kepada “predatornya”. Itulah motif MIA, yang sangat sinis, bahawa manusia marhaen, rakyat jembel tidak punya daya menghindarkan diri daripada keadaan dan situasi orang-orang berkuasa yang boleh melakukan sesuatu yang dilindungi undang-undang. Inilah kelantangan suara MIA. Inilah sifat-sifat keunggulan penyair menurut teori sastera teksdealisme, Mana Sikana.
Kedua, dari segi penggunaan susunan kata yang menggunakan lambang atau ibarat; manusia sebagai haiwan lembu, yang tidak mahu atau tidak berani menggunakan fikirannya untuk membela diri. Persatuan atau Kesatuan atau apapun kelompok manusia yang diibaratkan sebagai “mentari lari”; “bulan berpaling muka” dan “langit biru menutup pintu” mereka ialah manusia selfish yang tidak berani membantu atau membela manusia lemah. Ketiga, manusia yang disifatkan sebagai “monyetan” yang bukan saja tidak dapat membantu tetapi menyulitkan, kerana perangainya yang bising dan membingungkan. Keempat, bulan dan langit biru, yang dapat diibaratkan sebagai kumpulan natural yang tidak berpihak pun tidak membenarkan “belalang” yang lemah berlindung di tempatnya. Dugaan kelima, apabila alam semula jadi, tidak menyebelahi nasib “belalang”; apabila hujan turun dan hari bertambah gelap kerana malam. Pilihan MIA dengan menggunakan situasi atau alam sekeliling, semuanya menolak. Jelaslah, pelanggaran demi pelanggaran dipupuk oleh MIA, satu demi satu manusia, kelompok persatuan, kesatuan dan alam sekeliling tidak menyebelahi “manusia belalang” yang lemah mencari keadilan di negara yang tidak menjalankan “keadilan” sebagai satu cara hidup. Jika dilihat dari sudut pegangan agama,
“... Dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [AlMaidah: 5:58]
Kelantangan suara MIA memaparkan nasib manusia belalang, melahirkan sifat kepengarangan MIA, yang terang dan jelas sebagai “pelanggaran yang luar biasa” yang dilakukan olehnya. Dengan itu, menjadikan MIA mempunyai sifat-sifat “keunggulannya yang sangat ketara”. Mengapa “belalang” menjadi gambaran yang ingin disampaikannya? Ini merupakan keunggulan yang ada pada pemikiran diri MIA. Puisi atau sajak ialah hasil fikiran penyair yang ingin disampaikannya melalui tulisan seninya. Menurut Susanne Langer, melalui bukunya “Philosophy in a New Key” (1942) yang banyak membahas mengenai simbol atau lambang, terutama kerana dia ingin memisahkan dirinya daripada tradisi neopositivist yang amat lazim pada masa itu. Saya berpendapat, MIA selaku penyair mahu menyampaikan sajak/puisinya yang berjudul “Belalang”, dalam bentuk tipografi ini adalah juga dengan hasrat mahu lari keluar daripada bentuk-bentuk puisi/sajak yang lazim pada tahun sekitar 1970-an, khususnya dalam perkembangan tulisan-tulisan sajak/puisi Melayu baharu ketika itu. Jadi pencarian yang dilakukan oleh penulis/penyair dari satu waktu ke waktu, adalah mencari sesuatu perubahan daripada sesuatu yang lazim yang telah dilakukan oleh orang yang sebelumnya. Sebagaimana saya katakan, apa yang dilakukan oleh MIA, mencipta puisi dengan lambang “belalang” belum pernah dilakukan oleh penyair/penulis sebelumnya, akan tetapi konsep ‘lambang’ dengan menggunakan kata-kata sudah ada sebelum itu, dalam bentuk peribahasa, perumpamaan dan lain-lain dalam seni bahasa Melayu kita. Persoalannya sekarang, mengapa MIA mengambil unggas “belalang” sebagai simbol, masyarakat Singapura yang tertekan ketika itu? Meneliti dari ensiklopedia, ada menyatakan bahawa serangga “belalang” membiak di seluruh dunia, terutama di negara yang mempunyai rumput dan lalang, kerana itulah makanannya. Selain bergerak mencari makanannya, belalang boleh melompat-lompat dan juga terbang, Itulah juga anugerah Allah Yang Maha Mengetahui Yang Mencipta ciptaan-Nya dapat hidup dan menghindari daripada musuh-musuhnya. Kemungkinan, MIA memilihnya, secara kebetulan atau tidak sengaja, atau mungkin dengan maksud yang tertentu, wallahu’alam. Cuma yang dapat saya fikirkan, bahawa “belalang” itu adalah sejenis, serangga yang kecil, tidak mempunyai sesuatu yang boleh menjadi daya ‘kekuatan’, maka barangkali itulah pilihan MIA, bahawa “belalang” ialah serangga yang lemah tidak berdaya, untuk mewakili “manusia” yang lemah dan yang tidak berdaya. Dan “belalang” mudah menjadi mangsa burung-burung, yang lebih tangkas daripadanya dan jangan lupa juga, bahawa manusia juga menangkapnya, untuk dijual dan dijadikan makanan si burungburung juga! Maka manusia yang ditekan dari segala penjuru, adalah semacam “kehidupan” belalang yang sentiasa diburu oleh musuh-musuhnya iaitu predatornya! Yang terdaya baginya adalah menjauhi penyerang-penyerangnya, iaitu burung dan manusia. Satu daya kebolehan belalang adalah bersembunyi di tanah, dengan cara melompat dengan tangkas. Jika sekali lagi, saya gunakan teori sastera teksdealisme Mana Sikana, terhadap sajak-sajak MIA, jelas terjelma idealisme penyair ini sebagai penyair yang berjaya mencapai kepenyairannya, insya-Allah. Dengan membentuk sajaknya “Belalang” dengan menggunakan perlambangan, jelas sudah, bahawa MIA telah melakukan pelanggaran.
Dalam sebuah sajak yang tidak menggunakan lambang, penyair MIA lebih tegas semangatnya menyuarakan keadaan “ketidakadilan” yang berlaku, apabila pegawai polis melakukan sesuatu kepada orang yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan. Sebelum yang dituduh itu, jelas dan terang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Mari kita perhatikan sajak “Homej Kepada G” (Debu-debu Sandiwara: 2015: hal 28-30). Sajak ini merupakan sajak sindiran yang cukup tegas, apabila MIA menujukkan sajak “Penghormatan kepada G”. Huruf “G” boleh dimaksudkan seorang yang namanya berawal dengan huruf “G” umpamanya “Ghani” atau mungkin “Ghafur” (mungkin dia anggota polis atau mungkin kawan yang berpaling tadah) atau mungkin secara am yang dimaksudkan ‘G’ itu ialah ‘government’ yakni pemerintah. Wallahu’alam. Perhatikan petikan dari baris 16 hingga 35 di bawah ini:
Kita adalah angin yang bermain di ketiak awan Sayang, awan tidak menangisi kau, G. Tidak ada siapa yang menangisimu. Tidak juga kutu. Tidak juga lalat. Bukankah telah kupelihara engkau demikian kemas, sehingga bersih bebas dari dikerumuni lalat dan kutu? Mereka tidak tahu. Apakah nasib mereka yang memelihara engkau panjang berdebu? Polis tentu tahu. Kau tentu sudah tahu sejak dulu. Polis brutality, kau menggerutu. Astaga, keluhku. Hatiku yang takut bertambah kecut. Mengapa kami dibelasah disebat? Kami bukan penagih madat laknat. Usahlah dipengapakan kami sebelum disiasat. “Bebaskan Singapura dari kezaliman polis,” ujarmu. Betapa ketika itu kuharap semua penjahat, perompak dan pembunuh mulai memelihara engkau agar polis tidak lagi keliru. Ah, rupanya manusia dapat juga menyorokkan dosa dan kejahatannya di sebalik rambut yang pendek. Malangnya nasibku. Malangnya nasibmu. “Bebaskan Singapura dari kemalangan,”
Dari potongan sajak “Homej Kepada G” di atas, jelas penyair MIA mahu menjelaskan apa yang telah berlaku. Pada umumnya kekasaran pegawai penyelidik menyiasat si “tertuduh” dengan cara kekerasan yang membuat, si “tertuduh” yang lemah akan mengaku, walaupun dia tidak melakukan tuduhan yang dilemparkan, agar tidak dianiaya terus oleh pegawai polis selaku penyelidiknya. Mungkin tidak semua pegawai polis begitu, tetapi apa yang dinyatakan oleh MIA ialah satu kenyataan. Ketegasan penyair MIA dalam memperjuangkan tentang “keadilan” dan “kebenaran” terus dilaungkan, dalam sajak “Homej Kepada G” dengan katakatanya yang terdapat, pada baris 10 terakhir dalam sajak ini, MIA menyambung dengan kata-katanya:
Dan kini engkau bukan lagi sebahagian dariku
G. Tetapi wajahku tetap seperti dulu. Masih cuba menanggapi matahari. Menggapai-gapai lambang. Meraba-raba diriku yang pernah hilang. Aku masih mencari-mencari kebenaran itu. Sebelum muncul tanda “Dilarang Mencari Kebenaran. Denda $500”.
Berdasarkan sindiran-sindiran tersebut, jelas sajak ini mewujudkan imej-imej realisme dalamnya, yang menggambarkan bagaimana tugas-tugas pegawai penyelidik di mana-mana negarapun yang sering kita dengar. Begitulah caranya untuk mendapatkan pengakuan yang cepat daripada orang-orang yang dituduh. Teks ini, sungguh jelas memaparkan ciri-ciri keunggulan penyair MIA, sebagai penyair yang lantang Sebelum saya pindah ke permasalahan tema-tema sajak MIA ke tema yang lain, izinkan saya menyambung gambaran penyair MIA mengenai sosio-politik negara kita di Singapura lagi, dengan sebuah sajak berjudul “Selamat Tinggal 1974” (Debu-debu Sandiwara: 2015: hal.46 - 48). Dalam sajak ini, pada umumnya penyair MIA menumpukan kepada manusia sebagai isi negara ini yang masih dalam khayalan yang disebutnya dalam rangkap dua, MIA menyebut begini:
Barangkali kau tak ketahui bahawa yang dinamakan manusia di sudut sempit ini adalah sekelompok kerbau terjual jiwa yang menghirup hidup dengan sebelah mata tertutup. Adalah dedaunan warna-warni yang tumbuh untuk tumbuh dan kemudian gugur tanpa membekaskan telapak. Adalah angka-angka hodoh yang terpamer sebagai ikan-ikan purba dalam kaca Muzium Negara. Adalah buah-buah catur yang bergerak mengikut atur dalam kehebatan tanpa nyawa.
Gambaran yang diberikan manusia di sini, di Singapura; pertama manusia ibarat “kerbau” yang jiwanya dijual atau manusia yang hidupnya hanya menggunakan sebelah matanya sahaja. Kedua, manusia yang ibarat daun yang tidak memberi peranan apa-apa dalam hidupnya. Ketiga, sebagai ikan-ikan purba yang terpamer di Muzium Negara, yakni ibarat manusia yang menjadi “model” yang dikehendaki oleh pemerintah sahaja. Keempat, manusia yang ibarat “buah catur”, yang digerakkan oleh pemerintah, bukan manusia yang dapat hidup bebas dan boleh berfikir. Atau penyair MIA menggambarkan bagaimana “penyair” di sini, sebagai yang digambarkan dalam rangkap ketiga:
Barangkali kau tak ketahui bahawa
yang dinamakan penyair adalah sekawan itik hitam yang berteriak serak dalam sajak-sajak bisu
tanpa seorangpun ambil peduli.
Adalah burung tiung yang latah di tengah-tengah hutan belantara batu-bata.
Adalah munafik yang menyanyikan lagu perlucutan senjata sambil melucutkan celana.
Adalah soldadu-soldadu timah yang tak pernah diundang
berpakaian seragam di perbarisan Hari Kebangsaan.
Dalam gambaran pada rangkap di atas yang cukup sinikal pula; penyair MIA menunjukkan betapa penyair-penyair Singapura pada zaman itu, dan mungkin sekarang pun ada sebahagian kecil barangkali yang dianggap sebagai “sekawan itik hitam yang melahirkan sajak-sajak bisu” yang tak dihiraukan oleh sesiapapun juga. Atau ibarat “burung tiung yang melatah” di tengah-tengah hutan yang tidak berpenghuni. Mengenai soldadu-soldadu yang diibaratkan MIA sebagai makhluk-makhluk yang tidak diundang yang berbaris di Hari Kebangsaan. Pendeknya, suara yang dilahirkan oleh penyair MIA adalah dengan sedar beliau menyuarakan suasana alam Singapura sekitar zaman sesudah merdeka (1972 -1974). Inilah luapan suara MIA yang sangat tegas dan berani, yang sulit kita temukan dewasa ini dari penyair-penyair kita! Saya ingin mengambil contoh sebuah sajak lagi untuk menguatkan hujah saya. Bahawa betapa MIA, benar-benar sebagai penyair/penulis yang “menggunakan pancaindera mata, telinga dan fikirannya” untuk mencatat suasana sekelilingnya dengan tajam dan jelas akan tekanan yang diterima oleh rakyat jembel daripada sekitaran sosiopolitik sekitaran yang ditonjolkan dalam sajak berjudul “Igauan” (DDS:2015) pada halaman 31.
Igauan
Selamat tinggal embun
dan monyet biru dan lembu
dan keldai dan racun
dan kala jengking dan syamsiah
dan maisara dan hang tuah dan pondan
dan jerawat dan nostalgia
dan zjvsdfqwrm@%-1
Assalamualaikum keringat
dan semut hitam dan babi
dan tupai dan hempedu
dan anai-anai dan ezra pound
dan latif mohidin dan djamal tukimin
dan hang jebat dan nymphomania
dan kelemumur dan fantasia
dan ovxzqwtpbj*&%+j?
(dan aku belalang hidup di celah musang dan kambing). 1971
Sajak ini ditulis pada tahun 1971, yakni kira-kira setahun sebelum sajak “Belalang” (1972), iaitu pada masa-masa suburnya kelahiran sajak atau puisi MIA. Dalam sajak “Igauan” daripada judulnya, kita umumnya dapat mengetahui motif yang ingin disampaikan oleh penulisnya. Nah! Daripada kata nama terbitan ini, kita ditonjolkan dengan pembuka makna yang ingin disampaikan oleh MIA, bahawa kehidupan yang akan ditinggalkan olehnya dan masyarakat zamannya, adalah sebagai “igauan” sahaja, bukan sesuatu yang nyata atau yang benar-benar masuk akal. Akan tetapi keadaan yang luar biasa dan bodoh itu tetap sudah berlaku. Atau dapat kita fahami bahawa penyair mahu menyatakan, bahawa kehidupan yang aneh “tidak seharusnya mereka wujud dalamnya”. Akan tetapi telah berlaku dalam dunia nyata dan pada zaman moden ini. Bukan saja nama-nama watak manusia biasa seperti Syamsiah dan Maisyarah, tetapi penulis/penyair besar Ezra Pound (Amerika); penyair/pelukis Latiff Mohidin (Malaysia) dan penyair Djamal Tukimin (Singapura). Selain itu, wujud pula dalam satu kotak masa yang sama, adalah watak “Hang Tuah” dan “Hang Jebat”, yakni watak-watak sejarah agung Melayu yang lampau. Di sini, saya kira MIA ingin menunjukkan bahawa, “dunia igauan” atau “dunia fantasia”yang digambarkan dalam sajak ini merupakan sesuatu yang wujud. Ini merupakan satu kritikan dalam bentuk sindiran yang sangat memalukan. Inilah suara lantang MIA, yang tidak wujud dalam sajak-sajak Melayu seangkatannya, yang saya sebut sebagai Angkatan Pramerdeka (kecuali Mohamed Latiff Mohamed) apatah lagi dalam Angkatan Pascamerdeka (kecuali Muhammad Rafaat Hamzah)
Dalam igauan/fantasia/kenyataan itu, ada pula watak-watak haiwan dan serangga, seperti monyet, lembu, keldai, babi, tupai, jengking dan anai-anai. Selain itu dimasukkan juga kata-kata nama seperti pondan, jerawat, hempedu, dan MIA penyair realisme magis memasukkan juga dua berkas huruf-huruf yang dirantai menjadi dua kelompok yang tidak bermakna apa-apa dari segi logika: zjvsdfqwrm@%-1 dan ovxzqwtpbj*&%+j?... akan tetapi itulah kenyataannya. Saya kira yang ingin disampaikan oleh MIA kepada kita pembacanya bahawa sesuatu yang tidak seharusnya wujud, dengan kejadian-kejadian yang aneh dan luar biasa itu, tetapi terjadi dalam kehidupan kita di Singapura ketika itu. Kemudian di rangkap ketiga sebagai nota yang dibubuh dalam pembuka tanda kandungan dan penutup tanda kandungan, ialah “dan aku belalang hidup di celah musang dan kambing”.
Mari saya lanjutkan, betapa penyair MIA mencipta sajak ini dalam dua rangkap. Rangkap pertama dengan pembuka ayat: “Selamat tinggal embun”, kemungkinan kata “embun” mewakili “alam” atau “dunia” yang luas. Dan tentu sesuai dalamnya wujud segala haiwan seperti monyet, lembu, keldai; dan manusia Syamsiah, Maisara, Hang Tuah, pondan dan Hang Jebat. Ada dua kemungkinan yang MIA ingin tonjolkan dengan kata “pondan”. Pertama “pondan” atau istilah Indonesianya “banci”. Lalu Hang Tuah (HT) itu disejejerkan dengan kata pondan, kerana dari segi sejarah HT membunuh Hang Jebat (HJ), yakni manusia yang membelanya, dibunuhnya demi perintah sang raja yang zalim. Dengan itu MIA meletakkan “keberanian” HT hanyalah sebagai “pahlawan pondan”. Kemudian dalam rangkap kedua pula, MIA membuka katanya dengan “Assalammualaikum keringat”. Berkemungkinan kata “keringat” mewakili “manusia yang bekerja” atau yang “berusaha”, maka layaklah diberi unsur Islamnya. Akan tetapi kelompok dalam rangkap kedua ini, MIA mencampuradukkan haiwan dan serangga seperti babi, tupai, semut hitam, anai-anai dengan manusia terhormat (Ezra Pound, Latif Mohidin, Djamal Tukimin dan HT). Inilah taraf manusia ketika itu, sama tarafnya dengan haiwan dan serangga sahaja! Wallahu’alam.
Kemudian sebagai nota, di bawah sajak ini tercatat “dan aku belalang hidup di celah musang dan kambing”. Tentu MIA, selaku penyair, mahu memasukkan motif sajaknya ini, bahawa dia selaku rakyat yang dilambangkan sebagai “belalang” yang lemah, hidup dalam suasana negara yang bercampur dengan “musang dan kambing” haiwan yang dapat diistilahkan, dunia atau negara “igauan” kerana bercampur pula dengan lambang yang tak dapat diertikan dengan dua longgokan huruf dan lambang. Apakah anda belum dapat menangkap motif yang ingin disampaikan oleh MIA dalam sajaknya yang berjudul “Igauan” ini? Dari segi perkembangan bentuk dan lambang, yang wujud dalam sajak “Igauan”. Jelas sekali pembaharuan dan pelanggaran dari sudut teori kritikan Mana Sikana teksdealisme yang telah dilakukan oleh MIA dan dengan teks ini merupakan keunggulan bagi penyair MIA Dari motif yang ingin ditonjolkan dalamnya jelas MIA, sebagai manusia lemah yang disifatkan sebagai “belalang” yang hidup tanpa kesempurnaan dalam sebuah negeri yang sudah jauh bertamadun. MIA selaku, penyair yang sensitif terus mencatat apa yang dilihat, dideritai rakyat jembel atau marhaen dan melepaskan sikapnya, iaitu suara-suara sindirannya dengan tajam dan pedas sekali, menerusi realisme magisnya!
Kemudian, mari kita amati apa kata MIA mengenai suasana dunia dalam tahun-tahun 1972 hingga 1975. Saya ingin membawa anda untuk meneliti sajak “Sebuah Sajak Sentimental Bulan April” (Debu-debu Sandiwara: 2015: hal 44 - 45). Sajak ini merupakan gambaran MIA tentang situasi dunia pada waktu itu, tahun 1975, dunia kian tidak aman. Perhatikan mulai baris 14:
tentang saudara-saudara kita yang sengsara dengan perut kecut perih tak terisi dengan wajah tak berbentuk, remuk dan lelah
berkeliaran tanpa lantai, dinding mahupun bumbung di Asia, Afrika dan Timur Tengah tentang manusia-manusia tak berdosa
disembelih bagaikan benda-benda tak punya harga tumbang bergelempangan dikerumuni ulat dan alat umpama sampah di dalam dan di luar kota di Asia, Afrika dan Timur Tengah, tentang bayi-bayi yang bermandi darah dengan usus dan jantung terburai merah dalam gendongan ibunya jang meraung bisu antara dentuman bom dan desingan peluru di Asia, Afrika dan di Timur Tengah, tentang isteri-isteri yang menjadi janda suaminya terkubur entah di mana dan kanak-kanak bogel mengunyah pasir tanpa ayah tanpa ibu dan tanpa siapa
Gambaran peperangan yang tak diisytihar itu berlaku, di Asia, Afrika dan di Timur Tengah. Perlakuan membunuh dengan sewenang-wenangnya dilakukan oleh pemimpinpemimpin negara tertentu terhadap rakyatnya yang tidak menyebelahinya. Kemudian dengan tegas MIA menyorot perlakuan keganasan terhadap rakyat yang tidak menyebelahinya digambarkan pemimpin-pemimpin di Negara Cambodia Nguyen Van Thieu, Nguyen Thi Binh, Lon Nol, Khieu Samphan dan Henry Kissinger.
Selain sajak atau puisi yang tegas, tajam, lantang yang digambarkan oleh MIA mengenai sosio-ekonomi-politik, dan juga sindiran-sindiran yang begitu sinis pula kepada penyair juga yang disebutnya sebagai “sekawan itik hitam yang berteriak serak dalam sajak-sajak bisu tanpa seorang pun ambil peduli”. Saya kira tidak ada seorang pun yang selantang itu menyindir teman-teman penyairnya. Inilah keunggulan yang luar biasa sekali, yang pernah saya temui, yang dilakukan oleh seorang penyair terhadap rakan-rakan penyairnya, dan saya kira sindiran yang berterus-terang itu, ada buktinya!
Sebagai penyair yang mencari pembaharuan MIA ialah penyair Singapura yang pertama yang menggunakan sajak tipografinya yang berjudul “Panji Pelaminan”. Ada dua kata nama dalam judul sajak ini. Pertama “panji” yang bererti bendera. Kedua “pelaminan” atau pelamin yang bermaksud: (1) tempat pengantin bersanding; (2) tempat tidur pengantin. Maka jika kita
cantumkan dua kata nama tersebut boleh membawa maksud “bendera tempat pengantin” atau bermakna “tanda bagi tempat pelamin” atau “tempat pengantin bersanding”. Bahawa sesiapa juga yang menjadi pengantin dianggap sebagi “raja sehari”. Pencantuman bagi kata nama “Panji Pelamin” memberi makna; inilah tanda-tanda atau tempat duduk atau “singgahsana” atau “kerusi kerajaan” dan tentu sekali sangat bermakna bagi sesiapapun juga, yang menjadi “Raja Sehari” yakni gelaran yang diberi kepada pengantin baharu!
Panji Pelaminan
(dan aku relakan
kembali ke dahan asalmu sarisara yang tersemat di sanggulan jantungku)
& mentari tiba-tiba cair dalam segumpalan sita sutra & fantasia dalam fantasia mampus dalam bingkisan & cerminan tanpa kacaan menenui cadar jasa jaka & dedaunan gelap melindungi pepohonan malap & sisa berangkaan menguntum sastera wangi & kemelutan air laut bukan kesenjaan & gelombang menggubah eksotisan & pendewaan menampak jari pantai & anggur-angguran kecambahan & panji-panji berkelopakan & berkibar bersendirian & tegak berakaran & pijar-pijaran & bernafas di atas cinta rindu mimpi peluh darah angin garam dan tanah & parit-paya & lalangan & sampahan & batu bara & cacingan
1972
Sajak “Panji Pelaminan” ini dari segi bentuknya (tipografi) jelas menggambarkan sebagai lambang sebuah bendera terpacak tegak. Yang akan saya bicarakan, ialah tiang pasaknya iaitu dari tiga kata-kerja iaitu: “cinta”, “rindu” dan “mimpi”; merupakan asas yang kuat perhubungan antara manusia. Sebagai pasangan pengantin baharu tentu sentiasa mempunyai rasa cinta dan rindu antara satu dengan yang lain, dan kemudian diikuti pula, jika mereka berpisahan atau berjauhan antara satu dengan yang lain kerana sesuatu urusan, maka berkemungkinan besar, mereka sering pula akan bermimpi antara mereka. Hal ini sudah menunjukkan betapa penyair MIA, begitu mengerti bahawa tiga perkara ini menjadi pokok yang kukuh mendirikan sesuatu perkahwinan. Kemudian MIA meletakkan dua kata nama pula, iaitu “peluh” dan “darah” sebagai lambang kekuatan manusia untuk bekerja dan berusaha. Manusia memerlukan tenaga yang dilambangkan “darah” sebagai alat untuk menggerakkan otot-otot supaya bergerak lancar supaya dapat melahirkan tenaga lahir dengan cergas, maka akan keluarlah “peluh” tanda tubuh yang sihat dan cergas.
Kemudian penyair MIA yang bijak memilih kata-katanya untuk menambah kuatnya tiang bendera yang dilambangkan sebagai satu pasangan pengantin yang baru mendirikan rumah tangganya, ditambah lagi dengan kata nama “angin”, “garam”, “tanah”, “parit”, “paya”, “lalangan”, “sampahan”, “batu-bata” dan “cacingan”. Kata-kata ini dapat dimaksudkan pula akan kekuatan tambahan bagi pasangan baharu ini, yang tidak dapat dipisahkan dengan alam; umpamanya “angin” untuk hidup bernafas. Lalu “garam” sebagai bahan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh. Lalu demi kekuatan pasak bendera itu, ialah “parit” dan “paya” tempat aliran air untuk menguatkan tumbuhan seperti “lalang” dan seterusnya “batu-bata” ialah lapisan yang paling bawah yang harus wujud dengan aslinya “sampahan” dan “cacingan”.
Jika dilihat dari perspektif yang luas, saya dapat melihat bahawa satu kehidupan yang bukan sahaja memberi kisah tentang bagaimana terdirinya sebuah “perkahwinan” yang utuh, akan tetapi membawa makna yang lebih luas, iaitu bagaimana asas-asas sebuah “kemerdekaan” itu dibina atau dibentuk.
(PP) INI?
Saya sentiasa berkata dan begitulah pegangan saya bahawa “telinga”; “mata” dan “hati” (fikiran) ialah tiga anugerah tertinggi dan mulia daripada Allah; kepada manusia (makhluk yang dicipta-Nya). “Anugerah daripada Allah; pendengaran, penglihatan dan hati” [surah assajadah: 9]. Maka penulis/penyair itu sebagai makhluk yang dianugerahi ketiga-tiga anugerah tertinggi dan mulia itu, haruslah menggunakannya untuk meneliti rakyat jembel atau marhaen, menjadi materi yang selalu tidak dihargai, harus dikembalikan ke bahan asal manusianya, kerana golongan mereka ialah golongan rakyat yang kurang mampu untuk mengetengahkan masalah mereka.
Menurut fikiran saya bahawa MIA sebagai penyair telah dengan peka menggunakan anugerah itu, tulisan sajaknya menyampaikan penderitaan, tekanan, atau masalah mereka menjadi motif yang akhirnya menjadi sebuah “renungan” dalam bentuk tulisan fiksyen yang diberi judul “Panji Pelaminan”.
Dalam sajak ini, mula-mula lagi MIA telah membuat nota kepada pembacanya; dengan kata-kata “dan aku relakan engkau kembali ke dahan asalmu sarisara yang tersemat di sanggulan jantungku”, dengan ini, bermakna MIA menyatakan, dalam pembuka sajak ini, beliau ingin memberitahu bahawa beliau (penyair) dengan hati yang suci, menyerahkan kepada yang ditujunya. Mungkin “kekasihnya” atau pengertian yang lebih luas iaitu bangsanya yang ingin membina kebebasan (kemerdekaan) daripada penjajah. Baris 1 (b1) dan baris 2 (b2) ketika “mentari” memancarkan cahayanya dalam satu sumpahan “sita sastra” (sastera yang putih=suci=bersih), lahirlah “fantasi” iaitu (imaginasi penyair) dalam hasil tulisannya. Ingat! Sesiapa yang sering mengikuti jalan fikiran yang indah dan bermutu, pastilah mengandungi tiga unsur; iaitu (1) fakta; (2) imaginasi dan (3) motif. Perkara inilah yang digunakan oleh MIA ketika menyusun puisi ini. Pertama faktanya adalah mengenai kehidupan membina kerukunan rumah tangga atau membina dan menjaga kemerdekaan bangsa menjadi utuh. Kedua, jika fakta yang mengandungi unsur imaginasi dimasukkan, barulah tulisan tersebut dapat dianggap sebagai hasil tulisan fiksyen sastera dan ketiga (motif). Yang akan saya jelaskan nanti, insya-Allah.
Mulai dari baris pertama (b1) MIA menyatakan bahawa tiba-tiba suasana mentari cair, membawa makna satu idea penulisannya lahir dua fantasi (imaginasi) datang mengilhamkannya. Seterusnya MIA dalam (b3) mengenai (membentuk) puisinya dengan latar (cadar) menurut fikiran orang muda, yakni menerusi fikiran seorang “jaka” (pemuda yang sudah boleh berfikir). Lalu (b4) dalam kehidupan atau dalam menikmati sebuah kemerdekaan, kita tidak boleh menghindarkan dedaunan gelap merindangi pepohonan malap, yang memberi makna itu, lahirlah “sastera wangi” (b6) dan (b7) suasana muram atau apapun, akan menjadikan kehidupan sesuatu atau sastera itu sendiri yang keluarbiasaan, (b8) kata “pendewaan” yang menurut kebiasaan penggunaan imbuhan awalan “pen” pasangan akhiran “an” jadi kata “dewa” jika dipasangkan dengan “pen” dan “an” menjadi kata “pendewaan” bermakna “mendewa-dewakan” terhadap sesuatu. Kata nama “dewa” dijadikan kata kerja aktif menjadikan kata itu “mendewakan” bukan “pendewaan” menolak ke tepi pantai. Dalam (b9) memberikan makna anggur mula bercambah, lalu disambung (b10) yang memberi makna panji-panji melahirkan bunyi dan (b11) dan (b12) diturut dengan panjipanji berkibar terus yang bermakna kehidupan atau kemerdekaan yang terus berkembang.
Kemudian penyair MIA membentuk kata-kata “cinta” sampai kata “garam” yang kalau dilihat dari bentuk di arasnya sebagai “panji” atau “garam” boleh menjadi tiang asas yang kuat utuh kerana ditegakkan oleh tiga kata kerja “cinta”, “rindu” dan “mimpi” yang sekaligus boleh ditafsirkan jika (1) kedua-dua ‘pasangan baru’ membina rumah tangga yang saling
melakukan tiga kerja di atas, pasti menurut penyair MIA, mereka akan cinta-mencintai antara mereka, menjadi kuat dan utuh sebagai dasarnya, iaitu rakyat saling muafakat, cintamencintai antara satu dengan yang lain dan sentiasa memahami antara satu dengan lainnya serta saling tolong-menolong antara satu dengan yang lain, maka akan kekal utuh sebagai tapak, kemudian harus ada “parit paya” supaya air mengalir ke paya dan tidak dapat dinafikan oleh MIA, adanya “ampahan” “batu-bata” yang menguatkan sebagai unsur akhir dibubuh makhluk “cacingan”.
Dengan pilihan kata demi kata yang dipilih oleh penyair MIA, maka terbinalah mahligai “sepasang kehidupan pengantin” atau kehidupan satu bangsa dalam “sebuah kemerdekaan” yang cukup sempurna, insya-Allah. Sajak “panji pelaminan” ini menurut temanya. Saya masukkan ke dalam kumpulan yang saya beri nama “kekuatan kesatuan kehidupan sepasang pengantin baharu” atau “dari kelompok pembinaan satu kemerdekaan bangsa”.
Jika dalam sajak “belalang” kita melihat banyak pula imej yang negatif akan tetapi dalam “panji pelaminan” ini banyak pula imej yang positif. Bagaimanapun sekali lagi saya katakan, jika kedua-dua sajak ini dilihat dari teori teksdealisme Mana Sikana, banyak sekali pelanggaran yang telah dilakukan oleh MIA, baik dari fikiran, kekuatan dan ketepatan pilihan katanya, bentuk tipografinya. Yang jelas dalam melahirkan fikiran-fikirannya yang berhikmah bahkan kebanyakan daripada sajak-sajaknya yang lain terkumpul “nadi” dalam “debu-debu bertaburan” (2015) mempunyai ciri-ciri “asli” yang saya katakan tadi. Maka dengan itu pula, terbentuklah ciri-ciri kepenyairan MIA, yang selama ini tidak dilihat dan tidak diperkatakan. Dari apa yang telah dihadiahkan oleh penyair MIA kepada kita, kepada perkembangan kesusasteraan Melayu kita hari ini, yakni tulisan-tulisan beginilah yang saya maksudkan, bahawa penyair atau penulis bukan sekadar membentuk kehidupan dalam fiksyen tetapi mereka harus menjadi ‘perakam sejarah’ juga.
Menurut teori Mana Sikana teksdealisme, menyebut bahawa teori ini dibina untuk mengkaji teks sastera bagi menunjukkan sifat-sifat keunggulan teks yang dihasilkan sambil memperhatikan pencapaian individualismenya, yang akhirnya pula membuktikan kepengarangan, pengukuhan dan individualisme Kehadiran menganalisis cara pengarang mencari dan mengolah subjek karyanya, pelanggaran yang dilakukannya dan akhir sekali usaha pengukuhan yang dibinanya. Sifat-sifat pelanggaran yang dilakukan oleh MIA sebagai penyair realisme magis jelas sekali dalam teks-teks puisinya yang telah saya tunjuk dan bahas; umpamanya “Belalang”; “Panji Pelaminan”; “Igauan”; “Tikus-Tikus”; dan banyak lagi yang lain. Pemikiran yang dilontarkan oleh MIA, dari segi pemikirannya yang santai, lugu tetapi cukup berani dan jelas, umpamanya MIA menyebut:
“Ah, untuk berapa lama lagikah kami harus berpindah randah sebelum kewujudan ini terisi merata? Berapa banyak darah akan tertumpah sebelum dendam benci dapat dicuci? Berapa gugus puisi akan mewangi sebelum penyair diakui sebagai pembangkang setia mendeklamasi sajak di dewan parlimen?
Demikian fikiran MIA langsung berkata dengan mata dengan telinga dan hati sanubarinya. Dari segi bentuk sajak tipografi, ditunjuk dengan jelas; dalam “Belalang”; “Panji Pelamnan” dan dalam bentuk olahan fikiran dan isi yang luar biasa lantangnya membela rakyat jembel dan marhaen hingga sekarang ini, saya kira belum ada penyair atau penulis yang dapat mengalahinya. Buktinya dapat kita lihat sajak-sajak atau puisinya dalam: “Igauan” apabila watak-watak “embun”, “monyet”, “keldai”, “jengking”, Samsiah, Maisara, Hang Tuah, “babi”, “tupai”, Ezra Pound, Latif Mohidin, Djamal Tukimin, Hang Jebat, “nymphomania” dan “ovxzqwtpby*&%+y?” bertemu di sebuah rumah puisi?
Rasanya tidak diragukan lagi bahawa penyair MIA telah membina karakternya sebagai penyair yang unggul yang sukar dan sulit untuk didobrak atau dilanggar rekod pencapaiannya.
Walaupun beliau telah pergi menemui Penciptanya, akan tetapi dari segi teks-teks puisinya yang ditinggalkanya kepada kita dalam “Debu-debu Sandiwara” (2015) dan “Ladang Seribu Mimpi” (2020) akan terus kekal mencabar pencinta sastera Melayu, bukan sahaja di Singapura bahkan di alam Nusantara kita, atau mungkin di dunia juga.
Dari buku kumpulan puisinya yang berjudul “Ladang Seribu Mimpi” (Unggun Creative 2020) terdapat 27 buah puisi baharunya. Daripada sajak-sajak baharu ini, ada beberapa buah sajaknya yang kuat yang menggambarkan perjuangan mencari keadilan harus diteruskan, umpamanya dalam sajak berjudul “Bukit” pada halaman 3.
nun puncaknya bulan dan matahari berkerikil beronak lerengnya tebal rimbanya menutup jantungnya jurang di kiri di kanan gaung mencuram dikepung hutan ganas menggulung menghempas mendera diri tampak gagah tampak agung tampak indah sumpah! Akan kugempur dan rebut dan takluk dan baringkannya suatu pagi suatu pagi suatu pagi suatu pagi suatu pagi suatu pagi
Jalan Tanah Rata, Singapura 18 Disember 1971
Demikan pula dalam sajak “Gelora Menggulung Rasa: (halaman 4), MIA menyeru:
“bangun, bangunlah
burung temasik burung selatan
burung-burung bersayap hijau
sudah lama kita tidur di takuk lama di ranjang rindu bangun, bangunlah
seluas dada laungkan suara semerah rasa bangun, bangunlah
kita menari kita bermain kita menyanyi di atas ombak di atas pasir di atas gunung
gelora menggulung rasa menyentak dedaun terbiar mengembang mengembang mengembang menendang menendang menendang
baungun, bangunlah
gelora menggulung rasa menutup cerita lama dalam lembaran baharu
puisi puisi puisi
Kaki Bukit, Singapura 13 21 Disember 1971
Demikian MIA menyeru kepada bangsanya supaya tangkas berjuang mencari keadilan; umpamanya dalam sajak “Problematika” (halaman 22); Kemudian diteruskan dalam sajak berjudul “Topeng” (halaman 70), disindirnya orang-orang yang tidak jujur dan bermuka-muka dengan kata-kata sinisnya:
Topeng, topeng, topeng, ini zaman pemakai topeng
Di sana topeng sini pun topeng topeng dipakai teruna dan dara apa lagi janda dan pesara
Sesetengah bertopeng kerana malu ramai pula bertujuan mengampu
Tepuk dada tanya selera anda bertopeng kenapa pula?
Rasa keperihatinan MIA itulah, saya kira yang menjadikan sajaknya bermutu berwawasan dan berhikmah bukan sahaja pada masa lampau ketika sajak-sajak itu dicipta, akan tetapi terus berlaku hingga sekarang dan pada masa hadapan. Sajak-sajaknya akan menjadi ‘lambang keberanian bersuara’ yang menunjukkan kebenaran yang dicari-cari oleh manusia jembel, marhaen atau manusia bawahan di mana saja mereka berada. Apakah manusia itu, wujud di negara pengamal demokrasi yang kononnya menjamin hak asasi manusia. Atau manusia yang hidup di negara Islam, yang pemerintahnya berpegang kepada Al-Quran dan hadis; yang menjamin hidup yang adil dan tolong-menolong, jujur serta ikhlas, hidup dalam persaudaraan Islam? Apatah lagi manusia yang hidup dalam negara yang berpemerintahan kuku besi, bahawa sajak-sajak MIA ini, tetap akan hidup sebagai “lambang” untuk menjadi contoh yang baik dalam kehidupan seharian yang mudah untuk mendapatkan “pangan”, “sanggan” dan “umahan”, sebagaimana kata-kata orang Jawa. Bagi rakyat jembel atau marhaen bahawa hak asasi berbicara dan tidak ada tekanan dan paksaan, sajak-sajak penyair MIA adalah yang menjadi lambang gambaran pencarian “kebebasan” yang utuh dan suci. Walaupun saya kenal mesra dengan beliau hanya beberapa tahun kebelakangan sebelum beliau dijemput Penciptanya, akan tetapi beliau sangat mesra dengan saya dan menyifatkan saya sebagai kekandanya serta memberikan beberapa episod rahsia tentang diri dan juga sastera di sini. Mudah-mudahan nostalgia yang ditinggalkan itu, akan menjadi pelajaran kepada kita, dan mari kita doakan semoga rohnya ditempatkan oleh Yang Maha
Pencipta dalam kalangan orang-orang baik dan manusia beriman. Beliau telah meninggal pada 26 Jun 2021, sekali lagi semoga rohnya dihimpunkan oleh Allah, dalam kalangan roh ahli syurga waljamah, insya-Allah, amin!
Penulis kedua ialah Mohamed Latiff Mohamed.
Satu-Satunya Yang Paling Lantang
Mohamed Latiff Mohamed lahir pada 20 Mac 1950 di Lorong 23 Geylang, Singapura. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah
Melayu Guillemard, Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan Sekolah Menengah Kaki Bukit dengan mendapat kelulusan GCE
‘Ó’ dan ‘A’. Beliau merupakan guru dari lulusan Teachers Training College, dan mengajar dari tahun 1968 hingga 1982.
Beliau menjadi Penulis Buku Pelajaran Bahasa dari 1982 hingga 1995 dan kembali mengajar semula pada 1996 dan bersara dari jawatan gurunya pada 2000. Penulis yang lantang menyuarakan tentang masyarakat jembel ini, mula menulis pada tahun 1966. Banyak sekali anugerah yang telah diterimanya, antaranya Montblanc, NUS Literary Award 1988, SEA Write Award 2002, Tun Seri Lanang 2003, dan Cultural Medallion Award 2017. Menurut Dr. Budi Darma, sajak-sajak Mohamed Latiff Mohamed (MLM) berbicara mengenai kaum, bukan perseorangan, bukan individu. Sajak-sajak beliau melihat masa lalu untuk melihat das sein masa sekarang. Untuk mengevaluasi das sein masa sekarang diperlukan untuk menengok ke masa lampau yang bertindak sebagai das sollen maruah sesebuah kaum. MLM sangat dikenali di tanah airnya Singapura, kerana kelantangan dan ketegasannya menyuarakan fikirannya, baik dalam tulisan-tulisan mahupun dalam perdebatan. Beliau juga dikenali dalam kalangan penulis dan penyair Nusantara. Sajak-sajaknya banyak diterbitkan dalam majalah ‘Dewan Sastera’ dan juga di suratkhabar-suratkhabar di Malaysia dan beliau sering pula mendeklamasikan puisi-puisinya di Kuala Lumpur, Jakarta, Bali, Pekan Baru, Padang dan Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam. Beliau juga pernah mendeklamasikan puisinya di London, Paris dan German sewaktu Minggu Bahasa yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993 di London.
Dalam sejarah perkembangan penulisan fiksyen Melayu Moden di Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu, bermula dari terbentuknya ASAS ‘50 pada tahun 1950, penulis-penulis Angkatan ‘50 (baik yang dalam ASAS ‘50 mahupun yang di luar) menggunakan tulisan fiksyen sajak dan cerpen sebagai wadah memperjuangkan kebebasan bangsa dan tanah airnya dari penjajahan Inggeris. Dalam pengakuan anggota ASAS ‘50, dalam MEMORANDA ASAS ‘50; antara lain menyebut:
“... Perjuangan Angkatan Sasterawan ‘50 ialah perjuangan peminat-peminat bahasa dan kesusasteraan Melayu yang dilancarkan dengan kesedaran politik dan, siasah kesedaran bahawa perpaduan kebangsaan adalah perlu untuk mencapai kemerdekaan dan kemerdekaan ialah jambatan ke arah keadilan masyarakat, kemakmuran rakyat, kemakmuran dan perdamaian hidup manusia ...”
Semangat kebangsaan yang membawa maksud kolektif ini terserlah dalam tulisantulisan fiksyen penulis ASAS ‘50, seperti Masuri S.N. dan Usman Awang dalam genre puisi dan Keris Mas (Kamaluddin Muhammad) dalam genre cerpen. Tulisan-tulisan mereka diangkat juga oleh golongan angkatan selepas mereka, iaitu golongan Angkatan Pramerdeka, antara penulisnya ialah Mohamed Ismail Abdullah (MIA), Eunos Asa, Mohamed Latiff Mohamed (MLM), Noor Hidayat dan beberapa yang lain. Akan tetapi selepas mereka, kurang sekali penulis yang menulis tentang perjuangan kebangsaannya. Ramai antara mereka menulis tentang hal-hal pengalaman peribadi. Hal-hal rakyat jembel dan marhaen jarang sekali disentuh. Jika adapun hanya selayang pandang sahaja.
Ketika saya menulis sebuah makalah berjudul “Yang Mohamed Latiff Mohamed Inginkan” pada hujung tahun 1999, saya telah menyelidiki tiga kumpulan awal puisi Mohamad Latiff Mohamed (MLM) iaitu “Segumpal Api Selingkar Pelangi” (Solo Enterprises): 1978; “Pralina” (ICDCA) 1983; dan “Danau Sukma” (ASAS ‘50) 1988. Puisi-pusi tersebut telah ditulis dari tahun 1967 hingga 1987, yang mengandungi 169 puisi seluruhnya. Daripada seluruh puisi tersebut dapat saya pecahkan kepada enam tema; iaitu pertama sikap orang Melayu yang sentiasa menyerah; kedua kehidupannya dalam kemiskinan; ketiga perjuangan keadilan; keempat perjuangan kebebasan dan kelima mengenai keagamaan, seperti yang terdapat dalam daftar di bawah ini:
Tema-tema yang berhubungan tentang “permasalahan orang Melayu” sangat dominan dalam ketiga-tiga kumpulan tersebut. Antara permasalahan yang dipaparkan oleh MLM adalah tentang orang Melayu “yang terbiar, hilang kebebasan dan tertindas”. MLM dilahirkan dalam keluarga miskin dan dibesarkan di daerah meleset Geylang. Mula-mula keluarganya menyewa sebuah pondok yang sentiasa bocor apabila hujan, daripada seorang Cina. Setiap hari dia terpaksa mengangkat air dari paip umum di tepi jalan yang jauh daripada rumahnya. Dia terpaksa mencuci kereta dan mencari timah di tempat pembuangan sampah berhampiran di sebuah kilang. Dengan wang upah cuci kereta dan menjual timah dapatlah digunakan untuk perbelanjaan sekolahnya. Selepas berlakunya rusuhan kaum, keluarganya berpindah dari situ dan menetap pula di daerah kawasan meleset Melayu di Geylang Serai. MLM tidak dapat dibohongi dengan segala macam kepincangan orang Melayu. Bukan saja masanya kaya dengan segala macam tipu helah hidup; kepicikan hidup bahkan tubuh kasarnya dan jiwa halusnya benar-benar merasakan dan menghayati segala macam penderitaan dan kepahitan. Oleh sebab itu, jika MLM melaungkan dengan suara yang sinis, keras dan kasar; bukan satu percubaan yang diada-adakan olehnya, akan tetapi itu ialah satu kelahiran dari satu sumber perasaan yang telah terpendam lama dalam jiwa seorang manusia yang jujur dan yang cukup tertekan. Suara penulis muda MLM cukup keras dan tidak ada tawarmenawar lagi, dapat dilihat dalam sajak-sajaknya dalam kumpulan “Segumpal Api Selengkar Pelangi” (SASP). Rasa marah dan bencinya kerana tidak ada keadilan itu, tercetus di manamana tulisan kreatifnya. Perasaan yang dipaparkan adalah melalui jiwanya yang pernah derita dan penuh terseksa itu; menurutnya akan terus diwarisi oleh anak bangsanya yang akan lahir dari zaman ke zaman. Dalam jiwanya yang penuh derita itu, MLM masih dapat menyampaikan suara marahnya dengan bahasa yang cukup indah dan penuh sindiran tajam dan lantang, apabila dia berbisik:
Bersumpah dua kekasih diintip bara di dalam bulan antara darah bersimbah nanah lahir seorang bayi menggigil dipeluk kesejukan.
(Darah Bersimbah Nanah: SASP: 1972: halaman 84)
Jiwa derita MLM sebagai penyair realisme total berbicara dengan rasa hampa, tapi penuh tanggungjawab kerana dia telah benar-benar pernah mengalami kepahitan itu. Bukan dibikin-bikin atau dibuat-buat atau khayalan. Maka bisikan-bisikan MLM ialah bisikan manusia derita yang jernih yang tidak mahu anak bangsanya terus menderita dan terus
mewarisinya. Dengan suara penuh emosi, bersahaja tetapi indah, MLM berkata kepada bangsa Melayunya:
tiada hak untuk dikasihi
tiada piagam terhutang budi
kerana semalam
telah termeterai istiadat
jual beli
pada sebuah kasih sayang
disaksikan sejarah
dan dunia mengakui
tiada hakmu untuk dikasihi
keringlah sajapmu digigit sepi
(Hujan, SASP:1972: halaman 80)
Suara sedih MLM yang memanjang ketika melihat kenyataan duka-lara bangsa Melayu menolak zaman apa jua; apabila dia mendedahkan dunia yang sudah moden dengan segala macam kronologinya dan kejayaan ekonominya yang tinggi pula; akan tetapi umminya terus bermimpi.
Di kilauan sains & teknologi
di puncak politik dunia sepi di kederasan ekonomi
ummiku punya mimpi sendiri
punya nasib sendiri
punya takdir sendiri
di kiri duri di kanan api
(Bangsaku di Hari Lahirku, SASP:1972: halaman 74)
Ketika membicarakan persoalan setia bangsa Melayu, MLM persoalkan sifat-sifat setia itu. Bertolak dari sejarah, MLM menyatakan bahawa dengan sifat setia Melayu itu; akan berakhir dengan kemiskinan, seolah-olah semacam hak waris kita “bangsa Melayu”. Dalam zaman moden ini, jika bangsa Melayu tidak mahu mempelajari sejarah dan tidak meletakkan sifat “setia Melayu” di tempat yang benar, jangan salahkan orang lain. Jika mereka tidak mahu mengambil tahu tentang bangsa Melayu; tentang taat setianya akan terus pudar: “lalu mimpikan kasturi syurga”. Pokoknya kembalilah kepada realisme hidup ini.
Usah ditanya semua itu
milik kita hanya mimpi
hanya rindu
usah bangun mengangkat muka
usah dipetik bunga di syurga
jangan mengandang tingkah durjana
hanya cukuplah dengan setia
lalu mimpikan kasturi di syurga
Kita Warisan Anak-anak Setia (SASP:1972: halaman 40)
Pada akhir tahun 1970-an MLM menjadi dewasa. Fikiran dan suara kerasnya yang meluap dengan aliran expressionismenya, sudah dibaluti dengan kata-kata yang matang dan halus. Akan tetapi emosi dan nada kerasnya tetap utuh dalam motif sajak-sajaknya. Bagaimanapun jiwanya yang tidak pernah kenal tolak ansur itu, sekali-sekala meledak di sana sini kerana perasaan pahit dan derita lama itu terus mendap dalam sanubarinya. Tentu sekali dalam kehidupan hari-harinya, MLM terus menyimpan amarahnya. Jadi tidak hairan, jika MLM dalam waktu tertentu, boleh digunakan oleh orang atau golongan tertentu yang menawarkan nada yang dan sekaligus mendorong MLM berbicara:
apakah sebenarnya erti keadilan
setelah melihat si miskin kemudian dibutakan apakah tiada rakyat kita yang perutnya berkeroncong busung dan tokak zaman berzaman siapa martabatnya bagai anjing paria di jalanan bercumbu dengan babi-babi bergurau dengan tikus-tikus bergelandangan zuriat kita terus berzikir siang dan malam mengharapkan persamaan meminta kedaulatan
(Pengertian:SASP:1972: halaman 19)
Akan tetapi masa terus bergerak, pengalaman mengajar manusia segera menjadi dewasa dan manusia terus mencari menerusi dalam hari-hari kedewasannya. Dalam pada itu manusia atau golongan yang mencuba menggunakan MLM dengan maksud jahat itu pada satu ketika, dia tetap salah langkah dan akhirnya dia “kepergok”. Dengan demikian MLM yang dalam perjalanan kedewasaan itu menjadi lebih cepat dewasa. Menerusi puisinya yang terhimpun dalam kumpulan keduanya yang diberi judul “Pralina” (1983), kita temui MLM sering “berfikir dan merenung” dalam akan pengalaman yang pahit. Dalam sajaknya yang diberi judul “Di Sini” MLM lebih melihat keadaan persekitaran dengan cukup waspada, sehingga membikin manusia terperangkap.
Di sini bila-bila masa sahaja
kita bisa terpenjara
dalam igauan dan guruan
mereka adalah bianglala
yang melingkar sekuntum kemboja
yang putih dan lesu
lalu melihatnya
dengan kilat senja
dengan petir menggila.
(Di Sini; Pralina: 1983: halaman 54)
Dalam kumpulan sajak keduanya yang berjudul “Pralina” (1983) yang mengandungi puisi-puisi tahun 1978 hingga 1983, jelas menampakkan kepekaan MLM terhadap kehidupan bangsa Melayu. Terutama dalam sajak-sajak: “Singapura”; “Geylang Serai”; “Siapa”; dan “Melayuku Melayumu” dan beberapa yang lain. Cukup jelas menunjukkan, betapa “Tubuh kasar MLM dan jiwa halusnya benar-benar merasakan dan menghayati segala macam penderitaan dan kepahitan hidup bangsa Melayu”. Walaupun keturunan daripada bapanya, MLM bukanlah orang Melayu, akan tetapi daripada keturunan ibunya MLM tetap Melayu. Jadi darah ibunya dan juga kerana dia dibesarkan dalam lingkungan orang Melayu yang pernah derita; menjadikan MLM cukup marah apabila bangsa Melayu dihina dan ditindas. Beliau tahu benar penderitaan orang Melayu kerana beliau sama-sama merasainya. Maka tidak hairanlah Drs. Lutfi Abas memberikan julukan, “Bahawa MLM adalah orang India yang lebih Melayu daripada orang Melayu!”. Dr. Anuar Nor Arai mengatakan pula, “Bahawa MLM adalah tenaga lantang yang lelah kerana kepupusan bangsanya” tercerna dalam acuan sajak-sajaknya ini. Begitupun rasa patriotik pembelaan terhadap bangsa Melayu yang tertindih begitu kuat dan terserlah dalam sajak berjudul “Singapura” di bawah ini.
Singapuraku
ada bianglala yang pecah
ada rindu yang basah
ada doa yang pasrah
ada luka tanpa darah
ada genta yang terlalu purba
ada mahkota yang kehilangan cahaya
ada wali kecundang mimpinya
Singapuraku!
Di mana rindumu
di mana sayangmu di mana kasihmu?
(Singapura:Pralina:1983:halaman 14-16)
Di sinilah kami menitis doa menjulang mimpi
dipayungi gugatan rindu dalam lorong penuh keremangan di bawah kabut neon yang suram kami menghitung bintang menghurai makna kehilangan
(Geylang Serai: Pralina:1983: halaman 6)
Bagaimanapun ada suara-suara sumbang dari pengamat sastera di sini dan diramaikan pula dari golongan yang sependapat dengannya; yang mengatakan bahawa suara MLM dan golongannya membawakan sastera Melayu yang pesimis, yang tidak relevan dengan keadaan dan zamannya. Pandangan yang begitu datangnya daripada mereka yang tidak mengenal realiti masyarakat Melayu seluruhnya dan sedalam-dalamnya. Apabila mereka tidak mengenal realiti masyarakat Melayu seluruhnya dan sedalam-dalamnya, maka tidak hairanlah jika mereka keliru dengan mengatakan bahawa MLM melahirkan sastera Melayu yang pesimis.
MLM ialah penyair yang peka yang sentiasa menggunakan mata, telinganya merenung derita rakyat jembel lalu sesuatu yang ditangkapnya direnung, diolah dan difikir menjadi tulisan fiksyen puisinya. MLM yang kenal struktur bangsa Melayu yang masih jauh di garis belakang dalam banyak hal. Beliau ingin melihat bangsa Melayu menjadi manusia yang tahan uji, yang tahan lasak dan yakin untuk kemajuan bangsa Melayu. Bangsa itu harus dididik dengan cara yang payah, bukan dimanja-manjakan. Dengan demikian mereka akan benar-benar boleh hidup dalam apa pun keadaan dan suasana, dengan katanya:
jadi berikanlah zuriatmu bara usah berikan mendakap cempaka biar, biarkanlah panasnya terasa baru mereka mengerti ertinja bangsa
(Api:SASP:1977: halaman 9)
Sehubungan dengan tema semangat kebangsaan, khususnya daripada penyair MLM, yang saya temukan dari dua buah kumpulan puisinya yang terakhir iaitu “Bagiku Sepilah Sudah” (PSN: 2002) dan “Bila Rama-rama Patah Sayap” (ASAS ‘50: 2007). Dari dua kumpulan tersebut, terdapat sebanyak 106 buah puisi. Dalam penelitian saya, dapat saya pecahkan kepada lima kelompok tema seperti di bawah ini:
Daftar tema sajak-sajak dari dua kumpulan puisi terakhirnya:
Nama Buku Derita Bangsa Keadilan Umum Agama Sahabat
Sepilah
Dari daftar di atas jelas menunjukkan MLM mengambil perasaan kebangsaan (derita bangsa) sebanjak 53.4% sedang tema kedua dominan adalah mengenai tema agama sebanyak 25 buah puisi, dengan peratusan 21.2%, sedang tema-tema lain dapat anda perhatikan dalam daftar tersebut. Tampaknya beliaulah yang terus-menerus menekuni resah-gelisah bangsanya.
Dalam menyampaikan rasa kebangsaannya, MLM ada kalanya menyindir bangsanya yang lemah supaya bangun; ada kalanya beliau menyarankan supaya bangsa Melayu yang tidak berdaya saing, bangkit menghidupkan daya juang menghadapi pancaroba hidup moden ini. Ada kalanya disindirnya pemimpin bangsa dan pemimpin agama yang kehilangan punca dan banyak kali ditekankan bahawa orang Melayu harus melihat dan mengkaji sejarah bangsanya.
Saya turunkan beberapa contoh dari puisi MLM yang jelas menonjolkan tentang rasa kebangsaannya, pertama puisi berjudul “Sejarah”. Saya turunkan sepenuhnya sajak tersebut di bawah ini:
Sejarah itu berlalu bagai ombak
berlalu begitu sahaja
tanpa apa-apa pamitan
tanpa apa-apa pesanan
ia bungkem tujuh zaman
dalam cermin keimanan
ia tenggelam dalam dakapan malam
sejarah itu bangkit semula: secara tiba-tiba
tetapi tidak bicara apa-apa
melainkan melolong di senja suram
reput dalam petala zaman
dan konon katanya hiba
bangkitlah anak-anakku; bangkitlah
berlangirkan darah; berkiblatkan keadilan
bina suatu sejarah manusia yang nurnya
tidak terbayang di cermin berkaca
revolusi kita: membangkitkan manusia
yang telah lama dikapankan dirahibkan di sejuk mimbar; semalam
Januari 2002
Bagiku Sepilah Sudah: 2002, halaman 9
Dalam puisi ini MLM dengan jelas menunjukkan kepada bangsanya; bahawa ada dua perkara besar yang berlaku dalam perjalanan sejarah bangsanya. Pertama mengenai kehilangan sifat “keberanian” yang disangka umum ketika itu sebagai satu kebenaran. Kedua ialah “kehilangan takhta bangsa”, disebabkan prasangka bahawa menyelamatkan peribadi raja lebih penting daripada kehilangan “kekuasaan” bangsa.
Dari kumpulan kedua yang berjudul “Bila Rama-rama Patah Sayapnya” MLM dalam puisinya berjudul “Melayu Baru” menyarankan kepada bangsa Melayu bahawa apa yang harus dipunyai oleh Bangsa Melayu Baru. Mereka harus berani, berbudi, bijak, alim, menghayati budaya Melayu dan berbahasa ibundanya. Perhatikan sajaknya di bawah ini:
Melayu baru ini mengkeramatkan maruah sejarah tahu takrif iman dan mencintai sulaman akidah menatang khurafat menjunjung syuhada meremukkan tahyul dan menentang tengkarah. Melayu baru itu bukan hanya segak bertali leher tapi kan gagap berbahasa ibunda pelat Inggerisnya amat mempesona pandai berdansa dan pandai bermukah pandai bermuka-muka dan penjilat maruah
Melayu baru itu sebenarnya intelektual bangsa berkeris bertanjak tapi berijazah sempurna lembut budinya tapi tegas membela apabila ibunda dicela atau dtindas takdirnya
Melayu baru itu kenal derita bangsa tidak sombong dan tidak serakah rela berkorban darah dan airmata demi bangsa dan anak manusia.
Melayu baru itu bukan hanya pada lagak dan rupa rumah istana dan bekereta dari tujuh benua tapi membuang jauh budaya bangsanya dan malu mengaku asal usulnya.
Melayu baru itu sebenarnya seorang peguam yang berani
seorang jurutera yang berbudi
seorang doktor yang tinggi pekerti
seorang wakil rakyat yang bistari
Melayu baru itu seorang ulama penentang hipokrasi seorang wira pejuang tulen nafas demokrasi
seorang mukmin yang bersih hati dan nurani mengenali erti wanginya takdir keramatnya mimpi mengenali sosok sejarah dengan bertatihkan budi.
Melayu baru itu bukanlah hanya pada lagak dan gaya sombong dan bangsat pada wajah leluhurnya menghina mimpi dan duka para bonda tidak berakar umbi, tidak bertiang seri
tidak kenal airmata duka dan sejarah sendiri.
Melayu baru itu sebenarnya pendobrak budaya tua merentangkan sutera silatulrahim buat anak manusia menolak wangi cendana istana, darjat dan harta menentang pemadat dan budaya durjana menolak menyerah pada takdir semata
Melayu baru itu sebenarnya bukan pada nama berlagak sombong penghina linangan airmata bangsa
Melayu baru itu wujud atas bulan pernama atas ketangkasan roh dan kejantanan manusia atas sinar keimanan syahadat di pelangi senja atas hakikat kebenaran di sembilan purnama
(Bila Rama-rama Patah Sayap: 2007: halaman 334 - 335)
Dalam satu ejekannya yang lain MLM menulis dalam puisinya yang diberi judul “Kita Binatang Liar di Hutan”; dengan sindiran itu, apa pula yang diharapkan olehnya? Fahami kata-kata sindirannya:
Ada benarnya katamu tuan
kita bukan binatang liar di hutan tetapi, kita adalah binatang peliharaan
yang lembut dan manja yang pasrah yang meminta-minta yang hilang hak
menentukan mimpi dan linangan airmata
yang bungkam
setiap purnama
yang hilang segala hak
menentukan mimpi dan linangan airmata
segala pusaka yang melintuk-lintuk dipukul pangkat
bintang dan nama
Memang benar katamu tuan
kita bukan binatang liar di hutan
yang punya keluarbiasaan
yang dapat menendang dan menerkam yang dapat mengunyah dan membaham
dapat melompat dan menerjang
bebas menentukan langkah dalam persilatan
bebas memilih teman
bebas menikam lawan
bebas berlari dengan gagah menentukan takdir menentukan suratan
Benar katamu tuan
kita bukan binatang liar di hutan
tapi kita adalah seiras dengan binatang ternakan
yang berteduh di bawah belangsukawa orang
yang rezekinya dalam tangan tuan-tuan dan puan-puan
yang air susunya diperas berzaman-zaman yang kelaminannya ditentukan
dan berapa harus ada zuriat tersayang
yang talkinnya sumbang dan muram yang kemerdekaan dicengkam bayang-bayang
Benar katamu tuan
kita bukan binatang liar di hutan
tapi kita kiamat dalam keraguan
kehilangan erti pencarian
pada maruah sebenar yang bernama kemanusiaan
(Bila Rama-rama Patah Sayapnya: ASAS ‘50: 2007: halaman 52 - 53)
Sebagai penyair yang sangat patriotik terhadap bangsanya, tulisan-tulisan MLM dapat dianggap sebagai pembela kebenaran yang tulen, dan dilihat dari sudut teori puitika sastera Melayu yang indah Muhammad Hj Salleh, iaitu ciri-ciri kehidupan bangsa Melayu yang dirundung kesusahan, kesedihan dan kesengsaraan yang merupakan cerminan bangsa Melayu ada unsur-unsur bentukan bahasanya. Akan tetapi jika dilihat pula dari sudut teori teksdealisme Mana Sikana, terdapat banyak pelanggaran yang dilakukan oleh MLM. Umpamanya untuk mewujudkan Melayu Baharu, orang Melayu harus keluar dari kepompong lama yang lemah, menyerah, bukan penjilat maruah, bukan pandai bermukah, tetapi menjadi intelek bangsa, berbudi bahasa dan mengenal derita bangsa tetapi pujuang bangsa dan mahu berkorban. Ciri-ciri perwatakan Melayu Baru yang mengubah senario lama didobrak oleh MLM, menjadikan beliau penyair Angkatan Pramerdeka yang sangat lantang dan dari sini, lahirlah empat prinsip keunggulan teori teksdealisme Mana Sikana iaitu kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan individualisme dalam puisi-puisi MLM.
1. Segumpal Api Selingkar Pelangi (1978)
2. Pralina (1983)
3. Danau Sukma (1988)
4. Bagiku Sepilah Sudah (2002)
5. Bila Rama-rama Patah Sayap (2007)
1. Puisi Temasik (1981)
2. Tiga Warna Bertemu (1987)
1. Montblanc-NUS Centre for the Arts Literary Award (1988)
2. SEA Write Award (2002)
3. Anugerah Tun Seri Lanang (2003)
4. Pingat Budaya (2013)
Novel “Sandjakala” diterbitkan oleh The International Cultural Study & Development Centre for Asia di Bali 1984, kemudian diulang cetak di Pustaka Nasional Singapura dengan judul “Ziarah Rindu” pada tahun 1989. Novel ini ialah percubaan MLM menulis novel dalam bentuk realisme magis ini, telah saya bicarakan dalam Pertemuan Sasterawan Nusantara V, di Ujung Padang pada 22 hingga 25 November 1986. Dalam sejarah penulisan novel di Singapura ‘Sandjakala’ merupakan sebuah percubaan menulis novel bentuk “baharu”. Jika anda telah membaca novel-novel Iwan Simatupang dan cerpen-cerpen Danarto, yang tidak mudah difahami secara realitas, maka untuk memahami “Sandjakala” juga harus kita bertolak secara tidak realitas juga. Jika Iwan Simatupang menulis “Merahnya Merah” (1968), “Ziarah” (1969) dan “Kering” (1972), menggunakan satu tokoh utama gelandangan (protoganis); MLM menggambarkan tokoh utamanya yang dikenal sebagai “pemuda” (protoganis juga sifatnya) yang tiba-tiba saja dalam pembuka novel “Sandjakala” ini, dia berada dalam tahanan. Pemuda tidak tahu mengapa dia ditangkap dan dia juga tidak dapat memahami mengapa ia harus mati dengan cara digantung, tidak cara lain? Berpuluh-puluh kali pemuda bertanya siapakah “Yang Berkuasa di Sini?” Waktu dalam tahanan itulah, fikiran pemuda mengembara dari satu manusia ke manusia lain dan dari satu daerah ke daerah yang lain. Pemuda sebagai watak penting dalam novel ini, sebenarnya ialah jelmaan penulis sendiri. Segala isi hati yang ingin disampaikannya kepada pembacanya, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan bersembunyi di balik simbol-simbol dalam novel ini. Negara atau tempat dalam novel atau cerita ini berlaku digambarkan oleh penulisnya sebagai di sebuah negara yang mengamalkan fahaman tyranny. Untuk ini kami cabut petikan halaman 9 perenggan 3, (Sandjakala:1984) yang menggambarkan fikiran lain dari benak watak pemuda.
“Yang dikuasai. Yang dilumpuhkan merupakan gerak pemaksaan. Setiap yang bernama pemaksaan dan penguasaan yang menolak yang lain ke garisan tidak bergerak lagi, itu jika dirangkum dalam pengertian kata-kata ‘kamatian’ namanya. Setiap kematian yang dikuasai dan yang dilumpuhkan merupakan sesuatu yang suci. Yang berat menekan yang ringan. Yang besar menindih yang kecil. Yang banyak memijak yang sedikit. Yang bergerak mematikan yang diserakkan. Yang hidup mematikan...”.
Dalam pengembaraan fikiran Pemuda, ke otak seorang yang berumur 40 tahun, Pemuda menyatakan: “Tapi kita punya 12 zuriat, semuanya tak berguna. Semuanya tidak bererti kewujudannya. Lagipun yang ini terang-terang menentang perintah Yang Berkuasa. Suatu kewujudan yang tak bererti tidak mempunyai erti di sini. Melainkan ia boleh menambahkan sesuatu yang bernama barang kepada Yang Berkuasa.” Di halaman 14, perenggan 2 (Sandjakala:1984). Untuk mengetahui keseluruhan kritikan saya, tentang novel “Sandjakala” sila lihat “Kembali ke Akar Melayu Kembali ke Akar Islam” (Jilid 3B, hal 15531564).
Motif yang mahu dikemukan oleh MLM pada diri seniman itu sebagai seorang manusia seniman yang tidak jujur; bagaimanapun ditutup dan diselindungi dengan segala macam kejujuran, akan tetapi kelihatan juga akhirnya. Hal ini jelas dapat ditangkap melalui percakapan telepati antara Pemuda dan Seniman (halaman 39-42); bahawa Seniman ialah seorang penyair yang hanya mengemukakan yang manis-manis, yang cantik-cantik dan yang mulukmuluk sahaja. Bagi Pemuda, penyair demikian ialah penyair yang memukau dan menidurkan pembaca semata-mata. Isinya tanpa roh dan hakikat. Seniman berasa hairan sekali dan malah baru kali pertama mendengar tentang apa yang dibuat oleh Pemuda.
“Kau tidak pernah merakamkan apa-apa tentang Yang Berkuasa yang mengheret orang ke tali gantung, sema-mata kerana kelainan arus rasa mempertahankan kewujudan masing-masing. Kau tidak pernah merakamkan rasa sakit tali mencerut leher dan bagaimana sakitnya tubuh terkejang-kejang.” (halaman 41, para 2: Sandjakala: 1984)
Kesimpulannya, bahawa penulis mengemukakan watak seniman di sini, sebagai contoh seniman yang rendah moralnya, yang tidak menggambarkan keadaan sebenarnya, akan tetapi hanya mengemukakan yang muluk-muluk sahaja. Demikian pula tokoh Pemimpin yang dikemukakan; merupakan tokoh pemimpin yang sangat buruk. Pemimpin yang tidak dapat menyebut perkataan “kebebasan” dan “penyeksaan” dan pemimpin yang hanya menganggap yang tugasnya sudah selesai, apabila ia sudah menjadikan daerahnya makmur dan menjadikan pengikut-pengikutnya kaya-raya. Contoh dari guru agama, juga tokoh yang lemah apabila dia berfikir tugasnya sudah sempurna dengan berpendirian seperti ini:
“Aku mengajar mereka bahawa janganlah tamak. Dunia ini bukan milik kita. Kita ada dunia yang lain yang lebih kekal dan lebih abadi. Aku ajar mereka jangan makan benda-benda haram, benda najis, jangan mencuri, jangan itu jangan ini dan banyak sungguh jangannya...”
(hal.45, para 2: Sandjakala:1948).
Mengenai tokoh pengemis pula yang pada mula tidak dianggap buruk oleh Pemuda, rupanya tokoh yang lemah juga, apabila Pengemis terang-terang menyatakan bahawa dia berasa aman, ketika Sang Berkuasa menobatkannya sebagai pengemis negara. Dia dibolehkan mengemis di mana-mana dan dia akan mendapat berjuta-juta dari mengemis itu.
Dengam mengambil contoh dari empat tokoh yang masing-masing dengan sikap yang begitu rendah, penulis mahu menggambarkan bahawa demikianlah keadaan manusia yang di bawah pemerintahan mutlak itu. Siapa yang ikut kehendak Yang Berkuasa akan mendapat tempat, sebaliknya yang menentangnya akan ditahan dan dihukum gantung. Demikian pula, isi novel ini digambarkan oleh MLM tentang kekuasaan mutlak yang ada pada Yang Berkuasa. Dia bukan saja mahu menguasai sistem pentadbiran negara akan tetapi menguasai juga hak-hak peribadi penduduk atau rakyat di negaranya.
1. Kota Airmata (1977)
2. Di Puncak Rindu (1978) asalnya diberi nama ‘Sandjakala’
3. Ziarah Cinta (1998)
4. Batas Langit (1997)
Dengan teori Mana Sikana teksdealisme, jelaslah novel “Sandjakala” (Ziarah Rindu) ini beraliran realisme magis, menunjukkan MLM merupakan penulis yang mencapai individualismenya yang akhirnya membuktikan bahawa beliau telah melakukan pelanggaran, pengukuhan dan individualisme. Bagaimanapun, selepas menulis novel bentuk baru ini, MLM kembali menulis bentuk biasanya, apabila pada tahun 1996, muncul novel berjudul “Batas Langit” (Pustaka Cipta Sdn. BHD, Kuala Lumpur:1996).
Novel “Batas Langit” (BL) ini, latarnya adalah di daerah sesak dan meleset Geylang pada zaman pemerintah penjajah dan sambung masuk ke zaman bekerja sendiri (selfgovernment; 1958 - 61). Ketika itu, MLM bersama keluarganya dan segelintir orang Melayu miskin yang tinggal di kawasan tersebut. Sajak-sajak awalnya mengambil tema kemelesetan, kemiskinan, dan kepayahan bagi rakyat jembel dan marhaen. MLM sebagai anak muda yang sedang bersekolah, terpaksa mencuci kereta dan mencari-cari timah di tempat pembuangan sampah di tepi sebuah kilang, demi pembiayaan persekolahannya, kerana orang tuanya yang bekerja sebagai tukang cat, sentiasa bermain judi dan lupa tanggungjawabnya sebagai kepala keluarga. Yang akhirnya menyebabkan ibu bapanya sentiasa bergaduh. Mereka menyewa sebuah rumah yang apabila hujan, sentiasa bocor. Untuk mendapat air minum, penulis sebagai satu-satunya anak lelaki terpaksa mengambil air dari paip umum yang jauh dari rumah sewaannya. Perhatikan petikan ini:
“Pada waktu siang jika ada masa, Adi cari timah sari. Dolah Supik sudah jarang bersama Adi. Dolah Supik bekerja. Adi akan merayau-rayau seorang diri selepas pulang sekolah, merayaurayau di tempat-tempat biasa. Di Kallang Puding, Alkaff Garden. Cari dan curi timah sari. Hasilnya lumayan juga. Untuk mendapat lima puluh sen, hingga seringgit tidaklah susah sangat. Duit itu Adi beri pada Mak Timah. Mak Timah dapat enam puluh ringgit hasil mencuci kain baju orang. Adi dapat dua tiga ringgit pada malam sabtu dan Minggu; dari duit cuci kereta. Dapat seringgit dua apabila cari timah sari. Hasil pendapatan ini semua, cukuplah untuk menampung bayar duit sewa rumah lima belas ringgit sebulan...” (Batas Langit:1996, halaman 84, para 3)
Dalam kempen pilihan raya, calon masing-masing; sama ada calon parti pro-penjajah atau calon pembangkang; masing-masing menyuarakan akan membela keadaan kesulitan rakyat, bagaimanapun selepas pilihan raya, pembaikan kampung mereka tidak berjalan
seperti yang diharapkan. Mereka tetap harus mengambil air daripada paip umum, dan jalanjalan menuju ke kampung mereka pada waktu malam tetap gelap dan tidak berlampu.
Di samping puisi dan novel, Mohamed Latif Mohamed menulis cerpen dan drama tv juga. Beliau telah berhijrah ke Melbourne pada tahun 2016. Oleh sebab telah menjadi kebiasaannya bertemu dan berdialog mengenai perkembangan sastera, khususnya sastera Melayu Singapura, menjadikan beliau tidak kerasan menetap di daerah yang tempatnya tidak dia temukan teman-teman penulis. Maka itu, pada tahun 2018 hingga 2019, beliau kembali ke Singapura menemui teman-teman penulisnya. Akan tetapi hidupnya, tidak seceria sebelumnya, barangkali kerana dia menumpang di rumah kakaknya.
Mengikuti dan menjejaki teks-teks atau puisi-puisi MLM, dapat saya tunjukkan dari segi kelantangannya membela kaum marhaen dan jembel seawal tulisannya pada tahun 1980-an lagi, umpamanya beliau menyebut:
“dan Melayuku bagai riak danau terkandas di lumpur berdebu dan kotor. Melayuku bagai serigala sengsara sakit dan terseksa di perut gua gelap bagai jelaga”
(Melayuku, Melayumu: 1983)
Kemudian MLM bersedih di Geylang Serai:
“di sinilah kami menitis doa menjulang mimpi dipayungi gugatan mimpi dalam lorong penuh keremangan di bawah kabut neon yang suram kami menghitung bintang”
Lalu MLM terus menyuarkan pembelaan orang jembel dan marhaen. Perhatikan puisinya, “Orang-orang Di Sini” (1999):
“mimpimu harus dilenyapkan; si miskin lebih rela mati di jalanan di sini kepalsuan bergemerlapan dalam sujud dalam zikir yang panjang; orang mencari kiblat yang panjang.”
Fikiran penyair MLM terus berkocak dan bergema membela orang Melayu terus dihenti-hentinya terutamanya melalui teks-teks puisinya, di samping pembelaan MLM mengejek dan menyindir bangsanya iaitu bangsa Melayunya, terutama dalam puisi-puisi yang terhimpun dalam dua kumpulan puisi-puisi terakhirnya, melalui gaya pegangannya seorang yang berpegang kepada realisme yang kuat.
“Melayu baru itu bukan hanya segak bertali leher, tapi akan gagap berbahasa ibunda; pelat Inggerisnya amat sempurna; pandai berdansa dan pandai bermukah; Melayu baru itu sebenarnya intelektual bangsa; berbangsa; berkeris bertanjak tapi berwajah sempurna; lembut budinya tapi tegas membela; apabila ibunda dicela atau ditindas takdirnya.”
Dari fikiran-fikiran yang tercatat dalam sajak-sajaknya, jelas menanam semangat pembelaan terhadap sejarah bangsanya, yang tertekan tidak ada pembelaan; hal itu tidak dapat dinafikan, melalui suara ledakannya dan di samping itu, mengajar dan mengejek akan kelemahan bangsa Melayunya. Inilah pelanggaran yang dilakukan menurut teori teksdealisme Mana Sikana. Tiada siapa yang dapat menafikan bahwa MLM adalah pembela, penyindir dan pendobrak supaya orang Melayu bangkit dari tidurnya yang lena dan suram.
Mohamed Latiff Mohamed dengan teks-teks puisinya yang lantang membela bangsa Melayunya tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapapun juga. Beliau ialah “Pejuang Melayu Tulen” Lihat dan kajilah teks-teks puisinya dari seawal tahun 1980-an lagi hingga tahuntahun 2000-an. Drs. Lutfi Abbas mengatakan bahawa MLM adalah orang India yang lebih Melayu daripada orang Melayu.
Saya mula mengenal Mohamed Latiff Mohamed kira-kira pada awal tahun 1977, ketika beliau mula menjadi anggota ASAS ‘50 dan ketika itu saya menjawat sebagai Setiausaha Satu. Ketika isteri saya Saerah Taris meninggal pada tahun 1987, dan kedua-dua anak perempuan saya belajar di luar negera manakala anak lelaki saya pula, sedang dalam Perkhidmatan Negara, ketika itulah beliau dan Suraidi Sipan, sering menemani saya. Kami sering makan tengahari bersama, kerana kedua-dua mereka bertugas sebagai penulis buku teks bahasa Melayu yang pejabatnya di Kampus National Institute of Education di Bukit Timah dan saya ketika itu menjadi pensyarah di situ.
Dalam sebuah tulisan beliau yang diberi judul “Suratman Markasan Seorang Teman Seperjuangan” (Sempena Memperingati Ulang Tahun kedelapan puluh Suratman Markasan) antara lain beliau menyebut:
“... Suratman dan saya sama-sama percaya kepada perjuangan ASAS ‘50 dalam mendaulatkan sastera dan bangsa Melayu. Cogan kata ASAS ‘50 ‘Seni Untuk Masyarakat’ menjadi dasar perjuangan Suratman dan saya. Sejak membaca novel Suratman “Tak Ada Jalan Keluar” pada tahun 60-an saya sudah meminati beliau, pada saya Suratman amat commited kepada perjuangan untuk masyarakat dalam penulisannya.
Banyak hal lain yang menyebabkan saya dan Suratman menjadi rakan seperjuangan. Seorang pemimpin politik mengatakan saya seorang ‘pengimpi’. Katanya saya hidup dalam mimpi masa silam yang tidak akan kembali lagi. Suratman dan saya boleh dikatakan manusia ‘pengimpi’ yang berpanjangan. Saya dan Suratman melalui karya-karyanya ‘mengimpikan’ zaman kegemilangan Melayu, zaman ketuanan Melayu, zaman hidup penuh keindahan dan budaya Melayu yang manis lagi indah.”
“Saya juga dalam keadaan nostalgia dunia kebangsaan Melayu penuh semangat nasionalisme. Saya dan Suratman cukup yakin dan percaya kepada kemurnian sejarah, dan kami amat percaya sejarah itu boleh berulang kepada sesuatu bangsa apabila tiba saat dan ketikanya...”
Penyair/pengarang MLM ini akhirnya merasakan sangat serba salah apabila pada tahun 2011 (jika tidak silap) beliau harus berhijrah ke Melbourne, kerana anak lelaki tuanya Khairil sudah menjadi penduduk tetap di Australia dan isteri MLM telah sering mengajak beliau berhijrah ke Melbourne. “Aku akan kehilangan segala-gala impian dan semangat perjuangan aku...” katanya kepada saya, apabila beliau memeluk saya di lapangan terbang Changi. Ternyata setahun kemudian MLM kembali ke Singapura sendirian dan menumpang di rumah kakak beliau di Jurong. Ketika itulah saya, Jamal Ismail dan MLM sering bersama ngopi di mana-mana kami bertemu; berbual dan berbincang tentang kehidupan masa lalu masa kini dan masa depan, terutama tentang bahasa dan sastera Melayu. Kemudian akhirnya pada tahun 2015 atau 2016, beliau kembali ke Melbourne lagi. Saya mendengar daripada teman rapatnya (Suraidi Sipan) bahawa beliau sentiasa dalam kesunyian; tidak ada teman untuk melepaskan perasaan yang ada dalam hatinya. Kesihatannya kadang-kadang menurun, secara tiba-tiba.
Kemudian pada satu hari saya mendapat berita sedih, bahawa penulis Mohamed Latiff Mohamed, teman penulis yang rapat dengan kami yang kami gelar sebagai “Lelaki Melayu Terakhir” itu meninggal dalam tidurnya, pada tanggal 13 Oktober 2022. Semoga rohnya dihimpunkan oleh Allah dalam kalangan roh-roh ahli syurga waljannah, Amin Ya Rabbal Alamin. Satu pertanyaan yang belum terjawab oleh saya. Apakah MLM ketika berada di Melbourne? Apakah ada coretan hatinya mengenai sesuatu yang menjadi kegemarannya, iaitu menulis? Apakah ada tulisan-tulisan sebelum akhir hayatnya? Namun demikian, pemergian beliau menjadi satu “kekosongan dan kehilangan” watak manusia yang serius apabila kami berbicara tentang sosio-politik bangsa Melayu Singapura masa lampau, kini dan masa depan. Terutama apabila kami berbincang tentang penolakan orang Melayu terhadap bahasa Melayunya. Jangan cakap pula tentang cendekia Melayu yang menolak sastera Melayunya juga. Pada masa yang sama sebagai sahabat yang akrab, beliau ialah manusia yang sering suka bercanda, walaupun kehidupan peribadinya berlawanan dengan kenyataan akan tetapi bagi saya secara peribadi; bahawa MLM adalah peribadi yang “terseksa” pada saat-saat akhir hayatnya. Kita kehilangan tokoh sastera terbilang, yang sukar untuk kita mendapat penggantinya.
Penulis yang ketiga ialah Abdul Samad Salimin.
Yang Sopan Tetapi Terus Lantang
Abdul Samad Salimin atau ASMIN dilahirkan pada 7 Disember 1955, di Jalan Yahya, Kampung Melayu, Singapura. Asmin mendapat pendidikan GCE ‘O’ di Sekolah Teknikal Upper Serangoon. Beliau kemudian meneruskan pelajarannya ke peringkat GCE ‘A’ di Lembaga Gerakan Pelajaran Dewasa (LGPD). Beliau memiliki National Trade Certificate in Building Drafting dan sijil dalam National Construction Supervision. Pekerjaannya sekarang ialah Pengurus Pejabat Perancangan Masjid di pejabat MUIS.
Asmin mula menulis pada awal 1977, dalam pelbagai genre, iaitu puisi, cerpen, lirik lagu dan skrip. Akan tetapi puisinya lebih menonjol daripada yang lain. Puisi-puisinya ada dalam “Puisi Temasik” (1981); “Gema Temasik” (1987); The Poetry of Singapore (1985); “Tiga Warna Bertemu” (1987); “Memory and Desires: A Poetic History of Singapore” (1998) dan “Rhythms; A Singapore Milllennial Anthology of Poetry” (2000). Puisinya yang berjudul “Nyamuk” mendapat Hadiah Sastera Puisi dari MBMS (1977/78). Puisinya “Sebuah Pondok Tua” mendapat Hadiah Penghargaan dari MBMS (1983/84) dan Hadiah Penghargaan untuk puisi berjudul “Tikus” (1985/86) dari MBMS.
Apabila kita membicarakan Abdul Samad Salimin (Asmin), saya kira kita harus membicarakan tulisan puisinya terlebih dahulu daripada tulisan fiksyen cerpen atau yang lainnya. Kekuatan beliau adalah terletak menerusi tulisan-tulisan puisinya. Saya berpendapat antara tulisan puisi beliau yang sinonim dengan namanya ialah dua puisi, iaitu yang berjudul “Nyamuk” (1978) yang menerima Hadiah Sastera bagi tahun (1977/1978) dan “Udara” (1979) menerima Hadiah Sastera bagi tahun (1979/1980). Perhatikan sajak atau puisinya “Nyamuk”.
Nyamuk
Sungguh kau terlalu kecil
untuk menjadi seteru
dan terlalu berbahaya
untuk menjadi saudara
tetapi sepintas kau melintas
tidak akan kusimpati untuk membunuh
kerana belalaimu yang sehalus rambut
adalah api pada timbunan kayu
yang membakar panji datuk nenekku
dan jarum dalam lipatan baju menghisap darah anak cucu
Sekalipun lunak dengung suaramu Ia menyakitkkan telinga anak-anakku.
Berita Minggu, 17 Disember 1978
Tiga Warna Bertemu DBP 1987
Gambaran dan ibarat yang dikemukakan Asmin, bahawa sesuatu yang kecil dan mungkin dapat dianggap sangat remeh, akan tetapi jangan sekali-kali perkara semacam itu tidak akan mendatangkan bahaya. Sebaliknya adakalanya perkara-perkara atau hal-hal yang kecil dan dianggap remeh itulah, yang sering mendatangkan bahaya. Begitulah Asmin mengambil ibarat, serangga kecil seperti “nyamuk’”itu tampaknya tidak mendatangkan bahaya bagi kita manusia. Akan tetapi bahaya yang dibawa oleh serangga kecil “nyamuk” itu ialah penyakit ‘demam’ yang boleh mendatangkan maut kepada manusia. “Sungguh kau terlalu kecil untuk menjadi seteru, akan tetapi kau terlalu bahaya untuk menjadi saudara!”
Asmin mengibaratkan lagi bahawa belalai nyamuk itu halus bagai rambut tetapi ibarat “api” dalam timbunan kayu kering, yang bila-bila waktu sahaja yang akan membakar barang atau harta atau sesuatu yang paling berharga di sisi keluarga yang paling tinggi dan berharga iaitu bukan berbentuk “harta” tetapi ialah “nyawa” anak cucunya. Masya-Allah itulah, ibarat yang paling berharga yang digambarkan oleh Asmin. Ibarat atau perumpamaan ini dapat berlanjutan lebih jauh lagi, iaitu kalau diibaratkan “panji” itu nilainya ialah warisan sesuatu bangsa, maka “nyamuk” sebagai serangga kecil itu harus segera dianggap sebagai musuh “nombor wahid” yang berbahaya sekali.
Sebuah sajak Asmin yang sinonim dengannya lagi ialah sajak berjudul “Udara”. Sajak ini pernah mendapat Hadiah Sastera bagi tahun 1979.
Udara
Udara di sini sesak sekali persis pesakit yang tenat pernafasannya dalam sedetik juta sedutan dalam ruang terlalu sempit dihembus kembali
dan setiap hembusan dipadati racunan
bakal disedut lagi
berulang dan terus berulang
hingga pada saatnya
ada terpaksa dan dipaksa untuk mencium bumi.
Di sini... mengalah bererti pasrah
kerana setiap detik adalah perebutan antara perut kekalutan
dengan kemewahan atas injakan
hingga ada yang tidak punya ruang sama sekali untuk bernafas lagi
pabila udaranya dicuri
oleh kaki telah berpijak kehidupan mesti diperjuangkan
biar bagaimana sesak
biar bagaimana kotor
udara wajib direbut untuk bernafas sesaat lagi.
Bussorah Street, Berita Minggu, 2 September 1979
Tiga Warna Bertemu, DBP 1987
Asmin sebagai penyair terus merasakan bagaimana massa Singapura, berebut-rebut menyedut udara, untuk terus hidup dan berjuang. Asmin menggambarkan untuk terus hidup di Singapura ini, harus berani dan tidak boleh mengalah. Mengalah bererti “pasrah” atau “menyerah diri” bererti akan dinjak-injak. Kata-kata yang disusun oleh Asmin, seolah-olah seperti mata kamera yang menyusur terus ke arah objeknya, menggambarkan akan kepadatan manusia.
Gambaran tiap manusia Singapura bergerak untuk hidup; adalah masing-masing harus berjuang. Mereka harus berani berebutan, kalau tidak mereka akan kehilangan udaranya untuk terus benafas untuk terus hidup. Maka itu kata Asmin, di sini di Singapura ini, sesiapapun yang sudah mengambil sikap untuk hidup di sini, di negara Singapura ini, setiap mereka tidak boleh bertolak-ansur. Ertinya harus berani ke depan, harus berani ditolak dan menolak. Tidak boleh bersabar memberi peluang kepada orang lain dahulu dan kita kemudian. Semangat berani, bersedia susah harus dalam jiwa mereka, sebagaimana Asmin menyebut:
di sini... mengalah bererti pasrah
kerana setiap detik adalah perebutan
antara perut kekalutan
dengan kemewahan atas injakan
Asmin dengan berani dan tegas menyuruh, kepada mereka yang menjadi penduduk di sini, terutama bangsanya, bangsa Melayu yang lemah, yang tidak suka berebut-rebut untuk hidup, yang berpendirian “sabar dan sabar” tidak akan dapat hidup di sini, kerana di sini ada orang lain yang bersikap, masa bodoh dan jangan ada perasaan untuk “orang lain” sebaliknya mereka berpendirian bahawa mereka harus memijak, melawan untuk mendapat kesenangan dan kemewahan!
Demikian berani dan lantang Asmin dalam sajak ini, menyarankan kepada bangsa Melayunya yang lemah; harus jangan mengalah, jangan pasarah, jangan sabar, akan tetapi sebaliknya “berani bersemangat ke depan untuk ditolak dan menolak”.
Kemudian pesan akhir dalam motif sajak ini Asmin berkata:
Oleh kaki telah berpijak kehidupan mesti diperjuangkan
biar bagaimana sesak biar bagaimana kotor udara wajib direbut untuk bernafas sesaat lagi.
Dengan lantang dan tegas Asmin menyeru kepada bangsanya yang telah menjadi bumiputera negara ini, mereka harus berani merebut ke depan untuk menghadapi risiko dengan semangat berjuang, walaupun dalam masa berusaha mencari sesuap nasi, harus menghadapi berbagai-bagai macam tipu helah kotor, akan tetapi mereka harus bersedia niat; untuk hidup di sini demi diri dan keluarga, mereka harus mempunyai semangat “jangan mengalah”. Mereka harus berani ditolak dan berani menolak, barulah “kamu” dapat bernafas sesaat lagi, insya-Allah! Semangat kental berjuang, semangat untuk hidup demi keluarga itulah yang ditanam; baik dalam sajak “Nyamuk’” mahupun dalam sajak “Udara”
Bagaimanapun Asmin sebagai bangsa Melayu rakyat Singapura yang sama-sama dengan orang lain dan bangsa lain terpaksa dan harus berjuang untuk hidup di sini, di Singapura tanah tumpah darahnya dengan berbagai-bagai gejolak perubahan politik dan ekonomi dia menjadi serba salah. Di sini Asmin menulis sebuah sajak berjudul “Segala Yang Berubah” (1981).
Tiba-tiba aku menjadi sadik
setiap waktu menghambat detik sonder pemikiran sonder perkiraan
merela segala yang diarah
untuk satu-satu tujuan
hidup dan kehidupan
berdepan dengan percabaran walau begitu cemar memaksa persetujuan
menjadikan aku
bereperang dengan jiwa bertentang dengan suara di atas lunas-lunas yang tak bisa kuterima persetujuan tidak boleh kutolak
hukum untuk bisa ditabrak untuk satu sistem perlaksanaan mencagar sebesar-besar pengorbanan hak dan kebudayaaan
suasana memaksa aku berdiri di atas dua antara
kehidupan & perkiraan dan aku tidak betah selamanya
berdiri di satu aluran
kerana di sini
realiti identiti amat tidak mungkin dipersatukan.
Segala yang bercanggah tidak seharusnya mendampar kita gegabah dan berserah oleh sejarah dan bangsa selagi kedunguan masih diwarisi tidak mahu menyedari
kepentingan menjadi milik peribadi dan kebaculan menjadi pakaian.
Bussorah Street
Berita Minggu 11 Januari 1981
Jika diamat-amati saranan dan fikiran yang muncul dalam sajak ini, Asmin menghadapi teman dan bangsanya yang bersikap “masa bodoh”, bahawa untuk terus hidup di sini, setengah orang atau seorang individu yang berpendirian “lebih mementingkan diri” biarpun dia atau mereka bersifat menjual diri atau menjual bangsa, asal saja dirinya senang dan selesa, masya-Allah, Asmin berhujah tidak begitu seharusnya, ketika menghadapi manusia yang bersifat “individualis; kepentingan diri diutamakan”. Kita punya keluarga, kita punya bangsa dan kita punya keturunan. Kita tidak hidup di sebuah pulau terpencil dan hanya kita yang menghuninya. Sebaliknya “engkau” punya keluarga untuk “dibangun” dan lebih daripada itu “engkau” punya bangsa untuk “dibela” jika keluarga dan bangsamu hidup dalam keadaan yang mengaibkan.
Bagi penyair Asmin yang bersemangat patriotik terhadap bangsanya; “kepentingan bangsanya lebih penting daripada kepentingan diri”. Maka beliau menjadi serba salah, apabila beliau berkata dalam rangkap kedua:
“berperang dengan jiwa; bertentang dengan suara; di atas lunas-lunas yang tak bisa kuterima; persatuan tidak boleh kutolak; hukum tidak bisa ditabrak”
Kedudukan dan pendirian Asmin seolah-olah seperti: “Ditelan mati emak; diluah mati bapak”. Asmin sebagai penyair berjiwa rakyat tidak boleh menerima situasi percaturan hidup rakyat yang tertekan, akan tetapi tidak pula dia boleh melakukan sesuatu pembelaan akan tetapi perbuatannya menentang peraturan dan undang-undang adalah sesuatu yang sulit untuk dilakukan. Kemudian dalam keadaan serba salah begitu. Asmin menyatakan:
“segala yang bercanggah
tidak seharusnya mendampar kita
gegabah dan berserah
oleh sejarah dan bangsa
selagi kedunguan masih diwarisi
tidak mahu menyedari
kepentingan menjadi milik peribadi dan kebaculan menjadi pakaian”.
Dalam situasi yang serba-salah itu Asmin memberi petunjuk, bahawa tidak seharusnya kita membuat keputusan dengan tidak berfikir, atau kelam-kabut membuat keputusan kerana kebaculan menjadi pakaian diri, menyebabkan kita gegabah menyerah diri. Bagi Asmin, berfikir dan berfikir itu lebih penting. Barangkali jika saya terapkan dengan ayat Al-Quran, surah Al-A’raaf [7:179] yang menyebut:
“Dan sungguh Kami telah sediakan untuk (isi) neraka kebanyakan daripada jin dan manusia; mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya; mereka mempunyai mata
(tetapi) tidak mahu melihat dengannya, mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti haiwan ternakan bahkan mereka lebih sesat. Mereka itu orangorang yang lalai”.
Barangkali kelemahan manusia yang utama menurut ayat Al-Quran ayat Al-A’raaf itu bahawa manusia yang tidak menggunakan anugerah Allah yang tiga: iaitu hati (fikiran), mata dan telinga samalah mereka itu macam haiwan ternakan, yang semata-mata mengharapkan makanan daripada tuannya. Tidak seperti haiwan bebas di hutan yang mencari makanannya dengan kudratnya sendiri. Jadi motif penyair Asmin manusia marhaen jembel Melayu harus belajar dan melakukan perintah Allah, sebagaimana dalam Surah Al-A’raaf [7.179] itu.
Mari saya bawa anda ke sajak Asmin yang diberi judul “Gong 80” (1980).
Gema lagumu menerawang
seluruh pelusuk dunia setiap rongga dan ruang
membakar dengan kejutan semangat yang kian hilang
membangkit pada kesedaran hak dan warisan
kita telah tidur terlalu lama
diulit mimpi paling indah diusap mesra
dengan lumuran najis di kepala anak-anak kehilangan bapa
puing dalam kecelakaan
murba di atas kemiskinan
pasrah di bawah tekanan
kekayaan dipijak keperibadian diinjak
persaudaraan sekadar di hujung nama dan kita pengemis di tanah ibunda pemilik yang kehilangan
kehidupan cinta gagasan
semangat pusaka perkataan
laungan gong kerahmatanmu
membias suara sejarah umat
membuka seru dan azam
membulat langkah bersiap sumpah selamat tinggal detik-detik pasrah
semangat terpantul di dada murba semangat kecundang parasit dan petualang dari bumi suci yang kutunjang.
23 April 1980
Gong 80 membawa erti “peringatan atau amaran” Asmin sekitar hal-hal tahun 1980an, mengenai kebiasaan orang Melayu yang disebutnya: “Kita tidur terlalu lama; diulit mimpi paling indah”. Makna dari kata-kata tersebut; “Kita orang Melayu sudah lama tidak sedar akan kelamahan dan kemunduran bangsanya” Secara individu dapat saya maknakan: “Anakanak kehilangan bapa”; memberi erti bapa yang tidak menghiraukan akan pelajaran anakanak mereka. Apabila anak-anak terbiar tidak diindahkan pelajarannya, maka keluarga itu atau bangsa itu, akan menjadi lemah. Dalam KK saya berjudul “Pembangunan dan Masalah Umat Islam Minoritas: Kes Bangsa Melayu Singapura” yang saya bentangkan di Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu Kedua, di Kuala Lumpur (15-20 Ogos 1989) terdapat daftar yang saya bentangkan tentang kemasukan pelajar Melayu Islam di NUS/NTU, sudah kian meningkat, seperti yang tercatat di daftar ini:
TAHUN Sastera
Barangkali apa yang disuarakan Asmin dalam sajaknya berjudul “Gong 80” yang menyebut tentang anak-anak kehilangan bapa, dan saya rujuk kepada makna ketika itu; pada suku awal 1980 dibanding tahun 1980 akhir; ternyata ada betulnya, bahawa tahun 81/82 kemasukan pelajar Melayu/Islam ke peringkat pengajian tinggi sebanyak 84 dan dibanding dengan tahun 88/89 berjumlah 204. Faktor-faktor adanya seminar pendidikan, usaha MENDAKI dan LBKM, memainkan peranan peningkatan kesedaran ibu bapa Melayu Islam.
Kemudian Asmin dalam sajaknya berjudul “Gong 82”.
telah begitu ketara kesedaran tentang kehilangan yang selamanya merugikan tentang kedunguan memperkosa maruah demi kekayaan telah diperkuda
suara kebangkitan nyaring melengking mengutuk sejarah mengecam penjarah
semua berlaku di aras kesilapan dan suara pujian serta banggaan terus memanjang
pada kegemilangan pendukung warisan
sampai ke mana kesedaran ini
mahu ditancap
arah yang mana mahu dipancar
pantulan suara-suara gemilang nyaring melengking hanya tinggal suara hilang bersama taring
waktu tidak membenar kita terus menuju tanpa gerak pencarian perpaduan tidak betah menunggu lebih lama perlaksanaan
sedang masing-masing kita masih ragu berbicara mengambil tindakan
memecahkan tembok petualang yang selama ini memenjara pertalian persaudaraan memisahkan
cara hidup dan kebudayaan
Sajak ini panjang, akan tetapi apabila kita perhatikan dalam rangkap pertama yang saya salin dengan tulisan tebal/kasar, bahawa telah ketara penyair Asmin begitu patriot terhadap bangsanya, sehingga dalam kata-katanya dapat diambil sindiran yang dalam maksudnya. Bangsanya telah sedar, akan tetapi sampai bilakah kesedaran itu akan kekal? Begitu pertanyaan Asmin, dalam kata-kata yang meragukan! Kemudian saya ingin menunjukkan sajak beliau yang bernada kecewa dan mengejek, perhatikan sajak berjudul “Anak Keramat Seribu Doa”.
jikalau kami mati matilah dikau
sekiranya kami pergi sepilah dikau
dadamu hanya tersembul rusuk
melarat di peti duka
menadah takdir dari langit
mengulit mimpi di celah harapan
rahmat yang tidak rahmat
membilang senja tua saban hari
menanti subuh berpelangi
kau tidak akan berubah warna
jika terus terpacak pada doa
jika terus percaya
kebahagiaan hanya di kubur dan syurga
kerana Tuhan lebih bermurah kepada
kafir-kafir yang bertaruh tenaga
berdoa dengan otot
bermain dengan maut demi penghidupan
kalau kami pergi
tinggallah dikau
membakar sepi
jika kami mati
bangkitlah dikau
menentang kematian
5 Jun 1983
Apakah daya seorang penyair/penulis yang komited dan patriot terhadap bangsa marhaeannya dan jembelnya; apabila dalam hidupnya sentiasa merenung dengan mata dan telinga, lalu berfikir dan berfikir kemudian menyaran dan menyuguh fikiran matangnya melalui hasil tulisan fiksyennya; baik dalam bentuk yang langsung atau sindiran, akan tetapi menukik di hati mereka, maka Asmin seolah-olah mengalah tetapi dalam bentuk sindiran yang menusuk.
Kata Asmin: “Jikalau kami matilah dikau; sekiranya kami pergi sepilah dikau”. Ini dapat disifatkan sebagai sindiran yang sangat menusuk. Kemudian saya ambil apa kata Asmin seterusnya di rangkap ketiga:
kau tidak akan berubah warna
jika terus terpacak pada doa
jika terus percaya
kebahagiaan hanya di kubur dan syurga
kerana Tuhan lebih bermurah kepada kafir-kafir yang bertaruh tenaga
berdoa dengan otot
bermain dengan maut
demi penghidupan
Dalam surah An Nuur, [24:36] menyebut:
“Supaya Allah membalas mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan dan menambah (lagi) dari Kurnia-Nya. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan tiada terbatas”
Kita terus berdoa kepada Allah memohon murah rezeki, akan tetapi pada masa yang sama kita berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkannya. Bukan hanya tidak berusaha, demikian kata penyair Asmin dengan tegas:
“kebahagiaan hanya di kubur dan syurga; kerana Tuhan lebih bermurah kepada; kafir-kafir yang bermurah kepada; kafir-kafir yang bertaruh tenaga.”
Dalam bentuk suara yang lain Asmin memberikan unsur-unsur sindiran dengan maksud yang tersembunyi. Saya tunjukkan sajak Asmin berjudul “Tanjung Irau”.
anjung papan rumah papan
kecil dan mungil
goyah meresah
orang tua itu menguasai mayanya
segar sesegarnya
selesa seselesanya
dada terbuka
seluas sekitaran begitu mesra.
Jalan aspal di hadapan rumah
sudah lama sepi
sudah lama mati
logamnya sudah lama minggat bersama kenderaan menjadi aspal kota menimbuni polusi udara.
Jalan asapl sepi
hanya dilunjuri anak-anak kecil
dari kumpulan kecil
masih belum mengerti erti sunyi.
Tanjung irau telah sepi
tanjung irau telah lama mati
tanjung irau malu berdiri
pada peta sejarah manusia yang menjunjung tinggi
nilai budi harmoni dalam kesempurnaan.
Wak rodi, seman jala, wak doremi
terdahulu telah menyusur arus
arus yang tidak bisa ditahan-tahan kepahitan hakikat hidup harus ditelan.
Wak rodi sibuk dengan masjid barunya
seman jala bersalin kulit menjadi seman drebar menggantung lunyai jala melupa laut
wak doremi yang tidak pernah leka melaung azan pada nada doreminya sudah lama bersara kerja tarik suara. Kang medi masih mahu menguasai mayanya di sudut anjung papan rumah papan
diteman isteri lusuh
walau angut-angut semput mengulur rindu pada anak cucu
mereka telah menekan kecanggihan sebagai wargakota yang biasa memacu kuda binalnya
kang medi pada sayu suara hatinya tidak mahu
pada alir benaknya juga tidak mahu pada lekang semangatnya sonder restu
isteri lusuh minta mati
isteri semput ngoyok mahu pergi
semput yang bukan lagi angut-angut
adalah kepalang ribut
lalu diberi apa diminta
sekitaran tidak memungkin kang medi menguasai maya dan batin
dada tertutup resuk
tidak lagi luas terbuka
meski masih tetap di anjung bukan anjung papan rumah papan
pejal dan kental
tidak mesra pada benaknya.
Berkura-kura ia melangkah
sonder jurus menyongsong arus
seperti wak rodi seman jala alias seman drebar dan wak doremi.
Betapa ia rindu pada yang dirindu
betapa ia derita berdepan kenyataan
sehausnya ia mesti bahagia
melihat anak cucu tidak sekadar permai kota
tidak seperti mimpi buruknya
mereka pembangunan kemakmuran
mereka sebahagian tanjung kejayaan
hari-hari begini
ia teramat lintuh menunggu
keriuhan semula dicari
seperti wak rodi seman jala alias seman drebar dan wak doremi
ia tidak lagi menentang arus
malah sudah menjadi sebahagian daripada arus
menanti seribu kesyukuran
tawa riang hiruk-pikuk anak cucu
bertemu dan bersatu
ia rindu pada menciptakan
tanjung irau, perwajahan isteri dalam peta memori dan merealisasikan tawa girang anak cucu sapa mesra jiran tetangga.
Perhatikan bagaimana Asmin mengejek; orang-orang kampung Tanjung Irau menghadapi masa-masa akhir kampung mereka akan terpaksa ditinggalkan atau dikosongkan demi pembangunan. Kehidupan di kampung yang rapat mesra sebagai satu keluarga besar; yang masing-masing dengan cara kerja masing-masing akan tetapi tetap sentiasa sopan santun dan mesra ramah, akan luput berkecai apabila mereka berpindah ke rumah burung merpati yang masing-masing akan membawa cara hidup masing-masing. Itulah harga mahal untuk membeli kehidupan di kota yang lebih selesa mencari kehidupan masing-masing.
Sebuah sajak Asmin yang dengan gaya ejekannya terdapat dalam sajak yang diberi judul: “Matahari Pagi di Langit Jalan Eunos”.
Saya tidak akan menyalin seluruh sajak ini, akan tetapi akan saya paparkan bahagianbahagian yang menunjukkan gaya ejekan Asmin.
Dan waktu itu kukembali kepadaku
pagi yang basah, banjir ke harkat pinggang melimbah
ketika aku mengharungi dengan basikal
dua hari sebelum aidilfitri
menjunjung janur baru dibeli
di depan pasara changi
sembari kualur jalan nenas, jalan kangkong
jalan tebu sebelum ke jalan eunos yang belum lagi dikoyak-tarik
aku yang berdiri di sini kini
mencari-cari
jalan-jalan terakam dalam sejarah melulu
samar-samar terakam dalam sejarah melulu
setelah ter tim bus ha pus
bagai rakaman sejarah radin mas kini ditelok blangahkan
dan
akan datang aki-aki tua dari kampung
mencari rumah anak-cucunya di jalan
sejarah itu
menjadi hilang peta pudar mata sedang
aku sendiri menyalang matahari
begitu goyah menggambar tontonan sejarah dan terus melayang seribu tanda tanya; di mana jalan-jalan itu:
bacang, taugeh, mempelam, kangkong sawi, bayam, nenas, bidara dan berpuluh-puluh lagi
yang kulihat kini
eunos crescent, eunos avenue dengan blok-blok 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan entah sampai berapa lagi wajah-wajah pohon kelapa, mangga atau rambutan sudah tidak diperlu lagi
diganti food centre, pubrik, lapangan
kereta dan arca-arca mati
selamat tinggal j.b.j.t. j.m,j.k
j.s, j.n, j.r dan selamat datang blok-blok
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
selamat datang blok-blok entah sampai beberapa baru berhenti
eunos crescent
eunos avenue
eunos street (atau bisa ditukar dengan nama-nama pembangunan) dengan pagimu berwajah baru selamat tinggal sejarah selamat datang sejarah.
Perkara dominan yang menjadi persoalannya adalah mengenai masalah kehidupan orang Melayu jembel dan marhaen di sini. Umpamanya sebagai contoh yang nyata, puisi-puisi “Nyamuk” dan “Udara” ialah masalah-masalah orang marhaen dan jembel Melayu yang diketengahkan dan dipersoalkan. Asmin dalam teks-teks puisinya seterusnya, jika diteliti amat-amat; beliau terus membahas tentang isu atau hal yang sama iaitu mengenai permasalahan jembel dan marhaen Melayu, baik secara individu mahupun kehidupan secara keseluruhannya. Jika ditinjau dari teori Teksdealisme Mana Sikana, rasanya amat jelas bahawa penyair Asmin telah melakukan beberapa pelanggaran; pertama dari segi isinya yang terang lantang menyuarakan kebenaran. Kedua dari segi pelanggaran bentuk-bentuk atau gaya tulisannya yang sangat individualistiknya dan ketiga dari segi penggunaan katakata yang membentuk menjadi frasa dan ayat-ayatnya. Dengan demikian penyair Asmin mengukuhkan dirinya sebagai penyair yang invidualis.
Menurut teori teksdealisme Mana Sikana, jelaslah sudah bahawa penyair Asmin melakukan beberapa pelanggaran dari kebiasaan yang dilakukan oleh rata-rata penyair lainnya. Kelantangannya menyuarakan bagaimana kaum marhaen dan jembel, harus hadapi; pertama ditunjukkan dalam sajak “Udara” kemudian beliau mengingatkan masyarakat jembel Melayu dalam sajak-sajak “Gong 80” dan “Gong 82”, supaya jangan tidur terlalu lena dengan tidak menghiraukan kehidupan masa depan mereka. Bentuk yang ditunjukkan dalam sajaksajak “Tanjung Irau” dan “Matahari Pagi di Langit Jalan Eunos” sangat bebas dan keluar dari gaya asalnya, akan tetapi dari isi maksud beliau tetap menggambarkan kenyataan yang dihadapi rakyat jembel dan marhaennya. Masyarakat tidak dapat menolak pembangunan negara akan tetapi pada masa yang sama, sejarah lepas dan emosi tidak dapat dibuang begitu saja. Hal ini, beliau gambarkan dengan gaya realisme totalnya.
Dari teks-teks puisi Asmin, “Nyamuk”; “Udara”; “Gong 80”; “Gong 82” jelas menggambarkan bahawa beliau ialah seorang penyair yang komited terhadap kehidupan bangsa Melayu marhaen dan jembelnya ketika beliau berada di kampung-kampung. Matanya telinganya membawa kisah resah-gelisah mereka dan tidak disimpan cerita dan kisah itu begitu saja, dalam lipatan sejarah bangsa, tulisan fiksyen sahaja, akan tetapi beliau melihat dan berasa penduduk Kampung Tanjung Irau mengalami kampungnya dibongkar, demi pembangunan negara, beliau menggambarkan betapa sayu dan sedih anak-anak kampung yang telah bertahun-tahun hidup di sebuah daerah sebagai satu keluarga besar, harus berpisah; bukan dengan kehendak dan rela hati mereka tetapi terpaksa demi pembangunan negara demi pembangunan bangsa. Asmin sebagai penyair mewakili mereka – rakyat jembel dan marhaen – yang tidak dapat melahirkan hati nurani mereka, tentang “Tanjung Irau” Asmin kemudian dengan suara sinikal, mengejek penukaran bentuk seluruh kampung Melayu di sepanjang Jalan Eunos, hilang dan bertukar nama baru daripada nama-nama sayuran dan buahan menjadi Eunos Crescent, Eunos Avenue dan yang seumpamanya. Demi pembangunan negara dan bangsa, maka kampung-kampung yang bersistem “jamban angkat” yang kotor dan jijik menjadi “sistem canggih” dan jauh dari segala unsur-unsur mudah menimbulkan penyakit kepada penduduknya!
Sebagai seniman dan sebagai penyair yang mempunyai kelebihan dapat merasai hati nurani kemanusiaan, sedar dan mengetahui bagaimana terbentuknya satu perubahan menuju ke arah keselesaan dan pembangunan akan tetapi pada waktu yang sama “memukul perasaan” dan hati nurani kemanusiaan yang mengalami period penukaran dan pemindahan itu. Hal-hal begitu tenggelam begitu sahaja tidak diambil tahu oleh sesiapa, akan tetapi dipaparkan dalam tulisan-tulisan yang jelas nyata dan lantang, supaya menjadi tatapan rakyat jembel, marhaen Melayu dan pemimpin mereka yang akan datang, oleh seorang yang bernama Asmin, seorang seniman dan penyair yang jarang-jarang dan sukar untuk ditemukan masa kini. Menurut hemat saya penyair sekaliber Asmin sukar ditemukan di sini, di tanah air kita sekarang ini. Mereka yang sedang menari-narikan pena mereka dengan hasil tulisan yang mereka dan umum menyatakan “sajak atau puisi”; mungkin benar istilahnya, akan tetapi bobotnya tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun juga, bahawa isinya ringan sekali jika dibandingkan “sajak atau puisi” yang dihasilkan oleh penyair Asmin, wallahu’alam bissawab; hanya Allah Yang Lebih Mengetahuinya.
Penulis yang keempat ialah Suraidi Sipan.
Yang Lembut Yang Tegas
Suraidi bin Sipan lahir pada 21 November 1950, di Singapura. Beliau mengikuti kuliah di Maktab Perguruan Singapura. Selepas itu, beliau mengajar di beberapa buah sekolah rendah dan menengah. Kemudian beliau bertugas di Pusat Perkembangan Kurikulum Singapura sebagai penulis buku teks Bahasa Melayu. Beliau pernah mengikuti Pertemuan Puisi Dunia di Seoul, Korea (1979) dan mengikuti Penulisan Antarabangsa atau International Writing Programme, di University Iowa, USA, pada tahun 1985.
Beliau aktif dalam ASAS ‘50 dan mula berkecimpung dalam dunia penulisan pada tahun 1976. Karya puisinya sering tersiar di Berita Minggu. Puisi pertamanya berjudul “Abadi”. Beliau pernah menerima Anugerah Sastera bagi kategori puisi dengan sajaknya “Nyanyi Puisi” dan “Balada Lewat Senja” pada tahun 1976 dan 1977. Beliau juga menghasilkan novel remaja berjudul “Mariam” dan “Cinta” pada tahun 1977. Kumpulan puisinya “Debu-debu Jalanan” diterbitkan pada 1984. Selain itu, puisi-puisinya terdapat juga dalam kumpulan bersama “Tiga Warna Bertemu” (1987); “Friends – Foreign Poet. Soul” dan “Rhythms -A Singapore Millennial Anthology of Poetry” (NAC 2002).
Suraidi Sipan dan Mohamed Latiff Mohamed sudah menjadi teman akrab sejak mereka masih remaja lagi. Kemudian mereka menjadi kian rapat ketika sama-sama menjadi guru dan kemudian kedua-duanya mempunyai minat yang sama pula; mereka sama-sama menjadi penyair/penulis. Ketika Mohamed Latiff Mohamed berhijrah ke Melbourne beberapa tahun yang lalu, Suraidi Sipanlah satu-satunya teman kami yang masih terus berhubungan dengan Mohamed Latiff Mohamed, kerana Suradi Sipan sering berkunjung ke Melbourne Australia, untuk menilik anaknya yang menetap di sana. Malah saya mendapat khabar gembira daripada Suraidi Sipan, bahawa Mohamed Latiff Mohamed akan terbang ke Singapura; kerana rindu dengan teman-teman penulisnya. Bagaimanapun keinginan itu tidak menjadi kenyataan, apabila beliau meninggal pada 13 Oktober 2022 yang lalu. Satu perbezaan nyata antara mereka berdua adalah jika Mohamed Latiff Mohamed menghasilkan banyak tulisan puisinya, sehingga terdapat enam buah kumpulan puisi persendiriannya akan tetapi Suraidi Sipan hanya sehingga sekarang sempat menghasilkan sebuah kumpulan puisinya yang berjudul “Debu-debu Jalanan” (ICSDCA: 1984). Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,
tulisan puisinya, tidak kelihatan di mana-mana. Namun, ketika saya galakkan beliau terus menyair kerana beliau mempunyai bakat, beliau mengangguk-anggukkan kepalanya, sambil menyebut-nyebut “insya-Allah! Insya-Allah”. Bagaimanapun, alhamdulillah beliau terus mahu mengepalai ASAS ‘50 sejak dua tahun yang lalu dan terus hingga tahun ini. Mudahmudahan beliau berjaya dan ASAS ‘50 terus mantap dengan aktiviti-aktiviti yang merangsang, insya-Allah.
Sebuah sajaknya berjudul “Surat Untuk Seorang Pemimpin” yang terdapat di halaman 33, dalam “Debu-debu Jalanan”, dikutip oleh temannya Megadona (Mohammed Gani Ahmad) dan dihimpunkan dalam antologi sajak singkat berjudul “WARKAH” (2019) yang mengandungi sajak-sajak daripada empat penulis bersahabat (Megadona, Mohamed Latiff Mohamed, Suraidi Sipan dan Nizqin (Mohamed Naim Daipi) dan sajak tersebut ada di halaman 32 - 33).
Surat Untuk Seorang Pemimpin
Tuan, katanya membawa bersama di bulan mengapa terbiar di malam kelam?
Bukankah sudah dirantai janji bersama merentas duri dan api kita selamanya memahat kata perjuangan satu-satunya kalimat bicara dari lidah tidak kenal luka.
Tuan,
dulu tentu tidak pernah lupa langkah kita sekata
biarpun geraknya begitu payah keringat derita membasahi wajah kita tempuh juga.
Tuan, mengapa kini merelakan kami disiat-siat segala hati
dibakar hangus segala janji rasanya bagaikan tidak pernah dinyatakan yang dulunya kita bergandingan.
Tuan, akhirnya ingin dinyatakan di sini kita berpisahan jalan sememangnya tuan meragut kembang bunga
kami tersepit pada duri-durinya dan bisanya kami hayati sampai mati.
(Tercatat di kaki puisi ini: di “Debu-debu Jalanan”: 1978, akan tetapi di “Warkah” tercatat 1977.
Dari kenyataan-kenyataan yang dapat saya kutip dalam sajak tersebut, ada pertanyaan di sini. Apakah beliau menujukan khusus kepada “pemimpin” secara umum? Atau apakah Suraidi Sipan, menujukan khusus kepada “teman rapatnya yang sudah menjadi pemimpin?” Bagaimanapun tidak menjadi persoalan pokok bagi saya. Akan tetapi maksud yang ingin disampaikan Suraidi Sipan, adalah yang penting yang harus difahami. Dalam rangkap pertama ada kalimah yang kuat dan jelas yang disebut: “Bukankah sudah dirantai janji; bersama merentas duri dan api” kemudian Suraidi Sipan bertanya dalam rangkap tiga dengan pertanyaan: “dibakar hangus segala janji” dan kemudian dalam rangkap empat, rangkap akhir dalam maksud atau motif dengan tegas, penyair Suraidi Sipan menyebut: “Sememangnya tuan meragut kembang bunga; kami tersepit pada durinya; dan bisanya kami hayati sampai mati”.
Begitu tegas, gamblang, terus-terang dan lantang penyair Suraidi Sipan menyampaikan suara hatinya. Dalam sajak ini, Suraidi Sipan, tidak rela sekali, jika ada “yang dinamakan pemimpin”, akan tetapi sikap, fikiran dan niat mulanya, bersama menuju ke cita-cita yang tinggi murni, akan tetapi setelah duduk sebagai pemimpin, demi kepentingan peribadi, segala janji murni bersama rakan dan bangsa, dibuangnya ke tepi.
Kemudian dalam sajak berjudul “Bangkit”, (di halaman 34, WARKAH) begini Suraidi Sipan menulis:
Hari ini
usah bicara terlalu panjang kerana waktu begitu singkat dalam usia yang hampir sudah menyekat. Aturkan satu barisan rempuh segala kawat duri ikatan dalam lingkungan yang membendung biar semuanya terlepas bebas tiada bertepi, dan susun satu lagi rangkuman semua hati laungkan pada mereka, jika belum mati dan masih mampu berdiri.
Begitu keras dan bersemangat sekali penyair Suraidi Sipan ini menyuarakan isi hatinya kepada bangsanya. “Jangan banyak ‘cakap’, akan tetapi banyakkan ‘tindakan’. Atur satu barisan dan rempuh segala kawat duri ikatan”. Itulah suara lantang Suraidi Sipan. Selepas itu penyair yang lantang ini menyambung dengan tegas: “dan susun satu lagi kumpulan yang bersemangat dan laungkan; aku belum mati dan masih mampu berdiri!”
Semangat dan cita-cita yang dicetuskan dalam sumpah anggota ASAS ‘50, pada zaman tahun 1950-an terus menjadi modal semangat yang dibawakan oleh Angkatan Pramerdeka, sebagai penerusnya. Kemudian dalam sajak berjudul “Sebuah Puisi Luka”
(Debu-debu Jalanan: 1984) sama kuat suaranya menggambarkan keadaan pembelaannya terhadap Melayu jembel dan marhaen, seperti mana katanya:
Sebuah puisi luka adalah kita... yang terkaca di muka
bagai pelarian dari benua yang ghaib menjerit di gelapan dengan suara terkucur darah dibutakan penglihatan dan hilang pendengaran
Sebuah puisi luka adalah kita
rebah dilanda penindasan yang jatuh bagai hujan terkuyup tubuh tanpa perlindungan
Sebuah puisi luka adalah kita diikat sengsara erat-erat
mulut terkawat duri
tubuh terikat dada tersiat
Sebuah puisi luka adalah kita yang terlantar kepapaan di tikungan kemewahan dalam kehidupan sendiri
Sebuah puisi luka adalah kita bagai penghuni yang tak berdaya diragut kediamannya tergadai pusaka warisannya
Sebuah puisi luka adalah kita
bagai rumput-rumput kering lata
pada sebidang tanah subur yang kaya
dan
sebuah puisi luka
telah menciptakan kita
yang harus menghijrahi usia duka
tanpa tekad
tanpa apa-apa
Berita Minggu, Mac 1979
Dari kata-kata yang terang menggambarkan penderitaan Melayu jembel dan marhaen di negaranya sendiri, akan tetapi kehidupannya begitu tersisih tiada pembelaan, benar-benar satu gambaran yang jelas dan berani dari penyair realisme Suraidi Sipian ini. Beliau mewarisi semangat yang sama yang diitunjukkan oleh penyair MIA dan MLM juga, yang bertekad lantang menggambarkan keadaan yang sebenar-benarnya. Kemudian jika kita menjenguk sebuah sajaknya berjudul “Usia” (di halaman 22, dari Debu-debu Jalanan) yang menggambarkan Suraidi Sipan tetap komited menggambarkan betapa tidak berubah gambaran marhaen dan jembelnya, apabila beliau berkata:
“kita masih juga terus berdiri di sini; di garis pemisahan waktu itu; dengan dada penuh resah; dan wajah yang terhala”
Dalam dua puisi terbarunya yang terhimpun dalam kumpulan yang dinamakan “Warna Alam” terbitan ASAS ‘50 (2023) baru-baru ini, Suraidi Sipan masih tetap tegas menggambarkan situasi kehidupan di sini; pertama sajak bejudul “Balada Seorang Tua Yang Terlantar” dan kedua “Covid 19”. Pertama beliau menggambarkan potret seorang tua luka: “nafas dipacu bagai jentera lokomotif tua; menanti giliran yang tidak diketahui bila akan tamat usianya?”
Penyair realisme Suraidi Sipan dengan puisi-puisnya ada mengungkapkan permasalahan yang diungkapkan teman-teman penyair seangkatannya, seperti MIA, MLM, dan Asmin, iaitu menyuarakan pengalaman, penderitaan, kepayahan mencari sara hidup masyarakat jembel dan marhaen; walaupun kebanyakan sealiran dengannya iaitu penyair realisme total; akan tetapi bukan sahaja cara atau gaya atau stail menyusun kata berlainan akan tetapi kekentalan dan kepekatan isi yang ingin disampaikan itu berbeza-beza antara satu dengan lainnya.
Penyair Suraidi Sipan, lembut susunan kekatanya akan tetapi adakalanya maksud dan
sindirannya menusuk ke dalam hati, umpamanya jika diperhati dan teliti amat-amat puisi yang diberi judul “Sebuah Puisi Luka”.
Ada satu gambaran nyata kehidupan seorang manusia yang dalam keadaan terseksa menanti hari dijemput yang Maha Kuasa. Siapakah seorang tua jembel atau marhaen ini? Kemudian sebuah lagi sajaknya diberi judul “Covid 19” terbit juga dalam kumpulan yang sama “Warna Alam” malangnya seperti puisi-puisi lain yang ada dalam kumpulan ini tidak tercatat tarikh diciptanya puisi-puisi tersebut. Menurut saya, tarikh itu penting sekali; apabila nanti 10 atau 20 tahun akan datang apabila ada penelaah atau pengkaji ingin membuat kajian tentang perkembangan tulisan-tulisan tersebut. Umpamanya mengapa penyair atau penulis ini, menulis tema atau motif ini? Beliau tentu ingin tahu latar belakangnya; tentu ada sebab musababnya penyair itu menulis masalah itu, dan apabila dicocokkan dengan tarikh tertulisnya, menjadi jelas dan nyata; bahawa penyair atau penulis begitu, kerana pada waktu yang tertentu itu ada kejadian tersebut, apatah lagi dikuatkan dengan terjadinya peristiwa itu. Bicara kembali tentang puisi berjudul “Covid 19” jelas dan nyata, Penyair Suraidi Sipan menulis berdasarkan satu malapetaka yang dialami dunia pada masa antara tahun 1919 hingga 2022 yang sangat mengancam dunia. Penyair Suraidi Sipan melangkah jauh, melihat, merenung dan mencari kesimpulan; mengapa terjadi “Covid 19” ini? Para doktor yang ahli di seluruh dunia mencari punca timbul. Dari mana? Apa sebabnya? Pemimpin saling berhujah dan tuduh-menuduh mencari gejala asal mulanya dan tidak kurang para pemimpin yang mendapat keuntungan material dan rakyat jembel dan marhaen menjadi korban utama di manapun mereka berada. Penyair realisme Suraidi Sipan mengatakan:
Ketika dunia kewalahan
terciptalah alasan di luar dugaan melontar tuduhan memicu persengketaan menonjolkan kebenaran sendiri
Banyak sekali peristiwa yang terjadi di dunia ini - baik manusia jembel mahupun manusia pemimpin - (terutama mereka yang tidak benar-benar yakin adanya Satu Kuasa Yang Tidak Ada Tolok Bandingnya) - bahawa sesuatu kejadian yang amat luar biasa itu, dilihat semata-mata dari kaca mata yang lahir yang bisa dilihat; akan tetapi tidak melihat dan berfikir dari kaca mata rohani dan atau dengan kata mudahnya tidak melihat dan berfikir, bahawa dunia ini dan segala isinya dicipta atau ciptaan dari Yang Maha Pencipta, sebagaimana Al-Quran:
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia sengaja menciptakan ‘arasy... Dia tutup malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang-bintang, tunduk kepada perintahNya. Ketahuilah, mencipta dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha berkat Allah, Tuhan semesta alam.”.
Suraidi Sipan menyebut:
Pintu kehidupan tertutup
permasalahan tumbuh bagai cendawan
keresahan, kegelisahan dan kecurigaan bersarang terhambur keluar di jalanan
aturan dan undang-undang hilang perhitungan
saling menuding dan menyalahkan.
Ada ruang terbentang keikhsanan bahu membahu menggunung bantuan pandemik Covid 19 bukan penghalang
hanya kita yang kewalahan buta hati dan penglihatan.
Ketika sabar kita himpunkan menjadi benteng untuk bertahan
usaha dan doa kita panjatkan bertekad tegar mencari hurian musibah menjadi anugerah yang penuh hikmah.
Begitulah kata penyair Suraidi Sipan dari sudut pandang yang kurang dilihat oleh banyak orang; baik pemimpin atau rakyat jembel dan marhaen.
Antara aspek pelanggaran atau pembaharuan yang telah diperkenalkan oleh Suraidi Sipan ialah cara dan gaya penulisannya. Kelainan cara dan gaya oleh seseorang penyair ialah halhal yang menjadi milik peribadi seseorang seniman. Kebanyakan orang boleh melihat sesuatu masalah dari berbeza pandangan dan pendapat. Begitulah cara penyelesaian seniman Suraidi Sipan dengan caranya yang tersendiri. Hal itu adalah hak mutlak yang harus ada pada diri seseorang seniman yang tulen, tidak mudah tergiur dan terikat dengan orang banyak. Dengan itu, menurut teori teksdealisme Mana Sikana, penyair Suraidi Sipan telah mewujudkan imej-imej tulisan fiksyen puisinya, sebagai gayanya yang tersendiri biarpun ada kesamaan dari segi motif atau maksudnya.
Selain itu, tokoh penulis ini, Suraidi Sipan ialah seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran lukisan di sekolah-sekolah menengah dan juga merupakan seorang pelukis, dan sketcher yang bijak.
Penulis yang kelima ialah Rafaat Haji Hamzah.
Satu-satunya Penyair Muda Yang Lantang dan Luar Biasa
Rafaat Haji Hamzah (RHH) telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah “Best Directing for 48hrs Film Competition”, menduduki tempat 5 teratas bagi kategori Professional Canon DV Fest dan dua hadiah sastera bagi sajak dalam Anugerah Persuratan 2015 dan 2017.
Ketika beliau menyerahkan kumpulan “Detik Kini”, beliau meminta saya membuat kata pengantarnya. Kata Pengantar tersebut akhirnya telah diterbitkan dalam Siri Karya: Suratman Markasan “Kembali Ke Akar Melayu Kembai Ke Akar Islam” jilid 3B, Darul Andalus 2013. (hal 1539 - 1552). Dalam “Detik Kini” yang mengandungi sajak, catatan dan pernyataan RHH; yang lazimnya bersifat protes, yang menggambarkan sesuatu yang seharusnya tidak berlaku tetapi telah berlaku. Umpamanya sajak “Mak!!! Saya Nak Pergi Disko”. Jika diteliti, mereka yang hendak pergi ke disko itu terlalu ramai. Deretan nama-nama seperti Zul, Sani, Zaid, Kassim, Ana, Ida, Siti, Ina. Kemudian dalam rangkap kedua nama-nama bukan Melayu. Jika di rangkap satu dan dua tidak disebut, latar belakang watak, tetapi dalam rangkap tiga disebut latar belakangnya; ada bujang, dara, suami orang, isteri orang, kaki “enjoy” ada; kaki “stress” ada dan ustaz pun kadang-kadang ada. Inilah pendobrakan RHH. Inilah yang tidak terdapat dalam tema dan motif sajak teman-teman seangkatan dengan beliau!
Apabila rasa marah itu sentiasa terpendam jauh dalam lubuk hati, maka akhirnya diri manusia itu menjadi resah gelisah dan apabila “resah gelisah” itu tidak dilahirkan menurut kelazimannya; kadangkala seorang manusia itu akan melepaskan rasa yang terbuku di hati itu tidak menentu arah tempatnya, sehingga membikin bahaya bukan kepada dirinya sahaja bahkan mungkin orang lain pula. Akan tetapi, sebagai seniman khususnya penyair, rasa marah yang terpendam itu dapat dikeluarkan melalui puisinya. Kata demi kata; masa demi masa membikin seniman penyair RHH, bijak memilih dan membentuk kata yang disampul dengan naluri fikir dan bakat kreatifnya menjadikan sepatah katanya, sebaris frasanya mampu memancarkan seribu getaran gelombang yang pejal dan utuh bermakna yang memberi kesan kepada pembaca yang mahu membaca dan mahu berfikir dengan tenang. Sebagai penyair tentulah kata-katanya sebagai alat penyambung fikiran-fikiran penggemarnya atau pembacanya. Dalam kumpulan puisi yang diberi nama “Detik Kini” yang terdapat 37 puisi dengan dimulai dari prolog sebagai “kata” pembuka puisinya dengan
menjelaskan bahawa “kata-kata” adalah jejak-jejak tapak RHH mengharungi “masa” yang amat penting dinilai dari sudut perjalanan hidupnya dan diakhiri dengan epilog pendirian RHH sebagai penyair yang menyebut bahawa yang dinamakan penyair itu tiada pernah mahu dipaksa merupakan satu keyakinan dan kesungguhan serta tanda tulus ikhlas daripadanya kepada masyarakat pembacanya khususnya penggemar setianya.
RHH berkata:
“Puisi adalah suara, suara adalah alam yang panjang. Suara alamku masih terus menjelajah mengisi sunyi lalu singgah di dalam hidup...” (prolog) (halaman 2).
Penyair menyebut bahawa kata yang berbaris dalam puisi haruslah menggambarkan suara alam yang panjang, yakni suara menusia sepanjang zaman. RHH menegaskan lagi, bahawa kata-kata dalam puisinya ialah suara lahir batinnya yang merupakan refleks dari suara manusia sepanjang detik dan sepanjang zaman, yang berlari bersama sejarah manusia untuk mengisi kesunyian, kesedihan, kedukanestapaan yang terpinggir dan dipinggirkan. Lalu RHH selaku penyair mengajak teman-teman penyair; dengan kata-kata seterusnya:
“Maka bersuaralah kau dari relung-relung yang kosong. Merdeka. Nikmat tidak dapat dibeli dengan pasrah...” (prolog).
Bersuaralah, melaunglah dari setiap relung-relung kosong, dari setiap petak hati manusia yang sentiasa kosong dengan makna dan ertinya merdeka yang benar-benar bermakna dan berisi, bukan janji-janji kosong dan palsu; dan sebaliknya RHH berkata tegas, bahawa “nikmat” tidak akan diperoleh dengan pasrah atau menyerah diri kepada “takdir” sahaja, melainkan harus diusahakan dan jika gagal harus jangan bosan, melainkan engkau harus bertambah gigih mencarinya. Insya-Allah, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dan Allah amat sayang kepada hamba-hamba-Nya, yang tekun dan sabar sambil bersolat dan bersolat. Surah Al-Baqarah [2:45] menyebut:
“Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat; dan sesungguhnya solat itu berat, kecuali atas orang-orang khusyuk”.
Sebagaimana kami katakan pada awal kata, bahawa RHH bijak memilih kata yang singkat tetapi padat dengan erti yang dalam apabila pembaca mahu berfikir dan berani menafsir, dapat kita ambil contoh di bawah ini, yang diberi judul “Siapa Sekarang” (halaman 17).
siapa sayang siapa radang siapa menang siapa kenyang siapa petualang siapa malang
siapa perang siapa kecundang
siapa pulang siapa halang
siapa tersandang siapa pandang
siapa tatang siapa kenyang
siapa senang siapa undang
siapa serang siapa pasang
siapa tenang siapa goyang
siapa lenggang siapa tempang
siapa helang siapa enggang
siapa orang siapa siamang
Penyair RHH dengan frasanya “siapa menang siapa kenyang” dan “siapa tatang siapa kenyang” memberikan kita gambaran sejarah zaman silam, zaman feudal, zaman siapa menyunjung perintah raja bermakna dia akan selamat dan makmur walaupun yang dijunjung itu bertentangan dengan kaedah amalan biasa yang betul iaitu menurut undang-undang atau sekalipun bertentangan dengan pegangan agama. Perkara begitu tidak seharusnya timbul lagi, pada masa sekarang; dalam zaman demokrasi berparlimen. Itulah motif yang ingin ditimbulkan oleh penyair RHH. Dua frasa di baris penghabisan puisi ini menyebut pula; “siapa helang siapa enggang, siapa orang siapa siamang”. Maksud yang ingin disampaikan oleh RHH adalah tentang siapa berkuasa dialah yang akan menang. Perkara ini juga bertentangan dengan amalan demokrasi berparlimen!
Dikunci oleh RHH dengan situasi yang membuat orang yang tidak kuasa mahu berfikir yang membuat manusia tidak peduli tentang orang lain, lahirlah frasa itu, siapa sebenarnya kita sebagai “enggang” yang bisa melawan “si helang” gagah dan perkasa yang membikin banyak orang berkata dalam hatinya, biarlah apa yang akan terjadi, asal kita selamat dan makmur. Akan tetapi jangan lupa bahawa Rafaat Hamzah menutup frasanya dengan kata yang sinis: “siapa orang siapa siamang?” Mahukah kamu disebut atau dicap sebagai “siaman” Jika tidak mahu, maka jadilah “orang” dan apabila anda mahu menjadi “orang”, maka hendaklah anda berfikir sebagai orang, bukan sebagai siamang yang tidak boleh berfikir!
Susunan kata berulang “siapa” dengan “siapa” dalam dua jurus kata; jurus pertama pertanyaan dengan jurus kedua jawapan. Susun kata yang tidak punya rangkap, akan tetapi dengan langgam ulang bunyi yang sama di tiap akhir. Inilah bentuk baru “puisi bebas” yang dibentuk oleh RHH. Ini satu pelanggaran yang dilakukan oleh RHH, dalam menyusun sajak atau syairnya. Bentuk begini ialah satu “keluarbiasaan bentuk” puisi atau sajak yang pernah ditulis umum. Inilah pelanggaran “bentuk” yang dilakukan oleh penyair RHH.
Kemudian dalam “sajak singkat” yang diberi nama “Mak!!! Saya Nak Pergi Disko” (hal.19):
ramai yang pergi
Zul pergi
Sani pergi
Zaid pergi
Kassim pergi
Ana pergi
Ida pergi
Siti pergi
Ina pergi
semua pergi
semua datang bujang datang
dara datang
suami orang datang
isteri orang datang
kaki ‘enjoy’ datang
kaki ‘stress’ datang
ustaz pun kadang-kadang datang
Seterusnya RHH menggambarkan di rangkap-rangkap yang terdiri dari ayat singkat atau frasa; masing-masing susunan kemudiannya, menggambarkan apa yang ada di tempat disko; berjenis-jenis minuman yang memabukkan dan tidak memabukkan; lalu jenis muzik yang dimainkan; kemudian fesyen pakaian yang mereka pakai dan akhir susunan frasa yang ditulis RHH menggambarkan tujuan atau maksud pengunjung dan akhir sekali penyair RHH menggambarkan kekadang pihak CID dan CNB menyerbu datang. Ini ialah sindiran RHH terhadap kegemaran bukan sahaja anak muda, tetapi sesiapa juga dalam kalangan jenis bangsa (suami orang, isteri orang dan ustaz) turut merosakkan moral bangsa yang digambarkan oleh penyair RHH.
RHH bukan penulis romantis yang menganut pegangan kehidupan zaman feudal tetapi sebaliknya beliau hidup dalam zaman demokrasi berperlembagaan dan berparlimen. Maka sebagai manusia penyair yang menggunakan mata dan telinganya kepunyaan rakyat menjadikan RHH penyair realisme ini berbicara tentang manusia jembel dan marhaen yang hidup penuh derita, lalu lahirlah puisi-puisi dari kehidupan mereka. Kemudian dia berkata, bahawa penyair yang tulen harus membawa “suara” dan “suara” itu ialah puisi dan “puisi” itu
ialah suara “alam” yang panjang “dan suara alamku harus masih terus menjelajah mengisi kesunyian rakyat singgah di dalam hidupku”.
Saya melihat dan berfikir bahawa RHH sebagai seniman, pelakon pentas, pelakon TV, pengarah dan penyair telah benar-benar merasai jiwa marhaen dan jembel, dan beliau bukan hanya “bersuara” seperti orang jalanan atau orang awam bersuara - akan tetapi beliau bersuara melalui mata, melalui telinga - dan kemudian disaring melalui fikiran, baru kemudian dicernakannya melalui mulutnya. Pergaulannya yang luas sebagai seniman yang tidak mengira dan memilih darjah status orang, maka hasilnya dia mendengar bermacam-macam pekikan dan bisikan dan “dialog” daripada berbagai-bagai penjuru “kehidupan anak manusia”. Dari sinilah saya melihat dan berfikir, bahawa RHH yang bermula menggali kehidupan kesenimanannya menerusi jati dirinya sebagai seniman penulis realisme akhirnya menambah satu lagi jalur kreatif, apabila beliau sering mendengar “dialog” lantang dari pelbagai penjuru anak manusia yang tidak berdaya menyampaikannya kepada khalayak, maka RHH mengambil alih dialog-dialog lantang tersebut menjadi milik seniman RHH menyuarakannya. Teori dialogisme ini dilahirkan oleh Mikhail Bakhtin. Beliau dianggap sebagai The Great Thinker di Russia pada zamannya. Beliau lahir pada 16 November 1895 di sebuah kota kecil di Russia. Beliau pernah dua kali dipenjarakan kerana fikiran dan pendapatnya banyak berlawanan dengan politik pemerintah Russia pada zaman itu. Mereka manusia biasa manusia jembel dan marhaen tidak berdaya upaya melahirkan melalui “mulut” dan “daya fikir” mereka, melainkan kita sebagai penyair mengambil alih “ketidakberdayaan” itu. Kita suarakan kita lahirkan melalui tulisan fiksyen kita. Oleh sebab kuatnya pekikan dialog-dialog derita rakyat jembel dan marhaen maka pegangan pertama RHH sebagai penyair realisme yang bebasmenjadi satu “dialog” dalam ciri-ciri kepenyairan RHH. Oleh sebab itu, barangkali layak seniman penyair RHH, yang bermula sebagai penulis realisme ini saya tambah menjadi penyair “Realisme + Dialogisme”.
Tulisan Bakhtin terpendam lama di Russia tidak mendapat perhatian masyarakat, hanya pada tahun 1960-an Julia Kristeva mengangkat Bakhtin, apabila beliau menulis “Words Dialogue and Novel” yang mengenai tulisan-tulisan Bakhtin dan menterjemahkan tulisan Bakhtin ke bahasa-bahasa Eropah, baharulah nama Bakhtin naik kembali. Menurut teori Dialogisme Bakthin ada tiga konsep: pertama proses pembacaan dan daripada pembacaan akan timbul beberapa perkara. Umpamanya, fikiran, perasaan dan lain-lain dan kemudian akan menyatu ke dalam diri “pembaca”. Proses kedua menimbulkan pemahaman dan penilaian yakni lanjutan daripada proses pembacaan (pendengaran) dan proses ketiga ialah tahap penulisannya.
Proses yang dilalui RHH ialah pendengaran dan pembacaan memainkan proses penulisannya. Sedang proses kedua dan ketiga, tentulah sejalan dengan apa yang disebutkan
oleh Bakhtin.
Saya menambah “dialogisme” kepada pendirian RHH, kerana isi fikirannya, langsung menjunam masuk ke dalam sajak-sajak atau puisi-puisinya. Umpamanya dalam sajak “Siapa Sekarang” bentuknya sebagai dialog yang didengar lalu difikir diolah dengan perasaan dan akhirnya ditulis oleh RHH sebagai hasil renungannya dan pengalamannya itu jelas terpancar dalam hasil tulisan kreatifnya:
siapa sayang siapa radang
siapa menang siapa kenyang
siapa petualang siapa malang
siapa perang siapa kecundang
atau demikian pula dari sajak “Sajak Luka” (halaman 5).
Ini sajak luka, yang matanya ditikam yang pandangnya dikaburkan
Ini sajak luka
yang tangannya diikat
yang kakinya ditambat
Ini sajak luka
yang lidahnya disekat yang raungnya disakat
Kemudian penyair menggambarkan suasana di disko. Sudah tentu dia ikut hadir, baru dia dapat menggambarkan apa yang dicari oleh orang-orang yang ke tempat itu. Pokoknya, masyarakat tidak tahu, perkara itu wujud dan penyair-penyair lain tidak mengambil “tema” ini. Akan tetapi RHH mendedahkan melalui proses pemikiran, perasaan dan pertimbangannya.
mak, saya nak pergi disko
kalau mak tak izin
saya pergi juga
kalau bapak marah
saya pergi juga
Antara masalah utama masyarakat Melayu hari ini menurut saya adalah mengenai “Keterlibatan anak-anak muda Melayu dengan dadah atau narkoba”. Mereka yang masuk dalam kalangan hardcore, adalah yang tertinggi berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Pada tahun-tahun sebelum 2000, penjelasan atau pendedahan atas nama bangsa dianggap
sensitif. Akan tetapi pada pertengahan tahun 2019, tidak dianggap sensitif lagi. Maka itu terdedahlah hal itu yang menjadikan “masyarakat Melayu kaget besar”, apabila mereka mengetahui bahawa yang terlibat dengan aktiviti mengambil dadah atau narkoba ini ialah: Melayu 53% = (1719); China 29% = (941); India 16% (519) dan bangsa-bangsa lain 2% (64).
Akan tetapi sekarang telah berubah menurun, bagaimanapun anak Melayu, masih tinggi di atas.
Saya mahu menunjukkan sebuah sajak “berbentuk” yang tidak disebut bentuknya, akan tetapi mirip bentuk sajak “Panji Pelaminan” tulisan MIA bertarikh 1972, dan RHH menulis sajak berbentuk tipografi yang mirip bentuk “Panji Pelaminan” tanpa menyatakan apakah bentuknya. Yang ingin saya bicarakan sajak atau puisi RHH; adalah yang berjudul “Dan Kita Kini Sering Kesiangan” (Waktunya kira-kira pada tahun 2001).
Kini kita tidak ada masa lagi untuk memikirkan
bahawa ada masa yang sering terlambat
kerana kita yang terlalu ghairah mengejar sesuatu
yang hanya bergerak mengikut kudratnya
yang harus kita fikirkan sekarang
yang telah tersedia
dalam diari yang telah tertulis lama
sebelum kita wujud di bumi yang nyata
kini kita tidak ada masa lagi untuk memikirkan
apa yang kita impikan dalam setiap tidur
yang mana kita sering cari tetapi tidak pernah temui
walaupun kita cuba untuk tidur
sekali lagi
JANGAN MIMPI!
kini kita tidak ada masa lagi untuk merebut udara yang telah dicampuradukkan dengan aspal dan tuba yang semakin hari dianggap penawar
yang tinggal hanyalah nafas-nafas yang tersendat
dengan nafsu yang terus-terusan
bergolak bersama setiap denyutan nadi yang semakin hari semakin perlahan rentaknya
dan kini kita harus mengejar jam satu itu
kini kita harus mengejar jam dua itu
kita harus mengejar jam tiga itu
harus mengejar jam empat itu
kejar jam lima itu
jam enam itu
tujuh
lapan
sembilan sepuluh sebelas
dan dua belas itu tidak akan pernah terlepas dari genggaman kita
Apakah yang menjadi motif penyair “realisme+dialogisme” ini, dalam sajak atau syairnya ini? Tidakkah RHH menyampaikan sebuah mesej tentang hidup zaman ini? Tentang masa manusia harus berlumba - Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat dia terjerat.
Jika Penyair Asmin menganjurkan “kita harus mengejar udara itu untuk hidup sesaat lagi. Maka kita harus berani menghadapi hidup ini dengan risiko ditolak dan kita harus bertekad untuk menolak pula, kerana ‘udara’ di sini harus direbut!”, penyair RHH pula berkata: “Kita bangsa marhaen jembel harus jangan berada di dalam mimpi”. (Dicatat oleh Rafaat dengan huruf-huruf besar): JANGAN MIMPI. Bukankah RHH berdialog langsung dengan khalayaknya. “Ayuh bangun dari tidurmu yang lena. Jangan bermimpi panjang lagi. Setiap detik adalah berharga.” Kata orang dulu-dulu: Masa itu emas. Ada sajak saya berjudul “Waktu II” saya katakan:
“Waktu bisa hilang, di mana-mana kau cari tidak kau temui, separuh mati kau dibuatnya. Kadang melempah depan mata, diajaknya berbuat sesuatu dipelawanya bekerja kau terapung di udara”.
Penyair RHH tidak sahaja menyentuh tentang cara hidup rakyat jembel dan marhaen Melayu, akan tetapi beliau menyentuh tentang mereka yang mengelak menggunakan bahasa Melayu, atau mereka rakyat jembel ini yang gemar membentuk kata-kata dalam bahasa Melayu ditukar ke bahasa Inggeris. Perhatikan sajak ini yang berjudul “Berpuisikah kita kalau kita memasukkan kata-kata”.
Ini puisi 1992
Ini puisi yang dimaknakan maknanya
Masih adakah bahasa jika
Rehat jadi relaks jadi lepak
Bosan jadi boring
Cinta jadi cintan
Cantik jadi jambu jadi cun
Masih Melayukah bahasa bila
Ada khabar jadi amacam
Bagus jadi gerek
Hari ini, kita lupakan
Haru biru yang melanda bahasa kita
Hari ini kata-kata jadi murah
Bahasa jadi murah
Bangsa jadi murah
Lalu, Berpuisikah kita kalau kita memuisikan kata-kata?
Banyak lagi yang boleh saya utarakan puisi-puisi, dialog-dialog puisi yang ada dalam “Detik Kini”, akan tetapi saya ingin beralih ke kumpulan puisi beliau yang kedua yang berjudul “Yang Bilang” yang diterbitkan pada tahun 2007. Kumpulan puisi ini mengandungi 30 puisi. Saya hanya akan membicarakan lima puisinya yang saya anggap sesuai dengan masa kini dengan dirirnya yang saya anggap sebagai penyair “realisme+dialogisme”. Pertama ialah puisi berjudul “Pabila Kita Menjadi Terlalu Takut” (halaman 31).
Pabila kita menjadi terlalu takut
setiap nafas yang kita hirup
menjadi tuba
kita menjadi petualang
pabila kita menjadi terlalu takut
setiap langkah yang kita hayun
menjadi nista
kita menjadi munafik
pabila kita menjadi terlalu takut
setiap kata yang kita ucap
menjadi racun
kita menjadi pembelot
pabila kita menjadi terlalu takut
kita menjadi lupa
tentang kebenaran
tentang kebesaran
tentang amanah
tentang kewajipan
tentang perjuangan
tentang keikhlasan
tentang ketulusan
tentang keluhuran
pabila kita menjadi terlalu takut
kita menjadi lupa akan Tuhan
28 Mei 1977
Itulah fikiran atau gagasan penyair RHH mengenai rasa “takut” yang ada pada diri kita rakyat jembel marhaen Melayu. Ini menurut fikiran beliau, tentulah telah difikir direnung dirasa olehnya dalam menghayati kehidupan yang dialaminya bersama dengan rakyat jembel marhaeannya. Bagi saya, ini satu “pernyataan” yang berani, dan biasanya keberanian mencetuskannya, sudah direnung sudah dirasa kerana penyair hidup dalam satu kotak masa yang sama, dengan engkau, dia dan aku! Bukankah begitu adanya. Kemudian puisi kedua yang ingin saya paparkan berjudul “Janggutku, Janggutmu” (halaman 37).
potong janggutnya
kalau yang bicara itu berkopiah putih umrah berkali-kali
sudah bergelar haji
tapi masih tatap mungkir janji insya-Allahnya hilang erti
ragut janggutnya
kalau yang berkata itu berkopiah ‘Raihan’
Alhamdulillahnya setiap nafas
lembut di luar di dalam ganas nasihatnya bernas
tapi tingkah lakunya tidak selaras
cabut janggutnya
kalau yang bersuara itu berjubah hijau
bersarban kemas
bercelak dan ber‘attar’
kalau pandangannya bongkak
renungnya penuh riak
cukur janggutnya
kalau dia gunakan agama
sebagai konvensi
hujah syarahannya berpeti-peti
tipu helahnya tersembunyi
hidupnya penuh hipokrasi kerana
dalam masjid dalam ugama
dalam dunia
kau dan aku sama
belum tentu
siapa ke syurga
siapa ke neraka
walau janggutku ku tebas semua
27 Oktober 2001
Inilah suara dari penyair “realisme+dialogisme” yang lugu langsung terang dan jelas menurut fikirannya, terserah kepada kita merenung, mentafsir dan merasai berdasarkan pengalaman hidup kita masing-masing sehari-harian terus berbulan dan bertahun! Kemudian sajak yang ketiga yang mungkin tiap kita mengalami atau mendengarnya, kerana sajak ini panjang tidak akan saya salin seluruhnya, melainkan saya singkap yang penting menurut saya. Sajak tersebut berjudul: “Kita Adalah Penyembah Para Dewa” (halaman 42 - 45).
Kita menyerah dengan pasrah
pada kehidupan serba ada pada gaji hujung bulan yang tiba pada ‘ldeal’ kehidupan kota
pada hutang bulanan rumah
pada bayaran kondo megah
pada ansuran kereta mewah
pada yuran sekolah
pada saman dan denda
pada ‘levy’ untuk amah
lalu kita bertafakur dan pusing kepala
kita yang bersujud entah pada siapa
kita yang bertakwa tanpa bertanya
kita yang berugama tapi tetap jahiliah
kita percaya entah pada apa
Itulah gambaran yang dirasai oleh sang penyair yang berkata dengan perasaan dan kenyataan, yang orang lain tidak berani utarakan, tetapi penyair “realisme+dialogisme” berani mengucapkannya. Apakah kita mendengar dan mahu kita fikir dan renungkan? Atau mungkin orang bilang: “Ah! Itu suara budak-budak yang gila sajak dan mabuk puisi!”. Akan tetapi inilah “seni sastera bangsa; yang menyuarakan pengalaman hidupnya, melalui gaya dan tingkahnya”. Ini bukan “omong kosong” seperti istilah biasa dari orang jalanan di Kota Besar Jakarta, atau rakyat jembel atau marhaen jalanan atau mereka yang mendodol jagung bakar seharian semalaman dengan hanya mampu membeli “nasi udak” yang ada di Jalan Malioboro di Jogja untuk keluarganya.
Sajak seterusnya yang keempat berjudul “Talqin” (halaman 47)
Wahai!
Si polan melayu bin si polan islam
Hari ini telah tiba saatnya
Telah sampai harinya
Kita melihat dengan mata kepala
Bahawa
Setiap yang kita tonton di kaca TV
Di layar lebar adalah benar
Yang manusia berbunuh itu benar
Yang memperkosa anak tirinya itu benar
Yang membunuh anak kecil yang tidak berdosa itu juga benar!
Yang ibunya khayal dek dadah
Yang bapa tirinya penuh serakah
Yang neneknya bertatoo
Itu semua benar
Sajak yang kelima ialah: “Kaki di Dasar Laut, Telapak Tangan di Permukaan Bulan” (Halaman 49-50).
Biar kaki kutunjang ke bumi
Biar tangan kutumpang ke langit
Biar kutempuh merela mati
Biar ditikam rela kusakit
Demi deru membawa pawana
Kusukat racunnuya kusukat bisa
Kepalang runtuh kuperteguh jua
Dari puing kubina semula
Biar yang terhutang nanti bukan dusta
Bukan geseran jalur di kerut dahi yang meriwayat
Mungkin setiap perih juga tidak bernilai
Jangan percaya pada penekaan salah tafsir
Sejarah adalah cerita yang kau padankan pada dirimu
Pegangan dan perubahan harus berdiri anadi40
Iman dan kitab adalah diri yang sering berbagi
2 Jun 2001
Dr. Azhar Ibrahim Alwee ketika membicarakan “Yang Bilang” kumpulan puisi Rafaat Haji Hamzah menyebut:
40 Berdasarkan teks asal penulis kertas kerja ini, ejaan bagi perkataan ini tidak dapat dikenal pasti.
“... Seninya, dan puisinya banyak merentas dan menebas. Dia berpuisi berlakon, berpentas drama, berkarya, bertukang seni sehingga itulah dia boleh dianggap di antara yang terbilang di kalangan anak seni negeri. Itulah Rafaat yang kelak akan dibilang julang, betapapun ada yang mahu menipu biarpun hujahan mereka tipis daif...”
Banyak perkara yang kita tonton hari-hari dan banyak hal yang menyangkut kehidupan kita, yang dilakukan oleh manusia apapun warna kulitnya atau di negara mana sekalipun di bumi ini berlaku dan ditonton dirasai dilihat oleh penguasanya dan oleh siapapun darjatnya, semuanya akan mengangguk bersetuju dengan “dialog” penyair ini yang bernama Rafaat Haji Hamzah itu benar!
- TEKS-TEKS PUISI RHH
Pertama dari aspek pelanggaran, saya melihat RHH telah melakukan banyak pelanggaran ketika menulis kebanyakan puisinya terutama yang dalam kumpulan “Detik Kata”. Bentukbentuk puisi RHH tidak menurut kelaziman berangkap dan beruntai. Sinonim dari bunyi hujung jelas menjadi ciri-cirinya dan dari segi maksud yang ingin disampaikan, ternampak jelas sindiran yang ingin disampaikannya. Bentuk dan isi yang jarang dilakukan kebanyakan penyair hari ini, RHH merupakan seorang penyair “individualis” tidak dapat dinafikan. Dapat kita lihat dari sebuah tulisan sajak yang lain:
Penyair adalah penyair
Penyair bukan ahli koprat
Penyair bukan menteri
Penyair bukan negarawan
Penyair bukan imam
Penyair bukan guru
Penyair bukan pegawai polis
Penyair bukan wartawan
Penyair bukan D.J. radio
Penyair bukan pemberita
Penyair bukan pemain bola
Penyair bukan penyanyi
Penyair bukan mat rock
Penyair bukan penagih dadah
Penyair bukan penyair
Kalau penyair tidak berkata-kata
Penyair tidak mentadak-mentadu
Penyair tidak mengiya-iya
Penyair tidak meng’engge doro
Penyari tidak ‘yes sir’ ‘yes sir’
Penyair bukan pak torot
Penyair bukan pak kaduk
Penyair bukan mat jenin
Penyair bukan si luncai
Penyair bukan tok selampit
Penyair bukan pak pandir
Penyair bukan lebai malang
Penyair bukan sultan
Penyair bukan raja
Penyair bukan tuan
Penyair bukan jebat
Penyair bukan tuah
Penyair bukan mat kilau
Penyair bukan tok gajah
Penyair bukan datuk bahaman
Penyair bukan kiyai saleh
Penyair bukan leftenan adnan
Penyair bukan pendekar
Penyair bukan pahlawan
Penyair bukan penyair
Jika penyair tidak tajam
Kerana penyair
Kalau bersuara harus lantang
Kalau merenung harus garang
Kerana penyair
Kerana lidah
Kerana darah
Kerana nadi
Kerana daging
Kerana badan
Kerana hati
Kerana naluri
Kerana rasa
Kerana fikir
Kerana kudrat
Kerana fitrah
Keran pandang
Kerana dengar
Kerana Allah S.W.T kerana
RHH telah melakukan pelanggaran pertama dari segi bentuk dan isi sajaknya. “Siapa Sekarang” (halaman 29).
RHH dengan terperinci menggambarkan perjalanan dua anak muda bangsa Melayu dalam sajak “Satu Haribulan Satu Tahun Hijrah Hari Salah Ejaan” (Anak Melayu) menceritakan sejarah perjalanan pertemuan dara dan jejaka penagih dadah Melayu. (Detik Kini: 1.8.96)
mereka berkenalan di Queensway
bermesra di Parkway Parade
berkasih di Centerpoint bercinta di Scotts
bertunang di Far East Plaza
bernikah di Wisma Atria
bermalam di Marine Square berbulan-madu di Selarang D.R.C.
dan kau lahir
satu haribulan satu tahun hijrah anak Melayu.
Yang gian Melayu
Yang hisap Melayu
Yang tagih Melayu
Yang bawa Melayu
Yang bekal siapa?
Yang C.N.B Melayu
Yang V.A.O Melayu
Yang polis Melayu
Yang perintah siapa?
Yang kena tangkap Melayu
Yang masuk D.R.C. Melayu
Yang heboh Melayu
Yang cakap siapa?
Yang akhbar cakap
Yang potret keluarga cakap
Yang tinjauan cakap
Yang F.M. 94.2 cakap
Yang kecoh Melayu
Yang masuk rekod Melayu
Yang resah Melayu
Yang risau Melayu
Yang Pak Cik risau
Yang Mak Cik risau
Yang Datuk risau
Yang Nenek risau
Yang Apek tak payah risau
Yang buat rumah tumpangan Melayu
Yang beban Melayu
Yang beri sokongan Melayu
Yang dikutuk Melayu
Yang mengutuk, tak kira India, Cina, Melayu
Yang dipertanggungjawabkan menteri Melayu
Yang bingung intelek Melayu
Yang terpaksa sokong penyanyi rok Melayu
Pemain bolasepak Melayu
Golongan profesional Melayu
Yang gagal Melayu
Yang tagih Melayu
Yang jadi mangsa dadah Melayu
Yang bila disebut dadah
Orang ingat dadah itu Melayu
Yang jual dadah kita Nak tahu
Yang bawa dadah masuk siapa tahu
Yang beli dadah dari luar bukan gua bukan lu
Yang kaya raya dari hasil dadah bukan Melayu
Yang tersenyum bila Melayu tertenggeng tentu bukan Melayu
................. Mangsa ................ Tertindas ................ Pasrah
Ikhlas
Dimamah
Melayu
“Yang tahu buat-buat tak tahu Bukan Melayu!”
Ini yang Rafaat Hamzah tak tulis.
Perhatikan langgam bahasa RHH atau Rafaat Haji Hamzah. Tidak pakai bunga-bunga bahasa, tetapi maknanya menukik sampai ke hati yang dalam. Siapa yang mahu membaca dan mahu memahaminya, bukan sahaja yang lahir tetapi yang batin juga. Jika tema yang dikemukakan oleh RHH, tentang sajak “Mak Aku Nak Pergi Disko” ialah tema atau persoalan ketempangan bangsa dan masyarakat Melayu. Bangsa lain pun berbuat demikian, mengapa tidak ada penyair dalam kalangan mereka yang mengambil tema tersebut sebagai permasalahannya? Jika anda bertanya demikian. Tentu ada jawapannya. Akan tetapi bangsa Melayu akan mengalami akibatnya lebih parah daripada bangsa lain. Jika anda berfikir halushalus, ada banyak perbezaan dan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjangnya. Bangsa yang daif dan miskin yang akan mengalami kesan panjang yang lebih parah. Kehidupan fizikal lahir/batin rosak dan kehidupan kewangan rosak. Dari segi pegangan agama, bangsa Melayu yang terlibat, menunjukkan mereka yang terlibat tidak mempunyai pegangan ikatan agama yang betul. Siapa yang harus disalahkan?
Kemudian RHH mengambil tema masalah pemimpin bangsa dan masyarakat bangsa Melayu sangat-sangat prihatin. Bangsa Melayu di Singapura, cuma kira-kira 15%, akan tetapi yang mengambil dadah 53%, yang paling tinggi daripada bangsa lain! RHH mengapungkan tema ini, dan jarang sekali penyair Melayu Singapura mengapungkannya. Mengapa? Yang menjadi pertanyaan penyair RHH, bukan sahaja yang mengambil dadah atau narkoba atau drug itu, anak-anak Melayu (lelaki dan perempuan) bahkan bapa dan ibu juga. Yang menjadi pengedar kecil, pengedar sambilan kebanyakannya Melayu juga. Akan tetapi semua orang tahu, yang menjadi pengedar besar bukan Melayu!
Dalam kumpulan kedua sajak Rafaat Hamzah diberi judul “Yang Bilang” COKELAT (2007).
Di manapun negara di dunia ini ada pemimpinnya yang bercita-cita menjadi pemimpin yang maha adil. Disanjung rakyat dan disenangi semua bangsa. Akan tetapi risikonya sangat tinggi. Sebaliknya di mana-mana juga di dunia ini, ada pemimpin yang mencari kesenangan untuk dirinya, keluarganya dan golongannya, dan keselesaan majoritas bangsa yang ada
dalam negara yang dipimpinnya. Dia tidak menghiraukan sangat kepentingan rakyat jembel. Kedua-dua jenis keinginan itu, sering menimbulkan permasalahan sosio-politik negara tersebut. Kepala Negara yang berpegang kepada dasar mencari keuntungan materialisme, akan menggunakan kedua-dua kekuasaan yang ada padanya; iaitu bidang hukum dan bidang militer (termasuk polis). Yang seharusnya kedua-dua kuasa itu terletak di bawah parlimen.
Apabila Ketua Negara (Presiden/Perdana Menteri) mempunyai kedua-dua Kuasa Hukum dan Kuasa Militer (termasuk polis), maka peranan cendekiawannya harus berani menjadi kuasa pengimbangnya. Bertujuan kerana nafsu baik dan nafsu jahat itu, terus duduk dalam diri manusia. Bercakap tentang peranan “penyair atau penulis” saya sering berkata bahawa peranan mereka harus peka atau sensitif. Mereka harus menggunakan “mata” dan “telinga” mereka menjadi penangkap perkara atau situasi yang berlawanan dengan keadaankeadaan yang normal. Rafaat Hamzah dalam sajaknya “Kerana” (Yang Bilang) halaman 5355, menyebut peranan penyair yang elok menjadi patukan penyair.
Demikianlah singkat umpama yang diberikan oleh Rafaat Hamzah selaku penyair yang sensitif atau penyair yang menggunakan “mata” dan “telinga” sebagai alat perakam, menangkap hal-hal yang kotor yang tidak betul yang dilakukan oleh manusia, pemimpin, asatizah, guru, polis, tentera yang bertentangan dengan seharusnya. Saya ingin kutip apa kata penyair MIA, tentang penyair seharusnya bukanlah
“...bahawa yang dinamakan penyair adalah sekawan itik hitam yang berteriak serak dalam sajak-sajak bisu tanpa seorang pun ambil peduli. Adalah burung tiung yang latah di tengahtengah hutan belantara batu bata...”
Kemudian Rafaat Hamzah menutup sajak berjudul “Kerana” mengenai seharusnya bagaimana peranan “penyair” yang seharusnya, dengan kata-katanya:
Penyair bukan penyair
Kalau penyair tidak berkata-kata
Penyair tidak menunggu ilham
Penyair bukan menunggu wahyu
Penyair tidak meng’ engge doro
Penyair tidak ‘yes sir’ ‘yes sir’
Yang lebih jelas perhatikan apa kata RHH, antara kesimpulan peranan penyair haruslah: Penyair bukan penyair// Jika penyair tidak tajam // kerana penyair // Kalau Bersuara harus lantang // Kalau meraung harus garang.//
Oleh sebab itu peranan penyair yang benar-benar peka dan sensitif yang akan menjadi alat perangkap sesuatu yang tidak menurut lazimnya, yang harus diapungkan oleh penyair, untuk difikirkan, diolah menjadi suara hati nurani manusia untuk membeberkan “penglihatan” dan “pendengaran” yang didapati daripada sesiapapun juga; apakah pemimpin, apakah orang alim, atau penguasa negara, dengan memasukkan imaginasi dan motif dalam dapatannya yang bakal menjadi sajak, cerpen ataupun genrenya.
Akhir kalam, banyak sekali sajak RHH dalam kumpulan “Yang Bilang” yang menyindir dan mengkritik bangsanya, akan tetapi yang tiga ini, iaitu (1) “Apabila kita menjadi terlalu takut (hal 31); (2) “Kita adalah Menyembah Para Dewa” (hal 42 - 46); dan (3) “Talqin” (halaman 47 - 48) ialah sajak-sajak yang sangat dalam sindirannya dan kritikannya terhadap sesetengah “Bangsa Melayu”, baik secara individu mahupun kolektif, yang terlalu polos dan parah yang pernah saya temui. Ketiga-tiga sajak tersebut menyangkut antara satu dengan yang lain. Menurut hemat saya, “Apabila manusia terlalu ‘takut’ dan dia tidak mahu merujuk kepada agama, maka hanyutlah dia dihembus angin.”.
Lalu menurut penyair RHH, “dia akan turut berdosa”, lalu dia akan “menyembah” apa saja yang difikirkannya yang boleh melindunginya. Ketika itulah parah dan selesai riwayat hidupnya!”
Demikianlah kelantangan seorang penyair bernama RHH atau Rafaat Haji Hamzah, yang sukar ditandingi keberaniannya menyampaikan fikiran-fikiran kritiknya terhadap bangsanya, supaya bangun, jangan takut, lalu jangan menjadi “yo doro” dan “yes man” sebelum anda sendiri berfikir, bahawa anda adalah sama; iaitu umat yang dicipta oleh Allah, yang diberi pendengaran penglihatan dan hati; sebagaimana yang tersebut dalam surah AlMu’minun 78: “Dan Dialah yang menciptakan bagimu pendengaran penglihatan dan hati untuk kamu, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.” Itulah pelanggaran pertama dan utama yang dilakukan oleh RHH, tidak saya temui penyair selantang beliau.
Pelanggaran kedua pembaharuan bentuk puisi atau sajaknya tidak berangkap pantun dan syair dan tidak berirama syair “aaaa” atau berima pantun “abab” melainkan bebas lepas tidak berirama tidak berangkap dan bebas tidak berbentuk, melainkan maksud atau motifnya menyindir, mengejek, menyeranah dan mengajak mencari jalan keredaan Allah, insya-Allah.
Penulis-penulis yang saya kategorikan dalam kelompok kedua ialah Nadiputra dan Jamal Ismail. Dua penulis ini menghasilkan karya yang pelbagai termasuklah drama dan sajak. Melalui hasil karya yang mereka hasilkan, dapatlah disimpulkan akan tema dan motif yang ingin disampaikan sebagai mata, telinga dan fikiran masyarakat biasa yang dipaparkan dalam hasil karya masing-masing.
Kedua-dua penulis ini menghasilkan karya genre drama. Namun begitu, mereka juga menghasilkan puisi atau sajak dan genre sastera yang lain. Secara umumnya, kedua-dua penulis ini memaparkan keadaan dan kehidupan masyarakat umum secara keseluruhan. Penulis-penulis ini menyentuh soal kepimpinan dalam masyarakat dengan sindiran-sindiran yang ditujukan bagi mengetengahkan permasalahan yang timbul dalam masyarakat. Contohnya, dalam tulisan mereka menggambarkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan bagaimana usaha menolong masyarakat itu boleh dilakukan tanpa menonjolkan diri atau mempamerkan pertolongan atau usaha yang dilakukan.
Nadiputra contohnya menggambarkan masyarakat secara keseluruhan. Terdapat unsurunsur sindiran terhadap masyarakat dalam drama dan dialog-dialog yang disampaikan dalam karya-karya Nadiputra. Nadiputra mengemukakan unsur-unsur pertentangan untuk membuat masyarakat berfikir tentang isu-isu yang dibangkitkan. Ditinjau dari teori Teksdealisme Mana Sikana, Nadiputra telah meletakkan dirinya sebagai tokoh drama yang “luar biasa” dan sangat “istimewa”. Dari teks-teks dramanya dapat dianggap sebagai unggul.
Jamal Ismail lewat hasil karyanya dalam genre drama, cerpen dan novel, menggunakan watak-watak “real” dan “unreal”. Unsur realisme magis antara perkara yang menonjol dalam tulisan Jamal. Contoh: watak kumbang untuk memecahkan peti besi. Gaya penulisannya terus-menerus mantap berunsur magis sebagai gayanya yang tersendiri. Kenyataan ini dapat ditelusuri dalam novel-novel yang ditulisnya. Jamal Ismail dengan tegas menggunakan sesuatu gaya tulis menurut keperluannya. Jamal Ismail dengan gaya tulisnya yang mantap telah menjadikan beliau sebagai penulis cerpen dan novel Singapura yang terkenal di luar dan di dalam negera.
Jamal Ismail kini menyerlah dengan gaya penulisannya yang menyeluruh dengan gaya realisme magisnya. Jamal Ismail menerangkan menggunakan gaya atau stail barunya
menurut keperluan lakar: tema, motif dan objekifnya. Dilihat dari teori Teksdealisme, yang berpegang kepada karya yang unggul berada dalam struktur yang unggul. Membaca cerpencerpen Jamal Ismail umpamanya “Fatamorgana” (1984) dan “GOD(A)” (2022) dengan gaya pembaharuan yang dibawanya, saya melihat bahawa Jamal Ismail telah berhasil membentuk strukturnya yang tersendiri. Subjek idealisme magis penulis telah mengemukakan suatu konsep bercerita dengan memasukkan gaya atau stail; berfikir dan berfikir yakni sesuatu perkara yang terjadi tidak semestinya berkesudahan dengan satu kesudahan yang normal, kadang-kadang sesuatu perkara itu terjadi dengan tidak normal. Kehidupan manusia di dunia ini, tidak semuanya atau seluruhnya berakhir dengan baik; sebaliknya tidak jarang pula ada manusia yang mengalami sebaliknya. Bagaimanapun Jamal Ismail sebagai penulis dan seniman telah berjaya membentuk keindividualismenya, dan ini ialah satu unsur daripada teori teksdealisme Mana Sikana bahawa Jamal Ismail telah mengukuhkan kehadirannya dengan gaya atau stailnya yang tidak dimiliki oleh lain-lain penulis. Yang ketiga beliau telah melakukan pelanggaran terhadap perkara-perkara yang normal.
Penulis atau penyair yang keenam ialah Al-Mahdi Al-Haj Nadiputra.
Nadi drama Singapura ialah Nadiputra
Al-Mahdi Al-Haj Ibrahim lahir pada 5 Oktober 1946. Beliau yang lebih dikenali sebagai Nadiputra ini merupakan watak yang sangat berkebolehan, maka itu tidak hairan jika Nadiputra boleh berlakon, boleh mengarah dan juga boleh menjadi penerbit. Di samping itu, beliau boleh bernyanyi. Lagu-lagu yang dinyanyikannya pula, bukanlah lagu-lagu irama kontemporer, tetapi irama klasik, iaitu lagu-lagu keroncong. Ya, inilah watak serba boleh yang luar biasa, iaitu yang senang dengan panggilan Nadiputra atau Nadi saja.
Masyarakat Singapura umumnya mengiktiraf Nadi sebagai pahlawan atau wira teater Melayu, kerana beliau telah berkecimpung dengan teater lebih daripada tujuh dekad. Dengan masa yang begitu panjang, tentu sekali banyak waktunya dihabiskan untuk menulis lebih daripada 300 lakonan panggung, radio, dan televisyen. Nadi juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Budaya pada tahun 1988, Anugerah Tun Seri Lanang pada tahun 2013, Anugerah SEA Write Award pada tahun 2021.
Sejak bersekolah lagi; Nadi dianggap oleh teman-temannya, sebagai manusia yang mudah mesra. Oleh sebab Nadi mudah mesra dan ramah, tidak hairan beliau suka membantu dan menunjuk ajar pengetahuan tentang teater yang beliau punyai. Walaupun dirinya dianggap oleh umum sebagai tokoh teater, akan tetapi Nadi, merendah diri dan terus ingin belajar dan menambah ilmu yang beliau punyai. Nadi pernah dilatih sebagai pelakon oleh Frank Hippman, ketika bertugas di National Teater pada tahun 1979. Demikian pula Nadi pernah belajar menulis skrip, dari Richard Wade di SBC pada tahun 1974. Nadi juga pernah belaja menjadi penerbit radio dan TV dari Ian Oliver, di SBC, pada tahun 1979 hingga 1985.
Persekolahan awalnya di Telok Kurau Primary, iaitu dari 1956 hingga 1961, lalu menyambung pelajarannya di Bartley Secondary School dari tahun 1959 hingga 1963. Pada period awal, sebenarnya Nadi melakukan segalanya sebagai kerja sambilan sebagai penulis skrip teater, pelakon pada tahun 1977 hingga 1982, kerana ketika itu, Nadi sudah bertugas sebagai Pegawai Kastam. Akan tetapi, kerana minat tentang teater dan dunia teater sudah bermula ketika beliau di sekolah menengah, maka sukar tokoh teater ini untuk terus menjadi Pegawai Kastam. Dari itu, sejak tahun 1983, Nadi berpindah tugas sebagai penerbit, pengarah dan penulis di Singapore Brodcasting Corporation.
Selama kira-kira setahun iaitu pada tahun 1986 hingga 1987, beliau ditugaskan ke Brunei Darussalam Broadcasting untuk membantu mengaktifkan gerak kerja di sana sebagai penulis, pengarah dan penerbit. Walaupun sekarang Nadi sudah bersara daripada kerja-kerja teater di Mediacorp, tulisan drama radionya tetap mengisi ruang udara Singapura. Tidak hairanlah, jika Nadiputra itu, bukan sahaja dikenali oleh orang-orang teater, penulis-penulis skrip di luar negara; seperti di Brunei Darussaam, di Kuala Lumpur Malaysia, akan tetapi makcik-makcik di dapur juga, terus mengenalinya sebagai penulis skrip dan pentas radio.
Nama Nadiputra dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura, sudah menjadi percakapan antara mereka, terutama bagi mereka yang meminati drama pentasnya atau drama TV dan radio. Barangkali ibu-ibu, suri rumah yang sedang memasak sambil mendengar “sandiwara atau pentas radio” juga, nama Nadi sudah sentiasa di bibir-bibir mereka. Barangkali antara penulis skrip drama pentas, TV dan radio yang paling banyak skripnya, kalau tidak salah Nadiputralah penulis yang paling banyak menghasilkan skrip. Skrip drama pentas ada sebanyak 68, sehingga tahun 1969 sahaja; dan di samping itu beliau sudah menjadi “pengarah” tidak kurang sebanyak 132 kali, sehingga ketika beliau menjadi pengarah untuk pertunjukan pada sambutan 45 tahun Singapura merdeka.
Antara teks-teks drama yang terkenal: “Doktor Samsi” (1985); “Daun” mendapat
Anugerah Skrip Drama Terbaik; Pelakon wanita/lelaki terbaik; “Api-api Di Puncak” (1983); “Awang Kerambit” (1988); “Sangkar Madu” (1997); “Jazz Kepalang Tanggung” (2002); “Villa Singa”; “Tuhan-Tuhan” dan banyak lagi. Untuk kesempatan penelitian ini, saya sempat membaca tiga buah skrip beliau sahaja; iaitu: “Puncak”; “Masjid Bersalib”; dan “Muzika Lorong Buang Kok”. Saya kira ketiga-tiga skrip ini adalah antara skrip-skrip beliau yang penting.
Pertama sebagai penulis realisme total, saya kira motif yang ingin disampaikan oleh beliau dalam “Puncak” ialah gambaran mengenai “Persahabatan, persaudaran dan mencari kehidupan yang damai menurut Islam”. Ya, saya kira tiga pokok motif ini adalah juga, menjadi patukan sebagai seorang manusia Muslim sejati. Dalam Babak Satu, apabila Norma yang dalam keadaan pakaian koyak-rabak, tiba-tiba berada di pintu rumah seorang yang warak bernama Osman (di Puncak); Osman yang bercita-cita dan berfikir bahawa rumah yang jauh daripada masyarakat yang didiami dengan “Suri” (anak yang ditolong dari hanyut dibawa air banjir). Lalu diasuh supaya jauh daripada masyarakat yang dianggapnya, yang boleh menimbulkan banyak kecemaran. Tiba-tiba Norma dalam keadaan pakaian yang koyakrabak dan luka-luka berada di depan pintu rumahnya. Osman berkata dalam hatinya:
“Di sini tidak ada duniawi, supaya kepada Allah aku mungkiri di sini tidak ada kemajuan yang boleh menarik aku mengundur diri!”
Akhirnya dalam Babak 3 Adegan 2, Osman mengetahui bahawa apabila Amir abang kepada Suri (Suriati) adik sedarah dagingnya, yang diselamatkan oleh Osman daripada dibawa arus banjir, 20 tahun yang lalu; dipeliharanya di sebuah rumah di puncak dengan harapan menghindarkan dia daripada onar manusia dan akhirnya berkeinginan untuk menjadi “anak peliharaannya” Suri atau nama sebenarnya “Suriati” sebagai isterinya, menyedari pula bahawa tidak dalam pengetahuannya, sudah bercinta dengan Rashid (anak muda didikan Osman); maka akhirnya Osman mengalah dan membuat kenyataan ini:
“Jika wang bertukar wang, diperhitung nilai dan untung; jika hati bertukar hati, dipertarung cinta sejati... Jika pengorbanan bertukar pengorbanan, dipersanjung bakti berketurunan... Jika keikhlasan bertukar keikhlasan, diperbendung hak berterus-terusan, maka tiap-tiap kita berhak menyimpan hak masing-masing.”
Dengan itu Nadiputra sebagai penulis realisme total drama “Puncak” mempunyai sikap menganjurkan menurut Al-Quran, surah An-Nisa: [4:59] yang menyebut:
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (urusan), kembalilah ia kepada Allah dan (sunnah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”
Demikian pula apabila saya meneliti drama “Masjid Bersalib” jelas motif yang dibawa oleh Nadiputra bahawa perselisihan orang Melayu yang telah berlaku di Kampung Darat Laut mengenai sebuah gereja tua hendak dijadikan masjid; ada yang setuju iaitu penduduk yang menyebelahi Ketua Kampung (Tok Aki) yang telah menerima amanah (wasiat) daripada Tuan Henry Pengamanah Gereja tua tersebut, yang sebelum ajalnya telah memeluk Islam dan meminta gereja tua itu dijadikan masjid. Sebaliknya sebahagian penduduk yang menyebelahi Lebai Leman (imam surau) menolak dan menyuruh pengikutnya termasuk Pendekar Sulung, membakar gereja tersebut, ketika itu terjadi pergaduhan bunuh-membunuh.
Di sebalik pertentangan itu, Nadiputra menyisipkan perselisihan peribadi pula antara Bakar (anak Lebai Leman) dan isterinya Ayu (anak Tok Aki) yang telah suka sama suka, tetapi tidak disetujui oleh bapanya Lebai Leman, kerana anaknya hendak menikahi Ayu, anak seterunya, Tok Aki. Bakar yang marah kepada bapanya dan pengikut-pengikut fanatik Islam bapanya yang menolak pernikahan mereka, akhirnya membawa Ayu menetap di gereja tua itu, dan bertembung dengan Tuan Henry; yang akhirnya Tuan Henry menikahkan Bakar dengan Ayu.
Ketika korban kedua-dua belah pihak telah menjadi kenyataan, Tok Aki mengeluarkan surat wasiat daripada Tuan Henry dan meminta Bakar dan Leman membacanya, tetapi mereka menolak. Bakar tetap dengan pendiriannya, bahawa dia sekarang adalah pengikut Kristian, kerana telah menikah dengan Ayu, secara Kristian. Sebaliknya, Tok Aki bilang, bahawa Tuan Henry telah memeluk Islam, maka Bakar haruslah mahu kembali kepada Islam.
Akan tetapi Bakar tetap berdegil, tidak mahu kembali kepada Islam. Bakar bertambah marah apabila isterinya Ayu, bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah. Ketika Jali pengikut setia Aki, menurunkan salib dari bumbung gereja, salib tersebut menghempap Lebai Leman.
Jelas bahawa motif Nadiputra dalam drama “Masjid Bersalib” ini, motifnya tetap meminta manusia berfikir dan berfikir dengan waras; jangan hilang siuman dan bertindak ganas.
Dalam drama ketiganya berjudul “Muzika Lorong Buangkok” dipentaskan dalam 36 Adegan. Saya sempat menonton dan membaca teksnya dua pusingan. Dalam Adegan 1, Nadiputra, pendrama yang sensitif dengan kehidupan rakyat jembel dan marhaen ini, meneroka sebuah drama berbentuk santai dengan memasukkan lagu-lagu berdasarkan motif kehidupan dan situasi rakyat yang sudah tinggal di kampung ini bertahun-tahun sebagai satu keluarga besar; tiba-tiba nasib mereka akan sama seperti rakyat jembel dan marhaen - di Kampung Jalan Haji Salam dan di Kampung Tanjung Irau yang telah dipunggah - dan ini kisah ulang tayang terakhir di Kampung Lorong Buangkok. Pembongkaran kali ini bukan dalam puisi, tetapi dalam bentuk drama dengan lagu “Lorong Buangkok” akan tetapi
jika penonton cukup teliti dengan dialog-dialog daripada pelakon-pelakonnya; ternyata di situlah tersemat sindiran-sindiran tajam, pedas daripada pendrama Nadiputra yang arif akan ilmu drama yang sudah bersemadi berdekad-dekad. Oleh sebab itu, jika anda seorang penonton dan sekaligus pemikir yang peka mengikuti seorang manusia pendrama, pelakon, pengarah dan pemikir yang super ini, maka anda akan tertawa tetapi dalam gelak tawa itu, pipi anda terasa tebal dan hati kecil anda terasa terkutik pedih.
Nikmati adegan pertama dimulai dengan nyanyian “Lorong Buangkok” dengan korus:
Lorong Buang
Kok Lorong
Buang Kok
Lorong Buang
Kok Lorong
Buang Kok
FAUZIAH
(MENDEKATI LEE KONG)
Terima kasih Enck Lee...
LEE KONG
Lu Tk lwngaar... lia panggil waa encik.... atak muli mahasa punya olang.
JOHARI
Telunjuk lurus kelingking berkait.
FAUZIAH HENDAK MENYERANG JOHARI. TAPI DITAHAN
TAPI DITAHAN OLEH TEMANNYA.
FAUZIAH
(MARAH MEMANDANG JOHARI)
Kenapa ni?
JOHARI
Kau percaya cakap si Cina ni?
DARUS
Beralas sikit cakap tu Encik Johari
JOHARI
Aku tak suka beralas-beralas, tapi aku tahu, akhirnya orang
Buang Kok ni tetap terjejas.
DARUS
Kalau terejejas pun Lee Kong boleh buat apa?
JOHARI
Lee Kong tak payah buat apa-apa. Dapat duit, tinggalkan kita. Bertabur... Dan pendatang, kau dan Fauziah terbang tinggalkan keluarganya di sini. Neebas tinggal di rumah merpati. Tak ada orang ganggu lagi, dan jadi laki bini... tumpang tuah anak watan mencari kesenangan di sini..
FAUZIAH
Jangan biadab Johari. Jaga sikit mulut tu. Dia dah dapat PRkah, dah jadi rakyat Singapurakah, itu soal peribadi... Yang kau beli rumah di Johor tu kenapa?
JOHARI (SAMBIL KETAWA SINIS)
Senang. Bila tak ada kampung lagi di Singapura ni, aku dah
Ada kampung di Johor. Aku tak yakin Lee Kong ni boleh Jadi hero kampung ni.
FAUZIAH
Darus datang beradat. Dia bukan menyeludup. Bukan pendatang Haram. Oang-orang kampung ni bukan tidak ada mata. Sungguhpun
Kecil kampung ni, adat resam, agama, Penghulu kampung ni tak Duduk diam... ni bukan tanah penduduk haram, boleh berlagak sesuka rasa.
ADEGAN 14 – KAMPONG SELAK KAIN
ZAPIN JOGET KAMPONG SELAK KAIN
Ini Kampong Selak Kain
Nama Lorong Buang Kok lain
Jangan fikirkan yang lain
Ada sebab selak kain
Bila hujan mencurah-curah kampung banjir bagai nak bah paras lutut air mencecah kain harus diselak juga
Itu punca nama diberi
Kepada Lorong Buang Kok ini
Disenda gurau sana sini
Selak Kain jolokan sensasi
Namun kami tidak terusik
Diajuk-ajuk dan diusik
Selak Kain kampung menarik
Lorong Buang Kok semakin unik
Lorong Buang Kok berteka-teki
Leburkah alam semula jadi
Ditimbus hutan batukah lagi
Kampung Selak Kain apa erti
Di samping bidang drama menjadi tulisan, pengarahan, pelakonan dan pembimbing kelaskelas membimbing drama dan sekitar aktivitinya, dalam diam-diam Nadiputra sudah menulis puisi sebanyak kira-kira enam puluhan lebih. Saya telah memilih beberapa puisinya untuk saya bicarakan juga dalam esei ini. Dari empat puisi yang ingin saya ketengahkan, saya melihat ada unsur-unsur sindiran yang diselitkan oleh Nadiputra, umpamanya; puisi berjudul “Bahasa Bulan Bahasa” (5/8/2016)
Dalam puisi ini ada nada-nada ejekan sambil merayu kepada bangsa Melayu atau orang Melayu; apakah anda malu menggunakan bahasamu, bahasa ibundamu; apakah anda terasa kurang dan hina apabila anda menggunakan bahasa Melayumu? Demikian nada yang dibawa oleh Nadiputra:
Aku ingin dengar bahasamu aduhai bulan
dari hanya lontan sinarmu yang menyepi mengintai setiap pelusuk teratak Melayu
marahkah dikau bersuara sama berbahasa marahkah dikau tiada bahasa seindahmu
apakah keindahanmu lebih merdu
dari suara-suara lantang bulan bahasa atau merajuk dek keindahanmu dicemari
aduhai bulan bersuaralah walau sepatah
saban musim kau tiada lepas dari sebutan sumbangkah patah-patahkah Melayuku
hodohkah warna-warna lukisan wajahmu murkahkah keindahanmu dijelajah mentari
Demikian Nadiputra membahas tentang orang-orang Melayu, dalam program Bulan Bahasa, dan dalam kebiasaan mereka menggunakan bahasa mereka. Demikian pula Nadiputra mengejek orang berfaham “kuku besi” dan pemerintah yang seumpama dengannya. Beliau mengejek dan menyindir mereka; bahawa cara begitu “sudah basi” akan tetapi masih mahu dipakai juga.
Janganlah berlagak kuku besi kerana hidangan itu sudah basi zaman ini semua itu tidak serasi darah setampuk pinang tak terisi kedudukan diidamkan masih ilusi
Nun di sebalik kaca mata semua permata hatilah menggilap petua bahwa bicara hati dan mata dua ego kuasa kan dedah belang jua kuku besi nada kasar falsafah tua
Kemudian ketika melihat kehidupan Melayu di sini, Nadiputra turut mengambil tahu dan memberi saranan dan nasihat kepada anak muda Melayu hari ini yang mahu ke mana.
Maka
Terseraplah roh Melayu di persada dunia jiwa murninya pada nusa dan bangsa zahir batinnya tega menunggak agama menanggung sama rintihan bangsa
Aduhai
Martabatkanlah di rongga dada Melayu ke makam terpuji dengan segala seru bukan sekadar lambang yang diburu tapi piagam jati diri yang satu-satu
Saya melihat bahawa Nadiputra ketika menyampaikan puisi-puisi menggunakan imejimej pantun dan syair; memakai bentuk empat atau lima serangkap dan dengan rima akhir “aaaa” syair dan ayat-ayatnya dibentuk dengan dua kerat umpamanya;
Renung
Duhai Melayu / anak-anak zaman ini
jangan lucut / pakaian pusaka pertiwi
turun temurunmu / kan kekal mewarisi
harummu / wangian ambar kasturi
Memang
lidah Laksamana / luhur dan mulia
bak kalimah / Tauhid dan Rasul jua
putih bersih / zahiriah dan bathiniah
tak kan Melayu / hilang di dunia
Seorang yang bernama Nadiputra; yang terkenal sebagai “pendrama” di Singapura ini yang teguh memeluk “drama” sebagai anak kandungnya yang tidak lepas-lepas dipeluknya selama lebih tujuh dekad. Sudah tentu bukan sahaja peminat teguhnya kenal mesra dengan beliau dan karya dramanya, akan tetapi rakyat umum bukan sahaja dari bangsanya mengenalnya, akan tetapi yang bukan bangsanya juga kenal dan tahu akan aktivitinya sebagai pendrama, penulis, pengarah, pelakon, pembimbing dan satu lagi yang istimewa; beliau boleh menyanyi; dan irama yang menjadi kegemarannya ialah “irama keroncong” iaitu irama yang tidak mudah untuk dialunkannya.
Itulah watak seorang aktivis seni, yang serba boleh, yang tidak ada tandingnya di sini, bahkan di daerah Nusantara ini barangkali, insya-Allah. Mungkin tokoh seni ini, yang saya kenal akrab sejak tahun-tahun 1980-an lagi, gemar bercanda. Kata-kata yang kita ucap akan dibalas dengan gaya berteka-teki. Sedang kita terpinga-peninga mencari jawapannya, beliau dengan senyum menjelaskan teka-teki beliau.
Ditinjau dari teori Teksdealisme Mana Sikana, Nadiputra telah meletakkan dirinya sebagai tokoh drama yang “luar biasa” dan sangat “istimewa”. Teks-teks dramanya dapat dianggap sebagai unggul.
Kesemuanya itu menjadikan Al-Mahdi Al-Haj Ibrahim atau Nadiputra, nama yang membuat beliau terkenal merupakan seorang pendrama sekaligus pemikir yang sangat dihormati dan disegani di sini dan di alam Nusantara, insya-Allah. Amin.
Seterusnya ialah penulis yang ketujuh, Jamal Ismail.
Yang Warak Yang Luar Biasa
Jamal Ismail lahir di Kampung Parit Ju, Sungai Sepang Kiri, Batu
Pahat, Johor, pada 13 Mei 1952. Beliau mula belajar di Sekolah Kebangsaan di Parit Ju, kemudian meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Teluk Kurau dan Sekolah Menengah Sang Nila Utama, di Singapura.
Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kesihatan Awam dan meraih Diploma Royal Society of Health
London 1977. Pada tahun 1979, beliau meraih pula Diploma Royal Society of Health London (in polution).
Jamal Ismail mula bertugas sebagai Penolong Merinyu Kesihatan Awam, di Kementerian Persekitaran Singapura dari 1972 hingga 1982. Kemudian dari 1982 hingga 1984, beliau menjadi Pengarah dan Penerbit Drama Unit Drama Melayu, Perbadanan Penyiaran Singapura. Dari 1995 hingga 1997, beliau menjadi Ketua Unit Audio Visual, Syarikat Penerbitan Karyawan One, Kuala Lumpur. Dari 1997 hingga 1999, beliau menjadi Pengurus Umum, Jasa Vision, Singapore. Pada 1999 hingga 2005, beliau menjadi Pengurus Umum, IMO Production Singapore dan akhir sekali pada 2005 hingga 2007 menjadi Konsultan Porision Progam Dokumantaro41, Firdaus Maju, Selangor Darul Ehsan, Malaysian. Pada 2007 hingga 2013, menjadi Penerbit Astro, Kuala Lumpur. Kemudian pada 2013 hingga 2016 menjadi Pengerus Umum, Program TV Mustfead, Kuala Lumpur dan akhir sekali pada 2016 hingga kini, menjadi konsultan Kreatif Program Islamik, pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif dan penulis bebas.
Jamal Ismail memulai bidang penulisannya dengan menulis cerpen berjudul “Satu Pilihan” (1972) tersiar di ruangan Cerpen Radio terbitan Encik Hashim Yusof di Radio Singapura, Beliau aktif di sudut ‘Penulis Perpustakaan Balai Rakyat Toa Payoh’. Mulai tahun 1980 beliau menjadi anggota ASAS’50 hingga 1982. Mulai pada tahun 1982, cerpencerpennya sering terbit di akhbar Berita Minggu, Dewan Sastera DBP Kuala Lumpur, dan Horison di Jakarta. Pada waktu yang sama ketika itu, beliau bertugas di Stesen Suria Singapura, dan sering pula menulis skrip drama dan mengarah drama pentas di Perkumpulan
41 Berdasarkan teks asal penulis kertas kerja ini, ketepatan program yang dinyatakan tidak dapat dikenal pasti.
Seni. Kemudian pada tahun 1992, beliau bertugas di Kuala Lumpur dan aktif menulis skrip drama TV Swasta di Malaysia dan Stesen Suria Singapura.
Jamal Ismail memulai kerjayanya sebagai pengarah dan penerbit drama di unit Drama Melayu, Perbadanan Penyiaran Singapura pada tahun 1979. Anugerah yang diterima: Hadiah Sastera cerpen “Yang” 1878; Hadiah Sastera (penghargaan) cerpen “Di Sebalik Fatamorgana” dan cerpen “Hikayat Hang Kulup” 1983; Hadiah Buku (Kepujian) Kumpulan Cerpen “Yang” oleh Majlis Pembangunan Buku Nasional Singapura (1984); Hadiah Sastera (Penghargaan) skrip pentas “Seperti Kaya Saya” (1985); Hadiah Buku (Kepujian) novel “Singsang” oleh Majlis Pembangunan Buku Nasional Singapura (1986); Finalis Skrip Filem Tv Terbaik Anugerah Skrin TV3 Malaysia; “Ilham Suci” (2005); Anugerah Persuratan Esei/Kritikan: Karya Sastera Penulis Singapura Tidak Layak ke TV?’ Majlis Bahasa Melayu Singapura; Anugerah Persuratan (Penghargaan) Cerpen “Pemburu Barakah”; Hadiah Merit Kategori Fiksyen Hadiah Sastera Singapura, novel “Tunjuk Langit” anjuran SBC dan NAC, 2020. Anugerah Penyiaran: Anugerah Loheh Noor, Festival Filem dan TV Negara-negara Islam Kementerian Penerangan Republik Islam Iran Siri Dokumentari “Tamadun Islam (China)”; Drama dan Pengarah Drama Terbaik; Pesta Perdana 2000, Singapura, untuk drama remaja “Bara”; Finalis Skrip Drama TV Terbaik Anugerah Skrin TV3 Malaysia untuk skrip “Ilham Suci” 2005; Penerbit Eksekutif Drama Astro Drama TV Terbaik & Pengarah Terbaik Anugerah Skrin TV3 Malaysia untuk telemovie “Sanggul Beracun” 2011; Sebagai Penerbit Eksekutif Drama Astro Siri Komedi Terbaik Anugerah Skrin TV3 Malaysia untuk Siri Komedi Terbaik “Keluarga Iskandar”.
Cerpen pertamanya menurut pengakuan Jamal Ismail berjudul “Satu Pilihan” telah dipancarkan oleh Encik Hashim Yusof, melalui Radio Singapura. Selepas itu cerpen-cerpennya kian mantap. Pada tahun 1992, beliau menulis dan mengarah drama “Perkumpulan Seni”. Dari tahun 1992 hingga 2014 beliau menulis skrip drama TV swasta di Malaysia dan Stesen Suara Singapura. Beliau ikut menjadi pengadil cerpen “Mencari Kristal” anjuran akhbar BH/ NM/NAC. Pada tahun 2017, beliau aktif mengendalikan Bengkel Penulisan Kreatif Cerpen untuk penuntut-penuntut Sekolah Menengah Tanjong Katong. Pada tahun 2018, beliau membimbing Bengkel Penulisan Cerpen, anjuran Mastera di Jakarta. Pada tahun 2019, beliau menjadi pembimbing Penulisan Adaptasi cerpen ke skrin anjuran KAMUS, Singapura dan akhir sekali pada tahun 2020, beliau menjadi pengadil Penulisan Cerpen Mastera Singapura.
1. Yang Kekucingan (Cetakan Pertama 1982 (Kedua: Kreatif Hands & Associate: 2016)
2. GOD(A) (Anggun Creative: 2018)
Sebagaimana yang kita tahu bahawa Jamal Ismail mula menulis tulisan kreatif pada tahun 1972, apabila sebuah cerpennya berjudul “Satu Pilihan” disiarkan di Radio Singapura. Selepas itu cerpennya terus-menerus tersiar di akhbar Berita Minggu Singapura, majalah Dewan Sastera Kuala Lumpur dan majalah Horison Jakarta. Kemudian kumpulan cerpen pertamanya yang diberi judul: “Yang Kekucingan” terbit pada 1982; dan diulang cetak pada 2016. Dr. Subari Sukaini, dalam buku tersebut menyatakan ada lapan buah cerpen berbentuk real dan lapan buah lagi berbentuk unreal. Beliau mengkategorikan yang unreal itu, ke dalam jurus absurdisme. Dengan ini, menurut beliau penulis Jamal Ismail mula membawa cerpencerpennya ke era tulisan “pascamodenisme”, walaupun kelihatannya masih bertahap-tahap.
Menurut saya apa yang disebut Dr. Subari sebagai bentuk unreal atau masuk ke jurus absurdisme itu, ialah cerpen-cerpen yang dalamnya ada unsur-unsur magis. Dan dengan itu gaya tulis aliran yang dipakai oleh Jamal Ismail; menurut saya, dari aliran realisme total yang membentuk fiksyennya secara total mengenai kisah-kisah manusia jembel atau manusia marhaen dengan menggunakan matanya memerhati dan telinganya mendengar kehidupan manusia derita sepanjang jalan; sekarang Jamal Ismail telah memasukkan dalam tulisan fiksyennya dengan unsur-unsur berbentuk sindiran dengan gaya atau stail realisme magis
Teliti dan fahamkan petikan yang saya catat dari sebuah cerpen beliau berjudul “Yang” yang masuk dalam jurus realisme magis Jamal Ismail menulis begini:
“Semasa di luar dia cuma diselubungi kekaguman: Pertama, kerana keunikan bangunan ini yang ternyata paling tinggi dan paling gagah dari bangunan lain. Kedua, kerana bangunan yang setinggi ini tidak berjendela dan dicat dengan warna hitam yang pekat. Jadi dia beranggapan tentulah panas berbahang bangunan ini bila ditikam matahari khatulistiwa.”
“Tapi di luar tidak seperti di dalam kekaguman dan beranggapan adalah satu usaha yang tergesagesa. Simpati mendapati keanehanlah yang lebih berpengaruh di dalam dirinya. Dan seperti seorang yang terselenge, dia mendapati hidungnya dicucuk supaya menuruti urus setia ke dalam lif.
“Semasa melangkah ke dalam lif, keanehannya berterusan. Kini dia dilemaskan pula oleh bohongnya pandangan mata. Eh, bagaimana ini? Dia cuba bertanya. Di luar tiada sebuah jendela pun dapat dijamah mata. Tapi di sini, di dalam lif ini, matanya mampu menjangkau yang unik ini. Dari batu kerikil di tepi jalan hingga ke awan yang merempuh di atas sana.”
Itulah sebahagian permulaan yang ganjil yang didapati oleh watak bernama “Simpati”. Kemudian saya kutip dan salin bahagian penutup daripada cerpen beraliran realisme magis ini dengan cebisan penutupnya:
“Sampai di sini saja. Masuklah ke bilik Ketua Jabatan kami itu. Saya tunggu di sini saja.” Dan dia membuang sebuah senyuman mengejek.
“Terima kasih.” Jawab Simpati. Sebelum melangkah, dia membuat semacam tinjauan kepada objek-objek di keliling bangunan setinggi 101 tingkat itu. Masih jelas dan tidak sedikitpun tersembunyi. Tapi semacam kesombongan telah mengembangkan kepalanya pada ketika itu juga. Kemudian dia pun masuk.
Perempuan muda itu masih berdiri tercegat semasa pintu bilik Ketua Jabatan ditutup. Dia tidak berkeinginan untuk berganjak menurut pelarian masa,”
“Oh, saudara!” pintu bilik itu terbuka kembali.
“Macam mana?”
“Tanyalah kepada Ketua Jabatan Saudara itu.”
“Kami tawarkan seluruh tingkat 101 ini untuk saudara. Buatlah sekehendak hati saudara.”
“Tidak terima kasih.”
“Kami akan adakan segala keperluan yang tuan kehendaki”
“Tuan tidak boleh memaksa saya.”
“Tapi kami sangat-sangat memerlukan tuan di sini!”
“Saya rasa asing dan sungguh aneh di sini. Biarkan saya pergi”
“Tidak Tuan tidak boleh membiarkan kami selamanya beini. Tuan Simpati, Tuan Simpati! Jangan biarkan kami terusan begini”
Perempuan muda itu jadi kebingungan melihat telatah Ketua Jabatan yang memanggil manusia Simpati dengan panggilan tuan.
Demikian cerpen Jamal Ismail yang berjudul “Yang” dan begitulah gaya atau stail penulisannya, membawa gaya tulis baharu yang memasukkan unsur-unsur aneh dan ganjil, tidak masuk akal, akan tetapi di situlah motif atau maksud yang ingin disampaikan olehnya. Memang tidak mudah memahaminya, Jikalau saudara-saudara belum dapat menangkap motif Jamal Ismail dengan apa yang saya gambarkan, silalah beli dan baca cerpen-cerpen yang Dr. Subari katakan sebagai unreal atau masuk ke jurus absurdisme, dan saya katakan menurut pengkritik dan penggubah teori Teksdealisme Mana Sikana (Dr. A. Rahman Hanafiah) bahawa Jamal Ismail telah mula menjurus penulisannya ke jurusan realisme magis, sebagaimana yang dilakukan oleh A. Samad Said dan Shahnon Ahmad. Maka itu, saya katakan Jamal Ismail, dalam cerpen-cerpen baharunya menjurus ke tulisan realisme magis!
Dalam cerpen-cerpen berjudul “Di Sebalik Fatamorgana” dan “Cerita Asal Usul” merupakan contoh-contoh cerpen Jamal Ismail yang masuk ke jurus realisme magis juga. Jika anda meneliti kumpulan cerpen Jamal Ismail yang kedua yang berjudul “GOD(A)” terbitan Unggun Creative (2018) akan anda temui juga sebahagian cerpennya berbentuk magis semacam ini dalamnya, iaitu: “Pemburu Barakah” dan “Goda”. Umpamanya sebagai contoh saya petik daripada cerpen berjudul “Goda”. Saya turunkan secebis dari bahagian permulaan cerpen ini:
“Kami berjalan lemah seperti sekawan dubuk yang kehausan. Mengheret kaki, mengembara jauh ke dalam sebuah padang pasir. Sudah tiga hari tidak bertemu air, Sebuah telaga telah kami tinggalkan kira-kira tiga hari lalu kerana dipenuhi pasir.
“Seorang peladang telah datang ke sana untuk mencari air. Nasibnya seperti kami. Kecundang. Pertama kali bertemu dengannya, kami berbual perihal unggas-unggas yang mati bergelimpangan di sekitar telaga pasir.
“Adakah kau fikir mereka semua telah mati dahaga?” tanyaku melihat peladang itu berteleku di hadapan beberapa bangkai unggas....
Saya petik bahagian tengah cerpen ini:
“....Pada waktu dhuha hari keempat, kami dicelikkan oleh sejenis bunyi yang amat nyaring lagi mendesah. Sekawan lebah sedang mengerumuni sebuah peti besar. Kami terjaga kerana lebahlebah itu telah menerbangkan bungkusan musafir kami. Dihempasnya ke atas peti besar tersebut.
Apabila terdengar dentuman itu, tahulah kami bahawa peti itu diperbuat daripada sejenis logam kukuh.
Akhirnya mereka berundur perlahan. Seakan-akan mengalah. Namun tiba-tiba berkumpul semula lalu beratur menjadi menjadi empat kumpulan, menerbangkan peti besi tinggi mencecah awan.
Tetapi tidak lama kemudian, kami sampai di sebuah pekan yang ramai penghuninya, Terdapat sebuah pasar menjual bermacam-macam barang dagangan. Di antara dagangan yang menarik kami ialah sebuah gerai menjual bayang-bayang...
Begitulah akhir dari cepen GOD(A). Itulah cerpen unreal menurut Dr. Subari. Sasterawan Negara Malaysia Dato Dr Anwar Ridhwan, dalam kata pengantar buku ini menyebut antara lain:
“... pabila kita membaca semua 10 cerpen di dalam buku ini, kita akan mendapati bahawa ada
suatu ‘roh’ yang mengikat kesemuanya. Cerpen-cerpen di dalam buku ini secara jelas membawa kesedaran pembaca akan hubungan horizontal hablumminannas dan hubungan vertikal hablumminallah, seperti laungan azan (Muazan Rahman) sebagai alat berkomunikasi menyeru sesuatu tujuan kepada sesama manusia, malah dalam detik yang sama meneguhkan hakikat akan hubungan manusia dengan (Yang) Maha Pencipta....”
Kumpulan cerpen “GOD(A)” ini memenangi hadiah kumpulan cerpen Anugerah Persuratan bagi tahun 2020-2021.
1. Songsang (Perkumpulan Seni (1948); Ulang Cetak (Kreatif Hands & Associate (2017)
2. Tunjuk Langit (Unggun Creative: 2019)
3. Ombak Selatan (PRAKXIS: 2021)
4. Mustafa (Majlis Pusat: 2022)
Saya telah melakukan perbandingan sintaksis (pembentukan ayat) dari tiga buah novel, iaitu: (1) “Darah Kedayan” (1947) oleh Harun Aminurrashid; (2) “Mail Mau Kawin” (1976) oleh Muhammad Ariff Ahmad (Mas) dan (3) “Songsang” (1984) oleh Jamal Ismail. Perbandingan yang saya ingin lakukan ialah: Perbezaan umum dalam pembentukan ayatayatnya. Saya dapati secara ringkas: (1) Harun, gemar membentuk ayat-ayat yang panjang:
1. Di antara rimba-rimba dan bukit-bukit Berunai yang tidak berapa jauh dari tepi pantai Laut Cina kelihatan sebuah kampung Melayu iaitu didiami sepuluh bangsa Melayu yang dinamakan orang Kedayan.
2. Di keliling rumah-rumah itu penuh dengan pokok-pokok pisang, tebu dan ubi kayu dan nanas.
Sebaliknya bentuk-bentuk ayat (Mas) dalam “Mail Mau Kawin” (MMK); pendek-pendek dan padat. Ciri kedua ayat Mas, diberi keterangan untuk menjelaskan ayat sebelumnya.
1. Dalam keheningan itu Basirun dan Badrun sampai di muka pintu rumah Haji Muin.
2. Haji Muin sedang berkhayal apabila seorang kanak-kanak menunggang basikal menuju ke arahnya; betul-betul semeter jaraknya dari bendul pintu rumahnya.
Jamal Ismail dalam “Songsang” dengan gaya pembentukan ayat lebih singkat, sebagai ciri pertamanya. Ciri kedua ayat Jamal Ismail, sering tidak punya subjek.
1. Sedikit-dikit, ramai jemaah yang berlalu. Berurusan lagi. Waktu pejabat masih lama lagi. Hanya empat lima pasang kasut masih menanti tuannya di pintu masjid dekat pejabat pelancongan.
2. Dalam suratnya dia agak marah. Tidak tahan hidup lebih lama. Malu dengan orang tuanya. Marah padaku. Benci pada semua. Sebab itu dia hendak bunuh diri.
Ketika menulis novel “Songsang” Jamal Ismail masih tetap utuh sebagai penulis realisme total, mencedok perjalanan manusia yang normal sebagai gaya berceritanya. Jamal tidak mengambil sebagaimana gaya bercerita yang digunakan dalam dua kumpulan cerpen yang mengandungi bentuk-bentuk yang disebut-sebut oleh Dr. Subari Sukaini, sebagai ada unsur-unsur absurdisme. Novel “Songsang” ditulis oleh Jamal Ismail dengan gaya yang saya sebutkan sebagai gaya realisme total. Ertinya Jamal Ismail tidak memasukan sedikitpun unsur-unsur magis, seperti istilah yang dipakai oleh Mana Sikana.
Ketika menulis pengantar novel “Songsang” edisi kedua yang diterbitkan oleh Kreatif Hands & Associates (1984) Dr. Azhar Ibrahim, dalam pembuka pengantarnya menyebut begini:
“Jika diumpamakan kehidupan ini sebagai laluan masuk ke gerbang-gerbang untuk menentukan jalan hidup, maka boleh kita bayangkan sektika seperti berikut: Ada gerbang bernama Nurani, dan satu pula bernama Naluri. Bahawa kita semua harus melalui dan tiada seorang pun yang terlepas atau terkecuali melaluinya. Tetapi setiap gerbang ini menawarkan lainan kadar keperluan, kebergunaan dan keasyikannya. Siapa yang sudah masuk atau lalu suatu gerbang harus ketahui ada gerbang-gerbang lain yang harus sama mereka terokai dan kenali. Tetapi ramai juga yang tersendat dalam satu gerbang khasnya apabila keasyikannya mengaburkan matlamat kita untuk menambah perjalanan dan pencarian hakiki. Apapun tiada gerbang yang muktamad, dan kesemua gerbang harus kita kenali dan lalui.
Dari ilham karya Jamal Ismail persoalan pertimbangan dan pertembungan antara naluri yang mengasuh dan menilai dengan naluri yang harus terkendali, menjadi tema yang mahu dipermasalahkan. Ia satu percubaan yang agak baik terolah dalam bentuk novel. Tumpuan cerita dalam novel ini bukanlah sisi realismenya tetapi mengarah kepada pengungkapan hidup seorang watak bernama Ramadhan yang terbelah dengan pertimbangan nurani, kadang terluncur oleh desakan naluri, dengan timbal-balik yang kadang menjadikan beliau dalam keraguan dan kegundahan. Apapun watak seperti beliau harus memilih dengan waras dan juga tahu ada pembawaan dalaman yang harus dikendali dengan tegas.”
Novel kedua Jamal Ismail berjudul “Tunjuk Langit” (Unggun Creative: 2019) Tema yang diangkat oleh Jamal Ismail adalah mengenai kahidupan orang-orang tua di rumah tumpangan orang-orang tua, atau Rumah Jompo, istilah Indonesia. Jamal tetap dengan gaya realisme totalnya. Ketika diminta oleh penerbit untuk berkata sepatah tentang novel tersebut, saya katakan begini:
“Novel “Tunjuk Langit’ sangat unik, Jamal Ismail, berbakat alam yang kreatif, menampilkan insiden-insiden lucu tetapi penuh sindiran tentang akhir zaman dalam mana anak-anak
meletakkan orang tuanya di rumah-rumah jompo. Menurut watak Habeb, yang prihatin terhadap penutupan rumah jompo. “Tunjuk Langit’, Jamal Ismail menjalinkan kisah-kisah realistik dengan imaginatif, apabila Habeb mencipta kanopi terapung di angkasa Marina Bay, ketika Pesta Belon Panas sedang berlangsung. Pihak Berkuasa merayu Habeb menurunkan kanopinya, tetapi tidak berhasil. Di kain rentang yang tergantung di kanopi, terpampang: “WE don’t need you, but you need US.” Akhirnya bukan sahaja kanopi itu menjadi kristal – Bahkan ia menjadi ‘Keajaiban Dunia Kelapan’ – dan bahkan dari kanopi itu terus melaungkan azan lima kali setiap hari.
Novel ketiganya “Ombak Selatan” (PRAKXIS: 2021) dan novel terbarunya “Mustafa” (Majlis Pusat: 2022) kesemua novel terebut, ditulis dengan gaya realisme total.
Jamal Ismail adalah salah seorang penulis drama tv di Singapura dan di Kuala Lumpur yang aktif dan terbaik, dan banyak hasil dramanya dipancarkan di TV Singapura dan Malaysia; ada tiga drama yang terbaiknya yang sempat saya kutip dan saya fikir banyak memberikan pengajaran dan sindiran kepada masyarakat jembel dan marhaen. Drama pertama berjudul “Ilham Suci” ini bermotif: Jika niat seseorang itu baik; ikhlas tidak mengharapkan balasan, akan mendapat kerelaan dan ganjaran dari Allah jua. Watak Ilham yang menggantikan Iddin menjual nasi lemak (yang disangkanya dia yang membunuh Iddin, kerana dia menumbuk Iddin hingga pengsan); menjadi ibu bapanya orang kaya yang sentiasa bertengkar dan bergaduh, sedar mengapa anaknya tak betah di rumah tetapi membantu orang miskin dengan berjual kuih. Bapanya Jamal Amir Nasir rela mengambil Mashita (orang miskin menjadi isteri keduanya; setelah dicarikan oleh isteri pertamanya (Insyirah); daripada perempuan hotel menjadi madu kepada isterinya. Shahrul rela menyerahkan satu ganjilnya kepada ibunya (Salina), demi menyelamatkan ibunya, akhirnya mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran muziknya.
Drama keduanya berjudul “Kaabah di Depan Rumah” kisah Pak Shahid yang suka menolong orang mendapat keredhaan Allah. Pertama dia menolong perniagaan anak lelakinya sebanyak lima ribu ringgit kerana perniagaannya. Kedua menolong menjamin menantu yang ditangkap kerana masalah dadah. Ketiga, menolong jirannya Hassan yang memerlukan wang sebanyak dua puluh ribu ringgit kerana isterinya warga asing dimasukkan hospital untuk bersalin. Keempat menolong saudagar Sulaiman (yang tidak dikenali) yang kehabisan wang untuk ke Kuala Lumpur. Kelima membantu Ustaz A. Bakar yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Semua pertolongan itu, adalah dari wang tabungannya hendak menunaikan hajinya. Bagaimanapun, sebelum sempat menunaikan haji, Pak Shahid meninggal dunia dalam keadaan sujud, setelah diketahui oleh cucunya. Bagaimanapun dalam drama ini Jamal Ismail memasukkan unsur-unsur watak suci (malaikat?) yang
ditemuinya; pertama kali di kedai makan, ketika Pak Shahid hendak memasukkan wang zakat haji di Pejabat Tabung Haji. Seorang tua berpakaian lusuh, duduk di tepi kedai dengan keadaan daif. Pak Shahid belikan makanan untuknya, tetapi pembantu kedai agak keberatan, khuatir pelanggannya lari atau tak mahu makan di kedainya, khuatir orang-orang berasa geli untuk makan di kedainya. Kali kedua, watak suci dengan pakaian bersih seperti orang alim muncul di rumah Pak Shahid, ketika Pak Shahid selesai solat. Watak tersebut menyatakan bahawa Pak Shahid telah dijamin untuk menunaikan haji dan mendapat haji yang mabrur dan selepas itu watak itu pun ghaib. Sesungguhnya, jirannya Hassan yang beristerikan orang Indonesia kembali ke kampung, berasa hairan sekali mendapati Pak Shahid meninggal, sedangkan Hassan menyatakan dia sama-sama menunaikan semua rukun haji bersamasama Pak Shahid, bersama-samanya sewaktu bulan haji yang baru lalu.
Drama ketiga berjudul “Pokok Kalau Tak Berbuah” adalah mengenai Bilal kampung
Benut bernama Hj Hashim, yang pulang berehat ke rumah anaknya Imran di Kuala Lumpur yang mendapati anaknya Imran (ahli perniagaan); isterinya Hamidah (guru besar); dan tiga orang anak-anaknya: Amirul (wartawan TV); Irma siswa dan Hakim (pelajar). Bahawa mereka semua tidak pernah solat berjemaah di masjid, sedang dua masjid berdekatan dengan kediamannya. Penulis, menyuguh tema manusia supaya jangan ringan-ringankan hal ini. Pendrama Jamal Ismail, menyuguh dialog-dialog dan gambaran yang bersahaja akan tetapi dengan dialog dan gambaran yang menusuk penonton. Pertama, Imran meminta kepada isteri dan anak-anaknya supaya bergilir-gilir menemani Haji Hashim bersolat tiap fardu; dari Subuh hingga ke Isyak. Mulai dengan Imran sendiri bangun tiap Subuh bersolat bersama ayahnya di masjid. Sedang isteri dan tiga orang anak-anaknya bergilir-gilir menemani Hj Hashim solat di masjid. Ada dua dialog dalam drama ini yang perlu diambil, dipelajari dan diamalkan oleh kita masyarakat yang menyatakan sibuk tak sempat solat berjemaah di masjid.
Pertama, kata Haji Hashim kepada anaknya Imran: “Kalau nak hidup selamat, dunia ni sebaik-baiknya diletakkan di tangan aja. Jangan melekat di hati. Tadbir dia elok-elok. Bukan dicintai. Kalau dah melekat di hati susah kita nanti.” Nasihat ini mungkin dikenakan kepada cucu-cucunya yang suka menonton bola, main game dengan alatan canggih, sehingga lupa makan dan lupa solat.
Dialog kedua: “Selesaikan dulu urusan kita dengan Allah. Nanti Allah akan selesaikan pula urusan kita dengan manusia.” Nasihat ini diberikan datuk kepada cucunya wartawan TV Amirul, yang menghantar datuknya ke masjid, tapi tidak mahu solat Zuhur bersama, kerana ketuanya sudah menelefon agar lekas datang ke ofis.
Dialog ketiga: “Ilmu yang berkat tu didatangi bukan mendatangi!” Nasihat ini diberikan kepada anaknya Imran, yang menyatakan bahawa makmum di masjid sering memilih-milih ceramah di masjid menurut siapa pensyarahnya, bukan tajuk ceramahnya.
Ketika saya mengikuti gaya tulis penulis Indonesia Iwan Simatupang dengan novel-novelnya yang terus-menerus mantap berunsur magis sebagai gayanya yang tersendiri. Kenyataan ini dapat ditelusuri dalam novel-novel yang ditulisnya. Banyak penelaah sastera Indonesia menyatakan bahawa Iwan Simatupang, yang mencari gaya tulis novel baharunya telah menemui gaya “Merahnya Merah” (1968); “Ziarah” (1969); “Kering” (1972) dan “Kooong” (1975). Ketika saya tanyakan kepada Jamal Ismail, mengapa beliau tidak meneruskan gaya penulisan realisme magisnya ketika menulis novel-novelnya. Beliau dengan tegas menyatakan, bahawa beliau menggunakan sesuatu gaya tulis menurut keperluannya. Tentu sekali katanya, bahawa ketika kita menulis sesuatu yang berunsur sejarah seperti novel terbaharunya “Mustafa” tak akan mungkin kita masukkan sesuatu yang berunsur magis. Bagaimanapun, Jamal Ismail dengan gaya tulisannya yang mantap telah menjadikan beliau sebagai penulis cerpen dan novel Singapura yang terkenal bukan sahaja di Singapura bahkan di alam Nusantara ini.
Saya mengikuti tulisan-tulisan pengarang Indonesia Iwan Simatupang dengan gaya tersendirinya. Dilihat dari bentuk novel konventional, struktur ceritanya Iwan Simatupang tampak aneh dan tokoh-tokohnya tak masuk akal. Bagaimana mungkin seorang mantan rahab menjadi algojo pembunuh, dan kemudian hidup bersama para pekerja seks komersial tanpa berasa berdosa dan kemudian menjadi gelandangan. Hal begitu terdapat dalam “Merahnya Merah” (1995). Sebelum itu “Ziarah” (1969), kemudian disusul dengan “Kooong” (1975) dan akhir sekali “Kering” (1976). Dilihat dari struktur cerita dan watak-wataknya memang mengandungi satu gaya yang sangat luar biasa jika dibandingkan dengan novelnovel konvensional, demikian H.B. Jassin mengagaknya. Yang menjadi persoalan saya, jika dibanding dengan gaya baru yang digunakan oleh Jamal Ismail, yang menyeluruh dengan gaya realisme magisnya. Jamal Ismail menerangkan, bahawa beliau menggunakan gaya atau stail baharunya menurut keperluan lakar, tema, motif dan objektifnya. “Jika saya menulis novel berdasarkan sejarah, umpamanya novel terbaharunya “Mustafa” (2023), tak akan mungkin saya memasukkan perkara-perkara yang berlawanan dengan keadaan nyata dan benar”. Dilihat dari teori Teksdealisme, yang berpegang kepada karya yang unggul berada dalam struktur yang unggul. Membaca cerpen-cerpen Jamal Ismail umpamanya “Fatamorgana” (1984) dan “GOD(A)” (2022) dengan gaya pembaharuan yang dibawanya, saya melihat bahawa Jamal Ismail telah berhasil membentuk strukturnya yang tersendiri. Subjek idealisme magis penulis adalah mengemukakan suatu konsep bercerita dengan
memasukkan gaya atau stail; berfikir dan berfikir yakni sesuatu perkara yang terjadi tidak semestinya berkesudahan dengan satu kesudahan yang normal, kadang-kadang sesuatu perkara itu terjadi dengan tidak normal. Kehidupan manusia di dunia ini, tidak semuanya atau seluruhnya berakhir dengan baik; sebaliknya tidak jarang pula ada manusia yang mengalami sebaliknya. Bagaimanapun Jamal Ismail sebagai penulis dan seniman telah berjaya membentuk keindividualismenya, dan ini ialah satu unsur daripada teori teksdealisme
Mana Sikana bahawa Jamal Ismail telah mengukuhkan kehadirannya dengan gaya atau stailnya yang tidak dimiliki oleh lain-lain penulis. Yang ketiga beliau telah melakukan pelanggaran terhadap perkara-perkara yang normal.
Sebagai penulis cerpen, novel dan drama di Singapura, saya kira sekarang ini, sukar bagi sesiapapun juga di sini untuk menandingi kebolehan dan keistimewaannya.
Penulis-penulis yang saya kategorikan dalam kelompok atau kumpulan ketiga ialah Hamid Ismail (HI) dan Hadijah Rahmat (HR).
Hamid Ismail dan Hadijah Rahmat menggunakan unsur alam semula jadi dalam tulisantulisan mereka. Persoalan-persoalan masyarakat yang dikupas melibatkan alam dengan manusia dan manusia secara berkumpulan yang melibatkan alam diri, pemerintahan, masyarakat, perantauan, dan juga pemikiran. Isu-isu seperti perkara-perkara yang kecil yang sering dilalui oleh manusia dibangkitkan melalui watak-watak yang terdapat dalam alam semulajadi termasuklah makhluk lain selain manusia seperti semut, kupu-kupu dan lebah. Namun begitu isu-isu remeh dan kecil ini sebenarnya mempunyai impak atau kesan yang besar dan mendalam kepada kehidupan manusia.
Gagasan idea yang sering dipaparkan oleh Hamid Ismail adalah tentang sikap manusia yang sering mengharapkan sesuatu yang belum tentu diperoleh atau dapat. Biasanya Hamid membangkitkan hal-hal yang kecil dan biasa yang berlaku atau ada dalam kehidupan tetapi memberikan impak yang besar atau memberikan makna yang mendalam. Pembaca diminta untuk berfikir secara mendalam atau “deep thinking”
Hamid Ismail mengemukakan watak-watak daripada alam semula jadi seperti semut, lebah, kupu-kupu, serta benda-benda yang terdapat dalam alam nyata seperti permainan congkak dan gasing.
Pertama saya melihat penyair HI dengan susunan ayat yang cukup sebati dan sejalan dengan motif yang ingin disampaikannya. Pada umumnya, saya perhatikan HI membentuk ayat dan frasanya, bertingkah dan berirama. Hamid Ismail melakukan penambahan “kata” atau “frasa” dalam sajak-sajak yang dihasilkan dengan beliau membuat atau membentuk tambahan-tambahan tersebut, menjadikan ayatnya berirama dan bersenandung bagai ayat atau frasa dalam seni kata dalam lagu, sehingga menjadikan sendu dan enak dibaca (jika dideklamasikan).
Kemungkinan kebanyakan penyair tidak mungkin menambah “kata atau frasa” yang ada dalam kurungan. Inilah keistimewaan HI, tambahan-tambahan tersebut menjadikan bukan sahaja ayat-ayatnya sedap didengar bahkan menjadi semacam melodi dalam ayat-
ayat dalam sejak beliau. Menjadi melankolik, menjadi irama yang menguatkan makna yang ingin disampaikannya. Perkara ini menurut terori Teksdealisme Mana Sikana, ialah satu pelanggaran yang mengukuhkan kehadiran penyair HI dalam perkembangan penulisan atau penciptaan puisi-puisi di tanah air kita.
Pelanggaran kedua yang dilakukan oleh HI adalah akhir-akhir ini, banyak tema-tema sajaknya ditukil dari alam; tumbuh-tumbuhan, haiwan, serangga, proses kejadian ciptaan Allah, umpama bulan, matahari, atau yang seumpama dengannya.
Hadijah Rahmat dalam kesibukannya, beliau ialah satu-satunya penyair Melayu Singapura, yang mengambil “alam semula jadi” menjadi tema-tema puisinya, dengan janji bertekad. Saya telah menelusuri sajak-sajak yang ditulis oleh beliau dalam kumpulan puisinya yang berjudul “Di Tengah Alam” dan “Kurnia Alam” sesungguhnya percubaannya mencari dan memberi makna pada unsur-unsur itu terbukti berjaya dilakukan oleh cendekiawan penyair realisme total ini. Dengan ini sekali lagi membuktikan bahawa sepanjang hayat saya mendekati sastera Nusantara ini, belum saya temui penyair yang dapat menandinginya mengambil “tema alam semula jadi” menjadi tema-tema khususnya. Di samping itu, gaya bahasanya yang indah melankolik tetapi tepat menuju sasarannya.
Penulis yang kelapan ialah Hamid Ismail.
Manusia Pendiam Yang Berbakat
Hamid Ismail lahir pada 18 Mei 1948. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Siglap, Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan Sekolah Menengah Sang Nila Utama. Beliau menyambung kuliah di Universiti Singapura hingga ke tahun pertama sahaja. Hamid Ismail pernah bertugas sebagai Penolong Penyelidik, di Radio dan Televisyen Singapura, sebagai “pembaca” (reader) di Kementerian Kebudayaan, penulis skrip sepenuh masa di Perbadanan Penyiaran Singapura.
Hamid Ismail telah menunjukkan bakatnya dengan memenangi peraduan-peraduan penulisan, antaranya: Hadiah pertama Penulisan Puisi dengan judul puisinya: “Kubiarkan
Sekuntum Bunga Merah di Atas Perca Putih” (1977), Hadiah Ketiga dengan menulis cerpen “Mak Ngah Yah Tidak Mahu Dimadukan” (1977), diikuti dengan lima skrip dramanya: “Anjing Diplomat” (Hadiah Persuratan; 1993); “Singkap” (1995) (Hadiah Penghargaan); “Antara Pasrah dan Pitrah”; “Masih ADA Bintang di Turkey”; “Syawal Kembali Lagi” (2009) telah mendapat Anugerah Persuratan Majlis Bahasa Melayu Singapura. Hamid Ismail baru menerima gelaran Anugerah Tun Seri Lanang, pada 10 April 2021 yang baru berlalu.
Sajak atau puisi yang ditulis oleh MIA banyak mengkritik keadaan hidup bangsa Melayu dalam tahun-tahun Singapura masih dalam Penjajah Inggeris, baik dari segi isinya yang tegas dan berani. Begitu pula, jika dilihat dari segi bentuk-bentuk puisi bebas, tidak terikat dari segi ikatan-ikatan pantun, empat seuntai dengan rima “abab”, atau dari rima syair “aaaa”. Akan tetapi bentuk bebas dan malah ada mirip-mirip puisi berbentuk tipografi Sebaliknya penyair Hamid Ismail (HI) tidak mengkritik dengan jelas dan terang bangsa Melayu yang lemah yang tertekan dalam negaranya sendiri yang telah merdeka, tetapi HI terus mencipta sajak atau puisinya, dengan “falsafah kehidupan”. Sindiran-sindirannya ditulis dengan sangat halus berfalsafah, berhemah dan berbunga-bunga. Dari buku kumpulan puisinya yang pertama berjudul “Suara Dalam” (2013), penyair HI membahagikan sajak-sajaknya kepada tiga kelompok; iaitu pertama “Suara Atas Kertas”; merupakan sajak-sajak awalnya yang pernah tersiar di Berita Minggu. Kumpulan kedua “Suara Sepuhan Emas” (merupakan sajak-sajak yang pernah mendapat anugerah “Pena Emas/ Golden Point Award” 2011), dan kumpulan ketiga diberi nama “Suara Di Dalam Peti” yakni, sajak-sajak yang belum pernah tersiar di mana-mana, dengan lain kata, kumpulan ini merupakan sajak-sajak mutakhirnya.
Dalam kumpulan kedua (Suara Sepuhan Emas), umpamanya sajak berjudul “Perjalanan Sebuah Sajak Luka” Penyair HI mengibaratkan dirinya sebagai penyair “pemabuk yang kehausan tuak rindu”. Sajak panjang dua halaman ini, menceritakan perjalanan seorang penyair menyungsung kehidupan yang getir, tercetus dalam kata-katanya:
Ingatan seorang penyair mengalir larut dalam puing-puing zikir
meresap dalam dinding waktu dibawanya doa sepanjang perjalanan
Ya Tuhan ampunilah dosaku
kerana aku telah memintal bait-bait luka
menganyamkan kata-kata syahdu
sedangkan makna masih sukar kugapai masih menyembunyikan sengsaraku
begitu halus dan tepu
Penyair HI dalam kata-kata yang disusun dalam rangkap kedua sajaknya berjudul “Perjalanan Sebuah Sajak Luka”, jika kita teliti dengan saksama, ternyata beliau ingin menyampaikan motifnya, bahawa “penyair” dalam kembaranya yang getir itu, ialah manusia yang tidak lepas daripada “kehidupan” manusia biasa yang terbentuk dengan kehidupan yang lumrah. Sajak-sajak HI, bukanlah seperti sajak-sajak Mohamed Latiff Mohamed, yang lantang menyampaikan suara-suara dalamnya dengan jelas dan terang, tanpa seorang pengkritik menolong menafsirkan kepada pembaca biasa. Sebaliknya sajak-sajak HI, memerlukan pengkritik menolong pembaca biasa mencari motif yang ingin disampaikannya kepada pembacanya. Bagaimanapun juga, penyair HI ingin menyampaikan hasrat dalam sajaknya “Perjalanan Sebuah Sajak Luka” begitu halus dan lembut dalam maknanya:
dia yang memberi makna sebelum kata-kata atau kata-kata yang wujud memberi makna lalu seorang penyair meneruskan perjalanannya sambil mencipta sebuah sajak luka
kerana dunianya adalah sebuah cermin dan hidup berakhir dengan kematian
Kemudian penyair HI melepaskan motifnya dalam rangkap akhirnya yang menyebut begini:
Selagi darah masih mengalir
dalam batang tubuh seorang penyair bibirnya bergetar dalam ingat lupa
mencipta sebuah sajak luka kata-kata ampun dan dukacita.
Dalam sajak ini, HI menyindir manusia hari ini yang banyak berpura-pura. Nikmati dan fahami kata beliau dalam rangkap pertama, begini kata beliau:
Hari ini masih ramai lagi wajah-wajah bisu terpencil dalam kamar depan skrin komputer baru namun aksara sudah jatuh berderai kata-kata tidak memberikan makna lagi
tentang apa-apa yang terjadi di sini
hati budi tidak dipersoalkan lagi
tentang apa-apa yang berlaku di sana kegelisahan para pelaku hanya di astaka maya.
Penulis atau penyair yang dewasa sentiasa memerhatikan alam yang penuh dengan kejadian yang beraneka rupa bentuk dan rupa, umpamanya tumbuh-tumbuhan yang besar dan kecil, yang dibentuk oleh Yang Maha Kuasa dengan tujuan-tujuan yang tertentu pula. Demikian pula semut, kerengga, anai-anai dan lain-lain yang seumpamanya adalah dengan cara gerak hidupnya mempunyai gaya masing-masing akan tetapi semuanya itu telah diaturtentukan oleh Penciptanya juga. Hal-hal ini diamati diperhati dan dikaji oleh penyair Hamid Ismail, seperti mana dalam sajaknya berjudul “Umpama Siasah Manusia Serangga” (BM:26/6/23) Mari kita amati apakah yang ingin disampaikan oleh HI, dalam rangkap pertama sajak ini:
Sekarang kubiarkan saja kakiku mencari arah lapan sayap angin tumbuh di badanku terasa semut-semut kerana tidur yang berpanjangan setiap langkah yang bertentangan berdepan jalan kebingungan aku lihat sega busut dan bukit perlindungan telah kau ratakan “Ini hadiah untuk mereka yang menghalang kemajuan” tapi aku dan mereka tidak lagi memandang mentari yang terbenam entah siapa lagi yang masih rindukan bulan pernama.
Apakah anda selaku penulis atau penyair berfikir atau memikirkan bahawa tulisan fiksyen yang anda tulis akan dibaca orang dan akan ditafsir orang? Hal ini yang pertamatama yang harus anda sebagai penyair atau penulis fikirkan. Kalau anda tidak berbuat demikian, bermakna “anda syiok sendiri” dan dengan begitu letak duduknya, pada umumnya tulisan fiksyen anda akan “kosong” atau kurang hubungannya antara anda sebagai penulis atau penyair dengan khalayak. Nah, jika anda amati isi dalam rangkap pertama sajak penyair HI ini, saya kira, beliau berfikir dan berfikir. Beliau meminta manusia seharusnya sentiasa berfikir. Dalam rangkap pertama, saya melihat penyair HI mengambil serengga semut sebagai “objek”nya. Bayangkan jika anda pulang ke rumah anda, tiba-tiba anda dapati rumah anda telah “runtuh berantakan!” Tentu sekali, pertama-tama anda marah, kesal terhadap sesiapa yang melakukannya. Demikianlah, semut-semut yang pulang ke sarangnya, tiba-tiba sarangnya telah musnah dan rata, sama dengan tanah-tanah biasa!
Lalu penyair HI menyifatkan jika ada manusia yang melakukan sesuatu perbuatan semacam itu, penyair mengibaratkan sebagai: “Ini hadiah untuk mereka yang menghalang kemajuan.”
Dari ibarat yang diberikan oleh penyair HI di atas itu, saya bertanya: “Bagaimana pemerintah sesebuah negara yang melakukan sistem yang tidak adil?” Atau bagaimana pula sesebuah Penguasa dalam sebuah negara yang melakukan serangan terhadap negara tetangganya? Banyak pertanyaan lain yang boleh saya atau anda kemukakan, bukan? Penyair
HI menutup rangkap sajaknya ini, dengan menyebut: “tapi aku dan mereka tidak lagi memandang mentari yang terbenam; entah siapa lagi yang masih rindukan bulan”.
Sekilas pantas penyair HI menghubungkan kejadian tersebut, adanya begitu kerana mereka yang melakukan perbuatan “merosakkan” itu adalah kerana mereka tidak memikirkan bahawa melakukan hal-hal begitu tidak disenangi Allah. Apabila anda terbaca tulisan Harun Yahya dengan bukunya “Deep Thinking”, Beliau menyifatkan orang yang bersifat semacam itu, dirujuknya dengan Al-Quran, surah [Al-Mu’minun:23:1-3]:
“Sungguh berbahagia orang-orang mukmin, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka, dan orang-orang yang berpaling dan melakukan kerja sia-sia.”
Mari kita telusuri rangkap kedua dari sajak ini:
Aku tahu kupu-kupu masih bergantungan di bilik persidangan yang kau sorokkan bersama keburukan dan kesilapan masa lalu kau mengajar kami supaya bangga dan percaya pada setiap arca buatanmu di kotak TV, kamar tidur dan segala tipu helah tentang sayap-sayap terbang kau memang pintar berhujah hujat yang berat menjadi rengan percayalah, ahli pemikir telah bersatu dengan pembuat mimpi “Kau dan mereka harus bekerja seperti anai-anai.” kami pun meratah berita-berita sensasi yang kau beri
sarapan kepalsuan yang sudah basi
lebih mematikan akal dari racun serangga.
Dalam rangkap kedua sejaknya, penyair HI mengusulkan pembaca yang mahu berfikir; anda harus sedar bahawa di bilik persidangan manapun juga, percakapan anda dirakam. Di sini HI menyindir bahawa “kupu-kupu” itu ialah alat perakam rahsia yang sedia ada. HI menyindir, ’engkau’ merakam, tetapi engkau juga “menyorok” segala keburukan dan kesalahan yang telah engkau lakukan. Dari setiap berita dari TV yang kau dengar itu adalah tipu helah da’ayahmu, dan itu adalah ibarat sarapan sudah basi yang kau suguh kepadaku. Dan ibarat yang diberikan oleh HI hal-hal itu sebagai “racun serangga”.
Akhirnya mari kita telusuri rangkap ketiga dari sajak ini:
Sekarang kubiarkan saja tanganku mengumpul daun kering empat giliran musim menggoncang setiap ranting dan dahanku ternyata hanya igauan kerana kepalaku adalah sarang semut maka itu aku tidak mampu tidur berpanjangan lagi kerana kami semua sudah menjadi serangga yang berjaga dan bekerja
tuan-tuan yang berkuasa pun tidak pernah berdiam diri.
“Inilah demokrasi baru-demokrasi semut api.”
Cukup bernafsu-nafsi
kau pun mengajak kami melupakan kesilapan masa silam
berganding bahu menunjukkan kelicikan lipas mampu bertahan berzaman
tentang serangga lain yang dulu kau benci separuh mati
yang masih tinggal dalam busut dan bukit
kebimbanganmu menjadi virus berjangkit
selagi kami masih bersungut dan mampu menggigit.
Dalam rangkap ketiga HI, mengambil ibarat bahawa kepalanya telah menjadi sarang semut, yang menurut saya bahawa HI mahu manusia sentiasa berfikir dan bekerja dan saya tambah “berperangai semacam semut”. Jika manusia jembel dan marhaen mahu melihat “perangai” semut dan menjadikan dirinya sebagai semut, insya-Allah mereka akan sentiasa cergas dan bermakna dalam hidup tanpa meminta “bantuan atau kasihan” daripada orang lain atau pemerintah/kerajaannya. Apakah itu berperangai semacam semut yang manusia harus lakukan? Semut sentiasa beratur atau antri kata orang Indonesia, zaman Jepun kami harus “narabe” untuk mendapatkan beras, gula dan minyak makan. Akan tetapi, anda bayangkan jika kamu sudah melakukan fardu haji atau paling-paling umrah. Anda perhatikan perangai manusia kadang-kadang sangat buruk. Mereka menolak melanggar, ketika melakukan “tawaf”. Akan tetapi jika anda perhatikan bagaimana perangai atau kebiasaan semut-semut; yang beratur berbaris-baris keluar masuk sarangnya; mereka antri satupersatu dan apabila bertembung sesamanya, mereka “bersalaman” dan kemudian bergerak semula. Apakah ada dalam perhatian anda, mereka bertolak atau menggusur temannya, tentu tidak bukan? Itulah usul, penyair HI.“Inilah demokrasi baru demokrasi semut api”
Serangga ialah ciptaan Allah sebagaimana haiwan juga; mereka tidak diberikan oleh Allah, sebagaimana yang dianugerahi Allah kepada manusia: manusia ada nafsu dan boleh berfikir, tetapi haiwan dan serangga hanya ada nafsu tetapi tidak boleh berfikir. Hanya punya sifat naluri semula jadi, akan tetapi dengan sifat naluri “semut” yang harus dipelajari manusia. Tiap semut mesti bekerja untuk semua dan semua hasil kerja untuk setiap individu semut. Dari kehidupan lipas yang berdaya tahan hidup lama pula, penyair HI mengusulkan supaya pelajari dan ambil sebagai panduan hidup.
Tentang alam sekeliling yang menjadi bahan pemikiran renungan penyair satusatunya ini. Teliti sebuah sajaknya yang berjudul “Segalanya Boleh Berubah Wajah” (BM:15/3/22)
Apa yang pasti iklim juga tidak menepati janji
apatah lagi kata-kata dari peramal cuaca tentang pasang surut laut dan ombak bergelora
Aku dengar
teriakan camar dan anjing laut tidak pernah senada bisikan bayu dan langit mendung tidak lagi berahsia
apatah lagi derai hujan yang datang dari gunung dan jejari mentari yang berinai warna pelangi
Segalanya boleh berubah makna
seperti dinginnya rindu dan nyalanya cemburu
apatah lagi samara cahaya dari sebuah pelita tidak terbakar kamara cinta yang berjelaga.
Aku lihat
cumbuan dan janji tergantung di jendela hari
penantian dan harapan berbunga di kapuk mimpi apatah lagi bilah-bilah kenangan yang menghiris dan luka semalam yang mengalirkan airmata.
Tatakala kau tinggalkan katak-kata perpisahan segala-galanya boleh berubah wajah
nafsu yang liar berligar taufan
diri yang gersang bergelora bagai ombak
Aku pandang
wajahmu hanya carikan merah di langit petang dan tubuhmu mula menghitam ke puncak malam.
Apa yang pasti waktu juga selalu membisu
apatah lagi bayanganmu yang tersangkut di pintu.
Aku tahu
kita biarkan siang bertambah asing
saban malam kehilangan bingkainya dan cemburu menikam ruang di kepala.
Demi kebebasan yang berubah wajah kau adalah anjing laut yang pandai menyelam dan aku seekor camar yang berligar di angkasa.
Saya berpendirian bahawa HI ialah penyair realisme total, kerana beliau sentiasa memandang, mendengar dan terus apa yang diterima dari dua pancaindera yang berharga pemberian Allah itu direnung, ditimbang lalu dicernakannya melalui gaya bahasa yang sangat indah berirama sendu tetapi bercahaya memancar mengeluarkan warna yang pelbagai yang harus difikir dan ditafsir lagi. Itu kekuatan pemilihan kata-kata bersimpul yang jarang saya temui antara penyair bukan sahaja di Singapura bahkan barangkali di alam Nusantara.
Ingin saya tunjuk dan bicarakan satu lagi contoh sajak penyair individu ini, dalam sajaknya berjudul: “Bukan Salah Siapa-siapa” (BM:6/2/23)
Bukan salah siapa-siapa
kalau kau sudah kehilangan deria
seperti tumbuhnya bunga semalu
dalam hutan batu yang membisu di sebalik tingkap-tingkap peribadi yang kalis puji dan keji
Bukan khayalan siapa-siapa
kalau kau sudah kehilangan pelita
seperti hilangnyan wira berkelana
dalam seribu satu malam yang luka
kelirnya mencari bayangan hitam di kaki langit bertongkat malam seorang dalang yang kesepian
Bukan angkara siapa-siapa
kalau kau masih terpinggir lesu
seperti melukut di tepi gantang
dalam sejarah yang kian menghilang
kota ini berselimutkan lupa wajahnya bercahaya tanpa suara
kadang menangis tanpa airmata
Bukan salah siapa-siapa
kalau kau sendiri sudah kehilangan mahkota
seperti baju raja kehilangan warna
dakan42 negeri yang hilang sempadan rakyatnya tugu-tugu dan tiang-tiang harapan masa lalu berdendang rebana dan serunai masa depan hanya pelangi di puncak mahligai.
Dalam sajak ini penyair HI menyatakan apapun yang berlaku kepada sesiapapun juga dan dalam apapun juga peristiwanya ialah puncanya dari diri kita sendiri selaku peribadi, kerana kita yang menentukannya, kerana gerak mula yang kita lakukan itulah yang menghasilkan kesudahannya. Ada fikiran-fikiran manusia yang matang pengalaman dan fikiran; menyebut bahawa untuk mengelakkan diri kita selaku peribadi atau dalam situasi
42 Berdasarkan teks asal penulis kertas kerja ini, ejaan bagi perkataan ini tidak dapat dikenal pasti.
manusia dalam sesuatu pertubuhan, atau paling besar dalam negera. Untuk maju berjaya dalam segala hal, ada tiga unsur yang menjadikan mereka, persatuan atau negeri sukses. Pertama harus ada “pemikir”; kedua “perancang” dan ketiga “pekerja”nya. Maka itu sesuailah dengan motif yang dibentangkan oleh penyair HI dalam sajaknya di atas.
Yang akhir yang saya ingin kemukakan dalam esei ini ialah sajak yang diberi judul “Sebiji Gasing dan Sebongkah Congkak”. Jika sajak atau puisi HI yang saya bahaskan di atas, banyak mengambil alam sebagai tema-tema sajaknya, akan tetapi sajak yang judulnya sedikit panjang, temanya diambil dari alat permainan klasik yakni “gasing” dan “congkak”.
Begitupun permainan lama yang pernah saya lakukan pada zaman kanak-kanak saya dan tentunya pengalaman si penyair yang bernama HI ini, kerana pintarnya penyair ini menghubungkan langsung “kehidupan” manusia yang dicipta oleh Allah Subhana Wataala.
Amat-amati ayat ini: “Bukan urimu gasing itu ligat berputar; sebenarnya kau menanti bila gasing berhenti; putaran hidup tidak abadi”.
Di sini dalam ayat ini, penyair menghubungkan “kehidupan manusia” sebenarnya adalah tidak kekal, pada satu masa tertentu, yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Kitab Agung-Nya, maka kembalilah kita sebagai “Ciptaan-Nya” kepada-Nya jua. Permainan pada zaman silam, pemutaran perlawanan gasing siapa yang paling akhir hidup, anda pemutarnya yang ‘menang’.Penyair HI, segera menghubungkan; bagaimana ligat dan lama gasing itu berputar, sampai ketika tertentu putaran akan berhenti dan gasing itu akan terhenti “tergeletak” kata bahasa Jawa tidak bernyawa lagi!
Kemudian dalam permainan klasik “congkak” ini, penyair HI bijak mengambil kiasan hidup juga. “Nah! Bukan milikmu segala apa yang kau dapat; bila-bila masa dirampas tangan lawanmu; hidup hanya permainan nasib; meraikan kemenangan; kegembiraan tidak berpanjangan”.
Itulah kepantasan penyair HI menerapkan permainan congkak ini dengan kehidupan kita sebagai makhluk ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa! Jika kita mengambil saranan daripada seorang pemikir dari Turki yang bernama Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar, mengambil Al-Quran, sebagai rujukan manusia “harus berfikir”
“Mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dan lenyaplah diri mereka apa yang selalu mereka ada-adakan. Pasti mereka itu di akhirat menjadi orang-orang yang paling merugi. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu ialah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang-orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?” [QS. Huud:11:21-24]
Pertama saya melihat penyair HI dengan susunan ayat yang cukup sebati dan sejalan dengan motif yang ingin disampaikannya. Umpamanya ayat ini, dari puisi “Dalam kurungan diri yang pernah berahi” (BM:29.3.2023)
Mari kubisikkan (rahasia) kata-kata di relung suara dan hati, (bertingkah bahasa) di lingkaran (waktu dan hari), bertambah angka
Rupa dan wajah membilang irama (kata-kata)
mata dan pandang menyapa (ingin)
kulit dan rasa berbicara (tanpa bertanya)
bibir dan senyum bersungging (seribu makna)
Pada umunya, saya perhatikan HI membentuk ayat dan frasanya, bertingkah dan berirama. Umpamanya daripada ayat-ayat di atas, jika kebiasaan penyair lain tidak akan ada kata atau frasa yang saya bubuh dalam kandungan, akan tetapi HI melakukan “kata” atau “frasa” yang saya bubuh dalam kandungan. Dengan beliau membuat atau membentuk tambahan-tambahan tersebut, menjadikan ayatnya berirama dan bersenandung bagai ayat atau frasa dalam seni kata dalam lagu, sehingga menjadikan sendu dan enak dibaca (jika dideklamasikan).
Atau satu contoh lain dari sajak berjudul “Untuk Seorang Sahabat” (Suara Dalam): 2013: di halaman 62:
Sahabat.
kau datang seperti bayu semalam menyergah (di lamunan tingkap)
langsir kusam bukan perhatianmu di bibirmu tersungging (kasturi)
bertaburan warna (di hujung rambutku)
Sahabat.
kau berbicara laksana bulan (kesiangan)
membelai lembut (ke lubuk rindu)
bantal tiduran jadi milik kita berdua
bila hatimu (berguguran) mawar merah
bila cintamu membuat (malam jadi resah)
Kemungkinan penyair bukan Hamid Ismail tidak mungkin menambah “kata atau frasa” yang ada dalam kurungan. Inilah keistimewaan HI, tambahan-tambahan tersebut menjadikan bukan sahaja ayat-ayatnya sedap didengar bahkan menjadi semacam melodi dalam ayatayat dalam sajak beliau. Menjadi melankolik, menjadi irama yang menguatkan makna yang ingin disampaikannya. Perkara ini menurut teori Teksdealisme Mana Sikana, ialah satu pelanggaran yang mengukuhkan kehadiran penyair HI dalam perkembangan penulisan atau penciptaan puisi-puisi di tanah air kita, insya-Allah!
Pelanggaran kedua yang dilakukan oleh HI adalah akhir-akhir ini, banyak tema sajaknya ditukil dari alam; tumbuh-tumbuhan, haiwan, serangga, proses kejadian ciptaan Allah, umpama bulan, matahari, atau yang seumpama dengannya.
Dengan itu semua, menjadikan penyair Hamid Ismail, penyair dalam golongan Angkatan Pramerdeka yang sangat istimewa yang sukar dicari bukan sahaja di alam penulisan puisi di sini di Singapura ini, bahkan mungkin di alam Nusantara juga, insya-Allah. Amin.
Penulis seterusnya ialah penulis yang kesembilan iaitu Hadijah Rahmat.
Yang Berilmu Yang Tekun Berkelana
Hadijah Rahmat lahir pada 22 Februari 1958 di Kampung Jalan Haji
Salam, Bedok. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah
Melayu Siglap dari tahun 1965 hingga 1967 dan di sekolah Rendah
Bedok dari tahun 1971 hingga 1970, kemudian di Sekolah Menengah
Maju dari tahun 1971 hingga 1974 dan Makab Rendah Kebangsaan dari tahun 1975 hingga 1976.
Setelah itu, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura (NUS) dari tahun 1977 hingga 1979, sehingga mendapat Sarjana Muda Sastera. Pada tahun 1980, beliau mengikuti kursus Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan kemudian meneruskan pengajian di NUS hingga mendapat Sarjana Sastera dari tahun 1982 hingga 1984. Pada tahun 1992, beliau meneruskan pengajiannya di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, dan memperoleh Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 1995. Kini beliau bertugas sebagai Ketua bagi Jabatan Asian Languages and Cultures
(ALC) di NIE. Dalam lapangan sastera, beliau mula menulis pada tahun 1973 dalam bentuk puisi, cerpen dan esei. Karyanya tersiar dalam antologi bersama termasuk “Manifestasi” (1977); “Warisan” (1978); “Tiga Warna Bertemu” (1987); “The Fiction of Singapore” (1990); “Journey, Woods, and Nation, Anthology for Singapore Poetry (1964 -1965)”; Kumpulan sajak pertamanya “Di Tengah Alam” (2000). Dan pada tahun 2009 beliau menerima anugerah “Tun Seri Lanang”.
Hadijah Rahmat dalam kumpulan puisi pertamanya yang diberi judul “Di Tengah Alam” (DBP:1998) dan cetakan kedua (DBP: 2000), menulis sebagai pembuka kata:
“Kucuba mencari dan memberi makna pada unsur-unsur alam yang melingkungi dan mewarnai hidupku – i) alam semula jadi, ii) alam masyarakat, iii) alam kota, iv) alam sanubari dan v) alam kembaraku. Semoga alamku ini memberi erti pada alammu dan alam kita bersama”
Mari kita lihat yang pertama yang menjadi matlamat tulisan fiksyen puisinya; iaitu “unsur-unsur alam yang melingkungi dan mewarnai hidupnya”. Dari kenyataan penyair Hadijah Rahmat (HR) yang menyebut bahawa ketika beliau mencipta puisinya adalah dengan hasrat untuk menelusuri alam, ertinya berpegang kepada yang wujud. Apabila beliau berpegang kepada yang wujud, jelaslah beliau dapat saya jalurkan sebagai penyair atau penulis melalui aliran realisme. Barangkali jika saya mulai mengambil contoh sajak berjudul “Batu-batu” jelaslah batu itu satu yang diwujudkan oleh Allah Yang Maha Pencipta, segala apa yang ada di bumi dan di langit. Manusia adalah makhluk yang juga dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa, dan tercatat dalam Surah Ar-Rahman ayat 14, menyebut: “Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar”. Dari ayat Al-Quran ini, kita dapat mengambil iktibar, bahawa “batu” yang menjadi tajuk yang dibincang-kemukakan oleh HR, ialah makhluk seperti “tanah” yang dicipta oleh-Nya, yang kemudiannya dijadikan pula makhluk “manusia” iaitu manusia pertama ialah Adam daripada tanah.
Penyair HR berfikir berhipotesis, apakah “batu” mempunyai makna mempunyai fungsi?
kurenung dirimu kuperinci tubuhmu latihan amali mengenai dirimu tapi yang kutemui kedunguanku”
Barangkali pertanyaan HR, dapat kita rujuk kepada ayat Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 136, yang menyebut: “Dan milik Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada bumi. Dan Allah adalah meliputi tiap-tiap sesuatu”. Maka apabila kita mengambil ayat Al-Quran menjadi rujukan, jelaslah bahawa “batu” itu adalah zat Allah, dan dapat pula memberi pengertian
bahwa “batu” itu “hidup”. Maka jika ditamsilkan “hidup” ertinya boleh memberi “suara”. Kemudian pada akhir rangkap ini, HR menyampaikan maksudnya: “Kau dan penghuni bumi masih belum mengerti...” Jadi tafsiran selanjutnya, bahawa jika manusia mahu berfikir dan manusia harus berfikir; bahawa segala apa yang dijadikan Allah di bumi ini, ada fungsinya ada maknanya. Persoalannya, apakah kita selaku manusia mahu megambil tahu atau mahu mengambil tamsilnya?
Sebagai penyair/penulis realisme, HR, saya kira, jalan yang dianjurkan oleh penyair bahawa manusia harus sentiasa berfikir.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”
[Surah Ali’Imran:190-191]
Ayat di atas, saya kira Allah menyatakan bahawa oleh sebab orang-orang yang beriman ialah mereka yang berfikir, maka mereka mampu melihat hal-hal yang menakjubkan dari ciptaan Allah dan mengagungkan kebesaran ilmu serta kebijaksanaan Allah.
Dengan demikian terjawablah, bahawa hubungan manusia dengan alam, yang dianjurkan oleh penyair. Demikian seterusnya sajak “Sungai Kallang” ialah contoh satu lagi, hubungan manusia dengan alam, yang harus difikirkan oleh manusia sebagai penghuninya.
Pengalaman penyair HR dalam sajak berjudul “Uncang dan Belalang” satu lagi pelajaran yang dapat diangkat, hubungan manusia dan belalang, sebagai satu pelajaran yang tidak harus dilepaskan begitu saja. Demikian pula penyair realisme HR bergerak terus, bertanya kepada kita satu demi satu pertanyaan dalam sajak-sajaknya; tentang hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam di kelilingnya. Apabila terus dibaca sajak-sajak HR, “Tanya”; “Di Tengah Kehidupan” dan seterusnya halaman demi halaman, sajak demi sajak, saya teringat akan sebuah buku kecil yang ditulis oleh Harun Yahya (Adnan Oktar) berjudul “Deep Thinking” (Robina Press: 2003)
Harun Yahya menganjurkan manusia hidup harus berfikir dan berfikir, sebaliknya, jika manusia tidak berfikir menurut Quran Surah [Al-Mu’minun:23: 84 - 90]
Katakanlah: “Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya Arsy yang besar?”
Mereka akan menjawab “Kepunyaan Allah”
Katakanlah: “Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?”
Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah”
Katakanlah: “Kalau demikian, maka dari jalan manakah kamu ditipu (disihir)?”
“Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.
Sesungguhnya bagi manusia yang tidak berfikir dalam hidupnya, seolah-olah mereka itu telah disihir dan alangkah ruginya keadaan manusia yang telah disihir, kerana dianggap sebagai orang-orang yang berdusta.
Selesai tentang alam, mari kita lihat alam rakyat atau alam masyarakat. Dari sajak “Tamu Aidilfitri” (hal 20) penyair realisme HR, menyusur pengalaman yang menyedihkan tentang satu keluarga yang ditimpa tragedi sebelumnya: ........................
Ketika mengunyah juadah
kubertanya setiap anak-anak itu
nama, keluarga sekolah mereka
dua beradik antara semua hanya menggeleng kepala
penuh tanda tanya terus kutanya mengapa
lalu diceritakan dengan bersahaja
mereka pernah bersekolah
sebelum terjadi satu tragedi
ayah jatuh dari pokok tinggi
separuh tubuh lumpuh harus dioperasi
kini masih terlantar di Hospital Changi dan seorang isteri dan enam anak kecil
tidak bersekolah tidak dipeduli
Anak-anak bersalaman pergi
riang tidak terperi setelah kocek terisi, mungkin mengunjungi sebuah rumah lagi
meninggalkan aku termangu sayu
dalam bayangan hidup yang gelap dan kaku.
(11 September 1987)
Gambaran yang ditonjolkan oleh HR di atas, betapa beliau merasai tragedi tersebut merupakan tragedi masyarakat, dan beliau sendiri ialah satu daripada anggota masyarakat yang berasa ada tali hubungan antara satu dengan yang lain, yang tidak dapat dipisahkan. Kemudian dalam “Setitik Noktah” (untuk anak-anak Mendaki), HR menggambarkan bahawa yang penting adalah:
“Di manakah sebatang pena ilmu tintanya kejujuran dari ayunan jari kesungguhan untuk memulakan prosa hidup yang panjang?”
Penyair HR bertanya kepada anak-anak pelajar Mendaki, satu nasihat yang penting adalah bahawa kesungguhan meneruskan kehidupan, yang penting ialah “kesungguhan” Akhir dari apisod hubungan penyair rakyat atau masyarakat, saya kutip sajak atau puisi HR berjudul “Potret Pembangunan” (Istimewa untuk para penduduk Kampung Jalan Haji Salam).
Pembangunan negara harus bergerak menurut rancangan akan tetapi rakyat marhaen dan jembel tidak dapat mengelak. Bukan sahaja nostalgik yang menjadi mimpi rakyat yang sentiasa mengejarnya akan tetapi rentetan hidup mendatang yang gelap atau terang yang tak terfikirkan oleh para peneraju pelan induk pembangunan negara dengan pelan perasaan, fikiran rakyat yang akan menghadapi kesinambungan hidup mereka. Penyair realisme HR bersuara dalam sajaknya “Potret Pembangunan” (halaman 25).
Sebentar lagi
segalanya akan dihakis pembangunan para penghuninya telah mula dipunggah
satu per satu
ke petak-petak sempit megah menunggu
menghirup udara dan cabaran baru
Sebentar lagi
berakhirlah
sebuah pembangunan tanpa penghulu
sebuah penghidupan tanpa pilihan.
(18 Disember 1985)
Satu gambaran HR penyair realisme menggambarkan betapa perasaannya dan duka lara penghuni kampung yang terpaksa menurut pelan pembangunan negara. Rasakan kepiluan yang digambarkannya dalam rangkap akhir sajak ini:
Patutkah kutangisi segala itu
kalau yang dapat dikumpulkan oleh ingatan
selain sebuah nostalgia indah
selain keheningan suasana
hanyalah sisa penjajah hampas pembangunan
dari jalur-jalur kerut dan kedut wajah-wajah kemanusiaan hitam
menggigit dan mencengkam hati naluri yang menentang dan senandung cerita rakyat
Pak Pandir dan Pak Kaduk
Pun berulang
Bagaimanapun sang penyair realisme HR tidak terus berkelana akan tetapi menghadapi masa dan keadaan dengan kata-katanya:
Aku tidak mahu jadi seorang perindu meratapi sebuah pemergian kehadiran yang hilang
seperti sang serangga dan tumbuh-tumbuhan aku pun akan cuba menyesuai diri, menguasai sekitaran menerima hakikat perubahan.
Bekalan yang bertahun dikutip di sini
di kampung ini
menjadikan aku lebih bersedia menilai dan mengisi inti kemajuan erti kehidupan.
Kemudian menghadapi situasi di kota, mari kita teroka bagaimana pemikiran yang ingin dilontarkan oleh penyair realisme HR. Saya ingin mengambil sajak atau puisi berjudul “Ingin Kurasakan” (halaman 41) dengan gaya susunan kata yang berulang yang amat menarik:
Ingin kurasa terang
dalam kegelapan pandang ingin kurasa senyuman
dalam derita badan ingin kurasa damai
dalam perang pembunuhan ramai ingin kurasa bebas lepas
pada tubuh berantai kemas
ingin kurasa rawan hiba
pada peminta terlunta-lunta
ingin kurasa keinsafan raga
pada diri anak durhaka
ingin kurasa bulat daya
pada kegagalan menimpa
ingin kurasa jejak nyata
dalam dunia pura-pura
ingin kurasa taqwa
dalam nyala kawah dosa
ingin kurasa bahagia
bila segala rasa menjadi nyata
(2 Jun 1977)
Dalam sajak ini HR dengan gaya bahasa yang halus santun menggambarkan ciri-ciri halus melawan ciri-ciri yang kasar. Gaya bahasa penyair HR memang halus dan menarik, akan tetapi dalam sajak puisi ini, bagi saya sangat jelas terpampang gaya bahasanya yang menarik lagi halus. Dari pandangan beliau mengenai manusia kota dengan cara hidup mereka masing-masing. “Ingin kurasa damai dalam perang pembunuhan ramai; ingin kurasa bebas lepas pada tubuh berantai kemas; ingin kurasa rawan hiba pada peminta terlunta-lunta!” Sungguh lunak tetapi menusuk dengan gaya bahasa santai tetapi penuh emosi.
Demikian pula coretan halus mendalam ini yang dipaparkan penyair realisme HR. Dalam sajak berjudul “Sujud” (halaman 42)
Kau Maha Agung
Maka Hening
dalam yang asing kagum asyik ngeri!
Tuhanku aku amat malu
alu amat rindu
pada sebuah kalimat biru: Hidupku
matiku
hanya untuk-Mu!
(Ogos 1987)
Kemudian rasa bertanggungjawab sebagai manusia, penyair HR bertanya dengan pertanyaan-pertanyaan orang kota, dalam sajak berjudul: “Suara dari Celah Batu” (halaman 46)
Siapakah aku
yang tercampak dan terhempas di sini
retak dan panas sekali.
Siapakah aku
yang terhimpit di menara bertingkat jalan begitu sempit, pintu berkunci ketat.
Siapakah aku
yang dipekakkan suara-suara itu melucut salutan rongga di tubuhku satu satu!
Siapakah aku
siapakah aku
siapakah aku kenapa terus membisu?
15 Mac 1981
Itulah gaya hidup orang kota; “lulu lulu” dan “gua gua”; gaya hidup yang tidak sama dengan cara di kampung yang kuno akan tetapi mesra bergotong-royong dan “suka-sapamenyapa” Gambaran-gambaran yang dipamerkan penyair mengenai kota dan penduduknya jelas terserlah disindir oleh penyair. Bagaimana pula beliau menggambarkan alam keempatnya, iaitu alam kasih. Ingin saya tunjukkan sajak berjudul “Salam” (halaman 56); daripada penyair realisme HR, dengan gaya bahasa yang halus;
Pagi ini pertama kali
kau hulurkan tanganmu kusambut dengan terharu
lalu kuletak di pipiku betapa lembut dan syahdu
sebutir kasih yang berpadu tergenggam erat di situ.
Kemudian, pecahlah diam ragu dan rinduku yang terpendam oleh bisikan suara yakinmu: ‘Tuhan memang menyayangimu!’
19 Februari 1987
Kemudian saya tutup benih kasih dengan sajak berjudul “Pohon Kasih”.
Benih kasih yang Kau semai di pohon hati ini telah mekar tapi aku begitu sukar mengimbangi dalam kesedaran dan daun-daun perasaan.
Kemarau penantian musim pencen mendatang terasa panjang, mencengkam.
Tuhan
alangkah hebat taman cinta-Mu alangkah berat menyiram tunas imanku...
Tuhan
titiskan hujan kasih atau embun keampunan pengukuh akar diri yang terus digugah buah rindu dan gugurlah ranting kering gentar dan bergetar malu dibenam bayu Firdausi-Mu
24 Julai 1987
Kasih yang jelas dan padat tersemat dalam susunan kata dalam sajak “Pohon Kasih”. Tampaklah selesai gambaran alam sanubari penyair berbakat dan kental dengan kata-kata yang menggambarkan kesyahduan kasihnya. Kemudian mari kita tinjau bahagian akhir dari pengakuan penyair mengenai prinsip alam kembaranya. Saya ambil sajak berjudul “Gugur” (halaman 65) sebagai pilihan pertama yang menggambarkan betapa penyair sayu dan berkelana.
Seharusnya aku tahu
hijau, hangat kemanusiaan telah lama luntur di tanah dingin ini
Seharusnya aku tahu pohon kejujuran tinggal batang, reranting togel, hitam, asing.
Angin beku menggigit rakus
pipi dan jejariku
daun-daun maple segar kini pudar, kering, kuning
gugur berselerakan
sepanjang lantai perjalanan reput, di bawah kakiku.
London, SOAS-perpustakaan
19 Nov 1992
Menurut saya bahawa penyair realisme HR telah tepat dengan janjinya, bahawa beliau akan membawa sajak atau puisinya merakamkan catatan “manusia dengan alam” semula jadi; “alam masyarakat”; “alam sanubari” dan “alam kembaranya”. Bagi penyair berjiwa realisme, jelas terserlah gambaran-gambaran isi, makna, motifnya disampaikan dengan gaya bahasa yang mantap dan indah.
Dari puisi-puisi yang tercantum dalam kumpulan puisinya yang kedua berjudul “Kurnia Alam” (2013) yang dihiasi dengan gambar-gambar yang menarik, serta lukisan peribadi yang kukuh setebal 377 halaman, menjadikan beliau seorang tokoh cendekia yang ulung dan luar biasa sekali. Saya akan meneliti beberapa buah puisi sahaja dari kumpulan ini. Pertama “Kristal Kasih” (5 Mei 2006: halaman 75-78). Temanya adalah mengenai kasih seorang anak kepada ibu. Dalam rangkap yang saya catat dengan huruf-huruf tebal, dapat menunjukkan betapa benar kasih ibu kepada anak dan sebaliknya kasih sayang anak kepada ibu akan kekal selama-lamanya biarpun ibu telah lama ke tempat asalnya. Menjadikan maksud yang kuat penyair akan kasih ibu kepada anak dan ingatan anak kepada ibu yang bertanggungjawab.
Kristal Kasih
Sungai Kasih ibu
tidak pernah, tidak mungkin kering
selamanya mengalir jernih
segar membasahi tanah diri
lembut mendayungi destinasi hidup ke pelabuhan syurgawi.
Beruntunglah mereka yang
memiliki seorang ibu mithali
menuruti kekata mulia, semangat srikandi pengorbanannya lautan tidak bertepi himpunan mutiara keibuan sungguh tiada tukar ganti bagi ikon kasih sejati ini.
Berbahagialah piala roh sukma bonda mengecap titis-titis penghargaan, doa, amal jariah bernilai titipan sepanjang perjalanan, jejak-jejak anak-anak warisan di tebing kemanusiaan telok ketakwaan insan.
Ibu, biarpun hembus nafasmu berakhir, genggaman sayang, hangat pelukan hilang terbenam degup budimu terus berdenyut di jantung jiwa dan kristal kasihmu terus biru indah bersinar menghiasi dada sanubari, bergemerlapan kau citra permata murni kalongan inspirasi abadi buat anak-anakmu yang dikasihi.
5 Mei 2006/ 6 Rabiulakhir 1427
Sebuah Botol (Halaman132-135)
(Kesan bacaan buku The Last Lecture Oleh Profesor Randy Pausch, 2008)
(1)
Kuteguk botol air sulingan
titis-titis mutiara hikmah laut hidupmu
titipan buat anak-anak yang tercinta
Kau terpaksa tergesa meninggalkan mereka
Terapung dalam gelora gelombang pergelutan terdampar kerdil di pantai perjalanan
Hidup bukan meraih impian zaman keanakan. Bukan.
` Tetapi paculah kehidupan di landasan teramg, dengan talian murni kejujuran, keutuhan diri, penghargaan jiwa, nanti akan tersua realiti impian di laluan hidup insan yang benar ikhsan - demikian pesan akhirmu jernih mengisi gelas sanubari.
(2)
Maut pasti tiba
Seringkali memagut tiba-tiba, tanpa terjangka, menghembus makna wujud setiap manusia sebelum rasa cukup semua, sebelum kita benar bersedia.
Pun, masih bertuah sesiapa yang menerima, memanfaatkan notis keberangkatan pulangnya.
Apakah yang dapat kusuling dari aliran sungai pengalaman diri mengisi penuh botol kaca ini yang akan kutinggalkan untuk orang-orang tersayang bekalan buat anak-anak zaman di perairan luas kehidupan sebelum pulang ke destinasi asal?
6 Nov 2008/7 Zulkaedah 1429
Dalam sajak berjudul “Sebuah Botol” penyair memberikan pesanan, anak-anak tersayang supaya bersiap sedialah sebelum pulang menemui Penciptanya.
Kilat Senja (Halaman146-149)
Kilat senja perahu kita menyusur pesisir sejarah pecah terhempas patah haluan desir ombak alunan pulau perairan kota Singa.
Kilat senja saksi zaman hilanglah sebutir sinar hijau, lembut, keaslian siang kilat hari ditangkis ganas petang pasrah dioleng gelombang pedih tersisih di tepian, jauh dari riuh pelabuhan oh, betapa pilu, rinduku semakin berpanjangan.
Kilat senja lagu jiwa
Anak-anak bumi yang tercinta Lama dinanti ufuk subuh ini ciptalah semula layar diri bahtera hidup baru nan perkasa bagai pelayar terpandang di dunia.
Kilat senja citra generasi muka meluncurlah kau, yakin siap siaga di tengah luas samudera maya membina kampung jagat murni, menempah aliran jaya sejati, berdiri rumah ummah indah hakiki sepanjang perjalanan ini.
5 Mac 2003/ 1 Muharam 1424
Dalam sajak “Kilat Senja” penyair mengingatkan generasi bangsa mendatang, supaya mengambil iktibar daripada semua kehidupan lepas yang tercatat menjadi sejarah bangsa itu, dipelajari dan ambillah dan binalah “kampung kehidupan” sebagai destinasi kehidupan sepanjang hayat.
Putik Doa (Halalaman177-183) (khas untuk Group 5H)
Tuhan
telah kami serah kunci itu sebagai utusan menyampai amanah
membina jambatan menjalin ikatan ummah dua negara.
Pustaka itu telah siap indah. Siap. Pintunya telah mula terbuka sinar pelita ilmu mula berkelip di balik jendela kaca di tangan-tangan comel terhulur lembut, jatuh
di lereng bukit hijau desa yang basah.
Wajah-wajah redup itu
suara-suara ceria itu
ghairah, asyik menatap terpikat pada setiap lembaran
di balik rak-rak kayu, susunan buku
berbisik kalimah ‘iqra’ bergetar, tersemat dalam menyentuh kalbu.
Ya Allah
Betapa benar janjiMu
tidak terjangkau makna kudrat
tidak terlukis sececah nikmat
jejak meniti titian kasih ikatan murni ukhuwah
merentas sempadan
batas lingkungan,
Tuhan
telah Kau buka hati-hati kami
telah Kau pimpin langkah-langkah kami
telah Kau pandu perjalanan kami
dengan iringan ‘Doa Ibu’
dengan titis-titis hujan rahmat dalam lingkaran warna pelangi harapan penuh keharmonian, penuh kedamaian.
Setelah siap pun, segera Kau renjiskan haruman wangi kemesraan di tubuh-tubuh kami senja semalam
Ya, Allah Gagahkan terus langkah-langkah kemanusiaan nyalakan terus
Cahaya Hidayah di kelopak jiwa lima hati hamba-hambaMu ini. Amin.
Hotel Santika Bandung
20 Januari 2010/ 4 Safar 1431
D alam sajak “Putik Doa” penyair mengusulkan kepada sahabat berlima yang telah sepakat mengharungi kehidupan membina kerjasama itu, hendaknya karar dan mendapat petunjuk dari Allah, insya-Allah hendaknya.
Dari buku setebal itu kami kutip empat buah puisi yang menunjukkan betapa penyair cendekiwan realisme ini, benar-benar merenungi alam, merasainya lalu menterjemahkannya ke dalam bahasa yang indah yang kita sama-sama merasainya betapa benar kata-kata beliau itu.
Kemudian sebuah buku tebal berjudul “Kilat Senja” (2005) setebal 463 halaman yang mengkisahkan sejarah kampung-kampung Melayu di seluruh Pulau Singapura ini, sejak Singapura tumbuh sebagai Negara Melayu yang kemudian ditakluki dengan cara ditipu oleh Kompeni Inggeris hingga akhirnya kampung-kampung itu satu-persatu dipunggah menjadi bandar-bandar satelit oleh Pemerintah Rakyat Baru. Gambaran bagaimana Kampungkampung Melayu satu demi satu dipunggah bersih, diceritakan oleh Dr. Hadijah Rahmat di buku penelitiannya yang jelas dan rapi. Di samping itu dicernanya dalam puisi-puisinya terutamadalam puisi berjudul “Potret Pembangunan” (hal.25-27) dalam kumpulan puisinya yang berjudul “Di Tengah Alam” (2000) dan juga penyair Asmin yang mencatat dalam puisinya: “Tanjung Irau” dan “Matahari Pagi di Langit Jalan Eunos”.
1. Anugerah Tun Seri Lanang 2011
1. Di Tengah Alam (DBP: 2000) Kumpulan Puisi
2. Kurnia Alam (TSLANANG PUBLISHING LTP (2013) Kumpulan Puisi
3. Kilat Senja (Sejarah Sosial Dan Budaya Kampung-Kampung Di Singapura (HS YANG
PUBLISHING: 2000)
4. Munsyi, Sebuah Drama Sejarah (Berdasarkan Autobiografi Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1998)
5. Antara Dua Kota (Menjejaki Kesan-kesan Peninggalan Sejarah Munsyi Abdullah di Melaka dan di Singapura)
6. Mengukir Air di Pesisir (Sastera Melayu/Indonesia dalam Arus Jagat)
7. Burung Kenek-kenek (Buku Kanak-kanak: 2010)
8. Bunga Kasih (Buku Kanak-kanak: 2010)
Satu-satunya cendekiawan Melayu Singapura terbilang yang gigih merantau mencari ilmu bukan saja di rantau Nusantara akan tetapi di beberapa Negara Eropah bahkan di Amerika juga, yang menjadikan beliau dikenal banyak pemuka ilmu bahasa dan sastera Melayu/ Indonesia; khususnya dalam bidang bahasa dan sastera Melayu Lama dan Moden. Di samping menjadi tenaga pengajar di Kumpulan Akademik Bahasa dan Budaya Asia, di Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang Singapura sejak 1987, beliau juga menjawat sebagai Ketua Kumpulan Akademik Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE). Di samping kesibukan itu semua, beliau merupakan satu-satunya penyair Melayu Singapura, yang mengambil “alam semula jadi” menjadi tema-tema puisinya, dengan janji bertekad.
“Kucuba mencari dan memberi makna pada unsur-unsur alam yang melingkungi dan mewarnai hidupku – alam semula jadi, alam masyarakat, alam kota, alam sanubari dan alam kembaraku. Semoga alamku ini memberi erti pada alammu dan alam kita bersama”.
Saya telah menelusuri sajak-sajak yang ditulis oleh beliau dalam kumpulan puisinya yang berjudul “Di Tengah Alam” dan “Kurnia Alam” sesungguhnya percubaannya mencari dan memberi makna pada unsur-unsur itu terbukti berjaya dilakukan oleh cendekiawan penyair realisme total ini. Dengan ini sekali lagi membuktikan bahawa sepanjang hayat saya mendekati sastera Nusantara ini, belum saya temui penyair yang dapat menandinginya
mengambil ‘tema alam semula jadi’ menjadi tema-tema khususnya di samping gaya bahasanya yang indah melankolik tetapi tepat menuju sasarannya.
Hadijah Rahmat ialah seorang tokoh akademik yang giat berkarya. Gaya bahasanya yang indah dan melankolik serta gagasan idea yang dibangkitkan dalam karya-karya yang dihasilkan merupakan cerminan kematangan dan keilmuan yang mengisi dan mewarnai naratif sastera Singapura. Insya-Allah, Hadijah Rahmat ialah penyair yang terkenal dan sangat dihormati.
Penulis-penulis yang saya kelompokkan dalam kumpulan yang keempat ini ialah Johar Buang (JB) dan Isa Kamari (IK).
Antara tema atau motif yang menonjol yang dipaparkan oleh Johar Buang dan Isa Kamari ialah persoalan yang berkaitan dengan agama. Terutamanya Johar Buang, hasil karyanya boleh dianggap sebagai penulis sufi, penulis yang sentiasa berusaha untuk mendekatkan dirinya kepada Allah. Tema-tema yang dikupas berunsur keagamaan jelas terpapar dalam karya-karya yang dihasilkan. Isa Kamari pula dalam beberapa novel yang dihasilkan turut juga mengemukakan persoalan berunsurkan agama, merupakan seorang penulis biasa yang serius mencari satu bentuk penulisannya yang tersendiri.
Antara perkara yang agak menonjol dalam karya-karya yang dihasilkan keluar daripada teori realisme. Johar Buang misalnya mula memperkenalkan karya-karya keagamaan yang berunsur sufi. Dari motif yang ingin disampaikan oleh penyair sufi JB ini, jelas beliau terusmenerus mencari Allah Khaliknya, baik apapun puisi yang ditulisnya. Jika menurut teori
Takmilah yang dibina oleh Dr. Shafie Abu Bakar, teori yang khusus untuk diterapkan dengan sastera bermotif Islam yang bersifat sufistik. Prinsip-prinsip yang pertama harus diikuti diambil ialah pegangan penulisnya, dan penyair sufi JB, tetap dilihat dari pertengahan 1980-an.
Kemudian yang kedua ialah “Estetik dan Karya” si penyair. Ketika saya bicarakan sajak-sajaknya dalam kumpulan “Sahara” (1999) dan kumpulan “Yang Menjadi Sufi” (2015) jelas sajak-sajaknya mantap indah berestetik Islam. Itulah hakikat dan kekuatan serta keistimewaan penyair sufi Johar Buang yang mantap, konsisten dengan pegangan kepada Khaliknya dan bahasa yang disusunnya mantap dan sangat estetik. Beliau terus mantap menulis dari tahun ke tahun dan sudah siap tiga atau empat naskah kumpulan puisinya yang sedang mencari penerbit yang sanggup untuk menerbitkannya, insya-Allah. Jika ditinjau dari teori Mana Sikana Teksdealisme, jelas pula penyair sufi Johar Buang ini, banyak melakukan pelanggaran; baik dari segi isi mahupun bentuk. Yang jarang dilakukan penulis di sini di Singapura mahupun di Nusantara.
Saya telah membaca semua cerpen Johar Buang. Apa yang dipaparkan ialah ceritacerita benar mengenai peribadi JB sebagai penyair sufi yang mencari jalan menuju ke alam
kesufiannya. Pendeknya motif atau maksud yang tujuannya menulis puisi juga bergerak menuju beliau penyair/penulis yang terus menuju dan mengejar mencari Allah Khaliknya.
Isa Kamari misalnya lewat novel Tawasul dan Singgahsana mengemukakan ceritacerita yang berunsurkan keagamaan. Persoalan-persoalan kehidupan yang berlaku tidak semesti baik akan berakhir baik, begitu juga persoalan watak yang awalnya jahat boleh berakhir dengan baik. Terdapat juga ciri magis – unsur tak boleh menjadi boleh. Sindiransindiran agama sebagai latar belakang penulisan, termasuk penulisan menggunakan tulisan jawi – sistem penulisan mengikut teori lama, juga ditimbulkan dalam penulisan-penulisan Isa Kamari.
Isa Kamari telah menulis dalam pelbagai genre; cerpen, novel, drama, puisi dan esei. Akan tetapi kekuatan beliau adalah sebagai penulis novel. Tiga buah novelnya agak sensasi dari segi isinya, pertama novel “Kiswah” (2002); “Menara” 2003) dan “Tawasul” (2004) yang membuat ramai penulis dan penggemar sastera setempat apabila membicarakan hasil tulisan beliau, maka ketiga-tiga novel tersebut di atas menjadi bahan perbahasan mereka tidak akan habis-habis; banyak yang menentang gaya tulisan, fikiran yang dilemparkan dalam tulisan-tulisan fiksyen tersebut, akan tetapi sebanyak itu pula yang menggemarinya dan sentiasa menunggu-menunggu tulisan terbaharunya yang diagakkan akan sentiasa menimbulkan masalah perbincangan dan perbahasan antara peminat yang kuat membaca dan sentiasa menelaah lantas menjadikan peminat-peminat utama di sini sentiasa hidup.
Penulis yang kesepuluh ialah Johar Buang.
Yang Sufi Yang Terus Mengejar Khalik-Nya
Nama benarnya menurut salasilah ialah Radin Johar bin Raden
Abdul Majid @ Buang bin Raden Muhammad Agus bin Raden Ali Nuh bin Raden Agung bin Raden Nongchik. Beliau dilahirkan di Singapura pada 3 Rejab 1377 Hijrah bersamaan 23 Januari 1958
Masihi. Beliau dibesarkan dalam keluarga fakir dan miskin, tinggal di daerah setinggan Kampung Ubi.
Beliau mendapat pendidikan dasar di Sekolah Telok Kurau Timur, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Telok Kurau. Johar Buang menerima asuhan agama daripada bapa saudaranya Ustaz Hussain Makdom, mantan mudir Madrasah Khairiah Al-
Islamiah dan Ustaz Daud Ali. Ketika berumur 16 tahun, beliau telah berguru dengan seorang sheikh sufi bernama Ustaz Syed Abdul Rahman Al-Kaff dan kemudian daripada Sheikh Sufi Sheikh Muhammad Thaha Al-Muhammad.
Dalam perjalanan perkembangan sasteranya, dia tidak pernah mengikuti kursus penulisan atau mendapat bimbingan daripada sesiapa. Menurutnya, dia mula berminat dan memperoleh ilham untuk menulis sufistik sekitar awal tahun 1980-an. Puisi pertamanya tersiar di Mingguan Aneka berjudul “Ayan Kekasih” pada 31 Mac 1984. Kumpulan puisi pertamanya berjudul “Perahu” 1984, memenangi Anugerah Sastera Darul Iman III, anjuran Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1995. Puisinya berjudul MRT, memenangi Hadiah Sastera 1993, anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura. Puisinya berjudul “Program Timur” memenangi Hadiah Puisi Islam anjuran Negara Brunei Darussalam. Kumpulan puisinya “Sampai di Singgahsana Cinta” dinobatkan memenangi Singapore Literature Award (SLA) pada 2010 dan Hadiah Persuratan (HP) 2011. Kumpulan puisi “Pasar Diri” sekali lagi dinobatkan menjadi pemenang SLA, pada tahun 2014, dan memenangai HP pada tahun 2013.
Sejak awal tahun 1980-an lagi, Johar Buang (JB) telah menyatakan dalam puisi-puisinya bahawa dia rindu mencari Khaliknya. Sesungguhnya apabila telah muncul kesedaran dalam matahati seseorang hambanya bahawa dia diturunkan oleh Khaliknya ke dunia ini sebagai khalifah yang diuji, terdoronglah semacam rangsangan yang sangat mendalam dan kuat bergetar-getar untuk kembali menuju ke jalan Allah Ta’ala yakni menuju ke jalan akhirat. Apabila kesan itu terjadi, biasanya dia akan membelakangi dunia ini dengan meninggalkan segala macam yang dikejar oleh manusia seperti yang terlalu bersifat kebendaan, hidup berpura-pura atau mengejar kedudukan dan kuasa.
Dalam perkembangan penulisan kesusasteraan Islam, khususnya genre puisi JB merupakan penyair yang pertama-tama terjun menulis puisi dengan tema-tema agama, seawal tahun 1984, ketika terbit kumpulan puisinya yang pertama berjudul “Perahu” (1995) yang dalamnya terhimpun puisi-puisinya yang ditulis dari tahun 1984 hingga 1994, kemudian kumpulan puisi ini dicetak ulang oleh DBP dengan judul “Dinding-dinding Kaca” (1997).
1. Dinding Kaca (DBP:1997)
2. Tujuhpuluhribu Hijab (Sasterawan Abadi: 2000)
3. Sahara (Toko Buku Hj Hashim: 2003)
4. Cinta Pohon Tamar (Jahabersa: 2004)
5. Cahaya di Negeri Ini (Johar Poetry Network: 2005)
6. Pasar Diri (Lulu,Com: 2012)
7. Perahu Melayu di Lautan Khulzum: 2006)
8. Yang Menjadi Sufi (Pustaka Kanzun Mahfittan: 2015)
9. Taman Sang Guru (Jamiyah Singapura: 2021)
10. Perahu Sudah Dipecahkan Khidir (Unggun Creative: 2022)
Dalam kumpulan puisinya yang pertama, JB sangat jelas memilih tema-tema yang bersifat mendekatkan dirinya dengan Khaliknya, satu demi satu puisi atau sajaknya berbicara tentang hasratnya mencari jalan menuju ke arah yang dimaksudkan, perhatikan sajak bernama “Malam di Atas Sejadah”.
Sewaktu berwirid menjelang fajar masihkah syaitan terhendap-hendap di balik tingkap
sejak mula di sini
perlu apa lagi menoleh perlumbaan hidup ke jurang bayangan alangkah kesunyian yang tidak bernoktah
akulah pejalan yang masih mencari sepotong sinarMu
dari satu dalaman gila kalbu ke satu dalaman
sambil memperolehi erti kewujudan seperti meyakini fajar yang mungkin tiba
pada pertemuan jang mahu sempurna.
(Dinding-dinding Kaca:DBP:1977:halaman 6 atau sajak berjudul “Anggur-Mu”)
Selepas kuminum anggur-Mu tanpa sedar
pisau-Mu memerah kalbuku menitiskan darah kata .... Al-Haq!...
(Dinding-dinding Kaca:DBP: 1977:halaman, 29)
Atau satu lagi jelas keyakinan JB, apabila dia menyatakan:
Kusaksikan matahariMu
di seluruh lembah
tumpah di danau jang jernih
kutemui Kau dalam sisik-sisik
cahaja ketenangan
Kaulah Keabadian itu.
(Dindin-dinding Kaca:DBP:1977; halaman 40)
Pada tahun 2000 terbit kumpulan ketiganya berjudul “Tujuhpuluhribu Hijab” dengan kata sambutan di permukaannya akan Sabda Rasullullah SAW: “Sesungguhnya Allah mempunyai tujuh puluhribu hijab dari nur dan kegelapan. Kalau saja Dia membukanya, kesucian Wajah-Nya akan membakar semua yang dilihat-Nya, dari makhluk-makhluk-Nya.”
Ada dua puluh sajak panjang dan pendek dalam kumpulan ini, yang temanya ialah gambaran isi hati JB, yang terus berbisik, berkata menyeru dia sedang menelusuri kehidupannya mencari Khaliknya. Saya turunkan dua sajaknya, sebuah yang panjang yang diberi judul “Tujuhpuluhribu Hijab” dan sebuah yang pendek berjudul “Rumah”.
betapa jauh perjalanan tujuhpuluhribuhijab ini, ya Allah
betapa tebalnya mega tujuhpuluhribuhribu hijab menerawangi cahayaMu, ya Allah betapa, tak terdaya untuk menempuh satu makam nafsu ke satu makam nafsu selaksa tujuhpuluhribu hijab, ya Allah
di tengah gurun pasir kafilah kamilah unta-unta yang bebal dan tersesat memikul beban dosa mencariMu, ya Allah di tengah lautan perjuangan kamilah armada yang tewas dikerook nafsu maha dahsyat maha gelora, ya Allah
di manakah tersimpan kunci ajaib untuk membuka tujuhpuluhribu peti laduni di dasar langit-Mu, ya Allah
di manakah taman-taman cahaya yang bersemadi para kekasih bertasbih memujiMu dalam setiap detik dalam setiap titik di sebalik kami yang igau
dalam tembok-tembok penjara dunia sesempit tujuhpuluhribu hijab ini, ya Allah
ya Allah, betapa rindunya kami kepadaMu terasing siang dan malam tanpa bicara tanpa pendengaran tanpa penglihatan terkambus asyik di syurga kencana lepaskan kami, ya Allah dari tujuhpuluhribu pintu gerbang yang menutup mata hati kami
ya Allah, betapa jahilnya kami tidak mengenalMu dalam pernafasan tujuhpuluhribu hijab yang kami sedut yang kami hembuskan dan setiap denyutan nadi
ya Allah, betapa kami ini buta huruf kami sebenarnya tak mampu mengeja tujuhpuluhribu huruf maknawi yang terhijab pada namaMu ya Allah, betapa dekatnya Kau
lebih dekat dari urat leher kami namun kami masih engkau mencariMu di luar diri kami yang tujuhuluhribu hijab
ya Allah, kurniakan kami rindu Musa buka serpihan debu Thursina mata kamilah yang buta kerana tak memandang WajahMu di benua tujuhpuluhribu hijab ini telinga kamilah yang tuli kerana tak mendengar ayat-ayatMu lidah kamilah yang bisu kerana tak bersyukur kepada-Mu
(Tujuhpuluhribu Hijab:Sastrawan Abad 2000: halaman 1-3)
Dan sebuah sajak pendeknya berjudul “Rumah”
ya Tuhan
kurniakan aku sebuah rumah
walau di bumi mana
asalkan aku bahagia
bersamaMu
(Tujuhpuluhribu Hijab: Sasterawan Abad 2000; halaman 18)
Dari dua sajak tersebut, kian jelas ke mana arah tema penulisan penyair Sufi JB. Pada awal tahun 2003, saya telah diminta untuk menulis kata pengantar bagi kumpulan keempat penyair JB, yang diberi judul “Sahara”. Dalam kumpulan ini terdapat 60 sajak atau puisi beliau.
Dalam perjalanan hidup ini, manusia khalifah iaitu hamba Tuhan, diturunkan ke dunia ini adalah untuk diuji. Hanya mereka yang dipilih oleh Allah akan mendapat petunjuk-Nya, untuk mencari kebenaran hakiki. Johar Buang berkata sang salik melayarkan nurnya menyusuri sungai roh. Salik atau ahli untuk merupakan manusia yang sudah beberapa tingkat ke depan daripada manusia biasa, yang telah dapat meluluskan dirinya menerusi pintu taubat, syarat-syarat taubat yang harus dijalaninya dengan penuh disiplin amali. Kemudian dia akan terus beristiqamah di maqam taubat sehingga dia mencapai maqam Muhibbun yakni orang-orang yang dicintai Allah. Kemudian dia akan meningkat lagi ke maqam Muqaraabin yakni orang-orang yang dihampirkan Allah kepada Zat-Nya yang Maha Mulia.
Perhati dan camkan Johar Buang menyebut diksi puisi ini, “sang salik” pun yang telah melalui atau paling-paling nur-Nya ialah cahaya hakikat. Akan tetapi dalam pengetahuan umum pula, tanggapan tentang cahaya amatlah berbeza pula, seumpama cahaya biasa yang dapat kita lihat menerusi pancaindera mata atau keseluruhan cahaya matahari yang terpancar di alam maya pada ini.
Baiklah barangkali kita perlu mengetahui secara ringkas dahulu di sini, bahawa cahaya hakiki atau cahaya yang sebenarnya ialah Allah, yakni Maha Pemberi Cahaya sebagaimana tersebut dalam kitab suci Al-Quran, Surah An-Nur [24:35] “Allah (Pemberi) cahaya langit dan bumi”.
Jadi JB ingin menyampaikan bahawa sang salik yang terus menjalani dan menyusuri demi mencari rahsia Tuhan di sepanjang sungai roh, dapat pula memberikan suatu pengertian di sebalik gambaran sungai atau tempat ghaib yang hanya diketahui dan difahami oleh
segelintir manusia arif dalam pengetahuan kerohanian yang sangat terhad pula, yakni tidak dapat difahami oleh masyarakat umum secara lahiriah. Dalam hal ini, sebagaimana kata dan hasrat Johar Buang; Apakah yang lebih bererti selain hidup mencari Dia? Jelasnya, bagi mereka yang sedang mencari rahsia pintu ketuhanan, yang menjadi paling bererti dalam tujuan hidupnya adalah mencari dan mencari Khaliknya serta berharap menemui-Nya, sedang tujuan kehidupan yang lain daripada itu, tidak ada apa-apa ertinya lagi baginya.
Kemudian saya mengambil satu lagi contoh sebuah puisi JB yang diberi judul “Ada” (DDK:16), yang menyebut:
Kilau mentari pecah di kaki rumput
angin pun menumbangkan pohon-pohon kering ereku43 berlari mencari-Mu dan membunuh setiap bayang-bayang
“Aku ada. Aku di mana-mana.” Kata langit. “anda kau mengembara dalam diri.”
Dalam puisi “Ada” sekali lagi betapa jelas JB terus berlari “mencari-Mu”, yakni dalam sepanjang perjalanan masanya, sang penyair JB terus-menerus pintu rahsia ketuhanannya dan dia terus berusaha “membunuh” yakni melontarkan jauh-jauh keinginan-keinginan lain yang boleh merosakkan penariannya itu.
Dalam pengalaman perjalanan puisinya yang menyelusuri waktu-waktu awal puisi, JB terus-menerus berkembang menjadi penyair yang matang dan dewasa. Kami menemui banyak kata, frasa dan ayat seperti kembali kepada-Mu, mencari sepot melalui ong sinarMu, aku ingin bebas mengucup keindahan-Mu; aku lebih mengenal-Mu; cahaya berdamping cahaya dan banyak lagi pernyataan-pernyataan serupa itu dalam puisi-puisi dalam DDK.
Demikian pula dalam sebuah kumpulan puisi terbaru JB berjudul “Sahara” (2003) yang dalamnya terhimpun 60 kuntum puisi, kami dapat mengesan, bahawa pencarian JB terhadap Khaliknya masih terus menjadi pengakuannya. Kami tunjukkan sebuah puisi yang diberi judul “Tabir”, lalu berkatalah JB akan nuansanya.
43 Berdasarkan teks asal penulis kertas kerja ini, ejaan bagi perkataan ini tidak dapat dikenal pasti.
Berhijrah dari alam mikro ke alam ruh
tergelincir di galaksi fana
skrin tanpa data
aku menunggu lantaran kasih-Mu
kapan tabir ini terbuka
agar bisa kupandang Wajah-Mu
Kata-kata “Aku menunggu lantaran kasih-Mu” menggambarkan bisikan matahati JB, yang amat berharap untuk mendapatkan simpati daripada Allah melalui nama kedua-dua sifat-Nya Ar-Rahman dan Ar-Rahim, dan kemudian diikuti pula dengan kata-kata agar bisa kupandang Wajah-Mu, jelas betapa JB terus-menerus mencari Khaliknya.
Kata, frasa dan ayat yang dapat kami cantumkan untuk menguatkan pencarian penyair JB yang mahu masuk ke alam tingkatan tariqat melalui puisinya, dapat kami kutip daripada puisi-puisinyadalam kumpulan “Sahara”. Umpamanya “berilah aku cahaya: Kaukah yang membawaku dari alam ke alam-Mu; asalkan aku bahagia bersama-Mu; rindu mencari Nun Kekasih dan banyak lagi”.
Dalam menyelusuri waktu dengan kenderaan puisinya, penyair JB bertambah dewasa dalam banyak perkara. Dalam “isi” dan “maksud” puisi-puisi dalam “Sahara”, di samping beliau mencari Khaliknya, ditemui kesedaran yang diselitkan di sana sini, supaya kita selaku manusia pembaca menyedari rintangan-rintangan, yang akan kita temui ketika kita berusaha mendekati atau mencari Khalik. Umpamanya kata-kata:
“kita lupa menyerahkan kembali kunci-Nya; setelah mendedahkan pintu-pintu alam; siapakah kita sebenarnya? Kita adalah bayang-bayang kita!; waktu kututup cermin itu kembali alangkah aneh wajahnya ada diriku tiada; dan betapa tak terdaya untuk menempuh satu makam nafsu ke satu makam nafsu.”
JB dalam “Sahara” terus-menerus mencari Khaliknya dengan lebih gigih lagi, akan tetapi berbeza dengan puisi-puisi awalnya yang dicipta sekitara 80-an dan awal 90-an. Dalam “Sahara”, kami percaya dicipta seluruhnya sesudah tahun 1999. Di samping terus mencari rahsia pintu ketuhanan, JB terus sedar mengingati kita bahawa rintanganya banyak sekali seperti katanya:
di tengah gurun pasir kafilah kamilah unta-unta yang bebal dan tersesat memikul beban dosa mencari-Mu, ya Allah di tengah lautan perjuangan kamilah armada yang tewas dikeroyok nafsu maha dasyhat maha gelora, ya Allah Tujuhpuluhribu Hijab
Kelemahan mata, telinga dan lidah manusialah yang menyebabkan kegagalan manusia dalam apa urusannya; baik antara sesama manusia, lebih-lebih lagi dengan Penciptanya. Dalam hal ini, Allah telah memberi peringatan:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan kebanyakan jin dan manusia sebagai isi neraka jahanam, kerana mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami, kerana tidak dipergunakan untuk memahami (tanda-tanda kekuasaan Allah), mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (tanda-tanda kekuasaan Allah). Mereka itu bagaikan ternakan, bahkan lebih sesat dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf:179)
Dengan susunan kata-kata biasa tetapi tepat dan padat, JB memberi sindiran kepada manusia yang gila harta:
Matahari terik di langit. Tubuhmu panas kering
Sebahagian kulitmu hancur dan berdarah dibakar bahang Matahari. Kau kehausan. Kau kelaparan. Kau menderita.
“Air! Makanan!” tiba-tiba terlompat dari mulutmu.
Harta-harta karun itu tidak dapat menolongmu. Harta itu
Adalah berhala-berhala yang beku, Matamu mengarah je langit. Tiba-tiba menjadi buta akibat pancaran sinar matahari yang terlalu membakar (Sahara 2)
Menurut tafsiran JB bahawa harta-benda yang manusia tergila-gila untuk mengumpulkannya, bukan sahaja membebani dan menyusahkan manusia itu sendiri, tetapi harta-benda itu seolah-olah menjadi sebagai berhala di sisi orang-orang yang menyembahnya dan mengharapkan sesuatu daripada harta-benda itu selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Bukan sahaja kita tidak dapat keuntungan dan kebaikan, malahan mendapat dosa besar kerana menyirikkan Allah.
Dalam puisi-puisi JB tahun 2000-an, sering kami temui kata-kata: sejadah, kudus, bersyukur, cahaya, hakikat, zat, hakiki, zikir, bertasbih, nur, dan banyak lagi kata-kata seumpama itu, yang tidak mungkin akan boleh kita temui puisi-puisi penyair lain. Istilahistilah yang lebih menjurus jalan menuju tariqat, seperti hati, roh, dan nafsu, sentiasa dalam puisi: “Kerana Hati Itu Gelap”
Kerana hati itu gelap
maka Tuhan tidak kelihatan
topeng-topeng pun tercipta
menyamar sebagai Tuhan
kerana hati itu gelap
maka Tuhan ditinggalkan jauh
dengan dendam berbatu-batu
Dalam menuju ke jalan tariqat, manusia harus membersihkan hatinya yang menjadi tempat pandangan Tuhan, supaya hatinya tidak cenderung kepada tuntutan nafsu syahwat dan gila keduniaan. Seseorang yang menuju ke jalan ini juga harus memelihara hatinya daripada sifat-sifat dengki, dan sangka buruk, sebaiknya bersifat pengasih, pembelas dan menyangka baik kepada semua orang.
Sesuai pula dengan kata guru tariqat kepada muridnya: “Bahawa hati itu mempunyai berbagai-bagai penyakit yang lebih buruk dan lebih busuk daripada maksiat-maksiat pancaindera, Hati yang berpenyakit itu tidak layak untuk menerima makrifatullah (pengenalan Allah) dan kecintaan-Nya, melainkan setelah hati itu dibersihkan daripada segala penyakitnya...” Jadi tidak akan mungkin hati yang gelap atau hati yang rosak itu akan dapat mendekati Allah, lalu mengenal Allah yang hakiki. Begitulah kata JB. Demikian pula dalam puisi Tujuhpuluhribu Hijab, apabila JB berkata:
Ya Allah, betapa rindunya kami kepada-Mu terasing siang dan malam tanpa bicara tanpa pendengaran tanpa penglihatan
Dari kumpulan yang berjudul “Yang Menjadi Sufi” (Pustaka Khazanah:2015) kami temui 86 puisi dalamnya.dengan isi dan tema yang pekat mengenai perjalanan seorang penyair sufi, dan JB bertanya dalam puisi “Tasawuf” (2023).
Tasawuf
Tasawuf al-Gazali jalannya meninggalkan keduniaan ada pendapat mengatakan sukar untuk mempraktikkannya di akhir zaman ini... yang penuh bermacam pencaroba
Tasawuf Ibnu Arabi
jalannnya meninggalkan wujud diri
untuk menemukan Wujud Allah
ada yang mengatakan doktrin ini relevan
untuk semua manusia zaman ini
dan kini semakin ramai
yang mahu kembali dan mencarinya
tidakkah sukar mencari Tuhan
kerana Dia sesungguhnya
ada bersama kita
walau di mana pun kita berada
Bagaimana tasawuf
jika tanpa meninggalkan keduniaan
hidup sentiasa bergelumang dengan nafsu
jika tanpa meninggalkan wujud diri
hidup tak kembali kepada Allah
Barangkali surah al-Baqarah:[2:269] boleh menjadi patukan kepada pencari:
“Allah menganugerahkan al hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, maka sungguh telah diberi kebajikan yang banyak...”
Atau panduan satu lagi dari surah an-Nur [24:40]:
“... Dan barangsiapa yang tidak dijadikan Allah cahaya baginya, maka tidak ada cahaya baginya.”
Bagaimanapun juga saya kira sajak di atas ialah puisi yang ditunjukkan oleh penyair JB, sebagai patukan kepada pembaca pencari. Kemudian penyair JB, mengemukakan “cermin” sebagai patukan mencari peribadi diri manusia sendiri. Hal ini dipaparkan oleh JB dalam sajak panjangnya berjudul “Sebagai Cermin” (Yang Manjadi Sufi): halaman 12 - 13) menjadi jawapan kepada pertanyaannya dalam puisi ‘Tasawuf’ di atas. Saya tukil:
Berwaspadalah
apabila di sudut yang diam
kita ungkapkan cinta itu lahir
dari diri kita sendiri
sedangkan Dia
hanya permberi hikmah dan kebaikan
kita adalah sekeping cermin
demi itu di balik wajah cermin ini
kita tetap menjadi sebahagian dinding
Apabila ditelaah sajak-sajak singkat penyair JB dalam kumpulan “Yang Menjadi Sufi”
kita akan mengintip fikiran saranan daripada JB, dengan lebih jelas dan banyak faedahnya. Saya turunkan beberapa contohnya:
Selepas Wirid
Aku tersembunyi
pada terzahirnya Aku
Aku terzahir
dari tersembunyinya Aku
halaman 24: (31/7/2014)
Restu
Ketika kucium tangan kanannya untuk mendapatkan berkah dan restu
Kata maulana, “pergilah menuju Dia
tapi jangan lupa
Dia ada bersamamu!”
halaman 34: (20/7/2014)
Paling akhir kumpulan puisinya berjudul “Perahu Sudah Dipecahkan Khidir” (Unggun Creative: 2021). Ingin saya kutip untuk menggambarkan betapa halus dan cergasnya si penyair sufi ini menyuguhkan fikirannya:
Mengusir Cahaya
jika manusialah yang sakit menanggung virus korona akhir zaman ini
sewajarnya manusialah yang perlu dirawat namun mengapakah rumah-Mu dikurantinkan
mereka mengusir cahaya dari rumah-Mu mereka tutup semua pintu
mereka tutup semua jendela ya Rabbi manakah mungkin Engkau yang sakit
tiada seorang pun yang sudi menziarahi-Mu di rumah-Mu yang sunyi ini
(Perahu Sudah dipecahkan Khidir: halaman 47)
Dan sajak berjudul: “Mutiara Cinta’” (halaman 58)
ketika kau sedang marah pada seseorang, kaubalingkan semua isi hatimu dengan dendam yang jauh berbatu-batu, namun jika akalmu marah pada dirimu sendiri, apakah yang terjadi pada sukma jiwamu paling terdalam tempat semadi Kedamaian Agung di mana
setan sama indahnya dengan Jibril berwajah mutiara?
Atau satu lagi contoh dari sajak berjudul: “Menuju ke Dalam” (halaman 64).
jalan menuju ke dalam ini memang sunyi
banyak yang pernah mengaku murid
lalu tinggalkan aku keseorangan
sebab aku sering menafikan
segala keajaiban yang bukan hakiki kataku jadilah Dia sahaja
dan bukan kamu
Dalam kumpulan ini, tidak ada lagi pertanyaan, sebagaimana penyair JB bertanya dalam puisi-puisinya. (Yang Menjadi Sufi).
ASPEK PELANGGARAN/PEMBAHARUAN/ KELAINANKEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN
Dari motif yang ingin disampaikan oleh penyair sufi JB ini, jelas beliau terus-menerus mencari Allah Khaliknya, baik apapun puisi yang ditulisnya. Jika menurut teori Takmilah yang dibina oleh Dr. Shafie Abu Bakar, teori ini khusus untuk diterapkan dengan sastera bermotif Islam yang bersifat sufistik. Teori ini muncul adalah akibat daripada tuntutan untuk melahirkan dan mendapatkan teori tempatan. Model bagi sastera Islam pula semestinya diambil daripada contoh-contoh yang kukuh. Sudah tentu model yang kukuh bagi sastera Islam, menurut Mana Sikana, unsur dan pengajaran perintah Allah yang ada dalam Al-Quran Al Karim itulah
patukannya.
Prinsip-prinsip yang pertama harus diikuti ialah pegangan penulisnya, dan penyair sufi JB, tetap dilihat dari pertengahan 1980-an, sebagaimana tercetus dalam sajak-sajak “Bayang Tubuh”; ‘Bawalah Aku; Di Bawah Lampu-Nya; Pada Sebuah Penemuan; Yang Abadi; Aku-Mu” atau dari sajak “Kelana” (1993) beliau berkata:
“Kekasih, telah Kaugugurkan aku; dari taman langit-MU; ke padang bumi yang fana; aku pasrah, Kekasih; Kembalikan aku kepada pelukan-MU”.
Kemudian yang kedua ialah “Estetik dan Karya” si penyair bagaimana? Dan penyair sufi JB, seperti yang disebut di atas, ketika saya bicarakan sajak-sajaknya dalam kumpulan “Sahara” (1999) dan kumpulan “Yang Menjadi Sufi” (2015) jelas sajak-sajaknya mantap indah berestetik Islam. Umpamanya dalam sajak “Perbendaharaan Nama-Nya”, JB menyebut: Untuk melihat Dia; yang tidak berjirim dan berjisim; lihatlah ke dalam; perbendaharaan Nama-Nya; Yang Maha Agung; dan Yang Maha Indah.”
Itulah hakikat dan kekuatan serta keistimewaan penyair sufi Johar Buang yang mantap, konsisten dengan pegangan kepada Khaliknya dan bahasa yang disusunnya mantap dan sangat estetik. Beliau terus mantap menulis dari tahun ke tahun; dan sudah siap tiga atau empat naskah kumpulan puisinya yang sedang mencari penerbit yang sanggup untuk menerbitkannya. Jika ditinjau dari teori Mana Sikana Teksdealisme, jelas pula penyair sufi Johar Buang ini, banyak melakukan pelanggaran; baik dari segi isi mahupun bentuk, yang jarang dilakukan penulis di sini di Singapura mahupun di Nusantara.
1. Hari Terakhir Seorang Sufi (IMO Production: 2000)
2. Ole-ole Dari Tanah Suci (Jahabersa: 2002)
3. Berjalan di Atas Udara (Perniagaan Jahabersa: 2003)
4. Taman Sang Guru (Jamiyah Singapura: 2021) Isinya “Taman Yang Tersembunyi” (halaman 10-81 dan 86-192 merupakan kumpulan 12 cerpen, yang diberi judul “Sang Guru”)
Saya telah membaca semua cerpen Johar Buang dalam empat kumpulan di atas, dan cerpen-cerpen tersebut saya pecahkan ke dalam dua bahagian; pertama ialah cerita-cerita benar mengenai peribadi JB sebagai penyair sufi yang mencari jalan menuju ke alam kesufiannya. Umpamanya dalam cerpen yang diberi nama “Menjurus Angin” yang dikisahkan oleh penulis JB, ceritanya adalah tentang guru silat muda yang bernama Azmi Tengkorak. Ramai anak-anak muda kampung tempat JB tinggal tertarik untuk belajar. JB seperti orangorang kampung sentiasa menonton pengajaran silat tersebut. JB sebagai pemuda yang taat
agama dan dia mengenal ilmu logika tidak percaya, angin boleh dikuasai. Api, air tanah dapat dilihat tentu logik jika dikuasai manusia, tetapi angin, tidak mungkin boleh, melainkan ilmu silat Azmi Tengkorak ini mesti menggunakan kuasa ghaib, iaitu jin atau syaitan.
Pada satu sesi latihan, tiba-tiba Azmi Tengkorak menyuruh anak muridnya memberhentikan latihan mereka. Lalu Azmi Tengkorak sendiri berdiri di tengah-tengah gelanggang, kemudian dia berkata: “Aku tahu malam ini ada orang yang hendak mencabar aku. Aku tidak gentar. Kalau dia betul anak jantan, mari kedepan dengan aku!”
Murid-murid Azmi Tengkorak terpinga-pinga dan orang-orang yang menonton pun tertanya-tanya. Siapa yang hendak mencabar dan apa pula yang akan terjadi? Akhirnya penulis JB sendiri maju ke tengah gelanggang. Dia berdoa kepada Allah, supaya Allah membuktikan kebenaran-Nya. Semoga kelak menjadi suatu pengajaran yang menginsafkan kepada sesiapapun membaca sepotong ayat suci Al-Quran daripada surah Al-Isra; ayat 81 yang menyebut, dan maksudnya:
“Katakanlah! Telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti lenyap.”
Lalu JB menghembuskan bacaan daripada nafas melalui mulutnya, ke arah Azmi Tengkorak. Selepas itu Azmi Tengkorak tidak dapat mengimbangi badannya lalu rebah. Dalam kumpulan puisi dan cerpen yang diberi nama “Sang Guru” Ada cerpen rekaan daripada JB, dan ada kisah betul mengenai diri JB secara peribadi mencari Guru Sufi.
Pendeknya, motif atau maksud beliau menulis puisi juga bergerak menuju dan mengejar mencari Allah Khaliknya. Ikutilah cerpen-cerpen dan khususnya puisi-puisinya, pasti jawapannya sama sebagaimana yang telah dibaca dan diselidik seluruh tulisan fiksyennya.
Sebagai penyair sufi, daripada paparan tulisan-tulisan puisinya tadi, jelas sekali Johar Buang, merupakan satu-satunya penyair Sufi yang mantap dan terus menghasilkan puisi-puisi yang menurut bacaan saya sekarang dan masa lepas, tidak ada seorang pun yang mempunyai makam sebagai penyair sufi yang terus mengajar Allah Pencipta apa yang ada di langit dan di bumi. Saya tukil beberapa ayat-ayat penyair JB dalam puisi panjang yang berjudul “Taman Yang Tersembunyi” kumpulan yang paling baru yang diterbitkan oleh Jamiyah Singapura pada tahun 2021.
“bila Dia ingin melihat DiriNya
Dia melihat kita
Dia ada dalam diri kita
kerana kita adalah hambaNya
Dia berdialog dengan kita
dan kita berdialog denganNya
Dia memandang wajah kita
dan kita berdialog denganNya
Dia kenal kita
tetapi kita tak kenal Dia
kita tidak tahu
bagaimanakah Dia bersama kita
hanya Dia sahaja yang tahu
bagaimanakah caranya
Dia bersama kita
Setahu saya di Malaysia ada penyair yang sudah meninggal iaitu Suhaimi Haji Muhammad, tema-tema puisinya adalah menyatakan keesaan Allah, akan tetapi lain cara isi tulisannya dengan penyair JB. Umpamanya banyak kumpulan puisinya: “Menganyam Bulan” (1983); “Menterjemah Bintang” (1985); “Nyanyian Undan” (1991) dan yang akhir “Wujud” (1997). Sekadar perbandingan saya tukil beberapa sajak; “Ucapan” : (halaman 54)
kau
ulanglah ucapkan seribu
ulanglah ucapkan seribu, sepuluh ribu kau ulanglahlah mengucapkan dengan sepenuh cintamu
atau dari sajak “Cermin” (halaman 77)
sebuah cermin
kumelihat di dalamnya kuperhatikan ada cahaya di sini
siapa tah berada di sebaliknya? di sebalik semuanya?
Atau dari sajak “Puisi Tuhan” (halaman 112)
sejuta pohon Adam yang menggementar memotong zarah tanpa tembok waktu menembus langit kuasa mini menangis dengan sejuta bayang mencantum sinar sejuta perak kemenangan di atas sejuta jagat
sejuta tiang menongkat langit
berjuta benih yang tak mati
maka
aku tersedu seribu tahun
Dan dari sajak “Hanya Allah” (halaman 246)
tiada yang lain kulihat kulihat Allah
tiap yang kudengar kudengar bisikan Allah
tiap yang kupakai kupakai pakaian Allah
tiap yang kucium mawar Allah
tiada yang lain kecuali Allah
Saya ambil sebagai contoh puisi-puisi daripada Emha Ainum Najib, Indonesia yang masih menulis, banyak bukunya juga, antaranya: “Syair Lautan Jilbab” (1994) halaman 1:
Hanya satu dua kali
Burung-burung Ababil menabur dari sunyi
Hanya ketika hati Allah dilukai
Atau tatkala cintanya menetes ke jiwa yang sendiri
“Syair-syair Asmaul Husna” (1994); Saya tukil
Di siang benderang
Matahari luput dari ingatan
Sebab hanya digulita malam
Rahmat Sang Rohman
Pada kita bergemilang
Tenggelam seluruh waktu dan ruang
Dalam anugerah tak terumuskan.
Penulisannya terus mantap, dari kenyataannya, sekarang sudah siap tiga atau empat buah kumpulan puisinya sedang menunggu untuk mendapatkan penerbitnya. Jelaslah bahawa penyair suri Johar Buang ini, penyair yang tak ada bandingannya di sini dan mungkin di alam Nusantara ini.
Penulis yang kesebelas ialah Isa Kamari.
Yang Bijaksana Yang Terus Laparkan Ilmu
Isa Kamari dilahirkan di Singapura pada 19 Mei 1960. Beliau terdidik di Raffles Institution sebelum melanjutkan pengajiannya di Maktab Rendah Nanyang. Beliau kemudian memperoleh Sarjana Muda Sastera (1985) dan kini beliau bertugas di salah sebuah firma seni bina setempat.
Dalam bidang penulisannya, ia meliputi cerpen, novel, puisi, esei dan drama. Karyakaryanya sering tersiar di akhbar Berita Minggu dan dapat juga dibaca dalam antologi bertajuk “Tiga Warna Bertemu” (Puisi, 1987); “Terminal Terakhir” (cerpen, 1993), “The Fiction of Singapore” (cerpen, 1990); dan “Fifty on 50” (puisi, 2009). Novel-novel Melayunya telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Turki, Urdu, Arab, Bahasa Indonesia, Sepanyol, Rusia, Perancis dan Mandarin. Manakala dua daripada tiga kumpulan puisinya telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Isa juga telah menghasilkan sekumpulan skrip teater, dua naskhah skrip drama televisyen bersiri, dua skrip dokumentari filem, sekumpulan cerpen dan lirik bagi tiga album lagu. Isa telah menerima SEA Write Award (2006); Pingat Budaya Singapura (2007); Anugerah Tun Seri Lanang (2009); dan Anugerah Tokoh Mastera (2018).
1. Satu Bumi (Pustaka Melayu Publisher (1998)
2. Kiswah PN (2002)
3. Tawassul PN (2002)
4. Menara PN (2002)
5. Selindang Sukma ITBM (2004)
6. Memeluk Gerhana (Al-Ameen Serve Holding (2007)
7. Duka Tuan Bertakhta (Al-Ameen Serve: 2011) Edisi Jawi (2016)
8. Kicau (Kitab International Singapore (2018)
9. Singgahsana (Bibilo: 2022)
Saya mula mengenal Isa Kamari barangkali sekitar tahun 1985, ketika beliau meraih gelaran sarjana muda sastera pada tahun 1985 dan sarjana muda Senibina (Kepujian) pada tahun 1985. Beliau menulis cerpen dan cerpennya sering tersiar di ruang sastera Berita Minggu.
Dua daripada cerpennya, iaitu “Klinik” dan “Selindang” saya himpunkan dalam “Terminal Terakhir” (DBP: 1992) sebagai kumpulan cerpen penulis-penulis muda Singapura, selepas saya mengumpulkan kumpulan cerpen penulis-penulis cerpen senior Singapura dalam kumpulan “Temasik” (DBP:1987). Novel pertama beliau berjudul “Satu Bumi” (Pustaka Melayu: 1998). Novel ini dihadiahkan kepada saya pada Julai 1999, dengan nota di muka hadapan: “Pak Suratman bertanya ‘Di Bumi Mana?” (DBP: 1996),”‘Saya menjawab di Bumi Yang Satu Ini”. Dalam novel saya yang berjudul “Di Bumi Mana”, tema novel tersebut adalah mengenai “keadilan” yang saya cari-cari di mana-mana tapi tidak saya temui, lalu saya katakan bahawa “keadilan” insya-Allah akan kita temui di dunia akhirat nanti. Dalam novel pertama Isa Kamari, “Satu Bumi” adalah tentang kisah di negara Singapura, selepas pergaduhan kaum, dan ceritanya sekitar di satu kampung bernama Tawakal yang bersempadankan sebuah perkampungan Cina, Kopisu namanya. Motif yang dikemukakan oleh Isa Kamari dalam novel ini, adalah mengenai pertelingkahan kaum berlaku disebabkan onar seorang yang tidak bertanggungjawab melontar sebotol kaca ke barisan perarakan orang-orang Islam menyambut Maulidur Rasul. Itulah motif Isa Kamari, dan beliau menunjukkan kerjasama antara kedua-dua kaum itu menjadi satu kekuatan perpaduan hidup yang harus ada di Singapura ini. Novel kedua Isa berjudul “Kiswah” (Pustaka Nasional: 2002) adalah mengenai kisah pengantin baru dengan dicubanya, menggambarkan cerita erotik ketika sejoli itu berbulan madu!
Pada September 2002, semasa di satu Majlis Pameran Buku Melayu Islam di Wisma Indah, di Masjid Kassim, saudara Djamal Tukimin memberi kepada saya, novel “Kiswah” supaya saya melakukan “Bedah Buku”. Ketika membaca nota pendek di kulit belakang teks novel “Kiswah” yang antara lain menyebut:
“... novel yang dijangka akan menimbulkan tengkarah dan minat yang meluas ini menuntut penilaian semula pembaca terhadap erti seks dan cinta, hubungan suami isteri tatasusila masyarakat dan kebenaran agama. Novel ini bakal menggemparkan dunia kesusasteraan Melayu Singapura...”
Demikian pula kenyataan surat Saudara Djamal Tukimin kepada saya, yang menyatakan perkara yang sama, maka saya pun membaca novel ini dengan cukup teliti dan berhati-hati; tetapi selesai membacanya saya berasa tidak percaya dengan pembacaan saya, sehingga saya bertanya dalam hati. Apakah saya telah tidak membaca dengan teliti sehingga saya tidak menemukan seperti kenyataan Saudara Djamal dan nota di kulit belakang novel tersebut.
Novel ini mengisahkan pengalaman berbulan madu pengantin baru antara Iryadi dan
Nazirah Abdullah, bermula dari kota Delhi, Kashmir, Kathmandu. Dalam babak yang mungkin dimaksud oleh penulis ialah babak-babak ini, di halaman 11 - 12:
“... Pada malam pertama di New Delhi bersama suaminya, Nazreen baru merasakan bahawa hidupnya kini terapung-apung di antara kesunyian dan keakraban. Setiap sentuhan adalah gandingan keinginaan dan perasaan malu. Setiap kucupan adalah penerimaan dan segan silu. Setiap dakapan adalah keyakinan masa kini dan keraguan hari esok. Malam yang dingin dihangat kemeriahan rindu dendam yang kadang-kadang diiringi tingkah laku yang agak kelok dan melucukan. Tubuhnya terasa baru sekaligus lama bila didekati suaminya. Dia dapat merasakan sensasi yang aneh di balik gerak yang biasa...”
Kemudian barangkali gambaran romantis yang kedua ini, di halaman 28:
“Iryadi menganggukkan kepalanya menagih persetujuan. Nazreen tersipu-sipu dan menundukkan kepalanya. Matanya membayangkan perasaan malu tetapi dadanya bernyala dengan keinginan. Mereka justeru masuk ke dalam kamar. “Perlahan-lahan ya Adi”.
“Ya sayang.
“Malam itu sebuah syikara44 menyusur keajaiban tasik yang gelap dan penuh rahsia. Semerbak teratai dan kembang epal menyusup ke dalam kamar dan memabukkan sepasang jiwa. Permukaan tasik yang tenang menyembunyikan gemuruh arus yang bersimpul dan dasar kewujudan. Kehangatan kamar memuncakkan nikmat. Purnama memeteskan air mata apabila permukaan tasik yang suci diguris duri-duri teratai yang direntap angin malam... (halaman 28)
Atau mungkin petikan ketiga ini yang akan menjawab pertanyaan saya.
“Malam itu Iryadi kelihatan bertenaga dan kreatif daripada biasa. Dia mencuba berbagai kedudukan dan cara. Dia meneroka bermacam puncak dan lurah. Jelas dia terpengaruh dengan apa yang dilihatnya di kuil Jaganath siang tadi.
“Dalam gelap Nazreen membiarkan suaminya memanjat fantasinya tanpa sebarang tentangan sehingga saat yang memeranjatkan dirinya. Setelah melayani permintaan suaminya agar meniarap, tiba-tiba dia merasakan kelangsungan yang agak biadap. Dia menolak Iryadi ketika suaminya itu mencuba perkara yang tidak diterima bumi...” (halaman 47)
Apa yang dinyatakan oleh Isa Kamari sebagai penulis. “... Novel ini bakal menggegarkan dunia kesusasteraan Melayu Singapura.”
Ternyata selepas saya menyampaikan telaah saya di majlis tersebut, tidak ada
44 Berdasarkan teks asal penulis kertas kerja ini, ejaan bagi perkataan ini tidak dapat dikenal pasti.
sambungan di suratkhabar, di ruang sastera Berita Minggu. Masyarakat penulis senyap sepi dan masyarakat umum langsung tidak ambil indah langsung. Pokoknya barangkali, orang suratkhabar tidak membuat provokasi tentang kata-kata Isa Kamari, dan dari petikan-petikan yang saya tulis dibuta-tulikan oleh pengarang sastera Berita Minggu, sehingga dengan demikian hal tersebut menjadi sepi.
Novel yang diterbitkan pada 2011, berdasarkan kisah sejarah kedatangn Raffles dan Farquhar bermula dengan membuka loji di Singapura pada 28 Januari 1819, dan berkesudahan dengan permainan mulut manis kelingking berkait Raffles dan Farquhar, akhirnya Singapura terserah kepada Kompeni India Inggeris mengambil dengan cara tipu. Tokoh-tokoh lain yang diceritakan adalah mengenai Habib Noh bin Habib Muhammad yang dianggap oleh orang Melayu ketika itu sebagai Wali Allah. Kisah watak Wak Cantuk juga menjadi bahan cerita dan kisah peranan Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir.
Novel sejarah ini dalam edisi jawinya, menurut Isa Kamari, sewaktu ditemuramah pada hari Pesta Buku Kuala Lumpur yang baru berlalu pada akhir Mei hingga awal Jun 2023, menyatakan bahawa edisi jawi, digunakan sistem ejaan lama; dengan maksud supaya siswa atau sesiapa juga membacanya mengetahui bahawa ejaan yang dipakai ialah ejaan jawi lama, sebagaimana digunakan dalam teks-teks jawi lama; sama ada yang berbentuk syair, penglipur lara atau sejarah dan teks-teks agamanya. Dengan demikian menurut Isa Kamari, supaya memahirkan para siswa dengan membaca atau meneliti teks-teks lama.
Novel ini menggambarkan kisah seorang abang yang melayan dan menjaga adik lelakinya yang menderita kesihatan mental tetapi sangat prihatin, sabar dan tawakal. Pada setiap akhir bab disulami pula barisan-barisan puisi. Bagaimanapun kerana tulisan-tulisan itu semuanya dicap dengan kabur, menjadikan sulit pembaca untuk membacanya. Pada akhir bab ini, adik dimasukkan ke IMF, dan abangnya sering menziarahi adiknya dan dia meminta abangnya membeli kanvas dan cat minyak untuk adiknya mencoret-coret melepaskan perasaannya di samping mengharapkan adiknya mencoret perasaan.
Antara dialog abang yang sentiasa sabar menghadapi adiknya yang sakit mental itu, begini dialognya:
“Tengoklah nanti, abang. Apabila aku masuk zon gila, aku tulis.”
“Zon gila?”
“Itulah cara aku tulis sajak, abang. Aku perlu selam ke dasar tasik majnun.”
“Maaf, abang nak cakap sikit. Bukankah kau dah gila sekarang? Jadi dah boleh tulis sajak!”
“Maaf bukan begitu. Sebenarnya, abang tak faham maksud kau tentang tasik majnun tu. Abang tak pernah jumpa penyair lain yang gila. Abang nak tahu kau perlu jadi gila sebelum tulis sajak.”
“Mereka belum sampai ke tahapku, abang. Tahap rajawali dengan sayap malaikat. Mereka belum dapat ilmu mistik macamku. Mereka tak kenal ilmu laduni. Sajak-sajak mereka semua polos. Tak mendalam. Tak menggigit.
“Sajak yang kau tulis itu macam mana?”
“entera sl. Sajak-sajak kasaf yang menyingkap alam Jabarut. Malukut. Nasut dan Luhut!”
“Alam-alam apa tu?”
“Nantilah, kalau kau dah pergi jauh, masuk ke alam itu semua, aku akan tinggalkan sajaksajakku sebagai jejak. Abang bacalah mantera asalku! Ngiaw!”
“Kau nak kembara jauh ke alam itu semua pergilah. Tapi jangan tak balik. Nabi jumpa Tuhan pun balik ke dunia nyata.”
“Oh abang tahu tentang perjalanan Nabi. Baguslah jadi abang faham tentang jalan sulut. Abang sekarang faham tentang minda dan jiwaku yang merayau-rayau. Seperkara lagi abang, aku nampak hantu masuk rumah pusaka kita macam Allahyarham bapa. Satu keluarga. Mereka tinggal di bawah meja dapur.”
“Abang akan cuba fahamkan penjelasanmu tentang alam-alam itu semua, cuma dalam alam nyata ini, abang tengok hidupmu secara lahiriah kacau, tak tenteram merepek tentang keluarga hantu itu.”
“Lautan mana yang tak berombak abang? Lagipun jika abang sendiri tak nampak dan faham, lebik baik abang diam saja.”
Sehingga hari sekarang tahun 2023 Isa Kamari telah menghasilkan sembilan novel Melayu dan sebuah novel Inggeris. Novel-novelnya banyak diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing; antaranya dalam bahasa Inggeris, China, Urdu, Turki, Arab, Perancis dan bahasa Indonesia.
1. Sumur Usia (Pustaka Nasional (1993)
2. Munajat Sukma (Pustaka Nasional: 2003)
Penyapu Cinta (Nuha:Books: 2020)
Kumpulan puisi Isa Kamari (IK) yang pertama iaitu “Sumur Usia” dengan tema-tema cakupannya, umpamanya: Bunga Lalang, Singaduyung, Anak Kecil, Danau, Sumur, Gunung dan banyak lagi adalah mengenai alam dan isinya yang dicipta oleh Yang Maha Kuasa, menjadi bahan renungan dan sumber kehidupan. Mata dan telinga penyair memandang, meneliti dan mendengar dari sekitar alam dan isinya terus difikir dan diteliti sebagai sumber ilhamnya; dan hidup dalam fikirannya lalu menjadi contoh bandingan kehidupan manusia seluruhnya. Umpamanya penyair IK berkata dalam sajak “Nyanyian Angin” (halaman 2):
Jika awan terlampau berat untuk bumbung rumahmu panggilah angin serulah bumi kemanisan hidup menabur budi
Atau dari sajak “Siput” (halaman 5), penyair IK mengambil perbandingan dan pelajaran daripada kehidupan siput yang dapat bertahan daripada hujan, menjadi dirinya sebagai manusia berasa malu, teliti kata IK:
melihat siput aku bertanya pada diri
dapatkah sungai waktu kutahan dengan hati
kerana kegagalan
adalah arus ganas yang menghakis tebing iman
melihat siput
ysng berjuang dalam hujan
aku jadi malu
pada rahmat Tuhan
Dari contoh lain, umpamanya sajak “Sumur” (halaman 25) beliau berkata:
tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini
selain daripada panggilan roh
agar sumur hidupmu dapat memecah keabadian.
pada setiap kerja yang tidak membekas
pada jiwa
kemanusiaanmu akan menjadi kering
bertukar menjadi debu
yang diterbangkan angin kemarau
Jelas rasanya contoh yang digarap penyair IK untuk membina kehidupan manusia ini daripada kejadian alam yang dicipta oleh Yang Maha Kuasa, teliti sebuah puisi lagi dari sajak berjudul “Pasir” (halaman 30).
apalah erti milik
jika hanya menimbulkan kebosanan
yang kita ladeni
dalam hiburan demi hiburan dalam hempasan demi hempasan ombak jiwa yang lelah
pasir itu perlu
dan seharusanya diburu
jika pantai menawarkan pelabuhan
lihatlah anak kecil
jiwanya girang bermain pasir yang tidak pernah menjadi miliknya.
Lalu kita temui kumpulannya yang kedua yang menjadi ilhamnya, adalah ketika beliau melakukan umrah terdapat sebanyak 100 buah puisi pendek pengalaman beliau melakukan ibadah haji; yang dinamakan “Munajat Sukma” (Bingkisan puisi Tanah Suci). (Pustaka Nasional: 2003). Dalam kumpulan yang merupakan tema-tema kesan ketika beliau menunaikan fardu haji; bermula dari “niat” yang beliau sebut sajak berjudul “Penerbangan”.
azan keramat
angkat pesawat
jiwa surat
debu karat
damba taubat
mohon berkat
cucur airmata
harap dan takut
takut dan harap
perjalanan ini
segumpal hati
tanda kembali
Jika kita bergerak menelusuri sajak-sajak IK dalam kumpulan keduanya ini, memang tema-temanya adalah mengenai keterlibatan dirinya dengan suasana manusia Islam menunaikan fardu haji, iaitu satu daripada rukum Islam yang dilakukan oleh setiap pemeluk Islam, jika mereka mampu melakukannya. Penyair IK menjalaninya sebagaimana jemaah yang berjuta itu melakukannya. IK berasa kagum apabila pertama kali melihat kaabah, dengan kata-katanya, dalam sajak “Kaabah” (halaman 8).
apa yang hendak kukatakan lagi tenang ini
menuntut diam menatap rumahMU ya Allah
Kemudian IK melakukan rukun pertama tawaf, digambarkan dalam sajak “Tawaf Pertama” dengan perasaan yang menggetar, katanya:
bismillahi allahuakbar
getar hati
gementar kaki
dosa tak terperi
reda dan tenang dalam tujuh lingkaran rahmatMu ya Allah
tiada lepas maya
tiada rungsing dunia
tolak dan asak bahu ke bahu
dada ke pundak menabir jiwa
dari wajah Mu
ya Allah
lambai penawar
rukun hajar aswad
lerai resah
nista sepanjang usia
hamba Mu datang
hamba Mu datang
rayu ampun dan kasih di hadapan rumah Mu ya Allah
Itulah getaran hamba Allah melakukan tawaf pertama, dilepaskan oleh IK dalam perasaannya. Demikian seterusnya sajak-sajak dalam kumpulan kedua puisi IK ialah gambaran pengalaman zahir dan batin seorang pemeluk Islam yang tawaduk. Kemudian saya teruskan dengan meneliti kumpulan ketiganya yang berjudul “Menyapu Cinta” (2022) yang terbahagi kepada tiga bahagian: Bahagian pertama di bawah tajuk “Sumur Cinta” iaitu sajak-sajak beliau yang sudah terbit dalam “Sumur Cinta” (1979-1993); kemudian kedua di bawah tajuk “Ihram Cinta” (2003) yakni sajak-sajak yang sudah terbit dalam kumpulan “Munajat Cinta” (2003) dan bahagian ketiga di bawah tajuk “Mentera Cinta” (2019) merupakan kumpulan yang baharu.
Saya telah meneliti 16 puisi baharu yang beliau hasilkan. Kesimpulan mengenai 16 sajak-sajak baru penyair Isa Kamari dalam kumpulan ketiga puisinya “Penyapa Cinta” adalah mengenai keharusan bangsa Melayu mencintai akan warisan bangsa, kesenian dan cara kehidupan bangsa yang silam, ditonjolkan dalam sajak-sajak “Sirih”; “Bunga Rampai”; “Mohor”; “Keris”; “Setanjak” dan “Firasat”. Dalam sajak “Keris” (halaman 78) terselit semangat untuk berjuang dalam kehidupan harian bangsa, teliti kata-kata penyair IK di bawah ini: heppp
pantang pendekar pantang satria berundur sebelum bertarung
pantang ajal sebelum disambut kalimah dan mentera budi
tetap disanjung
tetap disanjung
ciiiss
ayuh maju
Akhir sekali saya turunkan seluruh sajak “Mentera Asal” (halaman 89) yang mengandungi cerita bermula mengenai manusia pertama bernama Adam yang menundukkan
malaikat tetapi kalah kerana bisikan syaitan.
Semurninya
mentera asal itu turun dari syurga
menyusul dosa dari kehendak diri
yang dianugerahkan kebebasan memilih
setelah diajar kalam dan nama segalanya dalam satu acuan fitrah
Adam ialah kita yang mulia menundukkan para malaikat
Adam ialah kita yang hina
yang dirapati iblis hingga kiamat yang merosakkan dunia seisinya
dengan tangan yang berkehendak
dengan hawa yang bebas memilih
menderhaka dan memberontak
berasa cukup dan lupa diri
kalam dan nama asal yang suci
kita kotorkan dengan nista
acun45 fitrah yang disampaikan pada Nabi kita pecahkan dengan sikap bongkak
pun mentera asal dari Adam
diturunkan kepada para utusan
diwarnai iklim politik dan masyarakat
bersesuaian dan bertempat
duduk dan berkembangnya setiap umat
akhirnya disempurnakan dan dimuliakan
rahmat sekelian alam
mata air yang mengalir dari syurga berarus kebebasan mengabdi
nikmat yang tidak terhingga
kebebasan itu diserahkan kembali
kepada pemilik mentera azali
wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mati
kecuali dalam keadaan Muslim
Rasanya jelas sekali apa yang hendak disampaikan oleh penyair IK dalam sajak “Mentera Asal”, bahawa pokoknya ialah perjuangan manusia asal Adam adalah menentang bisikan ajakan syaitan yang telah bersumpah kepada Allah, bahawa dia akan menghasut
45 Berdasarkan teks asal penulis kertas kerja ini, ejaan bagi perkataan ini tidak dapat dikenal pasti.
manusia dari atas bawah kanan dan kiri untuk menjadikan “manusia khalifah” ini terpesong dari ajaran Allah dan sebahagian besarnya akan terseret dan terhina di sisi Allah.
Isa Kamari sebagai penulis, telah menulis dalam pelbagai genre; cerpen, novel, drama, puisi dan esei. Akan tetapi kekuatan beliau adalah sebagai penulis novel. Tiga buah novelnya agak sensasi dari segi isinya, pertama novel “Kiswah” (2002); “Menara” (2003) dan “Tawasul” (2004). Penggemar sastera setempat tidak akan habis-habis berbahas apabila membicarakan ketiga-tiga novel tersebut. Banyak yang menentang gaya tulisan, fikiran yang dilemparkan dalam tulisan-tulisan fiksyen tersebut, akan tetapi sebanyak itu pula yang menggemarinya dan sentiasa menunggu-menunggu tulisan terbaharunya yang diagakkan akan sentiasa menimbulkan masalah perbincangan dan perbahasan antara peminat yang kuat membaca dan sentiasa menelaah.
Oleh yang demikian, penulis/penyair Isa Kamari menjadi penggoncang dan penggerak sastera Melayu Singapura yang berani menghadapi pelbagai cabaran.
Begitulah pandangan dan penelitian saya tentang naratif sastera Singapura sebagai seorang pengamat sastera. Penulis-penulis yang saya kemukakan ini telah memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri dan sesungguhnya mereka antara penulispenulis yang telah mewarnai perkembangan sastera di Singapura. Selain itu, penulis-penulis ini juga telah melakukan pelanggaran-pelanggaran yang pastinya membawa kesan positif dari segi mencorak perkembangan dan naratif sastera Singapura. Walaupun ada lagi penulispenulis lain yang tidak saya sebut namanya di sini, mereka juga giat menulis dan menyumbangkan karya kreatif mereka masing-masing. Beberapa penulis yang saya kemukakan ini tergolong daripada penulis-penulis Angkatan Pramerdeka dan Pascamerdeka sebagai penerus golongan penulis-penulis yang telah membawa perubahan-perubahan dan memperkaya serta mencorak gaya penulisan dan naratif sastera di Singapura.
Semoga para pembaca dapat merenungkan apa yang saya kongsi. Semoga penulispenulis kita di Singapura dapat terus menulis dengan memperjuangkan kebenaran dan keadilan dan mengupas isu-isu yang dihadapi dan dialami oleh masyarakat dengan berani demi membangun jiwa insan dalam kalangan masyarakat yang kita cintai bersama.
Aoh K Hadimja, Aliran-aliran Klasik, Romantik dan Realisma, Pustaka Jaya, 1972
Budi Darma, Solilokui, Penerbit PT Gamedia, Jakarta, 1993
Mana Sikana, Pembangunan Seni dan Sastera, UKM, 1997
Mana Sikana, Teori Kritikan Sastera Malaysia, 2005, Penerbit Pustaka Jaya
Mana Sikana, Teori Sastera Teksdealisme, 2006, Penerbit Pustaka Karya
Mana Sikana, Teori Kritikan Tokoh-tokoh Unggul 2007, Penerbit Pustaka Jaya
Harun Yahya, Deep Thinking, Perpustakaan Nasional, 2003
M.Sastrapretedja, Manusia Multi Dimensional; Penerbit PT Gramedia Jakarta,1982
S.Jaffar Husin, Penelitian Sastera; Metodologi dan Penerapan Teori, DBP, 1995
Bacalah
Suratman Markasan
Bacalah!
dalam membaca orang tidak bisa sesat di dunia ilmu yang penuh dengan penjebak mengenal huruf-huruf membentuk kata dalam kata-kata terselit pesan kembara dalam pesan terangkum ilmu melawan si pembelit
Bacalah!
dalam membaca fikiran menjadi senjata penjarah penipu pembelit kota berita sering bersembunyi di atas para-para kotamu bersama samsengnya yang berlagak pintar bicara fikiran mereka berpoligami dengan berita palsu tapi fikiranmu menyuluh kelengkang mereka
Bacalah!
dalam membaca anak menjadi bapa bapa ibu menjadi guru penggerak budi mulia guru asatizah menjadi pendekar ilmu pendebat rahasia di kitab-kitab lama fakta ditemui menjadi pandu bicara menjadi senjata rahasia menusuk musuh di dalam selimut petualang yang pulang menemui malang di mata syaitan penggoda terberet-beret tiada bertempat
Bacalah!
Segala buku yang penuh ilmu membunuh dunia palsu yang menajamkan senjata fikirmu menjadi ilmu yang mendudukkan segala pendekar tipu daya bacalah semua surah di dalam kitab suci yang di dalamnya terselit tersembunyi segala pandu bicara menundukkan syaitan iblis mati rencana di dunia palsu menaikkan darjat dudukmu di malam dan siang hari menempatkanmu diterima reda di lengkongan-Nya tentu!
5 Safar 1441 / 4 Oktober 2019
Membaca Itu Bukan Orang Malas
Suratman Markasan
Jika orang bilang membaca itu kerja orang malas itu tidak benar sama sekali
jika benar tentu Jepun tidak jadi penakluk ekonomi dunia
Amerika tidak jadi bangsa pertama menapak di bulan
Korea Selatan tidak menjadi pesaing dicemburui Jepun
China tidak menjadi musuh Amerika dalam perang dagang
Bukankah 1441 tahun yang lalu
Junjungan kita dipeluk erat Jibril dan Jibril mengetahui tentu
Junjunganmu jujur dan manusia sempurna tiga kali dipeluk erat oleh Jibril
‘Bacalah! Tuhanmu itu Yang Maha Mulia’ dijawabnya tiga kali dengan jujur
‘Aku tak bisa membaca!’
Itulah kunci rahasia Allah kepada makhluk-Nya membaca dan mempelajari ilmu yang tak diketahuinya ilmu ibarat senjata tajam berbisa membaca laksana keris di pinggang pahlawan tika pendinding itu tersimpan di otakmu
kamu tak akan bisa ditakluk syaitan cemburu atau dihina orang berbangsa di lipatan kainmu!
Membaca itu bukanlah mencari hiburan semata membaca merenung mencipta adalah kerja si pemikir yang bergerak seperti manusia di atas jambatan yang licin yang tekun meneliti perintah Jibril yang jitu yang tak jemu biar di depan mata banyak syaitan penggoda yang mafhum perintah Ilahi di balik wahyu utama yang penting aku tak mahu menjadi orang yang ditipu sehingga 1000 tahun terus berlalu cemburu!
22 Rabiulawal 1441 / 19 November 2019
Perjalanan Ini
Suratman Markasan
perjalanan ini adalah satu pengembaraan yang dipasrahkan kepada kemanusiaan pengembaraan ini adalah perjalanan satu arah sahaja dekat jauhnya bukan pilihanmu kamu aku kita belayar sendiri-sendiri semuanya telah ditentukan oleh-Nya
akan tetapi jangan kamu gusar kelana bacalah menu program yang diberi sabar tekun mengikuti arahan dan larangan insya-Allah kamu akan sampai di titik yang ditentukan-Nya perjalanan ini adalah mutlak kepunyaanmu kelas ekonomi kelas satu atau kelas istimewa bukan ketentuan darjah yang menentukanmu, melainkan sungguh beruntung mereka yang mensucikan dirinya dan sungguh merugi mereka yang mengotorinya.
1 Zulkaidah 1441 / 23 Jun 2020
Pusat Kehidupan
Suratman Markasan
Kehidupan ini adalah perjalanan di manapun aku kamu dia berada kita sebenarnya berada di satu pusat di satu titik yang sama
ketika bercakap dengan lain kekata kau berfikir fahaman yang tak sama warna kulitmu berbeza denganku ya adikku juga tak sama kegemarannya dengan apa yang aku sukai
tugasmu mungkin mendidik anak bangsa pekerjannya hanya menata jalan raya mata pencariannya mengamankan negara kerjanya membangun infrastuktur buana raya matlamatnya membimbing manusia ke jalan lempang-Nya pokoknya apakah mereka jujur ikhlas dengan dirinya
kehidupan ini bermula dari satu pusat pabila kau lahir daripada rahim ibumu tak kau rasa betapa sangsara manusia bernama ibu presiden raja menteri askar rakyat jembel yang bikdu46 mereka lupa betapa manusia dikurniai-Nya pendengaran penglihatan dan fikiran akan tetapi mereka yang menggunakannya untuk pulang ke pusat menemui-Nya!
4 Zulhijjah 1443 / 4 Jun 2022
Lelaki Melayu Terakhir
Suratman Markasan
1
Menjelang malam Jumaat itu
dari tanah bernama Melbourne aku dikejutkan oleh khabar suram sayu dia telah pergi ketika dalam istirahatnya aku terpegun seketika kehilangan kata
dari Dia kaudatang kepada-Nya kau kembali aku menadah kepada-Nya bertauhid mengerti
Dari Suraidi sebelum itu
ada khabar gembira senang ditunggu tentang lelaki Melayu itu dia akan terbang ke tanah asalnya
aku terbayang pertemuan kami yang lalu-lalu bercanda bercerita mengunyah sepotong kuih menyeripit teh pekat menjaga diri
kelmarin Azhar bersyair duka nestapa semalam Jufri mengulang-tafsir kata semangatnya lalu aku terbayang satu persatu peristiwa lalu aku menjemput dia di Jurong
Jamal menunggu di warung Woodlands tua atau aku Jamal menemui dia sendiri termangu di Pantai Changi berbicara dengan bayu dan camar
46 Berdasarkan teks asal penulis kertas kerja ini, ejaan bagi perkataan ini tidak dapat dikenal pasti.
Aku terbayang peristiwa yang silam kaku dia dan Suraidi memojok aku di Jakarta
aku bingung tak mengerti mengapa aku pendam lama peristiwa sendu itu
kami terus bersastera melupakan sengketa
ketika dia bertekad ‘tanda kembalinya Jebat berkeris lading’ aku bercerita tentang merdeka yang belum selesai
ketika aku bercerita tentang ‘Penghulu Yang Hilang Segala-galanya’ dia berkhabar tentang ‘Batas Langit’
orang bilang kami penulis yang gemar bernostalgia
3
Lalu aku terbayang wajah lalaki Melayu itu
kami berdua tercampak di Counterbury Hall London
tahun 1942 DBP menyambut Bulan Bahasa di London di Malaysian Hall dia membaca ‘Melayuku Melayumu’ aku membaca ‘Balada Seorang Lelaki di Depan Patung Raffles’ dan Ghafar Ibrahim atau Agi dengan sajaknya ‘Tak Tongnya’
Kami terus berkelana di Belgium lalu sesat di Berlin & Frankfurt aku digelar ‘The Last Samurai’ oleh teman penulis Malaysia aku menggelar dia ‘Lelaki Melayu Terakhir’ kerana dia penulis lelaki Melayu yang menjunjung tinggi bahasa dan sastera Melayu ke mana-mana
Lalu dia membuka rahsia mengapa ‘Aku dipojok di Jakarta’ ada lelaki tua renta menyatakan ‘Aku adalah intel pemerintah
kerana aku sering berpakaian serba putih menganggotai banyak pertubuhan untuk mencari rahasia
tapi ‘Lelaki Melayu Terakhir’ itu tahu siapa sebenarnya si lelaki tua renta itu
4
Setelah dia pergi di dalam istirahat itu
aku sering sulit untuk memejamkan mata untuk tidurku kerana sekarang sudah 60 persen orang Melayu membuang bahasa Melayunya mereka ingin mengejar kehidupan materialismanya aku bilang kepada khalayak pemimpin kelmarin
bayangkan 20 tahun lagi, jika orang Melayu membuang bahasanya nasib mereka akan lebih buruk daripada nasib Kunta-kinti Afrika kerana merek hilang segala-galanya di negara asing
bukan di negaranya sendiri
tetapi kita hilang segala-galanya di Tanah Air kita sendiri
iaitu di Tanah Singapura pusaka ini
Ya Rab! Alangkah Malunya aku
Ya Rab! Alangkah Malu Bangsa Melayu kita ini!
15 Rabiulakhir 1444 / 10 November 2023
Terkenang Pasir Panjang Yang Silam
Suratman Markasan
Aku menyusur bergalah dari Kampung Sarang Kerengga terpandang budak-budak berkulit sawo matang terkebel termangu telanjang bulat menunggu menghisap jari menanti rambutan jatuh di pangku abang-abang di atas pokok bagai ketek bergayutan
Bersendu aku mengingat Cikgu Kasmani bergerak sabar berjalan bagai kekura mengejar Keppel Bus biru di batu tujuh tentu kanan kiri tentunuya rumah Melayu beratap nipah sekarang habis lenyap diganti rumah beratap genteng merah
Bakar Lamin tidak kelihatan bermotor BSA lagi ikan sotong ketam hidup-hidup tidak ada di kedai sederet kerana sudah menjadi hotel megah berdiri ah! Aku menggaru kepala terus terkenang bangsa yang silam orang kampung telah menjadi arwah macam bapakku juga di mana mereka di mana kubur mereka?
Sekolah Melayu Pasir Panjang namanya tentu sudah menjadi padang; kampung batu enam sudah bertukar rupa rumah-rumah batu tegap menghempap rumah kayu nipah tidak ada Pak Kemi dan Othman Kerapu motosikal Nortannya47 tidak mengaum lagi terkenang aku akan Cikgu Hashim dan Boslan tentu
47 Berdasarkan teks asal penulis kertas kerja ini, ejaan bagi perkataan ini tidak dapat dikenal pasti.
Aku terus bergalah menuju batu enam tentu
kuburan Islam sudah diusung ke Pusara Aman tapi Haw Par Vailla masih tetap menunggu di situ
rumah Cikgu Mahmud di tepi laut di situ tentu di atas tapaknya berdiri megah rumah raksasa bertingkat
Kedai sederet di batu lima masih macam dulu
tapi kedai mengganti bateri untuk radio kuno sudah lenyap di tepi pantai tempat orang Melayu pulau mendarat sudah lenyap dari pandangan ditutup rumah bergenting merah juga
Panggung wayang New Star sudah dihempap rumah batu atap genting
Haji Ahmad tuan tanah di situ di mana gerangan?
Kampung Buona Vista sudah lenyap sama
Pak Kemi dan Brahim Kipong tinggal kenangan
Jalan layang di Pasir Panjang menjadi aku bingung melongo
Pak imam Saman guru ngajiku mengingatkan
Surah Ad-Dhuha yang disuruh baca berulang kali
Iparku Kasim bersalaman denganku sambil tersenyum
“Belajar rajin-rajin, di rantau orang selalu merendah diri!”
lalu aku terkenang Bani Buang peneroka sandiwara teringat juga King Goder-bell yang terus membasah gusi semuanya telah menjadi dongeng silam kelam
Tapi aku masih terbayang Barik Masak Getahku tempat aku dilahirkan dan darah ibuku tumpah mana Rosman Asmat Marim Rais Saiman?
teman kawan sepermainan semasa kecilku apakah saudara-mara mereka masih ada?
aku teringat kampung-kampung tempat aku berjual kuih
Kampung Kling, Abu Kasim, Mat Jambul, Buona Vista semuanya tidak ada lagi dalam peta negara ini
aku kehilangan temanku aku kehilangan kampungku seperti Penghulu Yang Hilang Segala-galanya!
17 Syawal 1444 / 08 Mei 2023
Encik Yatiman Yusof
Penggerak Nadi Masyarakat
Encik Yatiman dilahirkan pada tahun 1946 di Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sang Nila Utama di Singapura dari tahun 1961 hingga 1964. Beliau menjalani latihan di Maktab Perguruan antara tahun 1965 dan 1968. Beliau menerima pendidikan peringkat tertiari di Universiti Singapura dari tahun 1969 hingga 1972, dan lulus dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Geografi dan Kajian Melayu.
Encik Yatiman merupakan seorang guru dari tahun 1965 hingga 1978. Beliau menjadi seorang wartawan (ketua dan penulis rencana) pada tahun 1978 dan kemudiannya menjadi Pembantu Editor dan akhirnya, Editor Berita Harian dan Berita Minggu. Pada tahun 1984, beliau menjadi Pengurus Iklan Berita Harian dan Berita Minggu, The Straits Times Press (1975) Ltd. Semasa berkhidmat dengan Berita Harian dan Berita Minggu, beliau dianugerahkan fellowship di Wolfson College di Universiti Cambridge, UK, dari Mac hingga Jun 1984.
Encik Yatiman telah dipilih sebagai Ahli Parlimen (MP) bagi Kawasan Pilihan Raya Kampong Kembangan pada tahun 1984. Pada tahun 1988, beliau telah dipilih sebagai salah satu daripada tiga MP bagi Kawasan Perwakilan Kumpulan Tampines (GRC). Dalam Pilihan Raya Umum 1991, beliau telah dipilih semula sebagai salah satu daripada empat MP dalam GRC yang sama. Beliau telah dipilih tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1997 sebagai salah satu daripada empat MP dalam GRC Tampines. Dalam Pilihan Raya Umum 2001, beliau telah dipilih sebagai salah satu daripada lima MP bagi GRC Tampines.
Pada tahun 1986, beliau meninggalkan Berita Harian dan Berita Minggu untuk menerima pelantikan sebagai Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Luar Negeri. Beliau telah dilantik semula sebagai Setiausaha Parlimen pada tahun 1988.
Pada November 1990, beliau dilantik semula sebagai Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Luar Negeri dalam Pemerintah yang dipimpin oleh Perdana Menteri Goh Chok Tong. Beliau dilantik semula ke jawatan ini pada September 1991. Pada 15 Januari 1996, beliau dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan kepada Kementerian Luar Negeri. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan kepada Menteri Penerangan dan Kesenian pada 25 Januari 1997. Pada 23 November 2001, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kesenian. Pada 16 Ogos 2004, beliau dilantik semula sebagai Setiausaha Parlimen Kanan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kesenian dalam Pemerintah yang dipimpin oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada ketika itu. Beliau bersara dari politik pada 30 Mei 2006.
Encik Yatiman Yusof ialah Fakulti Adjung dan Penasihat Program di Sekolah Sastera dan Sains Tingkah Laku di Universiti Sains Sosial Singapura.
Beliau kini merupakan Komisioner Tinggi Singapura (Bukan Penduduk Tetap) ke Republik Kenya. Beliau juga merupakan ahli lembaga Singhealth Pte Ltd, Lembaga Penjaga Awam, dan Yayasan Singapore Press Holding.
Perubahan geopolitik dan geoekonomi mempengaruhi pemikiran dan cara mengendalikan percaturan kuasa. Mampukah bahasa memainkan peranannya?
Sejak zaman kolonial lagi kuasa penjajah akan memastikan bahawa bahasa mereka akan digalak dan diperkembang demi mengekalkan ketuanan dan kuasa mereka. Kini, bahasa Jepun dan Korea semakin banyak dipelajari kerana pencapaian mereka melalui dunia hiburan. China pula dengan keupayaannya dalam membangun infrastruktur, menaikkan taraf hidup rakyatnya dan meningkatkan keupayaan teknologinya kini dilihat sebagai pesaing bagi Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Kebangkitan Asia menjadikan bahasa-bahasa seperti Jepun, Korea, Cina dan bahasa Indonesia mula mendapat perhatian. Namun, bagaimana pula dengan nasib bahasa Melayu yang dituturkan 320 juta orang yang hidup di kawasan Nusantara dapat bertahan? Dapatkah bahasa Melayu dipertahankan dan terus dituturkan di bumi bertuah ini? Seperti istilah yang dicipta Pendeta Almarhum Dr. Muhammad Ariff Ahmad, “Bahasa Jiwa Bangsa”. Bahasa menjadi pancaran jati diri kita. Bahasa juga mempertali kita dengan akar budaya tanah leluhur. Budaya yang merupakan cara hidup yang merakamkan dan menjadi cerminan adat, tatakrama, (adat, sopan santun dan budi pekerti yang baik, tataadab, basa basi) warisan budaya dan keperibadian kita membentuk jati diri kita. Sejauh manakah dapat kita terus membentuk dan mempertahankan jati diri kita di bumi bertuah ini? Mampukah jati diri ini terus dibentuk generasi mendatang? Inilah yang akan diselami dalam ceramah kali ini.
1. Dalam hubungan tajuk di atas, “menyelami” mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermakna menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan dll orang lain); mengetahui atau memeriksa. Pemikiran pula bermakna perihal berfikir (memikir) cara menyelesaikan masalah sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang berkesan. Jati diri bermakna sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb.
2. Dengan kata lain, kita diajak untuk mendalami dan memahami pemikiran tentang jati diri kita dan cara mengatasi masalah masyarakat Melayu dalam menghadapi cabaran dan harapan masa depan.
Perbincangan mengenai tajuk ini memang bertepatan masa dan ketikanya kerana beberapa sebab. Pertama, Singapura dan rantau Nusantara masa ini sedang berdepan dengan perubahan geopolitik dan geoekonomi yang bakal mempengaruhi pemikiran mengenai strategi dan cara mengendalikan percaturan kuasa dan bagaimana bahasa dapat memainkan peranannya. Sebelum ini, persaingan dwipolar semasa Perang Dingin melibatkan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang jauh dari rantau kita. Kini persaingan berlaku antara Amerika Syarikat dan China yang mempengaruhi hubungan antarabangsa dan ekonominya sedang menajak naik dan mencabar kedudukan Amerika Syarikat selaku kuasa dunia. Hal ini tentunya akan turut mewarnakan penggunaan bahasa rantau ini di peringkat antarabangsa.
Kedua, pengalaman pada zaman kolonialisme menunjukkan kuasa penjajah akan memastikan bahawa bahasa mereka akan digalak dan diperkembang demi mengekalkan ketuanan dan kuasa mereka. Maka itu, tidak hairanlah jika bahasa Inggeris, Perancis, Belanda dan Sepanyol diperkembang di Asia Tenggara sementara di Afrika pula bahasa Portugis, Perancis, Inggeris dan Jerman dikembangkan demi menjaga kepentingan mereka.
Kalau dahulu negara Barat dilihat sebagai pusat perkembangan ilmu dan teknologi sehingga menjadikan negara lain tertarik mempelajari bahasa Inggeris, maka kini bahasa Jepun dan Korea semakin banyak dipelajari kerana pencapaian mereka. China, dengan keupayaannya dalam membangun infrastruktur, menaikkan taraf hidup rakyatnya dan meningkatkan keupayaan teknologinya akan dilihat sebagai calon pesaing Amerika Syarikat dan kuasa Barat.
Ketiga, kebangkitan China dan India dengan saiz penduduk masing-masing serta Indonesia yang diberi jolokan negara keempat berpotensi besar dalam pembangunan beberapa dekad mendatang akan mencetuskan dinamisme yang mempengaruhi pengembangan dan penggunaan bahasa. Walaupun India dengan keragaman bahasanya dan kecenderungan menggunakan bahasa Inggeris dalam hubungan dengan pihak lain, tidak banyak memberi kesan perubahan bahasa. Manakala China dengan penduduknya 1.3 bilion dan Indonesia (bersama Malaysia dan Brunei) yang bakal mempunyai jumlah penduduk berbahasa Melayu sebanyak 320 juta orang dalam sedekad lagi, tentunya akan berperanan lebih besar.
Para bahasawan berpendapat bahawa hakikat ini sedikit sebanyaknya akan mengubah corak penggunaan bahasa di rantau ini. Singapura bakal turut terpengaruh kerananya. Jika kita hendak menjadi pihak yang relevan dalam interaksi serantau, maka kita juga perlu turut menyediakan diri menghadapi perubahahan ini.
Maka itu, kertas kerja ini akan melihat dari segi makro dan mikro.
Jadi, dengan munculnya landskap dunia yang baharu ini, apakah masalah dan cabaran yang dihadapi bahasa Melayu yang menjadi teras jati diri masyarakat kita? Yang sering menjadi bahan perbincangan di Singapura ialah:-
(1) Natijah dari kemerosotan mutu dan taraf penggunaan bahasa Melayu berikutan penutupan sekolah aliran Melayu pada 1987 dan kemasukan anak-anak kita ke sekolah Inggeris atas sebab-sebab nilai ekonomi di pasaran pekerjaan akan memperburuk situasi penguasaan bahasa Melayu.
(2) Berkurangnya peratus penggunaan bahasa Melayu di rumah dan besarnya kemungkinan terhakisnya nilai-nilai sosio-budaya Melayu yang genting bagi pengekalan jati diri keluarga kita.
Apabila saya pergi ke kedai, gerai makan atau pasar raya, saya sengaja “pasang telinga” untuk menangkap percakapan ibu bapa muda dengan anak-anak kecil mereka. Acap kali mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Malah pada ingatan saya, dari begitu banyak yang saya dengar, belum sekalipun saya mendengar mereka bercakap dalam bahasa Ibunda. Keadaan ini amatlah merunsingkan. Ini kerana ternyata bahawa bahasa Inggeris telah mengambil alih sebagai bahasa keluarga. Tidak hairanlah jika di rumah pun mereka berbuat perkara yang sama.
Betapa saya tidak bimbang akan perkembangan ini. Bahasa adalah jiwa bangsa. Orang akan kata, ini klise. Namun bahasa ialah pancaran penting jati diri kita. Bahasa mempertali kita dengan akar budaya kita. Ini ialah satu ciri unik dan istimewa yang berupa rakaman dan cerminan adat, tatakrama, (adat, sopan santun dan budi pekerti yang baik, tataadab, basa basi) warisan budaya dan keperibadian kita. Mungkin ada yang berkata dari segi agama, apapun bahasa yang digunakan tidak akan menjejas aqidah mereka. Ini memang betul. Namun ada kemungkinan akan hilanglah apa yang kita pegang selama ini, budaya bersandar agama. Agama beriring budaya.
Ada sepotong pantun lama, begini bunyinya:
Makna dandang dipuput bayu,
Seekor burung dipukul angin; Bahasanya orang cara Melayu, Tiada tahu erti yang lain.
Satu lagi hakikat yang tidak harus kita lupakan ialah bahawa bahasa yang kita miliki itu sebenarnya adalah hasil dari seluruh pengalaman sejarah kita yang panjang. Ia berupa perlakuan dan penyerapan nilai turun-temurun. Orang lain tidak akan dapat menirunya.
Jika kita tilik asal-usul teras bahasa perhubungan kita, ia bermula dengan memerhati tingkah laku alam sekeliling. Ada yang menyatakan bermula bahasa Melayu dengan hanya beberapa patah perkataan yang mudah. Ambil contoh amalan menamakan anak. Kalau anak yang lahir itu kelihatan bulat tubuhnya, kita beri nama Bulat, kalau lahir pada waktu subuh, kita panggil Subuh. Namun ia telah berkembang menjadi bahasa yang menyeluruh.
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
Apabila bahasa-bahasa Sanskrit, Farsi, Urdu dan Turki masuk ke Alam Melayu disusuli bahasa Arab yang datang bersama agama Islam, kita namakan anak-anak kita menurutinya. Bukan sahaja nama yang kita ambil, kita sebenarnya menerima nilai-nilai amalan kehidupan tertapis yang begitu panjang yang menjadikan kita masyarakat yang kaya dengan budi pekerti dan lunas kehidupan kekumpulan. Kita juga dikenal sebagai masyarakat pengekal warisan. Lihatlah bait pantun ini yang dijadikan popular oleh Almarhumah Rafeah Buang dengan Allahyarham R Ismail. Ia berasal dari Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) muka surat 30.
Tuwai-lah padi antara masak, Esok jangan layu-layuwan; Intai-lah kami antara tampak, Esok jangan rindu-rinduwan
[Sulalatus Salatin muka surat 30]
Apakah bahasa Inggeris yang kini menjadi bahasa utama tidak menyumbang kepada nilai tambah bahasa kita? Ya, ada tetapi ia ialah pendatang terakhir dan mengandungi lingkungan tradisi budaya yang asing bagi kita. Maka itu, sekarang banyak yang menyatakan kita harus keluar dari “minda tertawan” atau captive mind buatan Barat.
Bahasa Inggeris yang datang itu berwajah dan berbaju budaya yang berbeza dengan kita. Ia boleh dijadikan bahasa ilmu, bahasa teknologi, bahasa perdagangan, bahasa pentadbiran dan bahasa kreativiti. Malah, ia ialah bahasa dunia. Tetapi, ia tidak dapat menjadi bahasa kejiwaan, kesantunan dan jati diri kita. Ini kerana ia punya teras yang mementingkan diri si penuturnya. Nilai dan falsafah kekumpulannya tipis. Ini kerana bahasa dari budaya asal Inggeris menyanjung individuality penuturnya. Bahasa Inggeris bagi kita, boleh dijadikan bahasa pentadbiran dan urusan tetapi ia tidak dapat tumbuh subur dalam kebun budaya dan alam pemikiran kita.
Satu lagi hal yang tidak disedari ramai berkait dengan makna intrinsik. Kita ambil contoh perkataan “Daddy”, panggilan untuk ayah atau bapa. Istilah “Daddy” itu meletakkan taraf yang hampir sama antara anak dengan bapa. Begitu juga bila mereka membahasakan diri dengan “I” dan bapa atau ibunya “you”. Jadi “aku” dan “engkau”. Sedangkan sistem panggilan sosial dan keluarga kita disusun mengikut kedudukan dalam keluarga.
Maka itu, ada panggilan Pak Chik Atan, Mak Chik Rahmah. Pak Cik dan Mak Cik ialah orang yang ada kaitan darah. Mereka abang atau kakak kepada ibu bapa kita. Untuk membezakan status mereka, kita berikan pangkat Pak Long, Pak Ngah, Pak Itam, Pak Busu, Pak Utih dan sebagainya. Begitu juga untuk Mak Cik kita. Rujukan sedemikian bertujuan menunjukkan ‘hierarki’ atau susunan kedudukan mereka, sedangkan dalam budaya Inggeris mereka cukup saja merujuk “Uncle” dan “Auntie”. Anak-anak kita hendaklah merujuk mereka dengan panggilan yang sewajarnya kerana ia mengandungi konotasi yang penting.
Seperkara lagi yang harus diingat adalah bahawa setiap bahasa mempunyai keunikan makna perkataan yang tidak mungkin dapat dipindah ke bahasa lain. Seorang sahabat saya menghadapi krisis yang besar dalam keluarga mereka. Ia berpunca daripada penggunaan
kekata, “tepuk”. Melihat seorang cucu perempuannya berbaring dengan peha dan kakinya dalam keadaan yang tidak sopan, beliau “menepuk” punggung cucunya dan mengarahkan supaya cucunya membetulkan letak duduknya di majlis tersebut.
Disebabkan cucu dan ibu bapanya menerima pendidikan Inggeris, cucunya telah melaporkan bahawa datuknya telah “memukul” dia. Maka terjadilah salah faham yang bertele-tele. Dalam bahasa Melayu, ada perbezaan erti perkataan “jentik”, dengan “tepuk”, “lepak”, “sepak”, “letak”, “pukul”, “palu”, “bedal”, “lanyak”, “pelupuh” dan “bantai”. Malah di mana tempat yang “ditepuk” itu sendiri memberikan konotasi yang berbeza. “Tepuk” di kepala tidak dibenarkan, “tepuk” di bahu lain dengan “tepuk” di pinggul.
Saya teringat semasa menjadi guru dan anggota Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS), ada ruangan yang disiapkan redaksi bulanan KGMS berjudul “Tepuk Manja Cubit Sayang”, mengandungi kritikan halus para anggota terhadap yang dilakukan atau tidak lakukan oleh KGMS. Pembacanya menerima baik judul itu kerana kandungannya jelas secara bersantun dan tidak “memalukan” mereka dengan keras.
Banyak lagi perkataan beraneka makna yang kita gunakan untuk menjelaskan situasi yang berlainan. Maka itu timbul peribahasa “Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah”. Namun, mereka yang tidak memahami betapa kayanya perbendaharaan kata kita mungkin kehilangan nikmat akan perihal kepelbagaian makna yang terdapat dalam bahasa Melayu dan peri halusnya kelainan itu.
Goh
Satu lagi perkara yang perlu diingat adalah bahawa bahasa itu berkait rapat dengan budaya sesuatu bangsa. Kita boleh menggunakan sesuatu bahasa yang bukan milik kita. Namun kita tidak akan dapat “menggenangi” dalam budaya pemilik bahasa yang diguna pakai itu. Ini kerana gagasan perkataan dengan nilai intrinsiknya itu hanya dapat dirasai dan dijiwai oleh pengguna asal budaya tersebut.
Saya teringat, semasa menjadi siswa pada lewat 1960an, mendiang Dr. Goh Keng Swee ketika menangkis tuduhan sebilangan siswa masa itu menjelaskan bahawa pengenalan bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua penting sebagai pemantap budaya kaum Cina di Singapura. Mendiang Goh Keng Swee menyifatkan mereka yang mahir berbahasa Inggeris tetapi kurang pengetahuan dalam bahasa Ibunda mereka itu umpama pisang, kuning di luar tetapi dalamnya berwarna putih.
Apakah anggota masyarakat Melayu pada masa depan yang tidak tahu bahasa Melayu itu boleh diumpamakan seperti ubi kayu, di luar sawo, dalamnya putih? Terpulanglah kepada kita untuk membuktikan bahawa kita bukan semurah ubi kayu dan hanya dicari bila berlaku peperangan. Jika ini berlaku, kebimbangan yang menusuk minda kita 54 tahun lalu kini mengambang dalam fikiran kita.
Bahasa Melayu punya banyak kelebihan. Daripada bahasa Melayu terdapat pantun yang kaya dengan kesantunan dan seni berbicara, peribahasa dan perumpamaan yang penuh dengan pengajaran, bidalan, pepatah dan petitih yang banyak unsur menasihat serta bahasa berlapis yang kaya dengan sopan santun. Segala kelebihan ini mungkin akan hilang ditelan masa. Hanya tercatat pada buku untuk dibaca. Ia tiada lagi hidup dalam minda, hati nurani dan perlakuan manusia yang dipanggil Melayu.
Kita hanya mengharapkan bahawa riak gelombang kebahasaan yang wujud di Indonesia yang telah berjaya memperjuangkan bahasa Indonesia hingga menjadi salah satu bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sesuatu yang positif. Begitu juga kesan percikan dari gerakan kebahasaan di Malaysia. Usaha mereka yang mahu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa menolong kita menyedari akan harga dan darjat bahasa Melayu.
Saya berkesempatan untuk memahami isu ini kerana saya dapat memerhati dan belajar daripada hakikat sosial yang berlaku di Hindia Barat dan Afrika. Di kebanyakan negera di Hindia Barat, mereka menggunakan bahasa Inggeris. Ada juga yang menggunakan bahasa Sepanyol seperti di Republik Dominica, Puerto Rico dan Cuba sementara di Haiti, Martinique, St Martin dan Gualdalupe menggunakan bahasa Perancis. Mereka tidak memiliki akar warisan budaya yang kukuh, menggunakan bahasa bekas penjajah untuk berkomunikasi dan budaya mereka agak bercempera.
Di benua Afrika, mereka umumnya menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi budaya mereka adalah dari kacukan Afrika, India Amerika, Eropah dan sebahagiannya dari Asia. Ia berupa hasil pengaruh sejarah pengabdian dan penjajahan yang berbeza.
Di Afrika terdapat antara 1000 hingga 2000 bahasa dengan Swahili jadi penutur paling ramai, berjumlah 200 juta. Walaupun bahasa di Afrika menjadi jaringan pengetahuan untuk memahami dan membina lembaga sosial, politik dan ekonomi, ia kebanyakannya bersifat bahasa lisan sedang bahasa Inggeris bagi bekas jajahan British itu menjadi bahasa perundangan, pentadbiran dan urus niaga utama. Sekali lagi bahasa Inggeris yang mereka gunakan tidak dapat menempatkan mereka sebagai anak Inggeris.
Mendengar para pemimpin mereka berucap dan berbahas di forum-forum antarabangsa, kita amat terkesan dengan pengucapan bahasa Inggeris mereka. Namun kembali ke United Kingdom, mereka tidak akan dapat diterima sebagai kalangan masyarakat berbudaya Inggeris.
Di Singapura, kita dalam keadaan yang lebih baik dengan adanya dasar mengamalkan dwibahasa – Inggeris dan bahasa Ibunda. Namun, kita juga menghadapi hakisan terhadap penggunaan bahasa Ibunda kita. Ini bukan sahaja berupa masalah yang dihadapi masyarakat Melayu, tetapi juga masyarakat Cina dan India kerana dominannya penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan sehari-hari kita. Inilah isu penting apabila kita merangkaikan bahasa dengan jati diri penggunanya.
Maka itu, saya tidak hairan apabila begitu banyak usaha penyesuaian semula dan perubahan yang dilakukan ke atas pembelajaran bahasa Ibunda di Singapura. [Sila lihat Nota Kaki 1 mengenai pelbagai perubahan yang dikenalkan untuk menekankan peri pentingnya pelajaran bahasa Ibunda terus relevan.]
LEBIH
Memandangkan bahawa pelajar-pelajar Melayu menghadapi masalah kelakonan dalam mata pelajaran yang penting, kita mempergiat proses peningkatan dalam mata pelajaranmata pelajaran bahasa Inggeris (BI), Matematik dan Sains serta pelajaran teknologi dan teknikal. Kita menyalurkan sumber yang agak besar bagi meningkatkan keupayaan anakanak kita dalam bidang-bidang ini.
Kemajuan dalam bidang ini amatlah kritikal demi meningkatkan nilai dan mutu kelulusan anak-anak kita bagi membolehkan mereka memasuki bidang-bidang baharu. Pada masa yang sama mereka membangun modal insan untuk proses perindustrian kita. Sayangnya, kita tidak memperuntuk sumber yang lebih bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak kita yang genting untuk kesejahteraan dan keampuhan jati diri mereka pada masa hadapan.
Keutamaan dan penekanan yang diberi terhadap penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik telah menyebabkan keluarga kita lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Situasi ini timbul meskipun para pemikir dan pendidik dalam bahasa Melayu berpendirian bahawa dari segi sosiologi dan pemantap budaya, penguasaan bahasa Ibunda amatlah diperlukan.
Bahasa Pertuturan
Peratusan Bahasa Yang Menjadi Bahasa Pertuturan Di Rumah (2020)
Kajian terhadap kemajuan yang dicapai dalam bidang Metamatik, Sains dan bahasa
Inggeris agak memberangsangkan. Anak-anak kita dapat merapatkan jurang dengan para pelajar lain dalam bidang-bidang tersebut menjadikan mereka mampu bersaing untuk mendaki lebih tinggi. Keutamaan dan penekanan yang diberi terhadap penguasaan bahasa
Inggeris yang lebih baik telah menyebabkan keluarga kita ditempiasi budaya bahasa Inggeris di rumah.
Kajian yang dilakukan dalam Banci Penduduk 2020 (Kadar Celik Huruf dan Bahasa di Rumah) menunjukkan anjakan yang banyak. Pada 2010 terdapat 82.7% orang Melayu bertutur bahasa Melayu di rumah. Pada 2020, peratusan ini jatuh kepada 60.7% saja. Kalau pada 2010 hanya 17.0 peratus bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah, angka ini bertukar
kepada 39% pada 2020. Andainya dilakukan unjuran, maka besar kemungkinan pada 2030 lebih separuh keluarga Melayu di rumah bertutur dalam bahasa Inggeris. Satu kemungkinan yang wajar dibimbangkan.
Perkembangan perihal merosot dengan cepatnya penggunaan bahasa Melayu di rumah boleh menimbulkan persoalan pembinaan identiti atau jati diri masyarakat Melayu.
Kalau di Amerika Syarikat dan Hindia Barat, usaha kehilangan dan mencari semula jati diri orang kulit hitam melalui proses yang agak menarik untuk dikaji.
Roots oleh Alex Haley (1976)
Selepas terbitnya novel Roots oleh Alex Haley pada 1976 dan dikatakan dibaca oleh 25 juta pembaca, terdapat semacam “gelombang” mencari “akar” masyarakat kulit hitam Amerika. Namun, jarak Amerika Utara dan Afrika yang begitu jauh dan pengalaman hidup masyarakat berkulit hitam Amerika begitu terikat dengan apa yang berlaku di sana menyebabkan ramai pencari akar budaya dan asal usul kembali ke taraf yang rasional.
Satu kajian yang dilakukan menunjukkan ada faktor baharu yang mempengaruhi orientasi pemikiran orangorang kulit hitam di Amerika. Ia dikatakan berkait dengan pergantungan hidup kepada Amerika, kepercayaan agama mereka, pertalian kumpulan etnik, pekerjaan, negeri dan bandar kediaman mereka. Hal sedemikian berlaku kerana kurangnya mobiliti kumpulan ini di negara Amerika Syarikat yang luas itu.
Di Hindia Barat, mereka seolah-olah telah terputus daripada pertalian sejarah bahasa dan budaya asal setelah bergenerasi tinggal di Caribbean.
Senario untuk orang-orang Melayu Singapura agak berbeza. Ini disebabkan mereka (1) menganggap bahawa Singapura ialah sebahagian daripada Gugusan Kepulauan Melayu (Nusantara). (2) Kita umumnya masih punya pertalian dengan kampung halaman asal kita dan boleh menziarahi sanak saudara bila diingini. (3) Kita masih boleh berhubung dengan sekitaran ‘Melayu’ kerana bahasa yang sama masih digunakan. (4) Kita berasa bahawa budaya dan kebiasaan yang ada di negara-negara jiran menawarkan jaringan perhubungan yang terbuka bagi suatu kesinambungan. (5) Kita sedar bahawa pembentukan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah melahirkan ikatan yang intim antara negara di Asia Tenggara ini. (6) Perdagangan intra-Asean dan pelancongan menawarkan ruang perhubungan yang berterusan dengan negara jiran kita.
Maka itu terwujud semacam rasa “keselesaan” antara masyarakat Melayu dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara. Sama ada tanggapan sedemikian ialah sesuatu yang benar dan mendalam bagi kedua-dua pihak ialah persoalan yang mungkin belum jelas. Ini disebabkan berbanding dengan anggota Asean yang lain, Singapura dipandang oleh penduduk di kejiranan kita sebagai negara yang berjaya dan maju. Dalam tempoh yang singkat (50 tahun), Singapura yang mulanya Negara Dunia Ketiga kini menjadi Negara Dunia Pertama. Apakah tidak wujud semacam rasa “iri hati” dalam kalangan mereka?
Hal ini dapat saya rasakan apabila pada tahun-tahun 1980-an, kita mengadakan dialog tahunan dengan para pemimpin pemuda di Indonesia. Mesej yang mereka sampaikan ialah, “Rakyat muda Singapura tidak harus terus-menerus memandang ke langit kilauan bintang, tetapi harus sedar di mana bumi kaki mereka berpijak.” Ingatan halus sedemikian timbul bila terdapat ramai rakyat dari negara jiran kita datang bekerja di Singapura dan rakyat muda kita lebih tertarik untuk berkunjung ke Amerika dan Eropah dari negara jiran kita.
Ada semacam keinginan atau tuntutan agar kita menunjukkan “empati” kita terhadap jiran kita. Kita perlu punya daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Jadi sementara negara jiran dapat dianggap sebagai jaringan kehangatan hubungan yang dapat memelihara perkembangan jati diri masyarakat Melayu, faktor hubungan ekonomi yang sihat perlu dijaga dengan penuh prihatin.
Masyarakat Melayu Singapura harus sedar bahawa mereka memiliki dwiciri tentang jati diri kita. Di satu pihak, kita tahu asal usul kita. Datuk nenek kita sebahagiannya berasal sebagai penduduk jati Singapura, sebahagian pula datang dari Kalimantan, Sulawesi, Jawa, Madura, Sumatera dan Riau atau Semenanjung Tanah Melayu. Kita mungkin berketurunan
Banjar, Bugis, Jawa, Bawean, Madura atau Sumatera. Namun kita tidak menganggap diri kita sebagai pendatang. Bumi Nusantara bumi kita dan nenek moyang kita. Majoriti kita adalah beragama Islam.
Namun di satu pihak lagi, kita hendaklah sedar bahawa kita ialah rakyat atau warganegara yang terbina daripada sebuah negara republik, mengamalkan demokrasi dan meritokrasi, tidak korup dan berorientasi kemajuan atau progresif serta berbahasa Inggeris pula. Kita juga ialah rakyat atau warganegara sebuah negara berbilang bangsa, budaya dan bahasa dengan majoriti penduduknya berketurunan bukan-Melayu.
Maka itu, jalinan untuk kita ada dua; Pertama, jalinan halus berupa sejarah, keturunan, warisan dan budaya. Jalinan kedua ialah kita punya budaya politik dan budaya kerja sendiri, tatarukun hubungan antara kaum sendiri, berpemikiran pragmatik dan bergaul dalam rangkaian ekonomi dunia. Inilah cabaran kita yang pertama.
Pedoman Umum Sebutan Baku
Bahasa Melayu (DBP)
Cabaran kedua adalah dengan memperkasakan semula sebutan baku. Saya bertekad untuk membicarakan persoalan ini memandangkan ada kecenderungan, terutama pada akhir-akhir ini, untuk mempersoalkan wajar tidaknya sebutan baku terus dilaksanakan di Singapura. Malah ada kalangan dari ilmuwan yang menolak penggunaan sebutan baku. Kita tidak dapat membiarkan tugas pembakuan sebutan ini umpama layang-layang putus tali. Melayang ke sana sini tanpa ada tangan-tangan mengendali dan menerajuinya.
Konsep bahasa baku dan pembakuan bahasa mempunyai pertalian yang amat rapat dan berjalan pada masa yang panjang. Pentakrifan perkataan baku itu sendiri membawa makna ia menjadi pokok, yang sebenarnya. Perkataan baku dipakai sebagai dasar ukuran standard selama berpuluh-puluh tahun lamanya.
Kamus Umum Bahasa Indonesia
Maka itu sementara Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan WJS Poerwadarminta (1953) memberi erti “yang menjadi pokok” atau “sesuatu yang dipakai sebagai dasar atau ukuran” (Warna dan Suasana muka surat 2), Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan erti sebagai “yang pokok, yang dasar, yang benar” dan “boleh digunakan sebagai asas bandingan.” (Kamus Dewan Edisi Keempat ms 113).
Usaha ke arah pembakuan ini berkembang melalui langkah dan tindakan yang bertujuan mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan dapat dijadikan ukuran. Kedatangan tulisan jawi adalah sebagai salah satu kelangsungan yang mempengaruhi sebutan baku.
Kehadiran tokoh-tokoh bahasa seperti Raja Ali Haji, Sutan Takdir Alisjahbana, Pendeta Za’aba dan ramai penggerak dan pengembang bahasa Melayu seperti Prof. Awang Sariyan, Asmah Haji Omar dan Nik Safiah Karim, telah menyumbang hingga ia mengambil bentuk dan rupa yang difahami dan dimaklumi umum. Maka itu, jelaslah bahawa bahasa baku sudah mempunyai erti yang mantap selama berpuluh-puluh tahun.
Di Singapura sendiri, terdirinya Maktab Perguruan Melayu Singapura pada 1878 bersama pusat pengajian yang lain seperti Pakatan Belajar dan Mengajar Johor (1888), Maktab Perguruan Melayu Melaka (1900), Maktab Perguruan Sultan Idris (1916) menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu baku.
Bagi ramai pejuang bahasa Melayu, proses pemerolehan bahasa baku yang telah berjalan lebih 150 tahun itu ialah perkembangan yang logik.
Aspek ini membayangkan tercapainya kesempurnaan sistem bahasa. Apabila aspek ejaan, peristilahan, kosa kata, dan tatabahasa telah mencapai tahap yang baku, maka pembakuan sebutan melengkapkan proses pembakuan keseluruhan aspek bahasa. Pembakuan sebutan harus dianggap sebagai puncak kegemilangan bahasa Melayu.
Walaupun sebutan berkaitan dengan bahasa lisan, namun bahasa yang digunakan dalam situasi formal ialah bahasa yang terkawal tatabahasanya, istilahnya, dan pemilihan katanya. Ciri-ciri bahasa sedemikian itu membayangkan ragam bahasa persuratan.
Datuk Prof. Awang Sariyan
Menurut Prof. Awang Sariyan, walaupun melalui media lisan, ragam bahasa yang digunakan hendaklah bahasa tulisan. Dalam konteks ini, sebutan baku (dan juga intonasi baku) sebenarnya memainkan peranan penting dalam memelihara bahasa yang terkawal susunannya. Jadi gagasan sebutan baku bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan untuk kepuasan segolongan anggota masyarakat yang idealis. Setiap orang yang mengucapkan sesuatu yang berkaitan dengan ilmu pemikiran seharusnya menggunakan sebutan baku, sebagaimana ia seharusnya menggunakan tatabahasa, istilah, kosa kata dan ejaan yang betul. (Warna dan Suasana muka surat 15)
Bagi negara Singapura, keputusan menggunakan sebutan baku dilaksanakan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Ia dibuat pada tahun 1991. [Lihat Nota Kaki 2]
Mereka yang hadir dalam mesyuarat tersebut telah sebulat suara menerima keputusan melaksanakan sebutan baku itu. Keputusan tersebut telah dibentangkan di Sidang Parlimen Singapura pada 20 Mac 1992 oleh Encik Sidek Saniff sebagai menjawab soalan daripada Anggota Parlimen Encik Umar Abdul Hamid. Selepas ini, Perdana Menteri dan para menteri kabinet, termasuk mereka yang tidak berbahasa Melayu, berucap menggunakan sebutan baku.
Saya kira tidak perlulah saya menjelaskan sebab musabab sebutan baku dilaksanakan pada 32 tahun yang lalu. Begitu pun, perlu juga ditegaskan bahawa Singapura merupakan negara terakhir mengumumkan penerimaan sebutan baku, selepas Indonesia mengisytiharkannya pada 28 Oktober 1928. Negara Brunei Darussalam pula telah pun mengamalkan sebutan yang rapat dengan sebutan baku. Malaysia yang telah juga membuat pengumuman mengenai penggunaan sebutan baku bagaimanapun menarik balik pelaksanaannya pada Januari 2000 kerana komplikasi yang timbul daripada situasi politik dalam negeri mengenainya.
Memang sejak mula, kita telah menjangkakan perlunya mengambil masa yang panjang untuk pelaksanaan sebutan baku. Selama lebih tiga dekad, isu ini tertebar di tengah khalayak umum, mengajak kalangan bijak pandai dan masyarakat umum memberi pandangan masingmasing tentang bagaimana kita dapat bergerak ke depan dalam pelaksanaan sebutan baku. MBMS ketika itu membiarkan ia menjadi soal yang bebas dibincangkan demi mendapatkan pandangan dan ulasan.
Balik ke Pangkal Jalan: Isu Sebutan
(2020)
Namun apabila Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia (ALC) pada 2019 menerbitkan sebuah buku dengan tukilan “Balik ke Pangkal Jalan – Isu Sebutan Baku di Singapura”, kening saya mengerut. Ini bukan kerana saya hadir dalam pertemuan tersebut, tetapi sudah lebih dari sekali kalangan ilmuwan dari NIE/NTU mengutarakan pandangan yang kritikal, ada kalanya berupa sanggahan terhadap sebutan baku.
Begitu pun keraguan saya berkurang apabila
Prof. Hadijah Rahmat dalam Prakatanya tentang “Pedoman Baharu Sebutan Baku – Langkah Pragmatik
Untuk Membina Bahasa Melayu yang Saintifik dan Artistik” berkata: Saya tukil, “Institut Pendidikan Nasional, Singapura (NIE) sebagai satu-satunya institusi nasional yang melatih guru-guru bahasa Melayu di Singapura, diperlukan untuk mendukung polisi-polisi Pemerintah, termasuk juga dasar sebutan baku.”
Inilah kedudukan yang harus ditegakkan. Para ilmuwan diharapkan hendaklah bersifat kritikal, kreatif dan berani menerima idea-idea baharu. Singkatnya, pandangan dan kritikan mereka hendaklah bersifat membina. Sekiranya ada kelemahan pelaksanaannya, berilah petunjuk bagaimana ia harus dijalankan. Andainya mereka lebih cenderung mencari kesilapan, kekurangan dan kepincangan daripada program yang dikaji, maka sumbangan mereka tidak dapat menolong mencerahkan keadaan.
Lebih buruk lagi jika mereka berulang kali melakukannya. Sekali dilakukan, ia mungkin dianggap sebagai pandangan atau teguran jujur. Bagaimanapun jika ia dilakukan berulang kali, maka ia dianggap sebagai kempen menentang sesuatu dasar. Apakah wajar mereka berbuat demikian sedangkan kewangan institusi mereka dibiayai Pemerintah?
Persoalannya apakah maksud sebenar Almarhum Pendeta Muhammad Ariff bila beliau menyebut “Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.” Apakah tanggapan penerbitan tersebut sejajar dengan maksud kata-kata Pendeta kita?
Sayogia diingat bahawa Pendeta Muhammad Ariff adalah antara orang yang telah bersama-sama dengan yang lain dalam MBMS, menganjurkan sebutan baku dilaksanakan. Maka pada fikiran saya, tidak mungkinlah “pangkal jalan” yang beliau maksudkan itu balik
semula ke sebutan Johor-Riau. Tetapi orang yang membaca tukilan kata beliau sekali lalu, boleh tersalah anggap.
Setelah lebih tiga dekad sebutan baku dilaksanakan, kini telah sampai masanya untuk para guru bahasa, ilmuwan, sarjana dan pemikir bahasa kita duduk semeja meneliti kekurangan dalam pendekatan dan pelaksanaan dasar sebutan baku. Kita tidak dapat menerima pandangan bahawa sebutan Johor-Riau itu sebutan baku. Ia bertentangan dengan pentakrifan “baku” itu sendiri.
Almarhum Dr. Muhammad Ariff Ahmad
Kita harus tampil dengan cadangan membuat ‘peta perjalanan’ (mapwork) tahap demi tahap dalam pelaksanaan sebutan baku kita. Jika perlu, kita wujudkan semacam ‘sukatan pelajaran’ tentang hal tersebut. Kita harus mengetengahkan usaha sebutan baku ini sebagai inisiatif yang mendapat dokongan mereka yang ingin belajar, tidak kita biarkan ia tersisih ke tepi kurikulum sekolah. Kita masih berada pada tahap awal dan pengubahsuaian dan penghalusan masih boleh dilakukan.
Sejauh ini agensi pembelajaran dan pengembangan bahasa Melayu kelihatan bergerak dengan jurusan sendiri-sendiri. Mungkin Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Majlis Penggalakan Pembelajaran Bahasa Melayu Singapura (MLLPC), Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) dan Institusi Pendidikan Nasional (NIE) boleh bekerja lebih rapat lagi dari sebelumnya dalam memajukan bahasa Melayu di Singapura, dengan MBMS jadi pemacunya. Bolehkah langkah pertama ke arah ini dimulakan dan kerjasama antaranya dirancakkan? Satu lagi hal, usul Prof. Hadijah agar kita melibatkan pakar bahasa dan sebutan baku dari Malaysia seperti Prof. Nik Safiah Abdul Karim dan Prof. Awang Sariyan wajar ditimbangkan dengan serius.
Kita harus menyuntik kepakaran keperkasaan dalam pertubuhan atau agensi yang terlibat dalam memajukan bahasa Melayu. Kita perlu mewujudkan kalangan yang proaktif dalam menyemai semangat cinta dan usaha membina bersama kewibawaan bahasa Melayu kita kerana ia adalah unsur yang penting dalam mengukuhkan jati diri kita.
“Saya rasa supaya jangan sampai kita berterusan membuat kesilapan, kita harus balik. Orang kata …sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Kita belum sesat…tapi dah macam nak belok ni! Jadi sebelum terbelok, baik kita luruskan perjalanan kita dan saya rasa kita perlu banyak pertemuan-pertemuan keilmuan, terutama berkenaan dengan sebutan baku. Jadi kalau kita hendak Bahasa Melayu baku yang betul-betul, yang autentik, yang tulen, kita
kenalah balik ke pangkal. Saya dapati ada satu masalah baharu, tentang bahasa baku yang digunakan. Itu bukan bahasa baku sebenarnya, sepertimana yang seharusnya bahasa baku. Jadi kita mesti betulkan itu dahulu. Kalau kita tahu, tapi tak gunakan, pun tak guna juga. Kalau kita gunakannya. Barulah seperti yang dikatakan, ‘Bahasa Melayu, Bahasa Kita, Gunakanlah.’ Mudah-mudahan peristiwa-peristiwa hari ini akan menjadi titik permulaan orang-orang Melayu belajar semula sebutan baku, dengan fonem-fonem Melayu. Kita patut tahu itu.”
“Jadi kita kena balik ke pangkal.”
Almarhum Pendeta Dr. Muhammad Ariff Ahmad Ucapan di akhir Simposium Pemantapan Sebutan Baku, Institut Pendidikan Nasional (NIE), 4hb Julai 2012
Pada 1960 pemelajaran bahasa kedua di sekolah rendah telah dilaksanakan. Pada 1966 pelajar di sekolah vernakular dimestikan belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Selepas Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965, bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil diisyhtiharkan sebagai bahasa rasmi Singapura di bawah Fasal 153A Perlembagaan Singapura. Demi memastikan bahasa Ibunda terkendali dengan baik, Pemerintah menjadikannya bahasa yang perlu diuji dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).
Untuk menegaskan peri pentingnya bahasa kedua, pada 1973, ia diberi pertimbangan berganda untuk PSLE. Namun dasar ini dimansuhkan pada 1985 apabila kajian pada 1978 menunjukkan bahawa 60 peratus pelajar yang menduduki PSLE dan GCE ‘O’ gagal dalam satu atau kedua-dua bahasa tersebut. Pada 1979, kelulusan dalam bahasa kedua dimestikan untuk mereka yang hendak ke kelas pra-U.
Pada akhir 1979, ternyata bahawa keinginan para ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke aliran Inggeris menyebabkan merosotnya kemasukan di sekolah vernakular. Para 1979, Sekolah Bantuan Khas (SAP) dikenalkan di 9 buah sekolah Cina, tetapi tidak di sekolah vernakular yang lain. Pada 1980 bahasa kedua diwajibkan untuk sekolah Cina. Ia kemudian diperluas ke sekolah Melayu dan Tamil. Para pelajar bukan Tamil diberi kelonggaran mengambil bahasa Urdu, Benggali, Gujerati, Hindi dan Punjabi sebagai bahasa kedua pada 1990.
Pada 1990, jumlah pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris di rumah semakin meningkat. Menyedari bahawa agak sukar untuk mempelajari bahasa kedua, diperkenalkan
bahasa Cina Sukatan Pelajaran B yang lebih mudah. Pada 1999, langkah ini diperluaskan kepada bahasa Melayu dan Tamil. Pengajaran bahasa ibunda telah diubah lagi pada 2012 berikutan dengan penilaian semula bahasa ibunda pada 2011 dengan penekanan terhadap kemahiran bercakap.
Dasar Dwibahasa dikatakan merupakan teras bagi Singapura sejak 1959. Dasar ini menekankan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Ibunda (Mandarin untuk kaum Cina, bahasa Melayu untuk kaum Melayu dan Tamil untuk kaum India). Bahasa Inggeris diutamakan kerana ia bahasa kerja dan bahasa perdagangan antarabangsa sementara bahasa Ibunda pula bertujuan menjadi pemantap budaya untuk kaum-kaum di Singapura.
Senarai Ahli Jawatankuasa Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS):
1. Encik Sidek Saniff, Menteri Negara (Pelajaran), Pengerusi MBMS
2. Encik Yatiman Yusof, Setiausaha Parlimen (Ehwal Luar Negeri), Timbalan Pengerusi
3. Encik Mohd Maidin P Mohamad, Setiausaha Parliman (Penerangan dan Kesenian)
4. Encik Harun Ghani, Setiausaha Usaha Politik (Ehwal Dalam Negeri)
5. Encik Wan Hussin Zoohri, Guru & Mantan AP
6. Encik Mohd Almuddin Hashim, Setiausaha Kehormat MBMS
7. Encik Kasmadi Hj Nasir, Guru, Ahli Jawatankuasa
8. Encik Ahmad Thani Ahmad, Editor Eksekutif, SBC, Ahli Jawatankuasa
9. Encik Hawazi Daipi, Penolong Editor, Berita Harian/Minggu
10. Encik Suratman Markasan, Pakar Bahasa (Bersara)
11. Tuan Haji Muhammad Ariff Ahmad, Pakar Bahasa (Bersara)
12. Dr Liaw Fang, Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu NUS
13. Encik Masran Sabran, Penulis Khas, CDIS
14. Puan Norisah Mansor, Penolong Ketua, Perpustakaan Bedok.
15. Encik Hashim Yusof, Penguasa Radio 2, SBC
16. Encik Mohd Naim Daipi, Penulis Khas
17. Puan Hadijah Rahmat, Ketua Jabatan Bahasa Melayu NIE
18. Encik Mohd Raman Daud, Wartawan Berita Harian
19. Encik M Ridwan Kamari, Guru
Encik Yatiman Yusof sedang berbincang dengan para pegawai profesional MLCS semasa lawatan beliau ke MLCS.
Penganjuran Siri Ceramah Arif Budiman anjuran MLCS ini telah mendapat liputan di media setempat. Untuk keterangan lanjut mengenai liputan media bagi penganjuran Siri Ceramah Arif Budiman ini, sila rujuk maklumat yang berikut.
Ceramah Arif Budiman ke-17
https://berita.mediacorp.sg/singapura/pertumbuhan-dan-perkembangan-bahasa-melayuharus-bergerak-23576
Ceramah Arif Budiman ke-18
https://berita.mediacorp.sg/singapura/ceramah-arif-budiman-bahasa-melayu-adaperanan-penting-dalam-penamaan-tempat-693236
https://www.facebook.com/watch/?v=459010649337139
Ceramah Arif Budiman ke-19
https://berita.mediacorp.sg/singapura/pusat-bahasa-melayu-lancarkan-dokumentarikhas-tentang-suratman-markasan-772271
Penasihat
Puan Norhayati Awang, Pengarah Pusat
Ahli Jawatankuasa
Rahmat Subadah, Guru Pakar
Muhamad Rafi Abu Bakar, Guru Pakar
Siti Faridah Omar, Guru Pakar
Haryati Surana, Guru Pakar
Salina Hussin, Guru Pakar
Muslim Hanafiah, Guru Pakar
Arshid Abdullah, Guru Pakar
Elyyah Kamsin, Jurulatih Pusat
Nurul Huda Muhammad Yassin, Jurulatih Pusat
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
• Semua penceramah undangan bagi Siri Ceramah Arif Budiman khususnya kepada Dr. Azhar Ibrahim Alwee, Dr. Imran Tajudeen, Allahyarham Encik Suratman Markasan dan Encik Yatiman Yusof atas perkongsian ilmu yang diberikan;
• Para guru, pelajar dan ibu bapa atas sokongan padu yang diberikan;
• Para pegawai Pusat Bahasa Melayu Singapura, Akademi Guru Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura atas sokongan yang diberikan;
dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Siri Ceramah Arif Budiman.
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.